Tuesday, 12 November 2013

HONEYMOON PHUKET : DAY 1

Assalammualaikum !

Finally aku hapdet jugak entry honeymoon ke Phuket bulan 8 aritu.. Hoii jenuhh laa nak ingat apa yang aku buat sepanjang honeymoon tu... Benda dah 2 bulan lepas , lemau otak nak flashback.. Nampak nooo banyak makan semut ! Aku cuba la ekk yang mana aku ingat.. 

Sebelum tu intro picture bersama chenta hati ... eceehh !! 



 Okey plan nak honeymoon ke Phuket ni sebenarnya idea aku.. hoho kalau ikut Shah manjaang bzz laa , susah amik cuti la, keje banyak la.. ada je alasan dia ! Tapi aku ni nak jugak pergi bercuti ke pulau , lama betul rasanya tak ke Pulau , kali terakhir rasanya 6 tahun lepas.. Ayooo lama okey !

Picture sebelum sampai Phuket .. 
Tunggu next entry muka Shah tak sejambu ini lagi.. hoho


Mulanya plan honeymoon berdua dengan Shah , tapi last minit jadi plak racun si eizam & wife join honeymoon sekali.. hoho Eizam & Tqa ni kawen tahun lepas wedding kat Jb yang aku pergi dengan Ayu tu.. Okey la skit tak de laa boring nanti kat Phuket , atleast ada geng nak berpoya-poya... Walaupun begitu honeymoon tetap honeymon okeey ! Dorang pon baru kawen so mood honeymoon masih hangat membara ! #eceehh   



Eizam & T-qa 


Di pendekkan cerita 

we all  sampai di Phuket lebih kurang pukul 11 pagi  , sebab flight we all pagi tu delay.. Macam biasalah touchdown jer dekat airport pastinya berduyun-duyun driver taxi offer untuk naik teksi dorang.. Ayooo aku lak jadi pening ! Tapi ada sorang driver taxi ni memang ayat power, berjaya convince kita orang untuk naik teksi dia , dengan janji manis untuk bawak kita orang tempat agensi  pelancongan yang boleh bagi pakej aktiviti selama 4 hari kita orang kat situ, termasuk teksi untuk hantar ke airport di hari terakhir.. Masa tu sempat lagi buat kira-kira, bila dah di campur tolak bahagi rasanya memang berbaloi..



Perjalanan nak ke hotel makan masa 30 minit macam tu , tapi dalam perjalanan dirver taxi tu drop kita orang kat agensi pelancongan yang sediakan pakej untuk aktiviti selama 4 hari.. Kebetulan masa pergi Phuket ni , Tqa ni baru je dapat tahu dia pregnant 2 bulan.. So kita orang pilih untuk tak naik speed bot instead naik cruise jerk.. Masa pilih pakej ni dorang akan bagi beberapa pilihan pakej , nak snorkeling , naik canoe , naik gajah , pastu ada laa aktiviti lain.. 

sesi tawar menawar. rezeki ibu ngandung , dapat pakej murah !



Snorkeling kat Phi Phi Island & naik canoe ke James Bond Island adalah pakej yang berbeza , kalau nak amik dua-dua price dia agak mahal la.. Lagipon kate honeymoon aku tak nak berpenat lelah sangat dengan full aktiviti.. nanti balik hotel apa pon tak boleh ! hahaha betul takk ?? wink wink ^_^ 

So selepas tawar menawar dan pujuk rayu we all decide untuk snorkeling dan amik pakej pusing2 sekitar Phuket on our last day nanti.. Apa yang aku boleh katakan harga pakej yang kita orang dapat memang sangat berbaloi ! So tips untuk korang, kene pandai tawar menawar dan memujuk rayu.. hoho dalam bab ni aku memang teror !  



Dah settle amik pakej , driver taxi tu terus hantar kitaorang ke hotel , yang terletak lebih kurang 1km ke  dari town Patong.. Kitaorang check in kat Tune Hotel , sebab masa nak booking hotel ni very the last minit u alls.. Banyak hotel kat tengah2 Patong tu dah fully booked.. Tapi ada hikmah jugak laa sebab Tune Hotel ni baru je bukak , so hotel dia memang bersih , facilities & service pon tiptop.. Sebab Shah baca banyak review pasal hotel kat area town Patong tu banyak hotel lama , so ada masalah bilik air la , bau lipas la , banyak tikus la & bla..bla.. Dan kalau check in kat hotel tengah town Patong memang confirm2 laa tido malam ko takde nikmat sebab bising koot.. Lagipon masa Shah booked tune Hotel ni , ada promotion bilik sebab hotel ni baru bukak.. So sangat murah kita orang dapat.. Bagus betul !! Jimat duit kita orang, ni laa orang kate rezeki honeymoon.. hahaha ada ke ?? biasa aku dengar rezeki anak , or rezeki nak kawen ke..  

Lepas jer check in kita orang berehat-rehat di dalam bilik sajer... Kate honeymoon kannn !! hahaha Sampai laa malam baru kita orang keluar dinner.. Giler kebulur kot masing-masing.. Yerlaa last makan pagi kat dalam flight , mahu tak lapar.. hahha 


So pukul 8pm kita orang pon berjalan laa keluar dari hotel.. Ingat nak survey kedai makan halal kat area Patong , tapi tak sampai 100m kita orang jalan dah jumpa gerai ala2 medan selera gitu.. Sebelum aku sampai Phuket , Ayu dah sound awal-awal kat Phuket susah nak dapat makanan halal.. hurmm so agak risau laa 4 hari honeymoon takkan aku kebulor nak makan roti jerk.. 

 Untungnya bila aku  berhijab ni orang-orang Phuket sangat pantas , asal lalu jer terus dorang kate halal food.. But still kene pilih betul-betul sebab ada gak yang kate halal food tapi sah2 tukang masak dorang muka orang Thailand.. 

Cuma satu gerai ni jer aku confident , satu sebab dorang cakap melayu , macam kelantan siam pon ada... Dan bila jenguk gerai tu memang tukang masak dia melayu , yang pompuan pakai tudung.. Dan bertambah confident ramai orang Malaysia rupenya makan kat situ.. Kat gerai tu pon terpampang bendera Malaysia dan banner yang tulis Recomended by TV3 , Jalan-Jalan Cari Makan, kitaorang pon apa lagi pucuk di cita ulam mendatang laah !! hehe 



Seriously memang sedap & murah makan kat situ.. Seafood pon fresh , feeling makan tepi laut jugak walaupun hakikatnya tepi jalan.. hohoho Tak kesah laa janji sedap ! Disebabkan sedap hamek ko 3 malam berturut-turut kitaorang dinner kat situ.. Boleh jer nak try makanan Arab or pekena roti canai & teh tarik kat Bangla Road , tapi disebabkan kitaorang tekak melayu sangat , memang nak makan nasi jerlaa.. 

Dan alasan lain,  sebab gerai tu memang bukak malam jer..  Siang kitaorang makan kat gerai kat perkampungan muslim.. So sesiapa yang nak pergi Phuket korang kene pandai & rajin tanya orang gerai muslim kat mana.. Kalau ikutkan pengalaman Ayu & Kathy , dua2 minah tu tak jumpa kedai halal, so sangat laa kesian terpaksa makan makanan Arab or makan ntah apa-apa.. Makanan Arab ni kalau sekali ko makan mungkin laa sedap , tapi kalau hari-hari jemu jugak.. lagipon Ayu kate price dia pon agak mahal.. sangat tak berbaloi ! 

Okey ini antara menu yang aku makan kat gerai tu, sajer jer nak kasi korang terliur.. huhuhu sebab aku masih terliur kalau ingatkan masakan sepanjang kat sana..   


Isi ketam masak sambal cili api ! Terliurrr hoii  


Menu malam ke 2 : Ikan masak sweet sour 

Tom yam gong : memang terangkat biler hirup tom yam ni.. slurrrppp

Okey lepas perut masing-masing kenyang kita orang ada laa jalan-jalan sampai kat area Patong.. cuci mata & survey apa yang boleh di shopping.. Tapi nampaknya macam takde apa yang unik or menarik hati nak shopping.. Sama macam korang pergi downtown jer , t'shirt2 pon biasa jer takat i love phuket tu akak tak hadap sangat laa.. hehe 

Kitaorang tak pusing abis pon , sebab malam tu kene tido awal .. hohoho kate honeymoonn kennn !! eeeh gedik pulak bunyinyerr.. takdelaa kene tido awal sebab esok lepas subuh dah ada orang jemput nak bawak pergi snorkeling..  Part yang itu tunggu next entry k !.. hehe semoga aku diberi semangat yang jitu untuk menghapdet part 2.. Fuhhhhh !!


Anyway tq for reading this entry !

1 comment:

  1. Assalammualaikum.. :)

    Mana entry utk Day 2 till Day 4... Hee.. Actually, saya ada plan nak "honeymoon" di Phuket jugak.

    Insyaallah, kalau tak ada aral saya dan suami akan bertolak ke sana 13 Feb. nieh.. Saya skrg nieh tgh nak survey apa je aktiviti2 yg boleh dibuat sepanjanh di Phuket nanti.

    Update lah cepatttttt Day 2 - Day 4.. Hihi.

    ReplyDelete