Tuesday, 21 January 2014

Flashback Part II : Kenal Hati Budi

Hello !!

Ini sambungan kisah cinta aku & si dia.. eceehhh ! pantass tak aku hapdet?? *_*

 Lepas pertemuan pertama , seriously aku tak sangka akan jumpa Shah lagi .. Aku ingatkan malam tu dia join sebab nak tengok bola jer.. Ada satu petang lepas abis keje , member2 aku ajak dinner kat Idaman ,  Mutiara Damansara. Itu kira port kita orang lepak untuk makan & borak2, sebab mostly kawan2 keje area Damansara , cuma aku je dari Shah Alam.. 

Tapi petang tu aku tersampai awal plak, roger kawan2 lain masih otw , ada yang stuck dalam jam ada yang tak abis keje lagi.. So aku cakap okey takpelaa aku just tunggu jer dalam keta, tengah dok tunggu2 tu , tiba2 ada orang call aku dari nombor yang tak dikenali.. Aku pon jawab tanpa perasaan.. =P

 Sekali rupanya, Shah daaa yang call.. Pelik gak camner dia ada nombor aku.. Tapi masa tu aku takdelaa suspicious sangat.. mesti dia dapat dari salah seorang kawan aku.. Rupanya dia call aku sebab nak bagitahu dia pon dah sampai kat kedai makan tu, so dia suruh aku datang kat table dia.. Aku pon okey jerlaa kan, nak cakap apa lagi.. hehe 

Tapi kaannnnnn , elok aku duduk jer , lepas tu kereta bf aku plak sampai.. kahkahakah Aku tak prasan muka Shah macam mana lepas tu , sebab hati aku tengah berbunga2 ( dalam hati lega laa jugak sebab kalau tak aku sengal jugak tak tau nak borak apa dengan mamat ni )... Masa tu , Shah ingatkan aku sorang , sekali aku ajak bf aku join jugak.. hehe Actually aku memang suka sangaaattt ajak bf lepak dengan kawan2 aku , sebab kononya, aku nak bf aku pon jadi sebahagian daripada kawan2 aku.. So senang nak lepak dengan kawan2 & dating at the same time.. hehe itulaah tujuannya... Yerlaa masa tu kawan-kawan macam penting sangat laa bagi aku.. Friends Forever katanyaaa!
So dipendekkan cite dari situlaa dia ada nombor aku, dan tak sangka dia simpan.. Aku ?? memang tak terlintas nak save okey ! 

Bila tanya Shah balik macam mana perasaan dia masa tu , dia kata dia siap kutuk bf aku dalam hati.. whuawhuawhuawhua tapi tak cakap laa kutuk apa.. kelakar okeyy ko feeling kat gf orang masa tu, pastu nak kutuk2.. Tapi..tapi..tapi.. 

Nak dijadikan drama , hurmm relationship aku & bf aku tu , tak bertahan lama.. Aku found out dia ada perempuan lain.. huh ! drama melayu sangat ..  T_T
 remuk , berkecamuk , marah , benci semua ada masa tu.. sob..sob.. seriously masa tu aku memang tak sangka di "gula-gula" lagi oleh lelaki.. Dan itu adalah kali ke-3 aku frust, memang kesian sebab relationship aku dengan dia & sebelum2 tu semuanya not over than 5 months..! sedih hidup aku masa tu.. Rasa macam serik pon ada at that time.. whuaaaa =(

Dan masa aku tengah frust tu , seriously i always need someone to share my feelings.. Kalau boleh biar 24 jam ada orang sebelah aku yang dengar rintihan hati.. Dan selalu jadi mangsa menadah telinga , adalah Ila .. Tapi satu hari aku call Ila , dia bzz pulak.. atau mungkin dia dah letih nak dengar citer sedih aku.. sob..sob..
dan tiba-tiba dia mention nama Shah , (sangat pelik okey ) dia kata Shah memang tengah free je waktu tu.. Aku pelik bertambah pelik , macam mana minah ni boleh tau Shah free ke tak.. Ila pon intro laa skit pasal Shah ni, rupanya mamat tu pon tengah frust masa tu.. kahakahakah memang sesuai sangat laa kan ..

Tapi aku nak call dulu memang tak la, sebab aku tak kenal sangat kan.. Tiba2 nak lepak berdua , lagipon nombor dia pon aku tak save.. hehe padanlaa muka aku kan ! Eksyen sangat aritu.. Tengah aku pikir2 nak cari kawan lain ajak lepak , sekali aku dapat call dari Shah.. hehe Dia ajak aku lepak minum-minum, dalam hati aku mesti Ila yang bagitau ni... Disebabkan aku tengah bosan & kecewa aku pon say yes ! Atleast takde laa aku meroyan kat rumah sorang-sorang.. 

So dari situlaah bermulanya perkenalan yang lebih rapat antara aku & Shah , kita orang sama-sama tumpangkan bahu masing2 untuk disandarkan... kuikuikui so sweets okey ! Aku dengar kisah dia , dia dengar kisah aku sampailaa bosan.. bla..bla..bla..

 Tapi we all takdela terus declare , mungkin masing2 baru lepas di kecewakan , so tak nak laa tergopoh-gopoh.. Kita orang amik masa 6 bulan untuk kenal hati budi , sampai laa aku rasa confident baru we all move to the next step.. Dan yang best nya , dalam tempoh 6 bulan tu kawan2 semua tak tahu kita orang rapat.. hahaha nak keluar dating pon curi-curi , takut kantoi dengan kawan2.. Bukan apa , aku takut nanti kalau hubungan tu tak jadi , takdelaa malu sangat dengan member2 kenn.. hohoho  sampai kesitu aku pikir , punya laa fobia nak bercinta lagi masa tu.. 

Tahun baru aritu genaplaa 6 tahun aku & Shah together2.. hehehe Tipula aku cakap kita orang tak pernah gaduh , cemburu , sampai pernah satu tahap hampir putus.. Tapi alhamdulillah , Allah panjangkan jodoh kami.. =) 

Apa yang aku boleh katakan , Shah seorang yang very protective , bertanggungjawab & bersungguh2 dalam apa2 yang dia buat. Dalam hubungan kita orang, family,  kerja , even dengan kawan2.. Dia akan lindungi & jaga aku walaupon dia jauh , sebab dulu kerja aku kan banyak kat luar & selalu outstation .. So dia memang sangat risau atau dalam istilah lain cemburu.. kahkah takut sangat aku sangkut kat orang lain.. Tapi bila ingat balik , best pulak moment tu , sebab dia akan sentiasa nak amik tahu apa yang aku buat , pergi mana.. masa tu toksah cite laa telefon memang gantung kat leher jer , kejap2 dia call , kejap2 dia sms.. hehe sekarang ???  telefon tinggal kat rumah pon takde hal !!  

So itulaa kesah perkenalan aku & Shah.. Cukup kot sampai situ , nanti kalau citer lebih orang muntah plak dengar.. hehe ini pon aku dah ringkaskan seringkas yang mungkin !
Tapi sebenarnya bagus jugak bila bercinta dengan orang yang pernah di kecewakan jugak ni , sebab dorang akan lebih menhargai pasangan.. Dorang seboleh-bolehnya takkan buat kita  menangis , & ulang kesilapan yang pernah ex dorang buat dulu.. setuju ??? =)) 




Aku bersyukur sangat sebab di temukan dengan Shah , dan bila aku semakin rapat mengenali dia baru aku tahu apa hikmahnya Allah temukan aku dengan beberapa lelaki yang salah.. Pernah dengar tak ungkapan ni " Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari , Dia datangkan hujan petir .. Kita tertanya kemana hilangnya matahari , rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi " =) Doa aku semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga & mendapat keredhaan-Nya.. Amin... 

Tamat................ 

4 comments:

  1. sweeet sangat ok korang ni...

    hahahaha, aku teringat dulu, org lain ade fesbuk, ko je yg xde fesbuk.. xtau camne nk keep in touch n tau perkembangan kawan2... haha, alasan ko xde fesbuk, sebab shah xbagi.. cemburu.. kehkeh.. comel ok..:)

    ReplyDelete
  2. WanAni : citer melayu mestilaa happy edning =))

    ReplyDelete
  3. Ana Lyana : hahaha ko ingat lagi part tu.. kesian kan aku , orang lain dah berzaman ada pesbuk , aku baru hegeh2 nak ada accnt.

    ReplyDelete