Thursday, 21 March 2013

KUASA BLOGGER !!


Kuasa blogger !! Aku dapat idea nak kupas entry bila terbaca entry kawan aku , lynda.. Cuma entry dia sangat-sangat pendek yang berbunyi ‘ kuasa blogger tidak menjamin ko masuk syurga ‘.. Perghh !! makan dalam ayat tu, tapi aku memang setuju dengan statement tuhh..


Papeponn bukan isu syurga @ neraka yang aku nak tekankan kat sini, belum layak aku nak bicarakan soal itu.. Aku cuma nak kupas mengenai kuasa blogger terhadap masyarakat zaman sekarang.. Aku rasa dah ramai pon sedar akan kedasyatan kuasa blogger terhadap masyarakat kat luar sana.. Dalam dunia hiburan / politik toksah sembang laa, memang sekarang ni orang lagi percaya gossip yang datang dari blogger – blogger daripada gossip yang keluar kat majalah or paper.. Betul tak ?? 

Dulu masa aku keje jadi wartawan pon aku cukup berbulu dengan blogger-blogger hiburan ni, disebabkan depalahh aku selalu takde bahan nak buat story.. Mana tidaknya , blogger –blogger ni hapdet gossip hari-hari , tapi aku yang buat gossip majalah ni keluar 2minggu sekali, itu belum lagi majalah lain yang keluar sebulan sekali.. #sedih u alls !  Majalah keluar si anu bercerai , yang si blogger dah hapdet si anu dah dapat pengganti punn.. Lama-lama majalah pon tak berapa nak laku kat pasaran, nasib paper memang keluar hari - hari.. 


Cuma kengkadang aku tak berkenan kalau blogger -blogger hiburan ni hapdet gossip,  lebih sudu dari kuah (sila rujuk kamus yer ) , baca tajuk jer dah rasa panas , belum lagi baca entry penuh.. Kisah sebenar takde laa teruk sangat , tapi gaya dorang ni sampaikan over nauu kalah melodi.. Dan ada setengah tu suka provoke artis, depa tak gaduh tapi bagi statement dorang tak bertegur la, sombong laa.. Yerrr aku tau memang keje korang giteww , tapi bila dah banyak sangat cerita yang berunsur fitnah ni takut pulak aku nengok.. hehe sebab tu laa sekarang ni aku kurang sikit baca blog-blog hiburan.. Dah takde kepentingan pada aku , dulu pun cuma sebab kerja jerk.. hehe 

Itu belum lagi yang si blogger –blogger ni meniaga.. Nak pulak yang muka flawless tu , kulitnya pulak putih gebu skit , ditambah pakai contact lens korea  + cutting body pun yang cun melecun, ko jual laa apa pon nyah gerenti laku… hehe contact lens tu bukan apa , baru la nampak pan asian skit , walaupon sah2 ko jawa dik.. Tapi ini memang kenyataannya , aku dah lama ushar blogger yang meniaga on9 ni , maksud aku bukan yang blog2 butik on9 yer , tapi dia memang blogger tegar pastu meniaga.. Macam –macam depa jual , laku macam goreng pisang panasss nyah… Apa saje yang blogger tu cakap buat kita rasa nak cuba.. Hebat tak ??

Hanis Zalikha ni ada iras-iras Erra Fazira skit-skit aku rasa

Dan di sebabkan kehebatan ayat power blogger-blogger ni jugaklah , ramai pihak yang sekarang lebih rela membayar blogger-blogger yang ramai follower ni untuk promote barang dorang.. heheh senang kaan , takyah ko nak berabis beribu riban buat iklan kat tv , radio , paper lagi dah, kadang-kadang bayar blogger lagi berbaloi.. sebab blogger-blogger ni ksn ada style masing-masing nak promote sesuatu barang, sampai boleh buat pembaca meleleh air liur, air hidung semualah ! maklumlah sekarang semua info di hujung jari, asalkan ko ada internet jerk nyah.. #pergghh boleh tahan gak ayat power aku  

Tetapi ada jugak kes yang tak meniaga pon, tapi orang sibuk nak beli sama macam si blogger tu pakai.. Contoh blogger tu pakai skirt corak leopard , dia pon sibuk tanya blogger tu beli kat mana , sebab nak pakai yang sama jugak.. Tapi bila dah beli sendiri pakai tak cantek pulak, rupa macam harimau kumbang adalah.. haha yer laa blogger tu sah2 tinggi lampai & kulit putih gebu,  pakai apa pon canteklaah.. Ko kulit macam tamil nedu , nak pakai corak leopard -leopard bagai , rasakanlaah.. ! Tapi di sebabkan kuasa blogger itu tadi , korang tak kesah pon janji dapat beli yang sama.. Baru laa followers sejati katenyerr ! *mata keatas* 


Tak kisah laa apa jua kehebatan blogger ni , aku belum tahap seperti mereka-mereka , atau mungkin tak akan jadi seperti mereka.. Aku mula berblogging ni pun masa aku jadi suri rumah tahun lepas, masa tu bosan tahap dewa.. so tetibe verangan nak jadi penulis novel masa tu, tapi sampai sekarang novel aku tu takde lagi endingnyaa (dan tak tau laa bila nak ending) .. hehe lepas tu barulah pelan-pelan share sikit apa yang aku rasa nak share, ini pon kalau mood aku rajin & ada banyak masa terluang.. kalau tidak, nan adooo la jawabnya yerrr..

Aku memang tak nafikan kuasa blogger sekarang memang besar pengaruhnya.. Tengok sajer laa si Hanis Zalikha tu dari blogger sekarang dah jadi pelakon , host, model & soon ntah apa2 lagilaah.. Dan aku pon ada kawan yang blogger tegar, keje nya memang hapdet bloggg jerkk… iaitu ceera & kathy.. serius aku kagum dengan dorang sebab menjadi blogger yang gigih & glamour jugaklaah..  =)) semoga dorang menggunakan kuasa blogger yang dorang ada untuk lebih success di dunia & akhirat!! #eeh tetibe jerk Untuk blogger lain jugak gunalah kuasa mu sebaik mungkin yerr !! #tetibe lagi ?? =D

 *aku suker picture ni... beberapa hari sebelum aku jadi isteri orang with ceera & kathy .. sweets giler !*

Wednesday, 20 March 2013

SENYUMLAH AHAII CIK MEK MOLEK


Selamat hari rabu u alls !! hehe arini aku kene buat opening sampai laa closing.. sebab staff aku yang satu-satunya yang ada tu , offday.. So dari duduk melanguk menunggu customer datang , eloklaa rasanya aku merepek apa yang patut kat blog ni.. Walaupon aku takde idea sebenarnya, tapi ikut jerlaa rentak jari jemariku yang tak berapa nak runcing nihh.. hehe

Hurrmmm… tengah dok piker-pikir apa nak type tetibe datang idea.. Ting !! Imagine ada lampu mentol kat atas kepala aku yerrr.. Baru kejap ni , tak sampai lima minit aku tengah piker apa nak type , ada laa sorang minah melayu  lalu kat tepi kiosk aku.. Pucuk dicita ulam mendatang sungguh ! ( sila rujuk kamus kalau tak faham maksudnya yer ) Minah ni keje kat depan kiosk aku ni jerkk, butik Brands Outlet, dah lama aku peratikan perangai dia ni.. Tapi malas nak amik port , sebab tak bawak untung pon kat aku..

Minah ni aku syak dia supervisor @ manager kat butik depan ni, sebab aku pernah Nampak pagi-pagi dia yang bagi briefing kat staff-staff lain.. Yang aku tak berkenan perangai minah ni sebenarnya ialah…. Peel dia yang kekwat tak tentu pasal tuu.. Serius aku tak faham manusia yang macam gini, ko kekwat  dapat apa ntahh.. Lain ler kalau ko kekwat , duit ko makin beranak pinak ker , muka berseri –seri persis  wardina safiyah , boleh la aku terima.. Urghh ! ini awak tu orang biasa jer koott , takat pangkat supervisor tu tak payah nak feeling CEO sangatlaah nyah..


Sebenarnya apa yang buat aku hangin dengan minah ni , sebab dah 2,3 kali aku cuba senyum kat dia.. Tapi boleh takk…!! Dia terus paling  muka dia kat tempat lain , konon-konon tak Nampak laa aku senyum kat dia .. #choii taau ! Mula-mula tu aku bajet memang dia tak perasan laa, tapi dah masuk kali ke-2, ke-3 sah laa ko memang ada masalah dalaman nyah.. Staff aku pon pernah kene camtu, siap dapat jelingan anjelina jolie lagi.. #pedihh

Mula-mula tu aku ingat minah ni sorang jer laa yang kekwat tak tentu pasal, sekali rupanyerr dengan anak-anak ayam (anak2buah) dia ponn dia ajar kekwat kooo.. Motif ?? Masa kiosk Dna baru bukak , ada laa jugak sorang staff dia ni tegur-tegur & senyum –senyum , tapi sekarang ni kalau lalu jelling pon tidak yer.. Rupanya staff aku citer, pernah time anak ayam dia tengah borak dengan staff aku , boleh tak supervisor dia tu panggil masuk dalam, tak kasi borak-borak.. Derrrr…. Padahal staff dia tu tengah break time lagi kot.. sajer nak medengki la tuh !

Okey cukup sampai situ aku kutuk minah melayu tu.. 
Now aku nak citer lak pasal neighbour sebelah kiri aku plak, kedai sebelah ni ialah kedai barang baby. Staff dia semua cina, dari manager sampaila anak ayam dia.. Masa 1st day keje lagi , manager cina ni dah tegur-tegur aku , siap boleh tengok-tengokkan kedai aku lagi , kalau aku nak pergi toilet ke , pergi tapau makan ker..  Macam nilaa semangat kejiranan yang kita nak kan.. hehehe

Dan masa mula-mula kitaorang baru bukak, sales agak teruk dia siap bagi aku semangat lagi untuk buat sales.. huhu dan kadang-kadang kalau time dia sengal dia datang laa kiosk aku , borak-borak buat lawak bodoh versi cina dia .. hehe mampu jugak laa buat aku tergelak.. :D
And the best part masa aku tanyer dia , “ u manager ker kat sini ker ?? “ dia tak bagitau pon dia manager.. Dia just cakap “ Saya kuli sajer maa.. Kene kerja keras buat sales , kalau tak saya pun kene tiaw dengan boss atas “

Masa ni aku pon percaya laa dia bukan manager , sebab aku tengok dia memang rajin giler buat sales & buat keje macam staff biasa.. Sampailaa aku tahu sendiri dari staff dia , yang bagitau dia tu manager..  huhu berbeza kan , dengan citer minah melayu kat atas tu..

Moral of the story , budi bahasa mencerminkan jiwa , bangsa & personaliti kita.. Aku tak faham kengkadang dengan orang melayu kita walaupon hanya segelintir jer.. Pangkat tak seberapa , kekwat nya ngalahkan ko artis no 1 Malaysia.. Patutnya kalau kita ni jadi ketua , tak kesah laa manager ke , supervisor ker, CEO ker, ko laa yang patut lebih ramah dan latih anak-anak ayam ko supaya mesra dengan orang , tak semestinya dengan customer jerk.. Ni tidak , dah laa keje bidang khidmat pelanggan tapi tak mesra macam mana tuhh.. Baek ko keje stor jer nyah, takde sape sakit hati tengok muka ko yang kekwat tu.. 

 *senyum kambing* 

Jadi kengkawan , mari laa kita senyum walaupon gigi ko berlilit besi sekali pon kalau senyum tetap manis... Tengok kambing kat atas ni, kan manisss... heheh sebab tu laa orang selalu kate senyum kambing , orang tak kate senyum anjing ke , senyum kucing ker.. Lagipon bukan susah pun nak senyum , tak perlu kene bayar pon.. Lain laa setiap kali ko senyum tu kurang duit dalam poket ko , lain laa kesahnya.. Yerr tidak?? okeylaa aku nak layan lagu M.Daud Kilau jap , amik mood nak senyum arini sampai ke malam.. #mampu ?? =))

Monday, 18 March 2013

RAGAM ORANG MINTAK KEJE


Sedar tak sedar , ehh dah almost 2 bulan u alls aku kerjaa.. #ceh baru dua bulan nak kecoh ! Bulan pertama jer laa aku sibuk macam orang gilaa, keluar pagi balik malam.. Bila dah masuk bulan kedua ni, aku takdela sibuk sangat sebab aku hanya perlu datang time hari yang sibuk jer.. yerlaa kalau datang time lenggang sengal jugak aku duduk kat kedai tu.. Kebiasaanya isnin & selasa memang aku harap staff aku jer jaga, so aku boleh laa buat keje-keje aku yang lain.. 

Buat masa ni aku cuma ada sorang jer staff full time, dia la yang bukak kedai , dia jugak yang tutup kedai.. Susah jugak nak harap dia seorang jer , buatnya datang angin sengugut dia nak berenti keje tak ke haru aku nak cari staff baru.. Jadi di sebabkan itu , marilaah kita sediakan payung sebelum hujan.. huhu 

Boss pon dah bagi green light untuk amik lagi sorang staff aku pon apalagiii cepat-cepat laa tampal iklan vacancy..  huhu dalam hati , makin panjang langkaah ler aku pasni.. Tapi sebenarnya bukan senang jugak nak cari staff ni ehh, walaupon untuk keje sales assistant jerkk ! Macam – macam ragam orang yang datang, sampai aku rasa nak muntah tengok interview sorang - sorang…


Kes 1 : 
Ada sorang minah ni datang nak mintak keje , personaliti dah okey, cofident dan siap ada experience... I loikee !! Tetapppi boleh takk dia request nak keje , ikut time dia free.. Bukan aku yang tetapkan waktu keje dia yerr , tapi dia yang tetapkan waktu keje dia sendiri dari pukul berapa sampai pukul berapa…  Dan salah satu alasannya ialah , kat rumah dia ada pasar malam, dan pasar malam tu buat jalan jam dan dia pon tak sanggup nak redah jam kat pasar malam tu.... Urghh ! Tak ke aku rasa macam nak pukul kepala budak tuuu!! Tu baru satu alasan, ada lagi beberapa alasan bodoh lain.. #Pppfffftt #geraam ahkak tauu  .. Keje company sendiri laa kalau macam tu dik nonn… 

Kes 2:
Esoknya datang yang sorang ni pulak, datang kemainnn lagi dengan bulu matu pelsu bagaaiii.. Urgghh !! Stress aku tengok rasa nak cabut jer bulu mata pelsu dia tuhh.. Ini butik baju ibu mengandung & menyusu dikk, kang ada yang mengandung terkenan bulu mata ko, tak pasal jerkk aniaya baby yang bakal lahir..  Okey tu satu hal ah, pastu dia siap demand gaji konon tempat keje lama dia bayar lagi mahal… So???? Ada aku kesaahh !! Kalau tempat lama ko bayar mahal , buat apa ko sibuk cari keje lain… #derrrr

Kes 3:
Dan pada hari yang lain , adalaaa 3 sekawan datang nak apply keje jugak ! Muka semua memang boleh jual lahh, cakap pon confident habiss.. Aku pon masa tu dah rasa berminat laa nak amik salah seorang , yerlaa kiosk kitaorang ni bukan besar, amik staff ramai-ramai nak buat apa.. aku pon bagitau laa yang aku akan pilih sorang jerk, tapi boleh taaaakkk dia jawab….

 “Kalau boleh amik tiga-tiga @ dua orang sekali boleh tak kak ??? “  

Motif ?? Kalau nak keje dengan kawan-kawan , pergi apply mc’d ke kfc ker, kat sini bukan company untuk “kawan-kawan sdn bhd” yer dikk !!! Kalau macam tu laa ko punyer prinsip dik , memang takleh pergi jauh laa ko , duduklaa bawah ketiak kawan ko tuhh , dengan harapan bau ketiak dia boleh mendatangkan hasil ! #choii !!

Kes 4: 
Ada student nak datang apply for part time.. Bila time interview kemain semuanya dia ok, tanya ada transport ke tidok, cepat jawab ada.. Bila tanya boleh keje on weekend ke tidok , semua boleh..
sekali bila aku call suruh start keje masuk pukul 2 petang ... Ini jawap dia

" Ala kak , saya tak boleh masuk keje petang , sebab kene tumpang ayah pergi keje pagi-pagi.. " 
Eeeee geram tau aku !! Aritu ko jawab ko ada transport , ko tak cakap pulak kene tumpang bapak ko nak datang keje.. Terus aku jawab macam ni...

" Ohh ye ke dik.. Kalau macam tu adik mintak keje kat tempat bapak adik keje je laah.. Senang , boleh pergi sama-sama, balik sama -sama... Lain kali masa interview bagitau betul-betul , jangan semua okey jerk... "
Hamek ko ! tu makan dia...


Kadang-kadang aku tak faham budak-budak sekarang ni, nak dapat keje bukan nyer senang .. Tapi memilih keje mengalahkan ko ada segulung ijazah.. Tapi zaman sekarang ni ada segulung ijazah pon orang dah tak heran dah dikk, apatah lagi yang takde apa –apa kelulusan.. Jadi takyah laa korang nak memilih sangat , melainkan mak bapak korang memang wasiatkan reta yang mengunung untuk korang abiskan..

Aku dulu pun pernah ada kat tempat dorang yang mintak keje nii , masa tingkatan empat (cuti sekolah) aku dah start keje part time & lepas abis jer SPM tak sempat nak sejuk lagi last paperrrrrr , aku dah mengelupur cari kerja.. Dasar aku memang tak reti duduk buang masa.. Setakat ni dah macam –macam kerja pernah buat , cashier , waitress , baby sitter , secretary , admin , receptionist , reporter & photographer dan sampai la sekarang keje sendiri.. hehehe pengalaman keje macam – macam , rasa macam tua sangat laa pulak !

So moral of the story , jangan memilih kerja & sebelum nak mintak keje pikir dulu transport , waktu keje , costing nak ulang alik ke tempat kerja… Dan masa 1st interview pulak make sure korang tunjuukkan confident level yang tinggi , dressing pon biar la sesuai .. jangan dressing macam nak pergi pasar @ dressing macam nak gi clubbing , orang pon takut dikk nak amik ko keje..  hehe  Sekian ~  

BTS : Photoshoot Lagi !!


Lepas satu, satu pulak Dynas buat photoshoot kat SCM nih.. hehehe selain nak promote outlet baru dia , antara sebab lain ialah... kat sini management dia senang sikit nak kasi approval.. tak banyak songeh , lagipon kat SCM ni ada garden & playground.. So selain shoot kat kiosk kita orang yang 'besar gah' tu majalah bolehlah shoot kat outdoor jugak.. Takdelah semua majalah keluar spot yang sama jer kenn... Dan untuk korang yang tak pernah sampai Setia City Mall ni , try laa datang, sambil korang window shopping boleh laa anak-anak korang main kat payground.. kalau ada anak laa , kalau takde korang nak main pun boleehh ! 

koleksi earing untuk mix & match 

Dan kali ni photoshoot dengan majalah WANITA pulak.. Disebabkan majalah Wanita ni terbitan Utusan Karya, so wartawan & photographer yang datang aritu takdelah aku kenal.. hehehe kalau Karangkraf kompom memang bertepuk tampar laa kita orang macm aritu..Tapi kali cuma berkenalan gitu2 jerlaa, malas nak buat PR lebih2.. hehe 

Dynas : cantekk ke tidokkk picture kitaaaa bang ???

Kali ni photoshoot pun Dynas sorang jer dengan Qaish, sebab Khyra sakit kaki so takleh nak posing.. hehehe kelass alasan si kenit tu kan.. Cuma bila dengan Qaish ni susah sikit sebab nak kena agah-agah dia , & make sure perut dia kenyang dan tidur cukup .. Kalau tidak memang jangan harap dia nak lepas dari dakapan bibik dia..

behind the scene 

Masa 1st baju tu pon Qaish dah bad mood sebab perut dia lapar, so bila orang agah-agah dia pun dia wat derk jerkk.. So photographer pun shoot jer laa apa yang dapat.. Dan bila lepas bagi si Qaish ni makan, dia boleh bantai tido pulaakk.. Dah la ada satu shoot lagi kat playground , Dynas pulak memang takkan kejutkan anak dia kalau tengah tido.. Yerlaa budak keen, kalau tengah tido kita kejutkan kompom melalak nanti.. Aku pon kalau tengah tido orang kejutkan, boleh hangin satu badan ! So nak tak nak , kene jugak laa biarkan si Qaish tidur dengan lenanya dalam dakapan bibik... huhuhu 

Eeeee geramnyaaa dengan si kenit nihhh !

Dah abis dua pasang baju shoot kat Kiosk , kita orang turun kat garden pulak untuk shoot lagi 3 helai baju, sementara nak tunggu Qaish bangun Dynas posing laa dulu tengah-tengah panas tu.. Aku tukang pegang payung jer laa masa ni , sambil shoot behind the scene sikit - sikit.. Asal adoo, buat-buat macam sibuk jugaak ! Padahal ketiak dah basah lencun niihh..  hehe Lama okeh aku tak duduk tengah panas macam ni, dulu masa jadi photographer memang shoot tenghari rembang ni dah biasa sangat .. Mana laa dulu kulit aku tak legamm.. hehe sekarang ni duduk dalam aircond jer kaan, kene panas sikit dah mintak payung bagai.. Ngada ! Dynas pon tak merungut panas aritu, aku pulak yang over.. hahaha nasib ko laa , sape suruh setuju nak shoot tengah panas.. ! =D

Dynas : Panasss ni u allss !!

Dan masa Dynas tengah shoot baju yang last , si Qaish ni boleh tido lagi , tapi disebabkan wartawan nak jugak shoot dengan baby , Dynas angkut laa jugak si Qaish yang tengah tidoo tu.. Tapi tak sampai berapa minit ,  macam tahu-tahu jerk , Qaish pun bangun.. Maybe sebab panas dia terjaga, gilaaa takkk ?? tengah tido baek  punya dalam aircond tetibe rasa panasss memang bangun laa kenit tu.. hehehe Tapi nasib baik dia tak meragam, celik-celik elok jer dia sengihh,  so kitaorang pun apalaggiii cepat-cepat laa tukarkan dia baju.. Tapi di sebabkan manager Delicious aritu dah offer shoot kat kedai dia , so scene yang patut shoot kat playground tukar shoot kt Delicious sajorkk.. Lagipon shoot dengan budak ni mana laa tahan tengah-tengah panas.. Mak budak pon tak tahan ini pulak budak-budak..

Yeaaay !!

Masa shoot kat Delicious ni , mood si Qaish sangat ceria .. Orang agah-agah dia pon dia layan jerkk, abislaah semua lagu kanak-kanak riang keluar.. kejap Twinkle-twinkle , pastu baba blackship, pastu tukar cak cekuh udang gamit, belasaah jerlaa janji si Qaish ni gelak.. hahaha Masa ni customer yang dalam Delicious ni aku tengok semua gelak & ada gak yang pandang pelik jerk.. hehe aku rasa dorang gelak bukan sebab tengok Qaish tapi tengok kita orang yang agah-agah dia.. Dah macam badut masing-masing !! Hahaha seriuss nok, sebab masa aku tengah amik gambar , aku berenti agah kejap then bila tengok yang lain agah si Qaish tu, aku pulak rasa malu.. huhuhu lepas ni tobat aku tak nak jadi tukang agah ! maaaluuuuuu weeehh  ... =P 

Friday, 8 March 2013

SHOOTING WITH PA&MA MAGAZINE

Rabu lepas Dynas ada photo shoot dengan majalah Pa&Ma kat DNA, Setia City Mall (SCM) .. Dua minggu sebelum tu Dynas dah bagitau aku , tapi aku ingat Dynas dan kenit-kenit (anak-anak) dia jerlaah  sekali rupanya ada dua lagi artis , iaitu Yatt Hamzah & Atie AF..

*Nantikan kemunculan mereka di Majalah pa&ma nanti * 

So apalagi meriah laa kejap butik pagi tu,... Dah laa reporter & mekap-mekap artis tu aku kenal , yerlaa kawan-kawan lama masa kt Karangkraf dulu.. So kate kawan lama ,  kepoh laa kejap bila dah lama tak jumpaa, hehe ( sempat laa gosip-gosip sikit ) Pastu di tambah pulak dengan suara kenit-kenit Dynas dan Yatt, Si Khyra & Nia, dah  macam pasar malam laa pulaak jadinya..

*semua tengah berusaha nak buat Qaish gelak time nihh * 

 Dan yang bestnya Nia ni first time jumpa Khyra , tapi dah jalan pimpin tangan lagi depa nihh.. Kemain korang yer !! Si Nia tu siap suruh mak dia belikan kasut yang sama macam Khyra lagi.. Nasiblaa Sketches ada kat dalam SCM ni, kalau tidakk haru u alls.. macam-macam kerenah kan budak - budak ni.. =D Nasiblaa anak Atie AF ni baru 2 bulan , kalau sebaya kenit dua orang tu tak tau nak request apa pulak..

* peace yaaww ! *

Masa shooting ni berlansung memang best sangat , terimbau kejapp kenangan masa keje kat karangkraf dulu.. Eceeh ! Mekap artis yang mekap Atie tu nama dia Che Non , dia laa yang mekap masa pre wedding aku, yang sorang lagi  kak Anne , dia pulak mekap masa akak aku kawen.. hahaha kebetulan sangat ditemukan di sini.. #mata ke atas =D Cuma photographer jer aku tak kenal , sebab photographer baru.. kalau datang photographer yang aku kenal , mau shooting sampai petang gamaknyerr..

Mekap Artis : Anne 

Mekap Artis : Che Non 

Shooting ni tak amik masa lama pun , nasib baiklaa mood si Khyra & Qaish sangat baekk.. Cuma mula-mula tu jerla si Khyra tak nak tukar baju, tapi lepas mummy nyer pujuk baru laa dia ok tapi tetaap dengan syarat dia nak pakai seluar kat dalam.. #tepu dahi  Diva sangaat tau kenit sorang ni, siap bersyarat bagai .. Tak kisah laa , janji dia sporting abis time shooting , yerlaa dah biasa .. celik-celik mata jer dah hadap flash camera, so takyah nak ajar posing, senyum , semua dia dah pandai..

Khyaaa pon nak pakai liptikkk !! 

 * Posinggg time * 

* Ni mukaa Khyaaa laahh... * 

Tapi bila part Yatt shoot dengan anak dia, Nia masa tu dah moody .. Mungkin sebab lama menunggu, yerlaa mak dia mekap jer dah berejam , pastu tunggu turn nak shoot pulak.. Boring laa dia kan..   sebelah kiosk DNA ni pulak ada kedai yang jual mainan , so si Nia ni leka dalam kedai tu bila time nak shoot , orang panggil dia bergambar dia boleh buat derk jer... Jenuh ok semua orang pujuk , sampai orang kedai tu kene umpan dia gula-gula.. hahaha tu pon tak jalan , last-last shoot apa yang adoo jerlaa..



* Yatt Hamzah *


Lepas abis shooting tu Yatt sempat laa jugak shopping kat DNA, dia beli jubah.. hehehe aku suker tengok Yatt ni sekarang, makin cantek bila dah bertudung.. Atie Af pulak tak sempat nak shooping sebab suami dia ada urusan.. Walaupon aku nampak mata dia dok jeling-jeling jugak baju DNA , hehe takpe next time boleh datang shopping okeeh !        

    Baju Mom Floral from DNA    

Thursday, 7 March 2013

MANAGER KATE NYERRR !!

Tadaaaa ! Ni laa tempat keje aku yang baru.. hehehe entry lepas aku dah bagitau kan, aku dah mula bekerja sepenuh masa ,  bukan lagi suri rumah.. Tak sempat aku nak asah skill memasak aku , dah mula keje balik.. huhu maafkan aku suamiku, sebulan dua ni kita makan kedai je laa dulu yer.. =D


Dan disinilaah tempat keje aku,  outlet baru DNA boutique @ Setia City Mall.. Kepada sesiapa yang blur tak tahu DNA butik ni apa, meh sini aku kasi intro skit.. Yerlaa mana laa tau ada jugak yang tak kenal siapa founder dia kaannnnnn...!! Siapa tak kenal mungkin rumah korang takde tv gamak eh, ataupon korang tak pernah follow perkembangan dunia hiburan malaysia, ( baca majalah People , Galaxsi jer kaann ) atau korang memang tak kenal artis malaysia seorang pun.. hohohoh lantak lahh apa pun alasannya.. 



* yang tengah itu adalah owner DNA @ Setia yerr =D *

Founder untuk butik DNA ni ialah Dynas Mokhtar, seorang pelakon, model , pengacara & duta untuk beberapa produk.. DNA stand for Dynas Nursing Attire, dekat butik ni , bukan setakat baju-baju pregnant , breastfeeding jer adooo tapi produk-produk yang berkaitan dengan penyusuan turut di jual.. Contoh :  produk tambah susu, produk memberi tenaga kepada ibu-ibu, bantal untuk menyusu & macam - macam lagi laahh ! Lebih2 cerita nanti korang kate nak promote pulaak.. hehehe


Okey ! Cukup laa intro pasal butik , nak cite pasal keje aku lak.. Aku kat sini , as a Shop Manager kat outlet ni.. Hamekk ko , Manager terus jawatan aku.. hahaha walaupon tak pernah ada experience dalam bidang retail ni kan, disebabkan busines adik beradik mampulaa aku pegang jawatan ni.. Tapi before nak start ni pon aku kene jugak gi training, yerlaa ahkak ni mana la tau nak buat cashier laa, jual-jual produk ibu menyusu ni.. Anak pon belum ada, so knowledge tu kene laa ada.. tak gitewww ?? =D

*walaupon manager tapi di situ jer workplace aku hahaha (layaklaa kan) *

Sebenarnya memang lari giler bidang aku dengan apa yang pernah aku keje sebelum ni, kalau dulu pegang camera , pen & kertas, sekarang pegang duit hari-hari rasa seronokkk weiii ! walaupunnnn bukan duit aku.. hahaha 

Sebelum ni aku suka sangat kan pergi shopping mall , tengok wayang , makan, tak pun window shopping sekarang hamek ko.... keje dalam shopping mall sampai aku naik muntah tengok kedai-kedai kat sini.. tak tau nak masuk kedai apa dah , dah hafal semua nama kedai.. sikit lagi kalau aku bosan , layak dah apply keje kat information kat G Floor tuu.. hehehe

So kawan-kawan yang baca entry aku ni kalau datang Setia City Mall jangan luper jenguk aku kat kiosk DNA k ! Tapi roger laa dulu, kadang aku ni merayap ntah mana-mana, biasalah kate manager kene laa buat-buat sibuk !! =P huh ! 




* antara baju koleksi DNA *