Monday, 20 May 2013

Reaksi Bertemu Ex-Bf #Auch

Selamat hari isnin !! aku tahu ramai yang monday blues kan ari isnin, samalah macam aku.. Nasib baek la sekarang ni keje tak perlu nak keluar rumah awal-awal , kalau tak setiap pagi isnin jerk aku akan meroyan duduk dalam jam..  Tetapi walaupun tak kene redah jam pepagi , asal isnin jer tetap aku monday blues , sebab weekend aku dah keje so bila ari isnin tu rasa macam nak rehat jerlaa kalau boleh.. 

So disebabkan mood monday blues arini aku nak merepek merapu meraban kat sini kejap.. hehehe sebenarnya aku nak share satu insiden yang sangat awkward berlaku kat aku baru-baru ni.. aku rasa mungkin pernah terjadi kat korang jugak kooot.. ke tak pernah ?? =D

sebelum tu aku nak tanya korang , kalau korang terserempak dengan bekas kekasih @ crush korang dulu apa reaksi korang ?? Dan waktu korang terserempak tu pulak korang dengan kekasih / suami.. huhuhu  

a. buat-buat tak nampak
b. senyum lepas tu pandang tempat lain
c. senyum dan say hi / tanya khabar
d. cepat-cepat pegang tangan pasangan korang & jalan dgn penuh rasa bangga. 

Hehe nak tahu apa jawapan aku ?? jawapan aku adalah kesemua di atas.. !! wakakaka

insiden ni dah berlaku kat aku 2kali sebenarnya.. Insiden pertama masa kat kedai makan , masa tu terserempak dengan ex -bf ..  Elok jer aku baru order makan , tetibe aku nampak muka ex-bf aku 7 tahun lepas baru duduk betul2 depan aku, cuma jarak satu meja jerk.. 

Dan tetibe jugak macam terngiang-ngiang pulak kat telinga aku ni lagu Lamunan Terhenti : Aris Ariwatan !! hohoho #drama sangat

Seriusss masa tu terkejut beruk laa jugak , tapi cuba berlagak cool.. giler tak terkejut , dah clash bertahun2 memang tak pernah terjumpa sekali jumpa tengok dia dah demokk sikit laa.. hahaha 

Tapi dalam hati lega jugak laa , kalau tak mesti tak match dengan aku yang kecik molek ni.. alahaii #ayat mintak kene maki nih 

Dan nasib baek jugak masa tu aku dengan shah , so takdela rasa loser sangat..  boleh giteww ! walaupun masa tu tak kawen lagi.. tapi atleast dia dapat tengok betapa bahagianya aku di samping bf baru.. #ewaah ! Dan ex-bf aku tu  pulak dengan kawan lelaki , so aku tak tahu laa rupa gf dia.. Dalam hati nak jugak tahu kan, biasalaa naluri perempuan 'bzz body' tu tetap ada... 


Ikutkan hati time nampak ex-bf aku tu nak jer buat macam ni , main2 hidung shah .. Tapi nanti shah kata aku buang tebiat pulaak.. =D 

Mula-mula tu nak jugak tukar tempat duduk tapi bontot macam berat jer nak bangun, lagipon hati ni takde rasa sakit pon bile tengok dia, so cool jerlaa ..tapi kalau 6 tahun lepas aku terserempak dengan dia , mungkin hati aku masih terbakor lagi laa kot..  So bila aku rasa macam boleh control , aku pon buat derk jelaa makan dengan penuh nikmatnya, siap tambah nasi order air 2 gelas lagi..  hohoho okey yang tu tipu !! Dan mata memang jeling sikit2 jelaa , tak nak laa dia perasan aku jeling dia keeenn nanti jatuh cinta balik , acanerrr.. ??? hahaha 

Dan bila dah abis makan , the best part ialah masa nak keluar dari restoran tu , sebab kalau nak keluar aku memang kene lalu sebelah meja dia.. hohoho seriuuss aku  punyer berdebar , feeling dia macam tengah catwalk nyahh .. Bukan apa , kalau boleh aku tak nak dia nampak aku macam control ayu sangat .. So aku pon apa lagi cepat-cepat la tarik tangan Shah dan jalan pon dengan lemah gemalai tepi meja dia , siap dalam hati berkata-kata " heeelllooo !!  Lihatlaaa betapa bahagianya i sekarang..!! "... wakakaka 

Ayat tu bukan apa , sajer nak kasi diri ni lagi confident jalan tepi dia.. Masa jalan tu aku tak tahu laa dia pandang aku ke tak , mungkin jugak tak.. hehe tak kesahla janji dia dapat tengok betapa happy nya aku bersama pengganti dia.. Huh !! suka tau dapat eksyen dengan ex-boyfriend.. Bukan selalu dapat peluang macam ni.. =p 

 Insiden ke - 2 

Terjadi masa aku tengah window shopping , elok jer aku jalan-jalan tetiba depan mata ternampak muka crush aku masa sekolah.. Nak buat tak nampak pon macam tak sampai hati , sebab dia pon tengah tengok aku.. haha Dan sekali lagi aku masa tu dengan Shah , cuma time tu shah kat depan sikit tengah tengok barang.. 

So spontan jer kaki aku berenti depan mamat tu.. Kalau shah ada kat sebelah mungkin aku tak berenti kot.. hohoho  tapi bila mata aku nampak dia tengah pegang stroller baby so aku syak dia dah kawen la , cuma tak nampak pulak wife dia.. hehe Aku tahu dia dah kawen cuma tak tahu bila dan dengan siapa , sebab dia tak jemput aku.. keji kan ! hehe 

Tapi percaya tak , aku berenti tak sampai 5 saat , sempat say hi & senyum pastu aku terus jalan.. hahaha sebab aku takut shah  perasan pulak aku tegur mamat tu.. Bukan apa , malas nak cite panjang2 kat dia , nanti tak pasal kene bukak balik diari lama..  wakaka Yang lawaknya mamat tu pun terpinga-pinga tengok aku, mungkin dia ingat aku berenti nak tegur sapa & tanya khabar laa kot.. sekali aku terus jalan... !! hahaha aku pon tak sangka action aku begitu, bila pikir balik agak kurang sopan ko yana.. Mesti dalam hati mamat tu cakap, " baek takyah tegur langsung" ... hehe  

Okey moral of the story , bila terserempak dengan bekas kekasih lama , sila berlagak cool & bahagia.. walaupon waktu tu korang tengah meroyan dengan bf / suami korang sila jangan tunjuk ..  Bawak masalah tu kat rumah or tangguh esok, sebab bukan senang okeh korang nak buat bekas kekasih sakit hati.. hahaha Sebab aku yakin bila ex kita tengok kita happy , hati dia sebenarnya cemburu sangaattt... Nak pulak kalau kekasih / suami korang lagi hebat dari dia, memang bernanah laa hati dia tengok .. hahaha 

Tapi kalau masa tu korang sorang, cuba jugak berlagak confident & eksyen.. Barulaa dia tengok kita ada value .. Tak giteww ?? Itu pendapat aku jerlaa , kalau korang tak setuju tak perlu ikut.. 

Okey cukup ! Boleh sambung buat kerja , aku ni kalau citer pasal bekas kekasih ni memang best , siap boleh buat novel.. Tapi nanti ada yang menangis tepi keyboard pulak baca.. hahaha okey saper nak verangan bekas kekasih lama korang boleh verangan sekarang.. Aku dah abis verangan dah ! Apa-apaponn ingat pesanan kak ton , jangan berlaku curang tau ..  =))

Sebelum tu aku saje nak tempek gambar masa aku bercinta dengan shah dolu-dolu.. hehe masa ni dua2 kurus kerempeng lagi.. 

2 comments:

  1. pernah jugak..ex-bf siap pandang tak kelip2 kat kita yg sedang rabun tahap buta lalu sebelah bahu dan kita berpegangan tangan ngn bf [suami dah skrg] hahahaha..dah dekat tggl 2 inci baru perasan! ko?? tak ke gelabah, cepat2 pegang erat tangan bf, takut gak tersauk lengan yg salah, wakakakakakaka!

    ReplyDelete
  2. hahahahha, aku tak tahan nak gelak entry ni yana oiii.. aku pernah terseermpak ngan si mirul, ex mase sekolah dulu, tp dia dlm kete, aku rasa dia pon nampak aku pastu siap update lagi kat blog bini dia.. hahaha dia ckp aku dah lain (dh gemuk lah tu)...

    ReplyDelete