Thursday, 2 May 2013

Kenduri Arwah Di Rumah Anak Yatim

*DNA Team*

Alhamdulillah , sabtu lepas majlis kenduri arwah & kenduri doa selamat sempena pembukaan outlet terbaru DNA kat Setia berjalan dengan lancar… Majlis tahlil untuk arwah mak, arwah tok wan aku yang baru meninggal pada 10/4 yang lepas, arwah anak sulung Dynas Emma Malissa serta tak lupa arwah bapa mertuaku juga.... Dan majlis kali ni akak aku yang uruskan sepenuhnya sebab dia nak buat kenduri doa selamat sekali sempena pembukaan outlet terbaru DNA..

* Dynas tengah kesat hingus , bukan sebab nanges yerkk... tapi sebab selsema #aucch * 

* Fizy & Sista* 

 * Tq Mama M&M sudi datang *

*kakakku ala mak datin gitewww*

* chomel tak "kak ton ??" ( baca nada iklan beautyumaira ) =D * 

Biasanya kenduri arwah memang kita orang adik beradik akan buat kat rumah, tapi kali ni berbeza sedikit sebab akak aku nak buat kat rumah anak yatim Rumah Kasih Harmoni , Paya Jaras.. Bukan apa , sesekali nak berubah angin jugak sambil menghiburkan anak –anak yatim kat situ ..

*makan time*

Apa yang bestnya kalau buat majlis kat Rumah Kasih Harmoni ni ialah masakan dorang.. Tukang masak depa memang hebat2 ! Lauk-lauk kampung yang boleh buat aku termengah-mengah.. Itulah motifnya aku pakai jubah aritu.. hehehe nampak tak tips aku kat situ.. ?? =D

Majlis bermula jam 11 pagi , habis pukul 1 sebelum zohor.. Cepat giler majlis selesai , tahu-tahu dah makan.. hehe kalau buat kat rumah biasa sampai ke petang baru settle.. Biasa laa dah abis makan , nak layan saudara mara lagi , borak-borak , pastu nak kemas pinggan mangkuk lagi sudanya, sampai bawak ke petang.. Penatnya macam buat kenduri kawen ! huhu so kali ni takdela abah penat nak kene masak , sebab selalunya dia yang paling teruk kene masak.. 

* Abang ku yang botak lagi bergaya * 

*my niece*

* sedap ohhh pucuk ubi masak lemak !! #gulp *

Sebenarnya ni bukan kali pertama aku pergi rumah anak yatim ni , tahun lepas akak aku pernah buat majlis berbuka puasa kat situ jugak.. so ada beberapa anak-anak yatim kat situ yang aku dah cam muka dorang.. Seronok sebenarnya bila buat event kat rumah anak yatim ni , anak – anak yatim ni membuatkan aku lebih mengenal erti bersyukur & menghargai apa yang aku ada sekarang ni..

* ni akak ipar aku , orang kuat BN kemain baju pon nak biru BN *

Salah satu contoh bila melihat anak kecil seusia 5 tahun , dah kehilangan ibu dan bapa.. Sedangkan aku kehilangan mak pada usia 27 tahun.. Dorang jugak tak  pernah merungut apa juga yang di sediakan , tak kira makanan , pakaian, kelengkapan harian atau apa sahaja.. Sedangkan aku selalu merungut takde baju nak pakai pergi keje hari –hari , merungut nak makan kat mana, merungut takde cerita apa kat astro dan bla…bla.. Beruntungnya aku… Alhamdulillah semua tu buat aku tersedar 1001 perkara yang remeh di mata sesetengah orang, tapi begitu berat bagi dorang yang tak pernah merasa..

* anak-anak RKH *


 Pendek kataaaa.. Renung-renungkan & selamat beramal ~ #peace =)

Thank you for reading this entry ! 

2 comments:

  1. * chomel tak "kak ton ??" ( baca nada iklan beautyumaira ) =D * --- ayat ni rasa nak reply , tapi dalam ayat x cukup senduk nanti mulut ai. (chomelllll angat * tgn atas bahu) imagine jela ekk.. *blow nailss* ahahahhaha

    ReplyDelete
  2. JuLIe : hakahakhak faham angattt !! (sambil muka tengok cermin)ehh kak ton nampak berseri-serilaa pakai beautyumaira tauu ! #larikkkk =D

    ReplyDelete