Friday, 17 May 2013

Kenangan Sempena Hari Guru

Rasa tak terlambat lagi kan , aku nak wish Selamat Hari Guru untuk semua guru2 1 Malaysia & semestinya guru-guru yang pernah mendidik aku dari sekolah tadika, rendah , menengah , universiti dan semua seniour-seniour aku masa bekerja kat karangkraf dulu..... Terima kasih di atas semua ilmu & nasihat yang pernah cikgu-cikgu curah & kongsikan.. 

Ini Cikgu Masz , yang banyak libatkan diri aku dengan aktivti seni.. Aku siap pernah nyanyi berduet dengan cikgu ni masa Hari Guru lagi okehh..  =)

Okey , Sempena hari Guru arini aku nak refresh balik kenangan zaman sekolah rendah aku ... Kenapa sekolah rendah ?? Sebab zaman sekolah rendah aku  terlalu best , banyak kenangan manis.... Sampai hari ni , kalau aku kenang boleh buat sengih sorang-sorang.. Lagipun semalam aku sempat wish kat cikgu2 sekolah rendah aku , tu yang teringat2 balik kenangan lama.. #ewaahh =D 

Dulu masa aku sekolah rendah , setiap kali hari guru , aku adalah murid yang paling sibuk .. Sebab aku akan join banyak aktiviti -aktiviti untuk meraikan guru-guru kat sekolah aku iaitu S.R.K (2) Jalan 10 , P.jaya .. Aku rasa semua sekolah akan buat majlis menyambut hari guru ni kan ..

Reunion ex student SRK (2) P.Jaya 

So setiap kali hari guru ni biasanya  sekolah aku tu akan buat banyak pertandingan & persembahan untuk meraikan cikgu-cikgu kat sekolah..  Yerlahh nak panggil artis datang sekolah tak mampu , so anak-anak murid jerlaa yang buat persembahan.. heheh Dan di sebabkan masa sekolah aku memang sangat giler glamour , boleh kata setiap tahun aku selalunya akan join buat persembahan-persembahan yang di anjurkan pihak sekolah tak kira hari guru ke , hari penyampaian hadiah ke , hari kantin ker..  Asal ada je anjuran aku akan join.. =)) Kalau tak menyanyi, aku akan menari , tak pun  lakonan or paling tidak pun akan masuk pertandingan bercerita.. hehehe 

Seriuss aku memang sangat suka aktiviti-aktiviti macam tu.. Itu belum bab bersukan lagi , kalau hari sukan jer semua acara aku bolot.. hahhaa tak kasi can student lain... kadang-kadang tu aku rasa masa aku kat luar kelas lagi banyak dari dalam kelas.. Sebab tu laa akademik aku ke laut perginyaa, asik tuang kelas jer kaan.. Abis memanjangggg masuk pertandingan sana, pertandingan sini.. Tapi jangan tak tahu , disebabkan perangai aku yang suka giler glamour ni laa aku di kenali oleh semua cikgu2 kat sekolah.. hohoho ayat tak boleh blah ! okey korang boleh cebik bibir korang... 

Pantang ada je pertandingan cikgu akan pilih nama aku.. Aku pon tak tahu kenapa , mungkin menyerlah sangat perangai giler glamour aku tu kot.. =D Tapi ada jugak cikgu yang tak suka aku , especially guru kelas laah, bila aku asik ponteng kelas cikgu mana yang suka kan.. Kalau ponteng makin pandai takpe.. Ini tidak , bila exam banyak yang corot.. huhuhu kerja rumah toksah cite , asik tiru kawan jerk.. hehhe adik2 sila jangan tiru perangai aku yer.. 

Dan masa darjah enam , aku kurangkan sikit la masuk aktiviti -aktivit luar .. Sebab cikgu kelas aku garang okehh.. Dah laa dia ajar matematik, so kalau aku ponteng kelas dia memang kene marah laa.. Tapi bila aku kenang balik zaman sekolah rendah aku , banyak yang aku sedar cikgu-cikgu sekolah aku tu banyak bagi aku peluang untuk tonjolkan bakat , bina keyakinan diri , belajar bahagikan masa, & banyak lagi pengalaman2 berharga yang aku tak dapat bayar sampai hari ni..  Cuma nasib aku tak berapa baek jerk, kalau tak mungkin aku dah jadi artis sekarang.. wakaka lagi sekali ayat tak boleh blah ! 

Dan sampai sekarang aku masih lagi keep in touch dengan cikgu-cikgu sekolah rendah aku.. Dah lebih 17 tahun aku tinggalkan sekolah , cikgu-cikgu tu pun ramai dah mengajar sekolah yang lain.. Tapi alhamdulillah cikgu-cikgu tu masih ingat lagi aku.. hehehe Paling happy bila masa aku kawen cikgu-cikgu aku sudi datang majlis reception aku kat Tropicana.. Bukan cikgu-cikgu jerk , kawan -kawan sekolah rendah dekat 20orang sudi datang walaupun ramai yang dah lost contact sebelum tu.. Rasa macam reunion bila dapat jumpa dorang balik.. 

Ni semua kawan2 sekolah & cikgu yang datang masa wedding aku.  

Itulah untungnya jadi student yang aktif  ni.. Bila jemput kawen ramai sudi datang sebab dorang kenal ko..  Walaupun ada yang tak ingat muka , tapi bila sebut alaaa student yang masuk nasyid dulu... ataupun student yang kuat lari tu.. hehehe terus ingatan tu akan terimbau kat muka kita zaman sekolah dolu-dolu... Kalau kat sekolah duduk macam kera sumbang , silap-silap kewujudan korang pon orang tak sedar.. 

Tapi bukan cikgu2 sekolah rendah jer .. Cikgu sekolah menengah & lecturer aku kat uitm pon banyak membimbing aku jadi manusia.. Cuma masa sekolah menengah aku agak low profile.. Sebab ramai lagi student hebat-hebat.. hehehe Tapi kenangan aku kat uitm pon tak kurang hebatnya.. Nantilaa aku ceritakan di entry yang lain.. Tapi yang nyatanyaaa semua lecturer aku kat uitm memang sporting habis.. kita orang macam kawan-kawan , boleh bergurau , boleh makan , minum semeja ... Memang seronoklah !! Okey cukup,  bab tu kita simpan Hari Guru tahun depan.. hehehe

Haaa yang ni pulak lecturer aku masa kat Uitm , En Nagib.. gambar ni masa bulan 2 lepas.. 


Okey akhir sekali , untuk semua cikgu-cikgu di Malaysia , semoga terus sabar medidik anak bangsa menjadi manusia berguna.. !! 

No comments:

Post a Comment