Friday, 7 June 2013

Pit Stop @ Hai Peng Kopitiam & Gerai Lemang

Assalammualaikum !

Harini aku nak share citer antara pit stop wajib singgah sepanjang aku balik ke Terengganu & balik ke KL.. hehe perjalanan lebih kurang 8 jam dalam kereta memang memenatkan & membosankan okeh..  so kalau takde tempat best nak berenti minum kopi memang muntah aku duduk dalam keta..

Percaya atau tak masa awal kawen , asal balik dari Terengganu jerk comfirm aku akan demam urat.. Demam yang bukan takat manjer2 lagi , siap demam panas tu.. Mujur laa balik kampung pun jarang , kalau tak lembik aku ! Sampaikan Shah pernah suggest next time nak balik kampung naik flight jerk.. hahaha mengada sangat kan ! Tapi aku pulak rasa tak best , yerlaa 45 minit dah sampai kampung.. Tak feel langsung! Dah la we alls kalau balik kampung macam-macam nak di hangkut... dengan toto la , bantal la , keropok lekor toksah citer laa stock macam nak meniaga.. hohoho 

Nasib baik kali ni aku tak demam, mungkin kesan makan vitamin c & berteguk-teguk air masak.. Yerlaa cuaca sekarang sangat panas, so kene laa minum banyak air.. hehe

So setiap kali otw balik ke Trengganu or otw balik ke KL, selain berenti kat RnR , pit stop wajib we all singgah ialah kedai kopi Hai Peng kat Kemaman.. Kedai ni betul-betul kat Bandar Kemaman , dekat simpang traffic light , depan tu ada parking lot besar.. hehe Aku rasa siapa yang lalu kat kemaman akan perasan kedai ni.. Lagiun kedai ni famous so kalau korang search kat waze mesti jumpanyerrr…


Kedai Hai Peng ni tak pernah la aku pergi tak ramai orang, memanjang ramai jer sampai kadang-kadang tu kene tunggu meja kosong baru boleh duduk.. Tapi kali ni just nice kitaorang sampai ada orang bangun so dapat laa meja.. =)
Aku macam biasa laa kene order White Coffee, kasi segar sikit bijik mata.. Hehe 


Walaupun aku hanya co pilot , tapi Shah akan mengantuk kalau aku tertido kat sebelah.. So untuk elakkan dia mengantuk , aku kenalah segar bugar meneman dia kat sebelah.. Tapi kadang-kadang tu aku terlepas jugak , hahaha tak mampu nak tahan u alls, nak sembang pun sampai dah habis topic.. Nak karoke dalam keta sampai dah kering anak tekak aku nyanyi.. hohoho mujur isteri suka menyanyi , kalau tak lagi tak tahu aku nak buat apa dalam perjalan…sedap tak sedap dia kene tahan jerlaa, hahaha kalau aku diam lagi dia stress.. 


Aritu kita orang sampai dah lewat petang , lupa pulak Hai Peng ni tutup pukul 6.. Kalau datang awal skit , macam -macam jenis kuih melayu ada... mee hoon, nasi lemak , nasi dagang bungkus kecik - kecik pun ada.. Aku selalu order roti bakar jer, tak pun garlic bread..  Kalau tengah lapar macam-macam aku order hahaha tapi sebab aritu sebelum bertolak Ibu dah bagi we alls makan nasi kenyang-kenyang, so makan lite-lite jerlah ! 

Kopi Hai Peng untuk di jual.. 

Dan pit stop kedua pulak ialah , gerai lemang Kijal !! hohoho gerai lemang ni tak kira musim , memang sentiasa ada… Dan yang terbaeknya ialah lemang dia original , masak pakai kayu arang tu.. Feeling macam arwah mak aku nyer lemang.. Dulu aku makan lemang setahun sekali jer tunggu raya , sekarang tidak lagi !! hahaha setiap kali balik Terengganu wajib singgah beli dan makan dalam kereta.. 


Tapi jangan lupa serunding ,nanti nak cicah dengan apa kan. Serunding dia pon sedap , tak rasa macam serunding lama.. Harga untuk lemang tu 3 batang Rm10 , serunding pulak sebekas RM10.. sangat berbaloi !! 



Lega aku ada gerai lemang ni , sebab tahun ni aku beraya kat Terengganu .. So takdela aku pagi raya makan nasi dagang, heheh boleh tapau lemang bawak balik Terengganu.. =D


No comments:

Post a Comment