Tuesday, 30 April 2013

Rumah 3.6 Juta !


Apa rumah 3.6 juta !!! Dengar pon dah tahu tak mampuuuu nokss… Mampu tengok jerlaa sambil verangaan.. huhuhu kesahnya ialah bila ari Jumaat lepas aku ikut akak aku & Dynas tengok rumah kat Damansara Perdana.. Bukan nak beli pon sajer je cuci-cuci mata mencari ilham.. hahaha


Sebenarnya aku pon tak tahu kat atas bukit Damansara Perdana ni ada tanah lagi dorang boleh tarah buat rumah.. Kemain lagi mewah –mewah rumah kat situ , memang jakun laa kejap aku tengok design-design rumah kat situ.. Konsep design rumah kat situ agak moden, design petak-petak jenis bumbung macam kotak gitu.. Pastu konsep takde pagar macam rumah2 kat oversea..

*laman*

Dah la atas bukit , cuaca pun mendung jer aritu ditambah dengan konsep begitu tetibe aritu aku feeling macam kat oversea.. #over tau
Kawasan rumah yang aku pergi tengok ni ada beberapa phase , ada yang dah siap & dah dah abis di jual pun.. huhu sape laa yang kaya raya beli rumah kat area situ yer.. Tapi ada lagi phase yang masih dalam construction.. So agak2 sape yang duit berjuta-juta dalam bank sila laa survey kwsn ni mana tahu korang berminat..

*hall*
*cantek ohh kerusi kuning* 

Masa aku masuk-masuk jer rumah ni aku dah ternganga tengok laman dia.. Luas mata memandang , sesuai pada siapa yang ada hobi bercucuk tanam macam laki aku.. hahaha Okey ! tak abis terkejut tengok laman dia , bertambah tergamam tengok hall dia pulaak.. Walaupun simple tapi nampak kelass nyah ! Masa aku tengok rumah ni , macam-macam idea datang mecurah2 nak deco rumah sendiri.. hohoho haruslaa aku tiru idea deco rumah 3juta !! Giler takk ?? Decoration rumah ni di hias oleh Rizalman okey.. Alaa Rizalman , fashion designer tuhh, kemain lagi tak cukup design baju sekarang ni nak desco rumah pulak .. Nak caras Eric lerr tuu.. Dah laa tak nak cite banyak-banyak dah korang tengok laa sendiri rumah nihhh…

 *Dining*
 *Dry Kitchen*
 *2nd Dining*
* Wet Kitchen*
  *Bedroom*

* Bilik tv & hiasan setiap lorong* 



Yang picture atas kiri tu adalah bath tab okeeyy ! Bath tab ni dalam masterbedroom , memang romantik abis lah.. boleh laa laki bini duduk berendam dalam tu.. hohohoh Dan yang best lagi siap ada dua shower lagi dalam bilik air tu , satu shower tu kat luar beratapkan kaca.. Kira kalau mandi tu boleh tengok langit laa.. hahaha motif  ?? Aku kalau bilik air besar -besar macam tu memang seronok rasa nak tido dalam bilik air pon ada.. =D 

* Posing at bathroom : 1st shower , shower yang beratapkan kaca tu kat sebelah kanan, takde picture plak..*

  *masterbedroom & 2nd room*

*dalam lift* 

Gambar bawah kiri , ialah lift yang aku katakan tadi.. hehe chomel je lift dia boleh muat dalam 4-5orang kalau badan slim-slim macam aku lah.. kalau badan gemuk2 , tak reti2 naik tangga ... Exercise lahh !! hehe Rumah ni ada 5 bilik termasuk bilik maid , setiap bilik ada bilik air so takde nak berebut.. hehe Pendek kata memang cantek laa rumah nih , tunggu laa aku deco rumaha ku macam ni.. Barulaah ada feeling macam rumah 3juta !! hahaha #mata keatas O___O

Thursday, 25 April 2013

365 Hari Pemergian MAK : Detik2 Terakhir

Sebenarnya dah lama aku nak update entry ni, tapi setiap kali nak tekan publish aku seakan tak mampu... Rasa macam tak abis lagi mengarang, setiap kali bukak entry ni , ada jer benda yang aku rasa nak tambah... Dan harini aku rasa adalah hari yang sesuai untuk aku publish.. Sebab harini genap setahun pemergian arwah mak ke rahmatullah.. Ada yang kata rasa sekejap , dah setahun.. Tapi bagi aku sebenarnya bagai bertahun -tahun aku tak menatap wajah & memeluk mak... Rindu nya , hanya Allah yang tahu...


Setiap malam jumaat , kalau berkelapangan aku akan sedekahkan surah Yassin buat arwah mak.. Dan setiap kali itulah aku akan menangis seperti anak kecil.. Aku tahu memang tak elok meratap & menangis mengenang orang yang dah takde, tapi bagi hanya itu je cara untuk aku lepaskan rasa rindu pada Mak.. Dan lepas menangis aku akan rasa lega , perasaanya seperti baru je lepas bersembang dengan mak.. Jauh di sudut hati , aku tahu mak dapat mendengar doa aku untuknya.. 

Selama setahun arwah mak meninggalkan kami sekeluarga,  kadang-kadang aku masih terasa mak masih ada di Sungai Buloh menanti kepulangan aku menjenguknya sekali sekala... Aku juga selalu berharap setiap kali aku balik Sungai Buloh , aku akan nampak wajah mak di depan garaj rumah sambil tersenyum melihat aku.. Malangnya , aku tahu sampai bila-bila pun keadaan itu tak mungkin akan berlaku lagi.. TAK AKAN... =(

Jujurnya aku tak dapat gambarkan perasaan aku setiap kali balik Sungai Buloh tanpa mak di rumah.. Rasa sayu , kosong , sunyi walaupun ketika kami adik beradik berkumpul bersama , suasana itu tetap tak sama ketika arwah mak ada.. pedih okeh perasaan tu... Ketika aku menaip ni pun , tekak aku seakan tersekat menahan rasa pedih yang amat... (maaflaah kalau aku terlalu beremosi )

Mujurlah arwah mak pergi selepas aku dah kawen , dan aku pun tak tinggal Sg Buloh lagi.. Kalau tidak aku tak tahu laa macam mana aku nak teruskan hidup dalam rumah dibayangi kenangan bersama mak di rumah tu.. Aku pasti abah juga sedang bertarung dengan perasaan hidup tanpa mak di rumah tu..Berpuluh tahun hidup bersama , teman untuk dia bersembang , bertekak , berkebun bersama kini semua tinggal kenangan.. Aku dapat lihat dari air muka abah, dia juga merindui moment-moment bersama mak.. 


Ketika arwah mak aku hidup , hobi mak ialah bercucuk tanam.. Yang aku kagum , mak boleh bertahan seharian kat luar  tanpa makan , sampaikan kami adik beradik selalu marah sebab mak kalau dah bercucuk tanam dia tak peduli makan, panas atau hujan sampaila kerja-kerja berkebun dia selesai.. Kulit mak pon sampai gelap , sebab setiap hari berjemur.. Tapi masa mak mula sakit , dia tak mampu nak berkebun & kulit dia kembali cerah hari demi hari sehinggalah  ketika akhir hayatnya . Dan apa yang buat aku tersentuh , sewaktu aku memandikan jenazah arwah , kulit arwah  putih kekuningan seperti bercahaya... Subhanallah, waktu itu aku sangat terharu melihat jenazah arwah mak ...

Moment itu adalah paling sebak & beharga sebenarnya...  Aku bersyukur kerana di beri peluang untuk memandikan arwah mak, kerana aku tahu itu adalah impian mak ketika hidupnya.. Dia mahu kami adik beradik menguruskan jenazahnya.. Sewaktu memandikan jenazah , aku terasa kulit mak begitu lembut & halus , sehinggakan aku terlalu berhati-hati mengusap setiap inci tubuhnya bimbang kalau aku tersakiti jenazah.. Benarlah kata Uztad Don, dalam satu ceramah yang pernah aku dengar, anak - anak wajib memandikan jenazah ibu bapanya kerana mereka akan memandikan dengan penuh kasih sayang... Waktu mak sakit aku memang pernah memandikan mak , tapi perasaan itu tak sama seperti hari terakhir aku memandikan dia.. Dan bagi aku itu adalah pengalaman yang sangat tak ternilai untuk aku.. 

Sewaktu mak masih hidup, mak memang ada alahan mungkin kerana penyakit kencing manisnya.  Dan alahan tu menyebabkan kulit mak gatal - gatal sampaikan arwah terpaksa berpantang tak boleh makan seafood bertahun-tahun.. Pelbagai ubat dah cuba pun masih tak baik, cuma berjaya kurangkan jer.. Tetapi kuasa Allah seminggu sebelum dia meninggal , penyakit gatal-gatal itu hilang, dan tempat yang gatal tu bersalin kulit mengantikan kulit yang baru menyebabkan kulitnya putih, bersih dan lembut seperti kulit bayi yang baru lahir... Subhanallah... ! Dan waktu itu mak nampak gembira sangat,  sampaikan ubat yang aku amik kat Hospital pun tak sempat abis pakai.. Selalunya ubat sebotol tu dalam masa seminggu dah abis licin dia sapu..Dan sekarang kalau aku tengok ubat gatal tu buat aku rindu sangat nak sapu pada badan mak ...

Dan bila benda macam ni jadi pada arwah mak , buat aku teringat satu petikan yang aku baca : " Setiap orang pasti mengalami sakit .. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat . Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah . Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas'ud ra bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seseorang Muslim dapat mengugurkan dosa sebagaimana pohon yang mengugurkan daunnya.. " 

Dan dalam tempoh seminggu sebelum arwah mak meninggal ,  mak tetiba kembali sihat , boleh berjalan seperti biasa sedangkan sebelum itu mak terlalu lemah tak mampu berdiri pun cuma duduk di kerusi roda dan terbaring di katil.. Dalam tempoh itu kami adik beradik sangat gembira melihat perubahan mak, sampaikan aku dan kakak sempat bawak  mak makan kenduri kahwin anak kenalan lama nya , di Dewan Sivik, Petaling Jaya... Dan itulah , malam terakhir aku bersama arwah...  

Malam tu mak memang nampak gembira , sepanjang perjalanan di dalam kereta , dia sibuk bercerita pasal makcik2 sedara aku yang datang menziarahnya petang itu.. Aku cuma menjadi pendengar setia, hanya sesekali mencelah.. Dan itu adalah malam terakhir aku menatap wajah mak , aku sebenarnya sayu nak menghantar mak malam tu .. Sebab abah kerja malam , dan mak hanya bertemankan adik bongsu .. Tapi dalam keberatan aku balik juga bersama suami , dan sempat aku cium kedua belah pipi mak sebelum beredar... Seperti anak kecik aku buat arwah mak, bimbang nak tinggalkan dia seorang diri... 

Ahhh kalau laa aku tahu itu malam terakhir bersama arwah , akan ku habiskan sepanjang malam bersama arwah .. Berbual kosong , sambil menonton tv cerita hindustan ataupun sinetron ulangan , seperti selalu aku buat sebelum berkahwin.. Mak memang susah nak tidur malam, sebab tu laa aku selalu temankan arwah menonton tv sampai lewat malam.. Kadang - kadang bila menonton drama sedih , kami sama -sama menitiskan airmata kerana terlalu menghayati.. Jujur aku dan arwah memang sangat menghayati kalau menonton drama , sampai kembang kempis hidung menahan tangis... Ya Allah... Rindu sungguh saat itu...


Saat mengebumikan arwah mak adalah detik -detik terakhir bersamanya... Aku ada emapt orang abang & seorang adik lelaki , syukur kelima -limanya dapat mengangkat jenazah mak hingga ke liang lahad , dan mengebumikan jenazah dengan sempurna.. Arwah mak meninggal jam 2.20pm dan pada jam 6.30 semua urusan pengebumian telah selesai.. Begitu pantas , tanpa ada sedikit pun halangan..  Waktu itu aku pasti arwah berpuas hati kerana anak - anaknya dapat melaksanakan tanggung jawab dan menunaikan impiannya.. Saat talkin di bacakan aku hanya mampu menahan sebak , tidak mahu menitiskan airmata.. Waktu itu aku tahu tiada apa yang dapat mengembalikan arwah mak ke pangkuan kami , tiada apa yang dapat kami bantu selain dari doa , doa , dan doa.... Aku redha , dan aku akan sentiasa berdoa agar arwah mak tenang dan bahagia di sana...

Aku ingin share doa ni untuk kebaikan kita bersama, semoga kita sama-sama dapat amalkan & manfaat... Pada korang yang masih mempunyai mak & ayah , hargailah setiap detik yang ada untuk meluangkan masa bersama mereka.. Percayalah korang tak dapat bayangkan rasa rindu yang aku tanggung sekarang , hanya untuk menatap wajah seorang wanita bergelar MAK...


Maksudnya:Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh ibuku
……… (Sebut nama ibu)………
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih


Maksudnya: Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh bapaku
……… (Sebut nama bapa) ………
Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih

Sesungguhnya doa seorang anak soleh kepada arwah ibu bapanya adalah amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. 

-Perkara ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Abu Hurairah yang bermaksud: 'Apabila mati Seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa daripada anaknya yang soleh. ' (Hadis riwayat Muslim).

-Tidak ada pemberian kepada ibu bapa yang paling berharga daripada selain ditunggu doa-doa dari seorang anaknya. Jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). 

Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari. Buatlah yang terbaik untuk mereka yang telah menjaga Mu dengan penuh kasih sayang.


Al-Fatihah.... Moga Roh arwah mak di tempatkan di kalangan orang yang soleh..  Aku sangat berterima kasih sekiranya korang juga dapat sedekahkan Al fatihah buat arwah mak aku yer... Amin.... =(


Thank you reading this entry 

Monday, 22 April 2013

Deco Bersama Suami !!


Aku syak suami aku dua tiga menjak ni di serang mood menghias rumah.. Maklumlaah sekarang ni asal weekend jer aku memang sibuk kat butik jer , takde masa dah nak dating merayap berdua dengan dia.. Kalau dating pon dalam Setia City Mall jerk.. hehehe Dan di sebabkan itu ,  dia pon kene laa mencari hobi bagi memanfaatkan waktu yang terluang.. Yerlaa seminggu dua larat laa dia ikut aku ke Setia City Mall tu , tapi lama-lama sengal kot.. Bukannya dia boleh tolong aku meniaga pun , paling hebat pon dia boleh tolong aku angkatkan patung jer time closing.. huhu

Dua minggu lepas , aku sibuk dengan expo kat midvalley.. Aku sibuk , dia pon nak sibuk rupanya.. Aku pon tak amik port apa dia buat weekend tu , tahu – tahu rumah aku dah berseri sikit dengan pokok –pokok bunga.. Kedai pokok mana dia shopping pon aku tak tahu.. Okey jugak kenn, kalau tidak rumah aku ni macam padang jarak padang terkukur jerkk.. Usah kate pokok , rumput pun segan nak tumbuh ! huhuhu #sedih u alls…!

*pokok renek penghias meja * 

*Pokok Bonzai hiasi garaj kereta * 

Itu baru sikit jer , Shah kate nanti dia akan beli sikit -sikit pokok bunga.. Nak survey pokok apa yang sesuai.. hehe Tapi aku terkejut gak bila dia bagitau rege pasu & pokok bonzai tu , ingatkan mahal bebenorr rupanya murah tak sampai seratus.. Okeylaa kenn ? Dan sabtu & ahad lepas Shah sibuk nak menghias dalam rumah pulak…! Aku memang jenis tak kisah asal cantek sudehh… 

Dan ini lah hasil Shah menghias.. ! Blind putih tu beli kat Ikea dua minggu lepas.. Dah lama sebenarnya plan nak pasang blind ni.. Blind ni fungsinya untuk pisahkan ruang dining & kitchen.. Sebab rumah kita orang ni takde pemisah antara ruang, dari ruang tamu tu memang boleh direct nampak dapur.. So bila ada blind ni takde lahh nampak dapur aku yang hado tuuu dari hall.. hehehe #malu tau

* Taraaaa !! Chomel takk ?? * 

     *pokok renek penghias meja *                          

Tirai kayu kat bawah ni pulak kita orang beli kat Giant jerkk.. Alang –alang nak drill dinding , kita orang pon beli laa blind untuk kat belakang rumah sekali.. Yang ni pon dah berkurun plan nak pasang , tapi asik bertangguh jerkk.. Dah laa aku masak kat luar , bila takde tirai kat luar tu memang azab jugalaah aku nak memasak espc time tenghari.. Panasnya toksah citerlaa , boleh cair aku duduk tepi dapur tu.. Pastu bila aku memasak jer. Aku rasa jiran aku kat belakang rumah tu macam tengok jer aku.. walaupon sebenarnya takde pun.. perasaan jer macam dorang tengok.. hehe So macam tak bestlaa kan, mood nak memasak pon terbantut.. sebab tu laa aku kadang –kadang malas nak masak waktu siang.. Kalau malam tu sejuk sikit , orang pon tak nampak.. hahaha alasan sangat tau !  

tirai kayu 

* drill timeeeee =)) *

Tengok sajerlaa lepas ni ahkak rajin masak ke takk.. Kalau malas jugak , faham-faham sendirilaah !#mata ke atas macam Shah buat tuu.. hahaha =D

* mata ke atas ^___^ *

Dan masa jalan –jalan kat Ikea aritu , we all survey laa sekali meja makan kecik untuk letak kat dapur..  Sebab meja dining yang ada sekarang ni macam gedabak sangat untuk kita orang berdua makan atas meja.. So plan nak cari yang kecik sikit barulah chomel.. hehe Memang chomel okeyy, aku pon tak tidur lena terbayang meja tu.. Bajet gaji jer memang nak rembat laa meja tu, (tapi bukan gaji aku tunggu gaji Shah ler ).. hahaha Sekali tup tup….. semalam aku balik dari keje , Shah boleh pulak surprise kan aku , dia dah beli meja yang aku berkenan tu.. Tahu-tahu jer ada kat rumah, dah separuh siap.. Yerlaa barang Ikea kan kene DIY, tu yang baru siap separuh. Terkejut ahkak tau ..! feeling macam kene kejutan dari deco bersama Eric pulakk ! hohooho Cantekkk takk ??? #over tau

* time ni baju Shah dah lencun dengan peluh - Eeeuuuw *

Aku syak Shah pon tak lena tido terbayang meja Ikea tu , itu yang tak sempat tunggu gaji dah pergi beli tu.. Kemain lagi suami aku tu semangat nak hias rumah , dah macam nak raya pulak aku rasa..

Dan setelah berhempas pulak dua hari mengdrill , memasang tirai & DIY meja Ikea .. Inilaah hasil ruang makan ku yang simple & chomel.. semoga semakin bersemangat aku nak memasak hari –hari.. hehehe Dan pagi ni aku aku sempat laa buat breakfast untuk Shah rasmikan meja ni .. hehehe terus dia kata masakan aku bertambah sedap sebab makan atas meja yang putih berseri ituuu.. padahal masak hot dog dengan daging burger jer punn.. Sajelaa tu perli aku..! #mata keatas ^____^

* combination putih & hijau - sejuk mata memandang ~ #ceh ! *

* Selamat menjamu selera ~ *

Tuesday, 16 April 2013

Anonymous Not Allowed !

Nampak gayanya ada orang sentap lahhh or maybe tak suka dengan entry aku semalam… Mintak maaf ler kalau ada yang terasaa yerk , aku cuma nak luah perasaan jerk.. Dah kate blog tempat meluah perasaan & berkongsi 1001 cerita.. So agak-agak kalau tak suka dengan entry aku tak payah baca ler, & kalau nak komen tu tak perlulaah nak guna nama Anonymous… Tak gentle laa bro ! Ibarat baling batu sembunyi tangan (rujuk kamus)  Dan lepas ni memang aku tak benarkan orang yang bernama Anonymous ni suka2 hati mengomen kat blog aku.. huh !

Kalau betullah ex staff aku tu pon ada baca , lagi bagus.. biar dia tau apa yang dia ingat selama ni aku tak tahu, sebenarnya aku tahu… Semoga dia dapat belajar menjadi pekerja yang lebih berdedikasi di tempat baru.. Serius ni ikhlas , even masa dia nak berenti aritu pon aku sempat wish dia all the best .. 

Aku rasa memang ramai yang baca entry aku semalam , rasa aku macam poyo jer dengan jawatan manager… hahaha ada aku kesahh ?? Sebenarnya aku tak kebulur pon dengan jawatan tu , takde jawatan tu pon hidup aku berjalan seperti biasa.. Jawatan tu saje –saje di beri supaya pekerja bawahan aku tau nak refer bila dorang nak mintak gaji  , nak tahu jadual kerja & bila melibatkan hal –hal pengurusan kedai .. Yerlaa kalau dorang tak tahu siapa manager takkan dorang direct nak tanya kat akak aku takat benda -benda remeh..  Dan jawatan tu jugak suka –suka hati aku boleh tukar , kalau tetiba rasa arini aku nak jadi sales assistant , aku buat jer keje yang semua staff aku buat … sebab ada hari-hari aku pon kene layan customer jugak , pulun buat sales, sapu & mop lantai jugerr… Bukan beerti aku hanya duduk goyang kaki kat coffee house collect duit sales hari-hari.. huhuhu kalau betul alangkah indahnyaa dunia !

Dan ada juga suara-suara sinis yang mengata aku kat belakang , aku berlagak sekarang macam business ni aku punyer jerkkk.. Untuk yang tak tahu lagi business ni akak aku punyer , so wajiblaa aku acting macam aku yang punyaa jugakk.. hehehe Insyallah kalau ada rezeki lebih akan jadi business aku nanti… Tak kan masa tu aku nak bagitahu satu donia , weiii aku ada company sendiri !! #motif ?? Sebab tu laa aku kene berlagak macam business sendiri baru aku tau macam mana nak majukan company ni , bukan melingkupkan business.. Kalau business ni orang luar punya mungkin aku pon tak berani – berani nak marah pekerja sebab aku tau ada orang atas yang perlu aku refer..

Aku pon sebenarnya takde experience keje-keje retail ni , tengah belajar jugak pelan -pelan.. Yerlaa dari keje wartawan &  photographer sekarang aku duduk diam –diam kat kiosk ni.. Agak sengal jugak laa kann mula –mula tu, terasa macam bodoh sebab tak nampak dunia luar.. Keluar siang balik dah malam… hehehe Tapi sebab minat nak berniaga ni pon dah memang ada , terpaksalaah belajar jugak…  
Erkk ?? Aku tak tahu kenapa aku perlu explain semua benda nihhh !!! Semoga dapat menutup mulut -mulut yang sedang bercakap sinis tentang aku.. tapi kalau korang nak cakap jugak , suka korang laah ! tak koser nak layan... daaa !

me & with my sis !

Staff Ku Nan Hadoo !!


Sibuk tahap dewa !!! Nak hapdet blog pon tertangguh2.. padahal banyak entry aku nak share tapi masa begitu mencemburui diriku.. eceh ! 2 minggu lepas sibuk dengan persiapan untuk expo , abis expo pulak sibuk nak buat sales report untuk kedai & report expo.. Macam ni rasanya jadi manager rupanyaa… Perghhh aku sangkakan boleh duduk goyang kaki marah staff jerkk… hahahha

Oppss bila cakap pasal marah staff ni , sebenarnya aku nak story mory pasal staff – staff aku ni haa.. Ingat tak aku pernah hapdet entry pasal nak cari new staff, so selepas di tolak campur bahagi , aku dapat laa new staff yang boleh di harap.. Dan staff lama aku , lama tak laa lama sangat lerr , 2 bulan jer pun dia kerja, dah pun berenti hujung bulan lepas.. Dia laa satu-satunya staff yang kita orang amik mula-mula untuk kerja kat DNA Setia ni , sebab masa baru-baru bukak kita orang tak nak amik ramai-ramai , sebab masa tu aku nak pandaikan diri sendiri dulu .. Yerlaa amik staf tapi diri sendiri tak pun tak pandai buat malu jerk.. 

Di sebabkan staff aku tu rasa dia satu-satunya pekerja yang kami ada , perangai diva dia sedikit demi sedikit makin teserlah.. Tambah pulak, bila dia tau aku nak amik staff part time baru .. Dia nyer perangai tetiba naik tocang kooo, berlagak macam dia lak manager.. Mula-mula tu aku takde laa perasan sangat, tapi lama-lama aku kaji-kaji balik betul laa minah ni dah start over.. Mana tak nya suka hati dia nak bukak kedai lambat & suka hati dia nak buat kedai tu macam kedai sendiri. Mula-mula lambat laa seminit dua , pastu dah makin melampau pulaak dia , pernah sekali tu pukul 10.30 baru bukak kedai.. Dia ingat ni kedai runcit Raju & Kawan-Kawan ker hapaa..

Okey bab tu , aku tak bising lagi laa selagi tak kene penalty dari mall management.. Aku Cuma warning jelaa supaya jangan buat selalu sangat nanti boss bising.. Tapi rupanya tak makan saman budak nihh.. Dia buat jugakk lagi , sampai sekali tu Dynas sendiri kantoikan dia .. Tengok cctv pukul 10.20am tak bukak kedai lagi , pastu bila aku call tanya dia kat mana ,  dia jawap kat toilet.. Aku diam lagi , walaupon aku tau aku sedang di tipu hidup-hidup.. huh !

Dan sikap ' diva ' dia semakin menjadi-jadi , bila aku dah amik sorang part time baru. Siap request nak buat jadual keje dia sendiri lagi okehh..  Wahh! part tu memang aku rasa dia ni memang mintak kene maki.. Tapi ahkak sabar lagi… Walaupun aku dah mula confuse masa tuhh.. Tu belum lagi dia bawak adik-adik dia berkampung kat kedai.. Aku pandang sinis pon tak faham-faham.. Aku sendiri pon tak bagi adik aku lepak kat kedai , dia pulak lebih-lebih...  #Pffffttttt

And dia ada satu lagi perangai  yang buat aku berbulu jerr tengok  dia… Kiosk aku ni memanglaa laa tak berbumbung , tak berdinding , yerlaa nama pon kiosk .. So kedai memang cepat sangat berhabuk, jadi aku selalu pesan kat staff aku yang sorang tu , kene lap 2x sehari pagi & petang .. Tapi setiap kali aku masuk kedai jer , tengok dah berhabuk tahap macam dah 2 ari tak lap.. Bila aku tanya , dia bagi alasan kiosk memang cepat berhabuk.. Dah tau cepat berhabuk ko lap jerllaaa !! Peliknya time aku jaga kedai , takde laa teruk sangat habuknya.. Kalau pagi aku dah lap , petang takat debu light-light jerk.. Dia nak tipu aku macam aku ni tak pernah duduk kat kedai tu jerk.. Mana aku tak berbulu..!  

Dan bertambah sakit hati aku , setiap kali aku sampai kedai mesti dia tengah dok sedap duduk depan pc layan internet… Agak-agak korang laa berbulu ker tidaaak menengokkan peel dia tuuu??? Bila aku check history internet , memang dari pagi sampai ke malam menghadap internet.. Pastu lagi nak nak tipu aku !! kalau dah dapat internet memang laa tak de masa ko nak buat keje lain kann.. Aku tak kesah sebenarnya ko nak hadap pc tu , tapi kalau semua keje ko dah settle takpe, ni tidak kadang-kadang ngelat tak mop , tak lap pastu nak layan customer pon malas.. Kadang -kadang tu aku yang layan customer , dia boleh duduk silang tangan kat cashier.. Sekali lagi aku confuse siapa yang boss..!


Actly banyak lagi perangai staff aku yang lama tu buat aku rasa semak !  Sampai satu tahap aku memang takleh sabar lagi.. Lepas satu –satu perangai dia buat , dua hari berturut-turut dia kene marah dengan aku .. Yang bestnya dah kene marah makin teruk pulak perangai dia, macam nak tunjuk protes laa.. Kali kedua aku marah terus dia bagitahu aku nak berenti .. Sentap laa tuh ! Sepanjang 2 bulan keje , baru 2x kene marah terus nak berenti.. Dasar takleh kene tegur... Lantak ko la dik , ahkak pun alu-alukan sangat dik niat suci murni ko tuhh.. Sebab aku pon takleh nak hadap perangai ko yang diva tuhh dah.. Letih !

Okey cukup sudah story pasal staff aku yang nan hado tu.. Harap staff baru yang ada sekarang ni , tak buat perangai yang macam-macam lerr.. Kalau tak histeria aku dibuatnya.. hehe sekian sesi luah perasaan walaupon dah basi tetaap aku nak citer kat sini.. ok bye nak sambung buat report lak... peace yoo !!