Thursday, 30 May 2013

New Look ! New Hair !


Holaaa !! Seminggu tak hapdet , now I’m back with new hair !! hohoho Poyo sangat ayat tu kenn.. Sebenarnya aku dah lama tak potong rambut , color rambut , treatment rambut & bla..bla… semua yg berkaitan dengan rambut dah lama aku abaikan.. Akibatnya rambut aku dah tak banyak beza dengan penyapu sampah yang DBKL guna untuk sapu jalan tu.. Kejung dan kering  !! Itu laa yang boleh aku describe kan pasal rambut aku..



So disebabkan stress yang amat sangat mengadap rambut aku tiap-tiap pagi, yang tak semegah tu.. Petang semalam aku heret laa akak aku ke salon rambut.. Mula tu plan nak potong rambut dan buat treatment jer .. Sekali amoi cina tu pandai betul dia mengayat aku, suruh buat relaxer & color pulak…Suker betul kalau nak perabihkan duit aku tu kan.. 

Walaupon sememangnya aku ada plan nak color jugak, sebab last aku color before kawen.. 
Almost 2 year , so alang2 kepalang color sajerla.. huhu Akak aku pon apalagi bukan takat teman aku jer , dia pon seronok nak tadah rambut dia kat hair stylish tu , so kami dua beradik apalagi berpakatlahh  menghabiskan duit dan masa di salon bersama-sama.. lalalalala suker ! =))


Sebenarnya aku memang dah biasa dengan hairstylish ni , nama dia Jovi.. Dulu Jovi ni kuli jer sekarang dia dah bukak salon sendiri, kat Bangsar sebelah Paparich.. Aku ni kalau potong rambut memang cukup takut , sebab nak tunggu panjang bukannya kejap.. Makan tahun kooot.. So haruslaa pilih hair stylish yang aku dah biasa ,  barula aku confident tadah rambut suruh potong.. 


So sampai jer aku terus cakap nak potong pendek , dengan confidentnya tanpa membelek majalah sebagai reference.. hohoho dulu2 kalau nak potong rambut mesti nak tengok majalah dulu .. Kasi reference , nak rambut macam model tula , model nilaa.. Dengan harapan muka aku boleh iras model dalam majalah tu kalau tiru potongan rambut yang sama, tapi bila dah siap tetap macam tu jugak muka aku kannn... hohoho

Dan setelah 4jam duduk kat salon, sikit lagi nak kematu bontot aku duk atas kerusi tu.. akhirnya siap jugak rambut ku… Tetapiiii bila dah siap blow smua , tetibaa 15 minit pertama aku rasa menyesaall !! hahhaha boleh tak giteww…? Macam-macam aku rasa, tak sesuai laa , pendek sangat la, flat sangat laa & bla..bla.. 

Aku memang ada perangai pelik,  lepas potong rambut akan rasa menyesal kejap, tak tau kenapa .. Dari kecik memang peel gitu.. Tapi bila esok , lusa baru ok.. hahaha

Muungkin sebab dah lama tak rambut pendek , last aku rambut pendek masa baru lepas abis uitm dulu.. Bayangkanlaa 8 tahun yang dulu kooott.. memang patut sangat aku potong pendek sekarang, baru laa Nampak muda belia gitew ! hahaha apa kata korang?? Ada Nampak macam 20 tahun tak akak ?? =D  Bagi aku macam cina jinjang pon ada.. Takpe tunggu 2minggu lagi , baru laa biasa tengok muka sendiri.. ( pujuk diri sendiri )

Kat bawah ni rentetan potongan rambut aku dari zaman anak dara sampai laa sekarang... hehe Cutting rambut berbeza-beza tapi muka tetap macam tu jugaak... =D

Year 2002
Year 2010

Year 2011

Feb 2013

May 2013

Monday, 20 May 2013

Reaksi Bertemu Ex-Bf #Auch

Selamat hari isnin !! aku tahu ramai yang monday blues kan ari isnin, samalah macam aku.. Nasib baek la sekarang ni keje tak perlu nak keluar rumah awal-awal , kalau tak setiap pagi isnin jerk aku akan meroyan duduk dalam jam..  Tetapi walaupun tak kene redah jam pepagi , asal isnin jer tetap aku monday blues , sebab weekend aku dah keje so bila ari isnin tu rasa macam nak rehat jerlaa kalau boleh.. 

So disebabkan mood monday blues arini aku nak merepek merapu meraban kat sini kejap.. hehehe sebenarnya aku nak share satu insiden yang sangat awkward berlaku kat aku baru-baru ni.. aku rasa mungkin pernah terjadi kat korang jugak kooot.. ke tak pernah ?? =D

sebelum tu aku nak tanya korang , kalau korang terserempak dengan bekas kekasih @ crush korang dulu apa reaksi korang ?? Dan waktu korang terserempak tu pulak korang dengan kekasih / suami.. huhuhu  

a. buat-buat tak nampak
b. senyum lepas tu pandang tempat lain
c. senyum dan say hi / tanya khabar
d. cepat-cepat pegang tangan pasangan korang & jalan dgn penuh rasa bangga. 

Hehe nak tahu apa jawapan aku ?? jawapan aku adalah kesemua di atas.. !! wakakaka

insiden ni dah berlaku kat aku 2kali sebenarnya.. Insiden pertama masa kat kedai makan , masa tu terserempak dengan ex -bf ..  Elok jer aku baru order makan , tetibe aku nampak muka ex-bf aku 7 tahun lepas baru duduk betul2 depan aku, cuma jarak satu meja jerk.. 

Dan tetibe jugak macam terngiang-ngiang pulak kat telinga aku ni lagu Lamunan Terhenti : Aris Ariwatan !! hohoho #drama sangat

Seriusss masa tu terkejut beruk laa jugak , tapi cuba berlagak cool.. giler tak terkejut , dah clash bertahun2 memang tak pernah terjumpa sekali jumpa tengok dia dah demokk sikit laa.. hahaha 

Tapi dalam hati lega jugak laa , kalau tak mesti tak match dengan aku yang kecik molek ni.. alahaii #ayat mintak kene maki nih 

Dan nasib baek jugak masa tu aku dengan shah , so takdela rasa loser sangat..  boleh giteww ! walaupun masa tu tak kawen lagi.. tapi atleast dia dapat tengok betapa bahagianya aku di samping bf baru.. #ewaah ! Dan ex-bf aku tu  pulak dengan kawan lelaki , so aku tak tahu laa rupa gf dia.. Dalam hati nak jugak tahu kan, biasalaa naluri perempuan 'bzz body' tu tetap ada... 


Ikutkan hati time nampak ex-bf aku tu nak jer buat macam ni , main2 hidung shah .. Tapi nanti shah kata aku buang tebiat pulaak.. =D 

Mula-mula tu nak jugak tukar tempat duduk tapi bontot macam berat jer nak bangun, lagipon hati ni takde rasa sakit pon bile tengok dia, so cool jerlaa ..tapi kalau 6 tahun lepas aku terserempak dengan dia , mungkin hati aku masih terbakor lagi laa kot..  So bila aku rasa macam boleh control , aku pon buat derk jelaa makan dengan penuh nikmatnya, siap tambah nasi order air 2 gelas lagi..  hohoho okey yang tu tipu !! Dan mata memang jeling sikit2 jelaa , tak nak laa dia perasan aku jeling dia keeenn nanti jatuh cinta balik , acanerrr.. ??? hahaha 

Dan bila dah abis makan , the best part ialah masa nak keluar dari restoran tu , sebab kalau nak keluar aku memang kene lalu sebelah meja dia.. hohoho seriuuss aku  punyer berdebar , feeling dia macam tengah catwalk nyahh .. Bukan apa , kalau boleh aku tak nak dia nampak aku macam control ayu sangat .. So aku pon apa lagi cepat-cepat la tarik tangan Shah dan jalan pon dengan lemah gemalai tepi meja dia , siap dalam hati berkata-kata " heeelllooo !!  Lihatlaaa betapa bahagianya i sekarang..!! "... wakakaka 

Ayat tu bukan apa , sajer nak kasi diri ni lagi confident jalan tepi dia.. Masa jalan tu aku tak tahu laa dia pandang aku ke tak , mungkin jugak tak.. hehe tak kesahla janji dia dapat tengok betapa happy nya aku bersama pengganti dia.. Huh !! suka tau dapat eksyen dengan ex-boyfriend.. Bukan selalu dapat peluang macam ni.. =p 

 Insiden ke - 2 

Terjadi masa aku tengah window shopping , elok jer aku jalan-jalan tetiba depan mata ternampak muka crush aku masa sekolah.. Nak buat tak nampak pon macam tak sampai hati , sebab dia pon tengah tengok aku.. haha Dan sekali lagi aku masa tu dengan Shah , cuma time tu shah kat depan sikit tengah tengok barang.. 

So spontan jer kaki aku berenti depan mamat tu.. Kalau shah ada kat sebelah mungkin aku tak berenti kot.. hohoho  tapi bila mata aku nampak dia tengah pegang stroller baby so aku syak dia dah kawen la , cuma tak nampak pulak wife dia.. hehe Aku tahu dia dah kawen cuma tak tahu bila dan dengan siapa , sebab dia tak jemput aku.. keji kan ! hehe 

Tapi percaya tak , aku berenti tak sampai 5 saat , sempat say hi & senyum pastu aku terus jalan.. hahaha sebab aku takut shah  perasan pulak aku tegur mamat tu.. Bukan apa , malas nak cite panjang2 kat dia , nanti tak pasal kene bukak balik diari lama..  wakaka Yang lawaknya mamat tu pun terpinga-pinga tengok aku, mungkin dia ingat aku berenti nak tegur sapa & tanya khabar laa kot.. sekali aku terus jalan... !! hahaha aku pon tak sangka action aku begitu, bila pikir balik agak kurang sopan ko yana.. Mesti dalam hati mamat tu cakap, " baek takyah tegur langsung" ... hehe  

Okey moral of the story , bila terserempak dengan bekas kekasih lama , sila berlagak cool & bahagia.. walaupon waktu tu korang tengah meroyan dengan bf / suami korang sila jangan tunjuk ..  Bawak masalah tu kat rumah or tangguh esok, sebab bukan senang okeh korang nak buat bekas kekasih sakit hati.. hahaha Sebab aku yakin bila ex kita tengok kita happy , hati dia sebenarnya cemburu sangaattt... Nak pulak kalau kekasih / suami korang lagi hebat dari dia, memang bernanah laa hati dia tengok .. hahaha 

Tapi kalau masa tu korang sorang, cuba jugak berlagak confident & eksyen.. Barulaa dia tengok kita ada value .. Tak giteww ?? Itu pendapat aku jerlaa , kalau korang tak setuju tak perlu ikut.. 

Okey cukup ! Boleh sambung buat kerja , aku ni kalau citer pasal bekas kekasih ni memang best , siap boleh buat novel.. Tapi nanti ada yang menangis tepi keyboard pulak baca.. hahaha okey saper nak verangan bekas kekasih lama korang boleh verangan sekarang.. Aku dah abis verangan dah ! Apa-apaponn ingat pesanan kak ton , jangan berlaku curang tau ..  =))

Sebelum tu aku saje nak tempek gambar masa aku bercinta dengan shah dolu-dolu.. hehe masa ni dua2 kurus kerempeng lagi.. 

Friday, 17 May 2013

Kenangan Sempena Hari Guru

Rasa tak terlambat lagi kan , aku nak wish Selamat Hari Guru untuk semua guru2 1 Malaysia & semestinya guru-guru yang pernah mendidik aku dari sekolah tadika, rendah , menengah , universiti dan semua seniour-seniour aku masa bekerja kat karangkraf dulu..... Terima kasih di atas semua ilmu & nasihat yang pernah cikgu-cikgu curah & kongsikan.. 

Ini Cikgu Masz , yang banyak libatkan diri aku dengan aktivti seni.. Aku siap pernah nyanyi berduet dengan cikgu ni masa Hari Guru lagi okehh..  =)

Okey , Sempena hari Guru arini aku nak refresh balik kenangan zaman sekolah rendah aku ... Kenapa sekolah rendah ?? Sebab zaman sekolah rendah aku  terlalu best , banyak kenangan manis.... Sampai hari ni , kalau aku kenang boleh buat sengih sorang-sorang.. Lagipun semalam aku sempat wish kat cikgu2 sekolah rendah aku , tu yang teringat2 balik kenangan lama.. #ewaahh =D 

Dulu masa aku sekolah rendah , setiap kali hari guru , aku adalah murid yang paling sibuk .. Sebab aku akan join banyak aktiviti -aktiviti untuk meraikan guru-guru kat sekolah aku iaitu S.R.K (2) Jalan 10 , P.jaya .. Aku rasa semua sekolah akan buat majlis menyambut hari guru ni kan ..

Reunion ex student SRK (2) P.Jaya 

So setiap kali hari guru ni biasanya  sekolah aku tu akan buat banyak pertandingan & persembahan untuk meraikan cikgu-cikgu kat sekolah..  Yerlahh nak panggil artis datang sekolah tak mampu , so anak-anak murid jerlaa yang buat persembahan.. heheh Dan di sebabkan masa sekolah aku memang sangat giler glamour , boleh kata setiap tahun aku selalunya akan join buat persembahan-persembahan yang di anjurkan pihak sekolah tak kira hari guru ke , hari penyampaian hadiah ke , hari kantin ker..  Asal ada je anjuran aku akan join.. =)) Kalau tak menyanyi, aku akan menari , tak pun  lakonan or paling tidak pun akan masuk pertandingan bercerita.. hehehe 

Seriuss aku memang sangat suka aktiviti-aktiviti macam tu.. Itu belum bab bersukan lagi , kalau hari sukan jer semua acara aku bolot.. hahhaa tak kasi can student lain... kadang-kadang tu aku rasa masa aku kat luar kelas lagi banyak dari dalam kelas.. Sebab tu laa akademik aku ke laut perginyaa, asik tuang kelas jer kaan.. Abis memanjangggg masuk pertandingan sana, pertandingan sini.. Tapi jangan tak tahu , disebabkan perangai aku yang suka giler glamour ni laa aku di kenali oleh semua cikgu2 kat sekolah.. hohoho ayat tak boleh blah ! okey korang boleh cebik bibir korang... 

Pantang ada je pertandingan cikgu akan pilih nama aku.. Aku pon tak tahu kenapa , mungkin menyerlah sangat perangai giler glamour aku tu kot.. =D Tapi ada jugak cikgu yang tak suka aku , especially guru kelas laah, bila aku asik ponteng kelas cikgu mana yang suka kan.. Kalau ponteng makin pandai takpe.. Ini tidak , bila exam banyak yang corot.. huhuhu kerja rumah toksah cite , asik tiru kawan jerk.. hehhe adik2 sila jangan tiru perangai aku yer.. 

Dan masa darjah enam , aku kurangkan sikit la masuk aktiviti -aktivit luar .. Sebab cikgu kelas aku garang okehh.. Dah laa dia ajar matematik, so kalau aku ponteng kelas dia memang kene marah laa.. Tapi bila aku kenang balik zaman sekolah rendah aku , banyak yang aku sedar cikgu-cikgu sekolah aku tu banyak bagi aku peluang untuk tonjolkan bakat , bina keyakinan diri , belajar bahagikan masa, & banyak lagi pengalaman2 berharga yang aku tak dapat bayar sampai hari ni..  Cuma nasib aku tak berapa baek jerk, kalau tak mungkin aku dah jadi artis sekarang.. wakaka lagi sekali ayat tak boleh blah ! 

Dan sampai sekarang aku masih lagi keep in touch dengan cikgu-cikgu sekolah rendah aku.. Dah lebih 17 tahun aku tinggalkan sekolah , cikgu-cikgu tu pun ramai dah mengajar sekolah yang lain.. Tapi alhamdulillah cikgu-cikgu tu masih ingat lagi aku.. hehehe Paling happy bila masa aku kawen cikgu-cikgu aku sudi datang majlis reception aku kat Tropicana.. Bukan cikgu-cikgu jerk , kawan -kawan sekolah rendah dekat 20orang sudi datang walaupun ramai yang dah lost contact sebelum tu.. Rasa macam reunion bila dapat jumpa dorang balik.. 

Ni semua kawan2 sekolah & cikgu yang datang masa wedding aku.  

Itulah untungnya jadi student yang aktif  ni.. Bila jemput kawen ramai sudi datang sebab dorang kenal ko..  Walaupun ada yang tak ingat muka , tapi bila sebut alaaa student yang masuk nasyid dulu... ataupun student yang kuat lari tu.. hehehe terus ingatan tu akan terimbau kat muka kita zaman sekolah dolu-dolu... Kalau kat sekolah duduk macam kera sumbang , silap-silap kewujudan korang pon orang tak sedar.. 

Tapi bukan cikgu2 sekolah rendah jer .. Cikgu sekolah menengah & lecturer aku kat uitm pon banyak membimbing aku jadi manusia.. Cuma masa sekolah menengah aku agak low profile.. Sebab ramai lagi student hebat-hebat.. hehehe Tapi kenangan aku kat uitm pon tak kurang hebatnya.. Nantilaa aku ceritakan di entry yang lain.. Tapi yang nyatanyaaa semua lecturer aku kat uitm memang sporting habis.. kita orang macam kawan-kawan , boleh bergurau , boleh makan , minum semeja ... Memang seronoklah !! Okey cukup,  bab tu kita simpan Hari Guru tahun depan.. hehehe

Haaa yang ni pulak lecturer aku masa kat Uitm , En Nagib.. gambar ni masa bulan 2 lepas.. 


Okey akhir sekali , untuk semua cikgu-cikgu di Malaysia , semoga terus sabar medidik anak bangsa menjadi manusia berguna.. !! 

Tuesday, 14 May 2013

Birthday Party Mia @ Sukaneka =)

Fuuuhhh !! Fuhhh ! 

Yeaayy Kali ni entry birthday party lagi !! Tapi kali ni kesah birthday party anak buah aku pulak , Mia.. Birthday dia dah lama lepas bulan 3 aritu , tapi mak nyer takde masa nak sambut so tangguh laa sampai 1st May aritu.. Sesuai sangat laa aritu pun public holiday , so ramai laa kengkawan mama nyer yang datang.. 


Acctually sebelum ni , anak buah aku ni takde pulak dia kesah nak tema2 kalau sambut hari jadi, tapi tahun ni request kat mama dia nak tema Pricess Arial.. Hamboii ! kemain lagi anak buah aku ni.. hehehe yerlaa dah biasa pergi birthday party orang lain ada tema , tahun ni dia pun nak la bertema2 bagai.. 


 Masa untuk tiup lilin. Khyra pun terselit jugakk.. sebab aritu masa birtday party dia time tiup lilin tu boleh pulak ada seorang budak ni tolong tiupkan semua lilin dia.. hohoho Tak puasa Khyra nak tiup lilin , so kali ni dia tumpang tiup lilin lagi.. Kalau tak puas lagi , nanti aunty bagi lilin yang electrik tu biar tiup tak padam2.. hohoho 


Yang kiri tu anak sulung akak aku, hehe jangan terkejut anak sulung dia dah form 5 okeyy .. Tapi perangai macam budak darjah 5 lagi.. hahaha mengada lebih along ni.. 

Disebabkan nak bertema bagai , 2, 3 hari sebelum tu aku dengan akak aku sibuk laa mencari barang-barang untuk party mengikut konsep tema tu.. Jenuh okehh ! Yerla yang dia mintak Princess Arial , cuba mintak doraemon ke spiderman  ke berlambakk laa kat kedai.. hehe aku pon tak tahu Princess Arial tu watak kartun apa.. Aku tahu doraemon , sin chan , upin n ipin tau ler.. =D So lepas pusing2 KL , jumpa laa sikit2 barang yang menepati tema, lain2 tu buat sendiri jerlaa.. Macam sticker kat party pack tu aku mintak tolong Kathy design kan, kek pon akak aku tempah kat orang.. Dan ternyata berbaloi yer kek tu , sumpah dua2 kek tu sedap giler ! 

Kek yang super duper ssedaaap !! #telan air liur

Choclate cake : yang ni pun sedap !! 

Apapon bukan setakat tema jer kali ni si Mia request , dia siap request buat game lagi untuk kawan-kawan dia yang datang.. #matilah ! Pastu dia suruh aku pulak yang handle bab game ni, dah macam buat sukaneka pulak aku rasa.. Gasak ko laa Mia ! So ada laa 3 game yang aku buat untuk kasi budak2 ni enjoy.. hehe Game musical chair , pertandingan makan epal , dan cari syiling dalam tepung.. time tepung tu memang happening habis , sebab muka semua dah macam tepung gomak .. Lantak kan nak sangat game kan.. Next year aunty buat game galah panjang pulak ok.. baru laa mencabar ! =D 

Pertandingan makan epal 

musical chair 

cari syiling dalam tepung 

yang ni anak abang aku , Afiq .. Dia seorang jer budak lelaki dan paling kecik 7tahun..  Nak jugak join main , sebab dia rasa macam main sukaneka kat sekolah.. hehehe 


Eeh ada jugak aunty julie & muya yang kekwat ni.. seperti di mana ada majlis disitu ada aunty julie & muya !! hahaha hope lepas ni muya dah tengok selalu tengok muka aku , dia tak kekwat dah..  Susah okeh nak tackle si muya ni , dah macam2 umpan bagi , tapi umpan amik muka still kekwat.. kemain dia tuuu =D

 with mama & aunty dynas 

with kiki , amoi & zulina.. 

Antara tetamu yang hadir , semuanya kawan kakak aku.. Banyak okeh mia dapat hadiah haritu , kawan2 mak dia yang datang memang tak datang tangan kosong..  sukerlaa mia, kalau boleh setahun 3x dia nak celebrate birthday , tapi mak dia laa yang pitam nak buat birthday party jer pun penat macam buat kenduri.. hehe nasibla ada anak perempuan sorang jer ni, kalau 3orang mau meroyan.. hehe 

Monday, 13 May 2013

Birthday Khyra @ Jkids Publika



Happy Birthday Khyra Khalissa  !!
28/4 lepas Dynas buat birthday party untuk anak sulung dia Khyra yang 3 tahun , @ JKids Publika.. Happening jugak buat birthday party kat sini , senang anak-anak boleh lepas kasi dia main kat dalam tu , mak-mak & bapak2 boleh bergossip sambil makan dengan aman.. hahha Aku macam biasa laa jadi photographer tak rasmi hari tu , selain datang untuk makan..

Birthday cake hello kitty 

Selalunya kalau Dynas ada buat apa-apa majlis , or photoshoot dia memang akan suruh aku shoot skali gambar apa2 yang patut... Dan disebabkan itulaa kengkadang gambar aku selalu takde dalam picture.. hohoh #sedih !

 
with mummy =)

ergghh keras pulak cake nihh ! hehehe

Hello Kitty Cookies 

Khyra & her best fren Rania

 Kali ni tema birthday party Khyra ialah Hello Kitty !! Jenuh jugaklaa aku pusing mall cari barang hello kitty nak kasi hadiah , ingatkan senang nak jumpa , rupanya susah jugak.. Dah laa last minit cari , so asal hello kitty jer terus grab..

saat pasang lilin 


with daddy & mummy 

Yang peliknya hari tu si Dynas pulak pakai baju Hello Kitty , Khyra elok jer pakai dress ... confuse aku sape birthday girl ni.. Mak nyer pulak lebih -lebih.. hahaha tak kesahg janji chomel ! Chomel ke kak tonn??? =D

Sazzy & daughter 

Birthyday party kali ni geng artis ramai yang tak dapat datang tak macam birthday yang lepas.. Masa aku sampai Yasmin Hani pun dah nak gerak , yang tinggal Sazzy , Ning Baizura & Fazlun.. Sariyanti datang pun dah lewat , masa tu aku dah chow pun.. Sempat bergambar dengan Sazzy jer hari tu.. hehehe jadilaa dah banyak kali jumpa Sazzy ni tapi tak pernah nak amik gambar..

Barisan artis yang hadir ... ooppss kecuali dua orang dari kanan tu.. =D

me & sista


sista & my lovely niece Mia

Actually ni 1st time aku datang Publika.. Dah banyak kali aku ajak Shah , tapi dia malas.. Balik-balik OU , The Curve & Setia City Mall jer kita orang tawaf.. sampai aku dah nak muntah masuk parking mall kat situ.. hehehe  so bila sampai jer Publika ni , tetiba aku rasa macam jakun kejap.. hahaha kesian kan aku ! Bagi aku Publika ni tempat nak lepak minum best laa kot, kalau nak shopping macam tak friendly user jerk.. yer ker??? hehehe aku rasa lah , tak pernah try shopping pon lg.. Tapi yang buat aku sakit dada , parking rate dia laah.. Bapak mahal koo ! Boleh dapat lambchop sepinggan.. =D Sekali sekala boleh laa datang sini , kalau dua kali dua kala , memang botak tayar keta kooo.. hohooho


Akhir sekali tatap laa muka aku & birthday girl yang chomell ni... Khyra ni masa kecik punyer laa kekwat dengan aku , jangan harap la nak bergambar peluk macam ni.. Tapi sekarang ni dah friendly , nak pulak muka aku ni dah selalu sangat dia tengok.. So bila jumpa memang dah kamcing laa.. hehe

Thursday, 2 May 2013

Kenduri Arwah Di Rumah Anak Yatim

*DNA Team*

Alhamdulillah , sabtu lepas majlis kenduri arwah & kenduri doa selamat sempena pembukaan outlet terbaru DNA kat Setia berjalan dengan lancar… Majlis tahlil untuk arwah mak, arwah tok wan aku yang baru meninggal pada 10/4 yang lepas, arwah anak sulung Dynas Emma Malissa serta tak lupa arwah bapa mertuaku juga.... Dan majlis kali ni akak aku yang uruskan sepenuhnya sebab dia nak buat kenduri doa selamat sekali sempena pembukaan outlet terbaru DNA..

* Dynas tengah kesat hingus , bukan sebab nanges yerkk... tapi sebab selsema #aucch * 

* Fizy & Sista* 

 * Tq Mama M&M sudi datang *

*kakakku ala mak datin gitewww*

* chomel tak "kak ton ??" ( baca nada iklan beautyumaira ) =D * 

Biasanya kenduri arwah memang kita orang adik beradik akan buat kat rumah, tapi kali ni berbeza sedikit sebab akak aku nak buat kat rumah anak yatim Rumah Kasih Harmoni , Paya Jaras.. Bukan apa , sesekali nak berubah angin jugak sambil menghiburkan anak –anak yatim kat situ ..

*makan time*

Apa yang bestnya kalau buat majlis kat Rumah Kasih Harmoni ni ialah masakan dorang.. Tukang masak depa memang hebat2 ! Lauk-lauk kampung yang boleh buat aku termengah-mengah.. Itulah motifnya aku pakai jubah aritu.. hehehe nampak tak tips aku kat situ.. ?? =D

Majlis bermula jam 11 pagi , habis pukul 1 sebelum zohor.. Cepat giler majlis selesai , tahu-tahu dah makan.. hehe kalau buat kat rumah biasa sampai ke petang baru settle.. Biasa laa dah abis makan , nak layan saudara mara lagi , borak-borak , pastu nak kemas pinggan mangkuk lagi sudanya, sampai bawak ke petang.. Penatnya macam buat kenduri kawen ! huhu so kali ni takdela abah penat nak kene masak , sebab selalunya dia yang paling teruk kene masak.. 

* Abang ku yang botak lagi bergaya * 

*my niece*

* sedap ohhh pucuk ubi masak lemak !! #gulp *

Sebenarnya ni bukan kali pertama aku pergi rumah anak yatim ni , tahun lepas akak aku pernah buat majlis berbuka puasa kat situ jugak.. so ada beberapa anak-anak yatim kat situ yang aku dah cam muka dorang.. Seronok sebenarnya bila buat event kat rumah anak yatim ni , anak – anak yatim ni membuatkan aku lebih mengenal erti bersyukur & menghargai apa yang aku ada sekarang ni..

* ni akak ipar aku , orang kuat BN kemain baju pon nak biru BN *

Salah satu contoh bila melihat anak kecil seusia 5 tahun , dah kehilangan ibu dan bapa.. Sedangkan aku kehilangan mak pada usia 27 tahun.. Dorang jugak tak  pernah merungut apa juga yang di sediakan , tak kira makanan , pakaian, kelengkapan harian atau apa sahaja.. Sedangkan aku selalu merungut takde baju nak pakai pergi keje hari –hari , merungut nak makan kat mana, merungut takde cerita apa kat astro dan bla…bla.. Beruntungnya aku… Alhamdulillah semua tu buat aku tersedar 1001 perkara yang remeh di mata sesetengah orang, tapi begitu berat bagi dorang yang tak pernah merasa..

* anak-anak RKH *


 Pendek kataaaa.. Renung-renungkan & selamat beramal ~ #peace =)

Thank you for reading this entry !