Tuesday, 25 June 2013

Perangai Dalam Panggung Yang Buat Kita Meluat !

Hello everyone ! 
Baru-baru ni aku & Shah rajin keluar masuk panggung, sebab sekarang kenn ni banyaak betul movie yang best-best.. hehe boleh kata every weekend tengok wayang.. We alls dari zaman bercinta memang suka sangat tengok wayang , pantang ada movie baru keluar mesti mengelupur nak pergi panggung wayang.. hohoho sementara takde anak lagi ni kan.. 

Tapi harini bukan aku nak buat review pasal apa movie apa yang aku tengok.. Sebab aku rasa korang pon pandai sendiri nak tengok cite apa kan.. Kali ni aku nak mengomel pasal perangai –perangai orang yang pergi tengok wayang tu..
Sebenarnya dah banyak kali sangat jadi kat aku, kes-kes orang yang pergi tengok wayang ni membuat aku rasa meluat & naik hangin ! Dan baru –baru ni ada sorang kawan aku ni pulak menjadi mangsa pada orang-orang yang selfish bila masuk panggung… huh ! Mungkin ada yang tak sedar kita tergolong dalam orang-orang yang selfish itu. So mai laa baca tengok kot2 korang selalu buat perangai macam ni ker.. hohooh  hope korang tak buat benda yang sama yer..

Kes 1

Perhatian kepada ibu bapa yang suka bawak anak-anak tengok wayang !! Kalau citer tu memang untuk budak-budak tu takpela ini yang untuk tontonan 18PL, 18SX, 18SG pendek kata semua movie yang 18 tahun ke atas.. Sangat tak sesuaai tau ! Sah-sah anak korang tupon tak faham jalan cerita tu , lima minit boleh laa dia duduk diam.. Lepas tu mula laa dia tanya dekat 100x kali bila nak abis cerita tu kat mak2 dorang.. Tu aku boleh tahan lagi , kalau dia tanya mak dia setiap 2 minit pasal movie yang tengah tayang tu lagi haru.. Rasa macam nak plaster je mulut anak dia.. hehe #biasa tuuu


Pastu bila ada scene cium-cium , romantik2 terlampau mak bapak ni tau pulak suruh anak2 tutup muka.. Ko ingat korang  suruh budak2 tutup mata , dia tak cuba jeling2 ker.. Lagi ko suruh tutup lagi dia nak tengok tau..   

Dan dalam kes yang lain,  ada parent yang bawak baby , aku rasa kurang dari setahun kot.. 1/2 jam awal tu eloklaa anak dia diam, lepas tu hamek ko anak dia bantai melalak dalam panggung.. Agaknya anak dia lapar ke , tak tahan sejuk ke aku pon tak tahulaa… Dia melalak macam kene cubit.. hohoho mak dia cuba pujuk dekat 5 minit, tengok tak jalan terus keluar panggung.. Nasib ko laa kak Ton !

Tapi yang kawan aku kene hari tu,  anak orang tu ni boleh pulak main lari-lari kat tangga wayang .. Siap gelak-gelak,  jerit panggil adik dia join sama.. Eeeee sakit pulak hati aku dengar ! hahaha Yang aku pelik mak bapak dorang ni takde rasa bersalah laa pulak bila anak-anak depa buat hal dalam panggung, walaupun 1 panggung dah jelling 20 kali.. Nampak sangat korang ni takde kesedaran sivik ataupun memang muka korang jenis tebal tahan malu .. Tapi yerlaa dalam panggung kan gelap mana nak nampak muka kann.. hohoho Maaflaah pada yang terasa, tapi tolong laa peka yer.. Bukan korang jer bayar duit tiket wayang ada berpuluh2 orang lagi dalam panggung tu yang bayar tiket.. hehe so agak-agak  anak korang takleh duduk diam dalam panggung baik korang download jerlaa movie tengok kat rumah anak beranak lagi aman ! Jimat pun jimat kann…

Kes 2

Kes ke-2 ni pulak jadi masa aku tengok GSC Setia City Mall , dan bukan sekali yer tapi lebih 2, 3x aku kene kat GSC SCM ni.. Sampai rasa serik nak tengok kat sana lagi pun ada !  Ada satu couple ni mulut tak berenti sembang dengan gf dia kat sebelah.. Yang aku stress , bf dia dah macam pengarah la pulaaak, every single scene nak explain kat gf dia.. Awek dia pon satu hal, benda simple2 pon nak tanya kat bf dia.. Contoh : " yang kenapa hero dia kena pukul ? “ Macam mana penjahat tu lepaskan diri ? And bla..bla…bla..”

 Macam budak kecik pulak sikit2 nak tanya… Yang ni aku rasa wajar kalau aku plaster mulut dia.. haha Kalau cakap bisik-bisik , ada laa jugak maaf.. Ini tak , dia cakap sampai aku, shah & orang sebelah aku pon boleh dengar.. Mula2 tu Shah boleh diam lagi , tapi makin lama makin rancak pulak depa sembang kennn.. Lupa diri pulak couple ni dalam hati aku.. hehe Shah pon apalagi , dengan sopannya tegur la “ Bro nak sembang , tengok tv kat rumah la..” hahahah amik ko sekali.. Terus bf dia diam sampai ke sudah movie tu abis.. Boleh punnn diam depa ni… Itu jer makan dia ! Habis dah jeling-jeling pon tak makan saman kenn... 


Sebenarnya mungkin banyak lagi perangai2 yang buat penonton lain dalam panggung tak selesa.. Tapi bagi aku dua perangai ni memang paling annoying & tak boleh nak terima… Sebab dua perangai ni boleh buat kita hilang focus & tak enjoy nak tengok movie waktu tu.. Nak plak jalan cerita yang complicated sikit, kalau tak focus kita pon tak faham.. Macam citer Man Of Steel tu , kalau awal-awal dah terganggu memang aku tak tahu bapak Superman tu mati kenapa.. hahaha contoh laa ! 

Dan kalau  tengok cite seram , tak jadi seram , asik dengar suara orang sebelah bersembang jerk kan....  huh ! takkan sebab orang lain buat hal , kita kene nak tengok wayang cerita yang sama 2x..  Yer takk ?

Jadilah penonton yang bertimbang rasa dan peka yer kengkawan.. Maaf cakap laa ada orang memang jenis kebal , tak kisah apa orang pikir dan apa orang kata … Bagi depa nak tengok wayang , suka hati dia laa nak buat apa pun & nak bawak sesiapa..  Terpulang laa selagi korang tak kene maki dengan penonton lain takpelaa.. Tapi nanti kalau dah kene maki jangan nak salahkan orang lain, ahkak dah bagi warning ni... wakakaka 

sekian pesanan dari penaja ! =))

8 comments:

  1. betullah tu.. lagi satu yg tak best nya bila ada orang belakang kita kaki tak reti diam, kejap2 kang sepak2 kerusi kita, kejap2 kang macam gegar plak.

    ReplyDelete
  2. Mrs.Yana : yeaah ! i pun pernah kene mcm tu.. sakit hati kan.. rasa nak ikat kaki depaa..

    ReplyDelete
  3. Tgk mcm aku. Anak dah 3 tahun pun aku tak pernah bawak masuk wayang lg.

    ReplyDelete
  4. Ceera : hahaha aku tau kawan2 aku semua jenis faham etika !

    ReplyDelete
  5. I pun kaki wayang. Memang perangai 2 jenis kat atas ni yg paling tak tahan. I dah ada anak ni sanggup x tgk wayang sbb i memang anti org yg bawa baby ni. Ganggu org satu hal tapi kesian sgt baby tu telinga dia belum cukup tahan nak dengar sound yg kuat tu.

    ReplyDelete
  6. Sicness Surfacing : hehehe yeaahh setuju sangat !! kalau citer action movie lagi laa sound dia melampau2 kaan.. kita pon bingit ini pulak baby yang baru nak hidup tu..

    ReplyDelete
  7. lagi satu kan, klw ade org tak reti silent phone. pastu bila jwb kol tu borak memang nak bg 1 panggung dgr. perghhh! hangen wehhh...! hahaa

    ReplyDelete
  8. ita citot : tak silent phone tu dah selalu sgt kene.. rasanya GSC, TGV , MBO or apa2 jenis panggung wayang kene buat iklan dengan lebih sarkastik lagi , pasal orang2 yang tak faham bahasa nii.. hehe

    ReplyDelete