Tuesday, 31 December 2013

WELCOME 2014 !!

Assalammualaikum !!

Pejam celik pejam celik tahun 2013 hampir ke penghujung... Rasa baru sebulan tak hapdet blog , tau2 dah nak abis tahun dah.. huhu padahal banyak lagi cerita 2013 aku tak berhapdet.. memang tak boleh pakai azam aku tahun ni konon-konon nak jadi blogger tegar.. #pui ! takpelaa kita bawak ke tahun hadapan laa nampak gayanyaa.. hohoho

Gitulaa setiap tahun pun akan brought foward azam aku , dari zaman sekolah tak pernah nya laa tercapai azam aku.. tu baru satu azam , azam2 lain korang tak tahu lagi.. hehe sudahnya ayat cliche " azam aku tahun 2014 nak menunaikan azam 2013" !! hahaha 

Aku rasa bukan aku sorang yang mcm ni , dah laa korang tak payah nak tersipu-sipu.. Aku tahu ramai antara korang pon sama macam aku.. hohoho Azam nak kurus la , azam nak beli kereta baru la, azam nak saving duit laa , azam tak nak mengumpat la but end of the year check list semua azam korang ke laut !! hahaha

Okey aku tak nak cite topik azam ni , apa azam kita biar kita je sorang yang tahu .. huhu so kalau tak tercapai pon takdelaa malu or kene kutuk dengan orang kan..

Apapon  aku bersyukur tahun 2013 aku lebih baik dari tahun sebelum.. Banyak perubahan yang aku sikit-sikit dah buat.. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki.. Kalau ikutkan memang susah nak capai semua benda yang kita impikan dalam hidup ni.. Ada je alasan.. kuikui  

Tahun 2014 aku yakin pasti akan lebih mencabar , nak plak hidup kat kl / selangor ni kos sara hidup makin tinggi, .. Memang serabut kalau pikirkan harga barang akan naik , harga tol naik,  bil api , bil astro & ntah apa2 laa lagi yang nak naik.. Pendek kata kalau duduk kat kl ni , duit gaji kita memang akan negative..

Siapa yang dah ada anak tu lagi laa, nak pikir perbelanjaan anak2 lagi .. Kadang2 bila dengar rungutan kawan2 memang rasa kesian , tapi tu laa dah nama pon hidup takde yang mudah jalannya.. Setiap orang ada masalah masing2 , orang kaya pon ada masalah .. Siapa kata orang kaya takde masalah oiii !!  

Itu pendek kata laa, tapi kalau panjang kata , hehe susun laa strategi macam mana nak hadap krisis sara hidup kat kl yang melampau2 ni.. Sebab bagi aku korang protes laa macam mana pun , kalau nak naik , tetap naik jugak.. Apa yang boleh kita buat ialah pikirkan macam mana nak atasi masalah tu , kalau kita sibuk dok pikir tak cukup jer memang takkan pernah cukup sebenarnya duit kita ni.. Kenn ?? 

So pada aku untuk atasi masalah ni , aku dah pikir jalan mana yang aku nak lalu bagi elak tol.. huhu Dan kurang kan masa dalam shopping mall, sebab lagi lama duduk dalam mall lagi banyak duit aku akan keluar.. hahaha Agak2 mampu ke aku nak ikut semua tips ni ??? Tunggu jerlaa ekk tahun depan.. Ni bukan azam okey , tapi ini adalah cara mengatasi masalah ! hehe supaya korang tak gelakkan aku bila aku tak berjaya ikut tips ni.. 

Sama jugak dengan masa kita yang berjalan ni , memang tak pernah cukup.. sedar2 dah masuk tahun baru.. umur pun makin meningkat , tapi amalan takat tu jugak tak meningkat2 pon.. Hurmm okey Itu sindiran untuk diri aku sendiri.. Kalau korang terasa , sila angkat tangan hi-5 sama2 !! Kadang2 bila pikir apa amalan aku sepanjang tahun ni , rasa blank .. tak dapat nak ingat bukan sebab terlalu banyak , tapi rasa macam takde langsung..

Okey laa malas citer lebih , semoga tahun baru ni kita sama2 memperbaiki diri.. Aku minta maaf kalau ada entry aku yang sebelum2 ni ada yang terasa & terima kasih sgt sebab korang sudi baca , kalau yang follow tu sudi follow aku.. terima kasih ... =)  Jumpa lagi di entry tahun depan !!