Tuesday, 25 June 2013

Perangai Dalam Panggung Yang Buat Kita Meluat !

Hello everyone ! 
Baru-baru ni aku & Shah rajin keluar masuk panggung, sebab sekarang kenn ni banyaak betul movie yang best-best.. hehe boleh kata every weekend tengok wayang.. We alls dari zaman bercinta memang suka sangat tengok wayang , pantang ada movie baru keluar mesti mengelupur nak pergi panggung wayang.. hohoho sementara takde anak lagi ni kan.. 

Tapi harini bukan aku nak buat review pasal apa movie apa yang aku tengok.. Sebab aku rasa korang pon pandai sendiri nak tengok cite apa kan.. Kali ni aku nak mengomel pasal perangai –perangai orang yang pergi tengok wayang tu..
Sebenarnya dah banyak kali sangat jadi kat aku, kes-kes orang yang pergi tengok wayang ni membuat aku rasa meluat & naik hangin ! Dan baru –baru ni ada sorang kawan aku ni pulak menjadi mangsa pada orang-orang yang selfish bila masuk panggung… huh ! Mungkin ada yang tak sedar kita tergolong dalam orang-orang yang selfish itu. So mai laa baca tengok kot2 korang selalu buat perangai macam ni ker.. hohooh  hope korang tak buat benda yang sama yer..

Kes 1

Perhatian kepada ibu bapa yang suka bawak anak-anak tengok wayang !! Kalau citer tu memang untuk budak-budak tu takpela ini yang untuk tontonan 18PL, 18SX, 18SG pendek kata semua movie yang 18 tahun ke atas.. Sangat tak sesuaai tau ! Sah-sah anak korang tupon tak faham jalan cerita tu , lima minit boleh laa dia duduk diam.. Lepas tu mula laa dia tanya dekat 100x kali bila nak abis cerita tu kat mak2 dorang.. Tu aku boleh tahan lagi , kalau dia tanya mak dia setiap 2 minit pasal movie yang tengah tayang tu lagi haru.. Rasa macam nak plaster je mulut anak dia.. hehe #biasa tuuu


Pastu bila ada scene cium-cium , romantik2 terlampau mak bapak ni tau pulak suruh anak2 tutup muka.. Ko ingat korang  suruh budak2 tutup mata , dia tak cuba jeling2 ker.. Lagi ko suruh tutup lagi dia nak tengok tau..   

Dan dalam kes yang lain,  ada parent yang bawak baby , aku rasa kurang dari setahun kot.. 1/2 jam awal tu eloklaa anak dia diam, lepas tu hamek ko anak dia bantai melalak dalam panggung.. Agaknya anak dia lapar ke , tak tahan sejuk ke aku pon tak tahulaa… Dia melalak macam kene cubit.. hohoho mak dia cuba pujuk dekat 5 minit, tengok tak jalan terus keluar panggung.. Nasib ko laa kak Ton !

Tapi yang kawan aku kene hari tu,  anak orang tu ni boleh pulak main lari-lari kat tangga wayang .. Siap gelak-gelak,  jerit panggil adik dia join sama.. Eeeee sakit pulak hati aku dengar ! hahaha Yang aku pelik mak bapak dorang ni takde rasa bersalah laa pulak bila anak-anak depa buat hal dalam panggung, walaupun 1 panggung dah jelling 20 kali.. Nampak sangat korang ni takde kesedaran sivik ataupun memang muka korang jenis tebal tahan malu .. Tapi yerlaa dalam panggung kan gelap mana nak nampak muka kann.. hohoho Maaflaah pada yang terasa, tapi tolong laa peka yer.. Bukan korang jer bayar duit tiket wayang ada berpuluh2 orang lagi dalam panggung tu yang bayar tiket.. hehe so agak-agak  anak korang takleh duduk diam dalam panggung baik korang download jerlaa movie tengok kat rumah anak beranak lagi aman ! Jimat pun jimat kann…

Kes 2

Kes ke-2 ni pulak jadi masa aku tengok GSC Setia City Mall , dan bukan sekali yer tapi lebih 2, 3x aku kene kat GSC SCM ni.. Sampai rasa serik nak tengok kat sana lagi pun ada !  Ada satu couple ni mulut tak berenti sembang dengan gf dia kat sebelah.. Yang aku stress , bf dia dah macam pengarah la pulaaak, every single scene nak explain kat gf dia.. Awek dia pon satu hal, benda simple2 pon nak tanya kat bf dia.. Contoh : " yang kenapa hero dia kena pukul ? “ Macam mana penjahat tu lepaskan diri ? And bla..bla…bla..”

 Macam budak kecik pulak sikit2 nak tanya… Yang ni aku rasa wajar kalau aku plaster mulut dia.. haha Kalau cakap bisik-bisik , ada laa jugak maaf.. Ini tak , dia cakap sampai aku, shah & orang sebelah aku pon boleh dengar.. Mula2 tu Shah boleh diam lagi , tapi makin lama makin rancak pulak depa sembang kennn.. Lupa diri pulak couple ni dalam hati aku.. hehe Shah pon apalagi , dengan sopannya tegur la “ Bro nak sembang , tengok tv kat rumah la..” hahahah amik ko sekali.. Terus bf dia diam sampai ke sudah movie tu abis.. Boleh punnn diam depa ni… Itu jer makan dia ! Habis dah jeling-jeling pon tak makan saman kenn... 


Sebenarnya mungkin banyak lagi perangai2 yang buat penonton lain dalam panggung tak selesa.. Tapi bagi aku dua perangai ni memang paling annoying & tak boleh nak terima… Sebab dua perangai ni boleh buat kita hilang focus & tak enjoy nak tengok movie waktu tu.. Nak plak jalan cerita yang complicated sikit, kalau tak focus kita pon tak faham.. Macam citer Man Of Steel tu , kalau awal-awal dah terganggu memang aku tak tahu bapak Superman tu mati kenapa.. hahaha contoh laa ! 

Dan kalau  tengok cite seram , tak jadi seram , asik dengar suara orang sebelah bersembang jerk kan....  huh ! takkan sebab orang lain buat hal , kita kene nak tengok wayang cerita yang sama 2x..  Yer takk ?

Jadilah penonton yang bertimbang rasa dan peka yer kengkawan.. Maaf cakap laa ada orang memang jenis kebal , tak kisah apa orang pikir dan apa orang kata … Bagi depa nak tengok wayang , suka hati dia laa nak buat apa pun & nak bawak sesiapa..  Terpulang laa selagi korang tak kene maki dengan penonton lain takpelaa.. Tapi nanti kalau dah kene maki jangan nak salahkan orang lain, ahkak dah bagi warning ni... wakakaka 

sekian pesanan dari penaja ! =))

Thursday, 20 June 2013

Majlis Aqiqah Anak Dynas & Doa Selamat

Alhamdulillah sabtu lepas selesai sudah majlis aqiqah anak Dynas yang no 2 , Mohd Haqaish Mohd Hafizy & majlis doa selamat.. 


Majlis aqiqah buat kat rumah akak aku , sebab nak buat sembahyang jemaah & baca yassin sekali .. Rumah akak aku hall dia lapang sikit , kalau rumah Dynas , banyak pulak perabot nak kene alih.. So orang lelaki sembahyang kat hall bawah , orang perempuan sembahyang kat hall atas.. 


Jemaah perempuan 



Aku pulak pagi tu datang bendera jepun , so orang lain sembahyang aku jadi baby sitter laa kejap , jaga budak-budak.. hehe 


Kambing golek !!


Untuk majlis tu 2 ekor kambing berjaya dikekah & di habiskan dalam sekelip mata.. hohoho ikutkan tetamu tak ramai pun, itupun ada anak-anak yatim dari Rumah Budi nampak laa ramai dan meriah, selebihnya teman-teman rapat & ahli keluarga jer..


Yang kiri ni anak Julie , pantang suruh bergambar laju jerkk dia sengih.. hehe Khyra pulak aritu mood malas nak posing , jenuh panggil amik gambar dia jual mahal..  Ini pon muka dia macam tak ikhlas jer nak amik gambar dengan aku.. hahaha mesti dalam hati dia " ada aku kesaah ??" 


Kiki & Eina pon datang lambat , dah selesai baca yassin baru dorang sampai.. hehe mesti dorang ingat majlis lepas isyak.. 



Makan time !! lauk catering malam tu sedaaap hangattt walauponnn pedaass.. hehe budak2 semua makan sikit jerk , nasib laa adik-adik , catering tu sajer tak nak kasi orang tambah banyak-banyak.. hohoho


 Muya malam tu pun mood baik hangaatt !! kalau tak susah nak amik gambar dengan dia.. hehe 


 Qaish tengah mood baik sebelum dia merengek lepas amik gambar ni.. hehe


Khyra & Mummy 


Lepas semua dah settle makan , upacara tiup lilin pulaaak .. heheh rupanya hari tu birthday Qaish so alang-alang potong cake laa sekali malam tu.. 


Tapi kakak dia pulak lebih-lebih nak tiup lilin... heheh Khyra ni memang suka tiup lilin pantang ada birthday cake aku rasa...  Yerlaa Qaish tak pandai tiup lagi , tunggu laa dia dah besar skit lagi , jangan harap dia nak bagi Khyra tiup... 


 Okey majlis malam tu selesai pukul 11 macam tu, aku antara orang lewat balik .. hehe Suami bzz kita pon buat bzz laa kan.. Padahal satu keje pon aku tak buat malam tu.. Anyway terima kasih pada semua yang sudi hadir malam tu ... =)) 

Monday, 17 June 2013

Aku Seorang Photographer !

Aghh rindunya zaman ketika aku bergelar seorang jurugambar... Skema pulak bila guna perkataan jurugambar ! Rasa macam tak hebat jer kerjaya tuu.. hahaha okey jadi aku guna perkataan photographer , baru rasa diri ni hebat ! #bluewk =D


Acttualy masa apply Uitm aku tak pernah berangan nak jadi photographer , langsung tak pernah ! Masa apply aku sangat feeling nak jadi fashion designer.. eceeehhh berangan nak ada butik sendiri , pastu pakai cantek - cantek sambil buat sketch orang lidi... hohoho walaupon hakikatnya nak jahit butang tercabut pon aku terkial-kial.. 

Tapi lepas jer interview kat uitm Shah Alam , aku dapat offer untuk study course Photography & Creative Image .. At 1st rasa macam frust gilerr sebab lain mintak lain pulak aku dapat...  Tapi disebabkan masa tu aku dah tak sanggup nak hadap buku-buku bisnes & akaun , (sebab masa apply uitm aku tengah study course Business Admin ) lagipun aku cukup tak suka subjek akaun , memanjang akaun aku tu tak balance... so aku pon terima je laa offer course Photography tu.. 

Tapi  dalam kepala pikir jugak nanti dah abis study nak keje apa , takkan nak keje kedai gambar... hohoh betapa singkatnya pemikiran aku masa tu.. Tapi seriously memang ramai budak dalam kelas aku yang pikir akan keje kedai gambar lepas grad.. hahaha Tapi aku rasa takde kawan2 aku yang keje kedai gambar.. 

3 tahun study course photography memang mencabar bagi aku.. Sebab course ni banyak giler pakai duit.. !!  Every week nak kene spend duit untuk cuci gambar , pergi outing untuk cari gambar yang menarik , kalau dah outing tu kene laa ada transport so aku n member akan tong-tong pulak nak sewa keta.. Kalau lecturer approve gambar assingment , selamat laa duit skit..  Paling tidak kene standby RM250 every week untuk 1 assgment..  Itu minimun okehh...  =(

Masa tu duit PTPTN abis macam tu jerk, siap tak cukup adalah.. kene tambah duit mak bapak pulak... Haishh #sedih  Tapi syukur sangat , berhempas pulas belajar , lepas jer abis exam, tak sempat nganggur terus dapat keje jadi photographer !! walaupun at the same time dapat jugak offer further degree , tapi masa tu aku dah seronok keje.. Yerla otak tengah fresh rasa nak keje jela , pegang duit sendiri.. Antara alasan lain aku dah tak sanggup nak perabis duit mak bapak aku , dan menambah utang PTPTN lagi.. 

 Member2 aku yang lain ramai yang sambung degree , masa tu rasa macam sedih laa jugak sebab impian nak ada degree terkubur begitu jerkk.. sob..sob..sob.. =((  Tapi kejap jer frust , sebab kerjaya seorang photographer memang sangat cool & awesome.. so takde rasa menyesal hehe 

Hari -hari kejer aku kat luar , pergi sana sini sinun, tangkap gambar , jumpa macam - macam orang.. Masa tu aku keje dengan majalah hiburan so hari2 memang jumpa artis , pergi konsert , showcase , tengok wayang & bla..blaa... Memang seronok lah ! 

Lepas setahun lebih baru aku lompat keje kat Karangkraf pulak.. hehe masa jadi photographer kat Karangkraf lagi double best ! Yerla company besar , so photographer pun ramai , ada studio , camera pon dasat-dasat.. Masa tu aku macam agak ketinggalan , baru hegeh2 nak belajar pasal camera , lighting , studio equipment , angel , camera trick & bla..bla..bla.. hohoho 


Posing after shoot model fesyen for majalah REMAJA tahun 2010.. budak ni dah jadi pelakon Tanah Kubur sekarang.. 

Kat Karangkraf aku merasa shoot untuk macam-macam majalah , kadang2 shoot makanan, model , artis , menteri , doktor , surirumah , ibu tunggal dan banyaaakkk lagi lah ! semua tu pengalaman yang tak ternilai.. hohoho sentimental laa pulak ! =D

 Time aku join Karangkraf photographer perempuan tak ramai , dalam 6 / 7 orang tak silap aku  yang lain semua lelaki.. Yang bestnya team photo kat Karangkraf masa tu , we all very very close & happening... Sekarang ni ramai yang dah berenti & kerja sendiri, termasuklah aku walaupon tersasar bidang .. hehe Yerlaa kerjaya photographer ni kalau pandai , memang boleh buat duit okeeh ! Janji rajin , creative & banyak contact.. Kalau ada 3 tu memang tak cukup tangan nak handle job.. 

Tapi untuk aku , photography macam dah asing , nak jadikan sebagai hobi pun dah takde masa.. Padahal dulu camera dengan aku ibarat aku dengan handfone.. kemana - mana kalau boleh nak bawak.. ecehh ! boleh tak guna perumpaan macam tu ... ? hehe Sesekali nak jugak ikut kawan-kawan pergi m'enembak' .. tapi belum ada kesempatan.. Insyallah akan ku cari masa untuk pergi 'menembak' , dapat jadi tukang pegang lighting pon jadilaa ! heheh Tunggu yer kawan2 nanti aku roger korang.. 


Picture ni masa trip photo dept ke Songkla , Thailand 



Photo Dept Karangkraf 2010 =))

huhuhu  okeylaa aku nak belek album lama jap , nak lepaskan rindu... hohoho over nau... =P

Wednesday, 12 June 2013

Asam Pedas Version Aku !

Assalammualaikum ! 

Hari ni nak share entry mari berkongsi resepi !! hahha tak sesuaii sangat kaan... Masak pon sedap kat tekak sendiri nak share... #puii  hehe

Actually ari ahad lepas aku tengok Jalan-Jalan Cari Makan,  si Qie tu makan asam pedas kat Melaka terliur pulaak aku..  Sampai dua tiga hari terbayang-bayang asam pedas Melaka tu.. So semalam teruslaa cari ikan , nak buat asam pedas jugaak ! hahaha Padahal boleh jer makan kat kedai.. Tapi bila sedar dah lama giler tak masak asam pedas, rasanya sepanjang kawen ni memang tak pernah masak lagi.. Jadi moh ler mengasah bakat yang lama terpendam tu.. 

Ni pun tak tahu laa apa rasanya.. Kalau tanya Shah , sedaapp sesajer laa janji pedas masakan aku memang dia boleh tambah 2,3x nasi.. Untung tau dapat suami tak cerewet nihh ! Senang nak bela.. Laki korang ada macam tu ?? hohoho 


Semalam we alls puasa , aku yerlaa puasa ganti .. Shah pun ikut puasa sekali antara motif lain dia tengah nak diet ler tuuu.. So nak di jadikan cerita kitaorang makan memang tak hengat dunia dah ! nak pulak ada sambal belacan , ulam dan ikan terubuk masin ! Memang menjilat jari okehh... nomnomnonm

Disebabkan aku puasa so, keje pun malas-malas jer laa semalam.. hehe pukul 4 aku dah chiow cari bahan-bahan nak masak asam pedas.. Nak ke Giant macam malas sebab kadang-kadang ikan kat situ tak fresh so aku ke pasar SEGI kat Kampung Subang.. Lagipun pasar Segi ni barang-barang dia murah , so agak berbaloi nak shopping barang dapur.. 

Aku beli ikan Jenahak sebab kat JJCM tu mention ikan jenahak so nak jugak ikan yang sama.. hehhe  Now tengah mood rajin nak memasak, jadi baek layan mood ni .. hehe Tapi aku takleh nak masak selalu , nanti bertambah demokkk laki aku tu.. 

Tapi ayat yang tak boleh blah keluar dari mulut Shah , bila tengok jer aku hidang asam pedas semalam ... " Fuyooo dah 2 tahun kawen baru nampak u masak lauk berbeza sikit dari selalu " hahaha aku confius kejap tu puji ke perli... #choi sangat laki aku ni tau.. ! 

Yerla aku selalu masak sambal jerk.. Udang masak sambal , ayam masak sambal , ikan masak sambal , ikan bilis sambal, hahah semuanya sambal... Dah kate suker sangat makan sambal , itu jerlaa aku masak..!! hahaha sebenarnya dah lama Shah request aku masak kari , tapi aku jer yang malas nak layan.. Sebab aku memang kureng sikit masak or makan kari.. BIla nak masak asik terbantut.. Tunggu laa agak-agak dah confident baru aku masak, kalau tak sedap kang tak pasal jer ke tong sampah kari aku tu nanti.. hehe 

Okeylaa sape yang tak pandai masak asam pedas boleh la try resepi aku ni.. haha ke korang semua dah teror masak asam pedas??? Yerlaa aku jer yang baru hegeh2 nak belajar masak kan.. Orang lain celah gigi je masak asam pedas ni.. hehe  =D


Resepi Asam Pedas - 2orang makan

2 ketul ikan jenahak  (atau apa2 ikan, ikut selera)
2 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
2 biji tomato
1 btg serai dititik / halia ( ni nak kasi bau sedap jer)
3 btg daun kesum
1 bunga kantan/ bendi -dibelah dua ( aku pakai bendi jerk sebab kantan payah nak jumpa)
1 mangkuk kecil air asam jawa
3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
1 1/2 mangkuk kecil air biasa
garam dan gula (ikut rasa)
minyak masak
sedikit belacan




Aku suka goreng ikan dulu baru masuk dalam kuah , sebab bila dah goreng tu takde laa lembik or hancur bila kacau tu nanti.. hehe akak ni kan ganas...! 


Tomato 2 bijik nak kasi tambah masam lagi


Cara-Cara

Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.

Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.

Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.

Masukkan ikan , garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.


Friday, 7 June 2013

Pit Stop @ Hai Peng Kopitiam & Gerai Lemang

Assalammualaikum !

Harini aku nak share citer antara pit stop wajib singgah sepanjang aku balik ke Terengganu & balik ke KL.. hehe perjalanan lebih kurang 8 jam dalam kereta memang memenatkan & membosankan okeh..  so kalau takde tempat best nak berenti minum kopi memang muntah aku duduk dalam keta..

Percaya atau tak masa awal kawen , asal balik dari Terengganu jerk comfirm aku akan demam urat.. Demam yang bukan takat manjer2 lagi , siap demam panas tu.. Mujur laa balik kampung pun jarang , kalau tak lembik aku ! Sampaikan Shah pernah suggest next time nak balik kampung naik flight jerk.. hahaha mengada sangat kan ! Tapi aku pulak rasa tak best , yerlaa 45 minit dah sampai kampung.. Tak feel langsung! Dah la we alls kalau balik kampung macam-macam nak di hangkut... dengan toto la , bantal la , keropok lekor toksah citer laa stock macam nak meniaga.. hohoho 

Nasib baik kali ni aku tak demam, mungkin kesan makan vitamin c & berteguk-teguk air masak.. Yerlaa cuaca sekarang sangat panas, so kene laa minum banyak air.. hehe

So setiap kali otw balik ke Trengganu or otw balik ke KL, selain berenti kat RnR , pit stop wajib we all singgah ialah kedai kopi Hai Peng kat Kemaman.. Kedai ni betul-betul kat Bandar Kemaman , dekat simpang traffic light , depan tu ada parking lot besar.. hehe Aku rasa siapa yang lalu kat kemaman akan perasan kedai ni.. Lagiun kedai ni famous so kalau korang search kat waze mesti jumpanyerrr…


Kedai Hai Peng ni tak pernah la aku pergi tak ramai orang, memanjang ramai jer sampai kadang-kadang tu kene tunggu meja kosong baru boleh duduk.. Tapi kali ni just nice kitaorang sampai ada orang bangun so dapat laa meja.. =)
Aku macam biasa laa kene order White Coffee, kasi segar sikit bijik mata.. Hehe 


Walaupun aku hanya co pilot , tapi Shah akan mengantuk kalau aku tertido kat sebelah.. So untuk elakkan dia mengantuk , aku kenalah segar bugar meneman dia kat sebelah.. Tapi kadang-kadang tu aku terlepas jugak , hahaha tak mampu nak tahan u alls, nak sembang pun sampai dah habis topic.. Nak karoke dalam keta sampai dah kering anak tekak aku nyanyi.. hohoho mujur isteri suka menyanyi , kalau tak lagi tak tahu aku nak buat apa dalam perjalan…sedap tak sedap dia kene tahan jerlaa, hahaha kalau aku diam lagi dia stress.. 


Aritu kita orang sampai dah lewat petang , lupa pulak Hai Peng ni tutup pukul 6.. Kalau datang awal skit , macam -macam jenis kuih melayu ada... mee hoon, nasi lemak , nasi dagang bungkus kecik - kecik pun ada.. Aku selalu order roti bakar jer, tak pun garlic bread..  Kalau tengah lapar macam-macam aku order hahaha tapi sebab aritu sebelum bertolak Ibu dah bagi we alls makan nasi kenyang-kenyang, so makan lite-lite jerlah ! 

Kopi Hai Peng untuk di jual.. 

Dan pit stop kedua pulak ialah , gerai lemang Kijal !! hohoho gerai lemang ni tak kira musim , memang sentiasa ada… Dan yang terbaeknya ialah lemang dia original , masak pakai kayu arang tu.. Feeling macam arwah mak aku nyer lemang.. Dulu aku makan lemang setahun sekali jer tunggu raya , sekarang tidak lagi !! hahaha setiap kali balik Terengganu wajib singgah beli dan makan dalam kereta.. 


Tapi jangan lupa serunding ,nanti nak cicah dengan apa kan. Serunding dia pon sedap , tak rasa macam serunding lama.. Harga untuk lemang tu 3 batang Rm10 , serunding pulak sebekas RM10.. sangat berbaloi !! 



Lega aku ada gerai lemang ni , sebab tahun ni aku beraya kat Terengganu .. So takdela aku pagi raya makan nasi dagang, heheh boleh tapau lemang bawak balik Terengganu.. =D


Wednesday, 5 June 2013

Wedding @ Masjid Kristal , K.Terengganu

Assalammualaikum !! 

After 4 days spend my holiday kat rumah mertua , hari ni baru masuk butik.. Kerja berlambak-lambak tak tahu nak mula dari mana.. hehe so baeklaa aku mulakan dengan menghapdet blog !

Motif aku balik Terengganu jumaat lepas ialah , nak memenuhi jemputan perkahwinan cousin Shah.. Kalau tak..... memang tunggu raya jerlaa kita orang balik.. Dalam tahun ni , baru aku sedar baru sekali aku & Shah balik kampung.. hehe keji kan ? =D Al maklumlahh kampung nun jauh di Pantai Timur , cuba kalau dekat macam Sg Buloh every weekend boleh balik..


me with Ibu , Puteri & Mak cik Shah 

sister in law 

Wedding hari Ahad, so hari sabtu tu kita orang lepak jalan-jalan kat town jer cari tudung.. huhuh nak tahu kenapa aku kene cari tudung ??? Sebabnyaa cousin Shah yang kawen ni , family sebelah ibu, dorang ni semua warak-warak okehh.. Ramai yang berpurdah , so agak biadap kat situ kalau aku pergi kenduri tayang rambut aku yang baru potong itu.. hohoho 


Picture ni Shah snap curi-curi.. hehe aku pon tak sedar masa bila dia snap.. Nasib cantek.. ! haha Tak sia-sia aku training dia amik gambar , sikit lagi dah boleh jadi profesional..

Amacam korang , chomel tak ahkak bertudung ?? hehe jenuh jugak nak lilit tudung tu ok... Ramai jugak sedara mara Shah terkejut tengok aku bertudung , ada jugak yang puji chomel.. huhu kembang kempis laa jugak hidung tahan kene puji.. Insyallah masa penghijrahan itu akan tiba... Doakan jerlaa yer kawan-kawan.. =)) 

Saat yang mendebarkan..

Pengantin lelaki ni muka macam hindustan okehh ! Mana taknya , bapak dia original Pakistan.. Semua family dia yang datang aritu semua macam hindustan , tengoklaa kat tangan dia pon pakai bunga , nasib dia tak bantai menari dalam dewan aritu kalau tak memang terbang serban-serban pak haji dalam dewan tu.. hahahha

Family Pengantin Lelaki 

Majlis akad nikah pukul 10pagi kat Masjid Kristal, tempat aku shooting gambar kawen dulu... hehe Then after selesai majlis akad nikah , kita orang terus ke majlis bersanding kat dewan sebelah Masjid Kristal tu.. Lupa pulak nama dewan dia.. Actually takde majlis bersanding ponn, maklumlaa warak-warak semua kan, so buat majlis makan beradab & sesi bergambar jer kat atas pelamin..


Walaupon family pengantin ni cuba nak buat majlis simple-simple , tetap nampak meriah jugak okeh.. Maybe sebab decoration dia pon sylistaaa , so nampak sedikit grand di situ.. huhu Siap ada meja untuk letak macam-macam jenis desert.. Bukan budak-budak jer suka , aku pon duk ulang alik kat meja tu..  hohoho Dj dia pun happening walaupun pasang lagu nasyid jer kaan, tapi layan jugak ! Sekali sekala basahkan telinga dengar lagu-lagu nasyid bagus jugak.. Dapat jugak menginsafkan diri... hohoho 

Pelamin nan indah 





my favourite all the time !! Choki Choki !! 

 Guest Book 

Nyummmmmyyy !! 

Ini antara cousin Shah.. hehe tapi aku tak ingat nama & tak ingat muka.. Yerlaa nampak mata jer kenn macam mana aku nak ingat muka dorang.. Dah la jumpa setahun sekali.. hohoho Tapi dorang semua baek-baek , takde pon pandang sinis kat aku walaupun dulu aku datang beraya rumah dorang free hair..  =))

me & pu3 

Shah & Pu3 =)

Gambar aku dengan Shah takde , sebab takde orang pandai nak pakai camera DSLR tu , selain aku & Shah.. Dah ajar Puteri pon tak menjadi jugak.. Sedih ! Huh...Ni yang buat aku berkobar-kobar nak beli Note II nihhh... sob..sob... okeh mula menabung dari sekarang yana oiiii... hohoho kechinnngg !!! baru masuk 50sen =D