Monday, 14 October 2013

IBU MERTUAKU

Assalammualaikum.. !

Rasa macam buang tebiat plak hapdet blog malam2.. hoho Sebab siang sibuk , asal on jer lappy terus ada je keje mendatang.. Lagipon last week seminggu mother in law (MIL) aku berkampung kat rumah..  Sajer bercuti melawat anak lelaki dan satu-satunya menantu dia nihh.. hehe actually ni 1st time MIL aku datang sorang2… Kalau tak mesti dia datang dengan adik ipar aku , Puteri.. Tapi sebab Puteri keroje so dia sorang je datang..

Tapi kebetulan timing MIL aku datang , aku pulak bzz giler .. sebab staff aku tinggal sorang kat butik , so sementara nak dapat new staff aku laa kene cover & tak boleh laa nak ngular sangat.. Dah laa tu sabtu ahad aku meniaga flea market kat Subang Parade.. So tak dapat laa nak bawak MIL gi jalan-jalan , makan2 pusing town.. eceh ! haha padahal MIL aku tu dah selalu sangat gi makan-makan.. Dia pon tak heran dah.. =D


Aku mula-mula tu rasa bersalah jugak sebab tak dapat nak spend time together2 dengan dia.. Yerlaa pagi2 dah keluar malam baru balik.. Mesti dia ingat aku ni keje hebat sangat gamak ekk sampai bzz bebenor.. hahaha Padahal kalau ada staff , memang relax katak aku hari-hari..

Bila dia sampai je rumah aku ari jumaat 2 minggu lepas aku terus bagitahu aku kene meniaga kat Subang Parade so takleh nak luangkan masa.. Aku suruh Shah jer layan ibu dia weekend tu, tapi boleh pulak ibu dia kate tak nak gi mana2, tapi nak ikut aku meniaga jual kasut kat Subang Parade.. Aduii ! Aku masa tu rasa macam pelik laa jugak nak hangkut MIL gi meniaga.. Dia ingat seronok agaknya melepak kat tapak meniaga tu dari pagi sampai malam..  hohoho aku ni lain dah biasa !


Tapi bila dia dah beria2 nak ikut jugak, aku pon oklaa.. Nanti tak bagi ikut dia ingat aku tak suka dia plak ke kan.. Walaupon sebenarnya rasa bersalah sangat nak suruh MIL aku tu penat-penat tolong aku.. So pagi-pagi lagi lepas breakfast kat rumah dia ikut la aku meniaga.. huhu aku tengok muka dia happy la bila dapat jual kasut , kebetulan rezeki aku haritu pon murah ramai customer .. BIla aku tanya penat tak , cepat je kate tak !! hehe 

Tapi bila abis je meniaga malam tu,  hamekk ko aku tengok muka dia pon dah tau letih.. Kita orang ajak dinner kat luar pon tak mahu.. Lepas solat terus dia terlelap.. hahaha baru dia tau penat meniaga macam mana… Aku panggil la jugak makan , takut dia lapar tapi itupon dia makan skit jerk.. Yerlaa kalau dah letih , mana lalu nak makan.. Sebab tula aku kurus , manjang hilang selera sebab keletihan.. hehe jadi tips kalau nak kurus sila letihkan diri anda ! 

Masuk hari isnin , aku ingatkan dia serik laa nak ikut aku , tapi pagi-pagi isnin tu dia dah request nak ikut aku gi butik pulaakk hari selasa.. #gulp boleh lagi MIL aku ni... ! Tapi kat butik tu aku memang say NO terus , sebab kat butik aku tu bukan ada kerusi empuk , dia nak landing2, aku pon sakit pinggang inikan dia orang tua kenn.. Lagipon tak bzz sangat takut dia boring..

 Sambil tunggu aku keje ibu mengait kopiah untuk hilangkan boring.. 

MIL aku ni bukan apa sebenarnya , dia kesian tengok aku keje sorang2.. So dia niat nak temankan aku.. Suker takk ?? Hahaha ko ade mak mertua macam tu ??? huhu Walaupon aku sebenarnya tak kisah punn , dah biasa.. Tapi bila dia beria-ia nak teman aku kat butik aku bawak la dia sekejap hari Rabu , sebab aku pon masuk butik kejap jer aritu , kalau seharian memang aku tak bawa.. Tengahari aku dah antar dia balik rumah , jadilaa atleast dapat dia hilangkan boring duduk kat rumah sementara nak tunggu malam aku & Shah balik dari keje.. 

Bila malam jerlaa kita orang dapat bawak dia keluar gi makan.. Nak buat macam mana yer , dah anak menantu sibuk.. Kalau aku tak keje boleh laa bawak gi  window2 shopping.. Tapi yang bestnya bila MIL aku datang, sarapan pagi memang tak missed.. Tahu-tahu bangun je dah siap nasi goreng la, mee hoon goreng or jemput2… huhu Suker ! Anak dia apalagi bertambah suka , sebab makan cukup semua ibu dia bela seminggu.. hohoho Nak harap isteri dia , memang makan air tangan mamak jerlaa ... hahaha !


Apapon sebelum terlewat , aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha ! Semoga sempena hari raya korban ni kita dapat menghayati erti pengorbanan sebenar.. Terutamanya pengorbanan ibu dan bapa kita yang telah bersusah payah membesarkan kita.. Hargai mereka selagi hayat mereka masih ada.. Kalau yang dapat cuti tu , balik laa jenguk orang tua ok.. Sekian pesanan penaja ! =)) 

 

2 comments:

  1. best gile ur MIL..comel je siap teman jual kasut

    ReplyDelete
  2. erin : hehe chomel kan ?? =D mana nak dpt MIL macam tu.. hohoho

    ReplyDelete