Wednesday, 16 October 2013

Berpoya-Poya Bersama !

Kejadian sehari sebelum raya haji , pantang ada masa terluang aku & akak aku pasti mengeletis nak lunch together2.. Kebetulan akak aku half day aritu aku plak keje malam, so apalagi aku pon amik laa dia kat Hartamas.. Tapi bila pikir nak lunch kat mana , kita orang selalu jer blur.. Padahal punyer laa banyak kedai makan, tapi tatap juga blur… #deeeerrr

Tapi disebabkan aku nak gi post office kat Bangsar , akak aku suggest makan kat Wondermama , Bangsar Village.. huhu sebenarnya dah 3,4 kali aku lunch kat situ, 1st time masa dengan Kathy.. Pastu jadi favourite restaurant for lunch utk aku & akak aku.. Salah satu sebabnya makanan dia sangatlaa delicious ,  variety & affordable !! wawawa  Ada western & Asian food. 

Ini antara menu yang aku pernah cuba pada hari yang berlainan yer.. 

Mee Suah ( dihidangkan dengan sos , tapi aku lupa nak snap ) Sedap sangat ! Siap bagi ayam berketul2, puas hati akak makan.. 



Ini menu akak aku, tak hengat dah apa nama dia.. Pon sedap ! Pendek kata semua pon sedap , sebab tu setiap kali datang aku akan cuba menu berbeza..

Kuih muih melayu pon adoo ! Hari tu siap ada promotion buy 1 free 1 lagi , kita orang sempat rembat 2 ketul ! dappdapdapp  

 Hot Choclate 

Pisang De Goreng With Ice Cream.. sedap u all !  

Dan kat sini dorang suke buat macam-macam promotion, macam time aku datang isnin tu ada promotion Monday Blues, sebab isnin tu jatuh 14hb so dorang bagi promotion 14% off untuk semua food… Suker takk ???  hohoho So kalau nak lagi awesome korang datang sini ari isnin ok !

And another best part is decoration restaurant ni sangat tersusun dan cantek.. Cuma aku tak suke part kerusi dia jerk , keras skit dan tak leh nak sandar dengan selesa.. Walaupon begituuuu huhuhu setiap kali lunch kat sini selalu berejam-jam aku bergossip.. Tak kiralah dengan siapa , Kathy maupun dengan akak aku… hohoho dasar pompuan !


View dari pintu depan 

Ini antara view restaurant tu , maafla gambar aku cilok dari google sajork ! Aku bukan macam ayu & kathy rajin nak snap picture sana sini , hohoho sampai kedai terus makan , borak & borak ! Nak snap pix diri sendiri pon tak koser.. Kalau dengan manjers jer , rajin nak bergambor muka sendiri kat kedai makan ni.. Sudahnya picture akak aku takde laa dalam hapdet ni.. Takpelaa dia pon memang tak suke gambar dia bersepah-sepah kat blog ni.. hahaha Keji ! 



View dalam restoran 

Restaurant ni ada 2 tingkat , tapi kat atas kecik skit.. Aku selalu lepak kat bawah jerk , sebab kat atas tu masa lunch dengan Kathy sangat slow service dia , maybe sebab lunch time ramai giler orang + staff sibuk kat bawah jer.. So moral of the story time peak hours , better makan kat bawah jer..

Tingkat atas 

View luar , sangat sempoi kan ?? Tapi macam kantin sekolah pon ada aku rasa ! hahaha 

Lepas perut dah kenyang , aku & akak aku masih tak puas nak berpoya-poya.. Kepala akak aku tetiba gatal mintak di shampoo, dan kaki tangan aku pulak gatal mintak di belai.. hoho gedik takk ?? Mentang-mentang salon favourite dia dekat-dekat situ jerk , so kita orang pon catwalk laa ke salon rambut Onstage plak..  Lagipon last aku buat pedicure manicure ni kat Bandung tahun lepas.. Dah lebih setahun okey kiranya kuku-kuku tak di belai… #sedih !


Pedicure , time ni aku hampir melelapkan mata kerana kekeyangan ! 


Manicure ! ( sila abaikan bahagian dada amoi yang terdedah tu yer ) 


Dulu sebelum kawen aku memang suker giler buat pedi mani , yerlaa celah –celah kuku kita tu selalu jer ada macam isi terlebih2 , smpi kadang-kadang naik rimas.. Kuku korang macam tu tak?? Ke kuku aku jer… hahaha yerlaa tangan orang suka main air, memang begitulaa..  Lagipon sekali sekala apa salahnya reward diri kita dengan treatment macam ni yer tak.. Keje kuat-kuat guna kaki tangan , sampai takde masa nak belai.. Sekali sekala apa salahnya manjakan diri sendiri dengan macam ni.. Betul takk ??? =D


Taraaa ! After 1 hour berkilat sudah kuku -kuku ku... 


 Punyalaa nikmat sampai time driving pon gedik nak lentik-lentikkan tangan ! Hohoho #inisemuapoyo !!   

No comments:

Post a Comment