Thursday, 20 June 2013

Majlis Aqiqah Anak Dynas & Doa Selamat

Alhamdulillah sabtu lepas selesai sudah majlis aqiqah anak Dynas yang no 2 , Mohd Haqaish Mohd Hafizy & majlis doa selamat.. 


Majlis aqiqah buat kat rumah akak aku , sebab nak buat sembahyang jemaah & baca yassin sekali .. Rumah akak aku hall dia lapang sikit , kalau rumah Dynas , banyak pulak perabot nak kene alih.. So orang lelaki sembahyang kat hall bawah , orang perempuan sembahyang kat hall atas.. 


Jemaah perempuan 



Aku pulak pagi tu datang bendera jepun , so orang lain sembahyang aku jadi baby sitter laa kejap , jaga budak-budak.. hehe 


Kambing golek !!


Untuk majlis tu 2 ekor kambing berjaya dikekah & di habiskan dalam sekelip mata.. hohoho ikutkan tetamu tak ramai pun, itupun ada anak-anak yatim dari Rumah Budi nampak laa ramai dan meriah, selebihnya teman-teman rapat & ahli keluarga jer..


Yang kiri ni anak Julie , pantang suruh bergambar laju jerkk dia sengih.. hehe Khyra pulak aritu mood malas nak posing , jenuh panggil amik gambar dia jual mahal..  Ini pon muka dia macam tak ikhlas jer nak amik gambar dengan aku.. hahaha mesti dalam hati dia " ada aku kesaah ??" 


Kiki & Eina pon datang lambat , dah selesai baca yassin baru dorang sampai.. hehe mesti dorang ingat majlis lepas isyak.. 



Makan time !! lauk catering malam tu sedaaap hangattt walauponnn pedaass.. hehe budak2 semua makan sikit jerk , nasib laa adik-adik , catering tu sajer tak nak kasi orang tambah banyak-banyak.. hohoho


 Muya malam tu pun mood baik hangaatt !! kalau tak susah nak amik gambar dengan dia.. hehe 


 Qaish tengah mood baik sebelum dia merengek lepas amik gambar ni.. hehe


Khyra & Mummy 


Lepas semua dah settle makan , upacara tiup lilin pulaaak .. heheh rupanya hari tu birthday Qaish so alang-alang potong cake laa sekali malam tu.. 


Tapi kakak dia pulak lebih-lebih nak tiup lilin... heheh Khyra ni memang suka tiup lilin pantang ada birthday cake aku rasa...  Yerlaa Qaish tak pandai tiup lagi , tunggu laa dia dah besar skit lagi , jangan harap dia nak bagi Khyra tiup... 


 Okey majlis malam tu selesai pukul 11 macam tu, aku antara orang lewat balik .. hehe Suami bzz kita pon buat bzz laa kan.. Padahal satu keje pon aku tak buat malam tu.. Anyway terima kasih pada semua yang sudi hadir malam tu ... =)) 

3 comments:

  1. Tq dik
    Tolong snap bnyk pics hehe

    ReplyDelete
  2. Liptik merah mak ngah hehehe

    ReplyDelete
  3. Intan : heheh i kan official photographer !

    aNNe bOo : hehe aku mmg suker pakai lipstick merah skrg.. ;D

    ReplyDelete