Wednesday, 17 July 2013

Koleksi Baju Raya Dynas Nursing Attire !

Assalammualaikum ! 

Amacam puasa harini , ok ke tidokk ?? Harap-harap okey semuanyaa.. Dah seminggu berpuasa ni ramai ke yang dah shopping raya ?? hehe aku baru tempah baju sepasang, rasa-rasa macam nak cari 2 pasang lagi.. hohoho maklumlahh tahun ni beraya kat Terengganu , haruslaa akak shopping sakan skit tahun ni.. hehe

Kalau ikut tahun-tahun sebelum ni aku beli baju raya 2 pasang jer pun dan biasanya aku akan beli yang ready made jerk..  Sebab aku ni memang ada masalah tailor, biasalah nak cari orang yang sedap pakai tu payah sikit.. kalau ada pun harga nya pulaak macam tempah kat Rizman Ruzaini jerkk.. nangis nak membayornyaa... hohoho 

Tapi since tahun ni dah keje kat Dynas Nursing Attire ni , aku rasa memang nak shopping baju raya kat DNA jerlaa.. Lagipon masa aku amik stock baju raya last week, tetibe rambang mata nak rembat sepasang baju untuk pakai hari raya nanti... hahaha nak rembat bebanyakk over bajet pulaak nanti.. Jom tengok koleksi baju raya dari DNA..  



Antara yang aku berkenan adalah yang bawah ni tapi bila aku try size S dia macam L laa pulak.. hahaha maklum laa baju DNA ni untuk nursing jugak , so kat bahagian dada tu aku memang failed laah ! Tau-tau jerlaa orang yang menyusu badan ni , tanggg dada tu memang membuak-buak kan.. hahahha #ooopss 

Untuk korang yang ada anak perempuan boleh pakai sedondon dengan anak lagi. Chomell angaat !! hahhaha Design ni ada 4 color , turqoise, purple, pink, blue.. Semua color lembut2 jer, memang sweet laa kalau pakai pagi raya.. eceh ! 


Tengok aku pakai macam baju pinjam tak ?? hahha Dah laa time puasa ni berat aku turun 2kg lagi laa nampak longgar sana sini.. #sedih ! Boleh laa nak alter sebenarnya tapi aku malas.. hehe Tapi kalau orang yang dada bidang memang sesuailaa tak payah nak alter-alter.. 



Nasib Dynas ada buat baju yang kecik jugak.. maybe sebab jenis kain jugak , so kain yang ni aku pakai just nice jerk , takdelaa macam baju pinjam.. lagipon aku suka cutting baju ni sebab boleh buat aku nampak tinggi.. hohoho tinggi ker ??? 


Yang bawah ni pun aku sukaa , ada dua kaler merah & black.. Tengah pikir nak kaler yang mana satu.. hehe 




Haa amacam cantek2 tak baju DNA ?? Kalau tak menyusu badan pon boleh pakai okey, sebab baju DNA tak nampak macam baju menyusu pun, very fashionable u alls.. ! huhu Dan yang best kalau korang pregnant pon boleh pakai , sebab Dynas memang design baju sesuai untuk orang yang menyusu dan mengandung, 2 in 1.. so boleh pakai before bersalin & selepas bersalin.. Jimat ! 

Okey itu sajerrr  entry arini , sape nak shopping baju raya DNA , boleh laa datang butik kat Setia City Mall or The Curve.. Tapi kalau datang Setia boleh jumpa aku, kalau datang The Curve boleh jumpa Dynas... haaa pilihlaa nak jumpa saper???  hahaha motif ??? =D 

Okey ualls enjoy shopping !! =)  





Monday, 15 July 2013

Iftar With Mancher's @ Makanan Sedaapppp !


yehuuu !! Awal2 puasa dah dapat berbuka puasa with manjers..  Walaupun last minit tapi nasib baik semua dapat join, cuma Ira laa lambat sikit sampai , al maklumlaa jauh... Aku pun nasib baik sebab Shah cuti aritu so dapat laa sampai awal , kalau tidak kelam kabut jugakklah... 



Nama restoran ni Makanan Sedap !! huhu dengar nama restoran pon dah buat aku telan air liur acanerr tuu ??? =D Restoran ni betul2 kat sebelah Kedai makan Gulam Mee, Kota Damansara.. Saper pernah pergi Uptown Kota Damansara , memang tak susah laa nak cari restoran ni sebab dekat jer dengan Uptown.. Tapi kalau masih blur sila guna waze yer.. payah pulak iolls nak explain berjelaa.. 

Restoran ni sebenarnya Tan Sri Rozali , boss Puncak Niaga punyer , so aritu dorang buat majlis berbuka bersama media n bloggers.. masa sampai tengok ada a few media yang aku kenal terus rasa segan ualls.. Dalam hati layak ker aku ? Tapi orang dah invited belasah jerlaa, bak kata orang rezeki jangan di tolak ! tak gitewww ?


Sebelum nak tunggu waktu berbuka , kitaorang di perkenalkan dengan Chef restoran tu, nama dia Chef Zul .. Dan nak dijadikan cerita Chef tu aku kenal pulaaak !! hohoho so aku pun apalagi buat kecoh laa kejap.. Chef tu memang dah banyak kali ajak aku makan kat kedai dia , aku jerk segan.. hehe 

Tapi sekarang dah tau kedai dia ni , memang selalu laa aku datang.. hahaha Sebab air tangan Chef ni memang sedap, aku kenal dia masa dia jadi Chef kat Intekma Hotel lagi, masa tu aku pon tak kawen lagi.. So masa dia sibuk nak introduce lauk juadah berbuka aritu , aku memang tak sabar giler nak rasa.. Sebab dah tau kan memang sedap.. Amik nasi pun sikit jer , konon nak ratah semua lauk.. hahaha gile gelojoh ! 





Menu buffet kat sini pun bertukar mengikut hari, so takdelaa hari-hari lauk sama kan.. Mana tau minggu ni nak datang dengan officemate on weekdays, weekend pulak nak datang dengan family pulak ke kan.. So boleh rasa macam-macam jenis lauk ! Harga buffet dia pun takde laa melampau tahap kat hotel nun... Kat sini untuk dewasa je RM35 , kanak-kanak RM 17.50 , warga emas RM 24.50 .. Murah kan??? Bagi aku sangat berbaloi sebab makanan dia memang sedap , kalau murah makanan tak sedap pon sakit hati jugak kan.. hehehe

Aneka kuih muih 

Makanan Ala Carte pun affordable okeh , takde melampau cekik darah ! Bukan macam setengah restoran bila dah deco cantek2 , amik chef hebat2 harga makanan pon nak taraf 5 bintang.. Kesian tau untuk orang-orang yang biasa2 macam aku ni teringin gak nak makan sedap tapi murah !! wkakaka ayat tak boleh blah.. 

Daging kawah 

Ekor Asam Pedas

Bagi aku juadah yang meyentap kalbu aku aritu ialah rendang daging , ekor masak asam pedas, pari bakar , western dia pon terbaek ! Aku tak sempat nak rasa , tapi shah makan memang tak pandang kiri kanan laa.. hehe Aku makan nasi ratah lauk dah full , nak makan kuih muih pon kene tunggu makanan turun skit baru leh sumbat lagi.. Giler nak rasa semua , tak silap aku lebih 50jenis makanan kot dorang hidang.. Kalau duduk sampai sahur boleh laa rasa semua !! hahaha 




Tapi yang paling aku sokaa restoran ni sebab kesantaian , keluasan n suasananya yang cozzy jer.. so lepak lama-lama pun takde rasa serabut.. Kalau nak berangin sikit boleh makan kat atas , tapi nak senang kaut lauk duduk bawah laa ... hohoho Barulaa berbaloi bayar buffet , ko boleh makan sampai muntah kan.. hehe Pastu restoran ni siap sediakan surau kat bahagian atas, so sementara nak tunggu makanan hadam boleh solat dulu then sambung balik nak pekena teh tarik & kuih muih..  





Nak pulak macam kita orang aritu , lepak borak2 sampai tak sedar dah nak pukul 10pm.. hahaha pantang jumpa ada je benda nak sembang, sampaikan suami2 kitaorang pasrah jer menengokkan isteri-isteri masing-masing.. hahhaa macam Shah dia memang tak kisah nak sembang sampai pagi pun, janji dia boleh makan.. So aku takdelaa rasa bersalah sangat..  hehe

para suami -suami


Ira malam tu datang pon buat surprize dengan berhijab.. hehe ingatkan aku jer yang surprize , patutlaa lain macam je komen kat entry aku aritu... Kebetulan pulak sama tarikh nya we alls berhijrah, tak janji apa pon.. Papeponn doakan yang terbaek untuk we alls yang baru berhijrah ni yer.. 


 Tak cukup dengan bersembang , kitaorang bantai sakan bergambar pulak dekat restoran tu.. aku rasa ceruk mana kita orang tak posing , sampai aku rasa orang lain mesti muntah tengok aksi we alls.. hahaha gasaklaa ! we alls kalau dah berjumpa kalau ada Ayu & Kathy memang nak bergambar jerkk... Pastu bila nak hapdet blog, ayoooo hamek ko beratus keping gambar nak kene pilih..



  Hehe bila dah penat berposing barulaa masing-masing sedar diri mintak diri... hahaha sebelum tu sempat lagi cuci mata dekat bazaar raya depan restoran tu.. hehe nasib perut akak mengah so takde laa nafsu sangat menengok barang-barang kat bazaar tu.. Lepas jeling-jeling we alls pon balik & tidur dengan perut yang kenyangggg.. hehe  =))



Friday, 12 July 2013

Alhamdulillah... Finally i choose to berhijab..

Salam Ramadhan u alls... 

hehe lama tak update blog , tetiba aku kembali dengan imej terbaru.. eceeeh ! 

Alhamdulillah , akhirnya aku memilih untuk berhijab.. Walaupun sebenarnya dah lama rasanya hati meronta nak bertudung , tapi sebelum ni aku cuba lengkapkan diri dengan beberapa perkara.. Semoga penghijrahan imej aku yang baru ni , kekal hingga akhir hayat.. Dan semoga dengan berhijab ni perangai aku pun makin elok laa, dari segi pergaulan , perkataan, percakapan, perbuatan & macam2 perrrrr laah !! huhuhu

Tak nak laa orang kata bertudung tapi perangai tak mencerminkan imej wanita bertudung.. hehe Insyallah aku akan cuba sebaik mungkin.. Doakan yer kawan-kawan sesawang sekelian.. hohoho Kalau aku tersasar tu mintak di tegur laa yer.. Tapi janganlaa expect aku jadi alim macam ustazah pulakk ! Aku masih Yana yang dulu , cuma sekarang version berhijab.. hehe 

Mungkin ada yang terkejut dengan perubahan aku ni, tak sangka pun ada kan.. Terutamanya akak aku, haha 1st time tengok aku bertudung 1st ramadhan aritu , 2, 3x tanya macam tak percaya... hahaha Yerlaa takde hint2 apa pon tetiba aku dah tukar imej, terkejut beruk laa dia.. 

Manjer2 ku pon tak tahu lagi ni, hope lepas baca blog ni korang tahu laa.. hahaha surprise katannnyaaa.. #suprize ke tidokk ?? hahaha 


Okey u alls , itu sajer update arini ! Selamat Berpuasa & Semoga ramadhan kita kali ni lebih bermakna & di berkati berbanding sebelum-sebelum ini..