Monday, 27 January 2014

Kenapa Perlu Ada 2nd Income ?

Assalammualaikum ! 

Baca tajuk kat atas macam nak buat iklan bisnes MLM jer kan.. ? hehe jangan risau puan-puan , aku bukan nak jual barang atau nak ajak korang jadi downline aku yer.. Just nak share pendapat & idea , semoga apa yang aku share dapat memberi,  tak banyak skit galakan & inspirasi pada korang-korang kat luar tu..

Aku percaya ramai yang asal tengah bulan merungut dah pokai , duit gaji kita dalam masa seminggu dah abis..  Bayar itu , bayar ini , yang tinggal duit belanja untuk hari2 pergi keje jer, silap2 tak cukup lagi adalah .. Zaman sekarang keluar je rumah , semuanya duit, duit, duit !! Especially yang duduk Klang Valley  laa , kalau ko duduk Alor Setar nun , mungkin takde masalah yang akan aku cite ni.. 

Contoh , nak pergi keje kene naik keta , kene isi minyak , masuk highway kene bayar tol , ( boleh kata kebanyakkan jalan semuanya ada tol ) , sampai office , parking keta kene bayar , melainkan korang gamble tak bayar parking pastu rela kene saman dengan Majlis Perbandaran.  Masuk office , rasa nak sarapan dulu , beli sandwich 2 keping + air teh tarik ikat tepi. pastu lunch plak ,  makan kat kedai paling kurang kene Rm8 sekali air itupun kalau makan kat gerai2 tepi jalan , pastu amik lauk ikan goreng, kuah sikit & sayur. Kalau tiba-tiba tekak ko nak makan sambal udang , siput sedut , kurang2 dalam purse kene standby Rm20... 

Jom kita buat kira2 secara kasar k  ! 
Sehari belanja cincai laah , RM20 or mungkin kurang sebab korang makan lunch jer RM15 sehari .. Kali dengan 28hari , tak masuk minyak tol , beli benda2 lain kat guardian , lipstick la , pad la, wet tissue la.. Jangan tipu kalau korang kata duit gaji korang cukup malah berlebih2 setiap bulan.   Tapi tak tahu la kalau korang memang seorang yang bijak pandai dalam menguruskan wang.. hehe but mostly aku yakin memang ramai berada situasi yang sama.

Aku pernah keje makan gaji , sebab tu aku tahu & selalu sangat dengar rungutan pasal duit gaji tak cukup dari kawan2 sepejabat dulu.. termasuk aku laa yang merunggut tuh ! Bukan kita tak bersyukur , bukan kita tak reti berjimat , tapi lumrah setiap manusia ada keinginan kan.. Sekali sekala nak jugak beli baju , seluar baru , beli bedak , pergi bercuti dengan kawan / family. Tapi kalau duit gaji setiap bulan negative , agak2 nya tahun bila korang dapat pergi bercuti. 
Kalau yang lelaki lagi kesian , nak bayar hutang kereta/motor, hutang ptptn la , sewa rumah , bagi duit kat mak abah kat kg , bila ada gf nak kumpul duit nak kawen pulak.. itupun kadang2 culas , last2 amik loan , menambahkan hutang yang memang tak cukup pinggang nak lilit.. kesian okeey ! 

memang tak heran , ramai orang sekarang banyak yang status bankrupcy / blacklist sebab banyak hutang ! 

So itulaa perlunya ada 2nd income !! Tak kira apa jenis pekerjaan ,perniagaan janji ia adalah 2nd income yang dapat membantu sedikit sebanyak kewangan kita. 

Kat sini aku beri contoh paling dekat adalah diri aku sendiri.. Aku dulu pernah makan gaji , mula2 memang rasa cukup , tapi lepas tu expenses makin meninggi , kereta asik rosak jer masa tu , tiap2 bulan masuk bengkel ! Pastu keje aku yang berisiko mendorong aku untuk amik insurans yang paling minimal.. kot2 laa apa-apa jadi tengah2 jalan, risau jugerr.. hurmm dua benda tu jer pun dah buat duit gaji aku abis seblum waktunya.. 

Heeii insurans tu penting tau ! aku jenis yang beringat sebelum kene, pada aku setiap orang berisiko untuk di timpa kemalangan, ragut , atau penyakit yang kita tak tahu bila-bila je boleh ada dalam badan kita ni.. so aku sanggup la ikat perut demi nak bayor insurans... tapi kalau dah duit gaji pon tak cukup , camner gamaknya aku nak bayar duit insurans bulan2 tu.. hurmm pikirlaa sendiri ! 

tup..tup.. ! Aku dapat idea untuk jual tudung kat office . walaupun masa tu diri sendiri pon tak pakai tudung .. huhu Company aku memang ramai perempuan bertudung , itulaa untungnya keje comp besar , jual apa pon laku.. Alhamdulillah , tudung2 ku mendapat sambutan , membuatkan aku terdorong pulak nak bukak bisnes on9.. Masa tu aku memang tak tahu apa2 pasal blog , facebook, perlahan2 belajar.. setiap hari belek  & pikirkan macam mana nak orang tahu produk kita.. Dah abis jual tudung aku cuba jual kasut pulak , sebab masa tu aku rasa ramai sangat jual tudung, so aku cari something yang lain..  bermula dengan jual kat office , kawan2 , bazaar kemudian baru berkembang di dalam on9 .. Dan sekarang hampir 5 tahun aku berniaga kasut.  

Alhamdulillah pendapatan 2nd income tu banyak sangat membantu aku, sampai laa sekarang.. Walaupun ada kalanya bisnes bukan laa selalu nya bagus.. tapi boleh laa nak cover apa yang tak cukup tengah2 bulan.. Nak makan sedap2 skit kalau ada duit lebih, atau bagi duit kat parent lebih skit.. =) 

Zaman sekarang aku rasa macam2 orang meniaga , antara rajin dengan tidak jer.. Tak semestinya korang kene jual produk , service pon boleh.. Contoh , korang pandai buat cake / kuih , boleh buat bisnes dari rumah.. Balik keje malam, tetapkan buat 2 / 3 biji cake / 50 biji kuih.. hebahkan pada kawan2 kalau ada majlis apa -apa boleh tempah dengan korang.. 
Atau mungkin korang pandai mengait / menjahit , boleh cuba untuk mengait baju untuk baby ker  , amik tempahan baju kurung ke , then starting jual kat kawan2 di office dulu , sedara mara .. Trust me slowly benda tu akan berkembang sendiri , asalkan kita pandai merebut peluang. Janganlaa bila ada orang nak order , ko bagi 1001 alasan ! Haishh

Aku pernah jumpa orang macam ni , aku tolong promote kan service dia.. Bila ada orang nak khidmat dia , banyak pulak songeh dia ! tak cukup tangan laa , anak kacau laa, laki tak bagi laa.. Hurmm ini dinamakan nak 1000 daya , tak nak 1000 dalih ! sudahnya aku malas nak layan 

Mungkin ada jugak yang takde kemahiran , tak salah cuba untuk berniaga secara sambilan .. Sekarang ni banyak produk korang boleh meniaga , tapi kene ada modal skit laa... Mula dari kecil-kecilan dulu, sambil2 main facebook tu promote skali.. Bukan susah pun , orang nak beli ke tak , itu terpulang pada rezeki.. Janji usaha tu ada ! 

Bagi yang belum kawen , aku rasa peluang nak buat keje part time ni lagi senang.. Percaya atau tak , dulu aku lepas waktu keje , aku pernah keje kat pasaraya & kedai video .. Sabtu & Ahad aku keje dari pagi sampai malam.. Siapa nak bagi weeii sebulan 4,5ratuss ?? zaman tu 500 dah besar rahmat . hehe  Itu masa aku zaman muda , takde bf nak dating so bzz kan diri dengan kerja sambil menambah pendapatan. 

Kalau yang lelaki lagi senang,  boleh jer keje part time kat mc'd , dominos , pizza , kedai burger pon boleh .. janganlaa nak keje pakai kemeja + tie jer , tak hina pon keje tukang angkat dulang.. asalkan halal dik ! bagi aku laa, kalau kita sendiri tak tolong diri kita sendiri , belum tentu ada orang nak tolong kita.. nak hulur 5 hengget pon belum tentu ..   

Sebagai perempuan , lagi laa macam-macam keinginan yang mengoda setiap hari. Tapi kalau tak de duit memang telan air liur jelaa.. Kalau dah bersuami pun , kalau tiap-tiap bulan kita mintak itu ini , dia pun pening ! Kalau takde anak boleh laa di layankan lagi keinginan kita tu , kalau dah ada anak sendiri mau ingat laa kan.. huhuhu 

So korang-korang.. balik ni pikir laa apa yang korang perlu buat untuk menjana pendapatan bulanan. Cungkil bakat yang terpendam , mana tau kot2 selama ni korang pandai buat karipap ker , buat 30 biji jual kat office.. Atau korang boleh ajar budak-budak sekolah rendah tuisyen matematik , sains ke .. Aku dulu terpikir nak ajar Bahasa Melayu , tapi nasib sedar diri , diri tak berapa nak berbahasa sangat.. hahaha baik rentikan ! jahanam bahasa melayu budak2 nanti dapat cikgu macam aku.. 

Apapon tepuk dada tanya selera ! Kalau korang rasa selesa dengan tahap sekarang, terpulang. Cuma apa yang boleh aku katakan kalau zaman sekarang pon ekonomi tak menentu , 2,3 tahun akan datang pasti lebih mencabar.. Orang tua2 kata sediakan payung sebelum hujan ! Yer taakk ?? 

yang terakhir harus laa gambar selfie ketika meniaga ! 

Thank you for reading this entry !

6 comments:

  1. agreed lyana....akak dah paham kersonokan berniaga...untung rm5 je pun suka nya jangan cakap la

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Thanks A Lot akak for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Mimy Hamid : hehe tau takpe.. RM5 pon sape nak bagi kan..

    Zakiah Hanum : welcome dear =)

    ReplyDelete
  4. kak lyana , kak rasa kalau org laki, perniagaan apa yg boleh memberi keuntungan? perempuan senang, boleh berniaga produk kcntikan, shawl, heels, alat mekap hehe..

    ReplyDelete
  5. cantik la u..dan bagus entri ni. Menyedarkan dan membakar semangat untuk tmbh pndapatan! fighting!hee

    ReplyDelete
  6. nice sharing.. memg betul. harap gaji sahaja memg tak cukup walpn sy ni masih lagi bujang...huhuhu.. dulu masa mula2 kerja niat murni nak save untk tabung haji mak abah tapi harap duit gaji sahaja memg xderlah..uhuhuhu... so ambil keputusan cr 2nd income. alhamdulillah... ada rezeki utk tabung haji mak abah :-)
    jemput datang blog saya zinziemeewah.blogspot.com :-)

    ReplyDelete