Tuesday, 14 May 2013

Birthday Party Mia @ Sukaneka =)

Fuuuhhh !! Fuhhh ! 

Yeaayy Kali ni entry birthday party lagi !! Tapi kali ni kesah birthday party anak buah aku pulak , Mia.. Birthday dia dah lama lepas bulan 3 aritu , tapi mak nyer takde masa nak sambut so tangguh laa sampai 1st May aritu.. Sesuai sangat laa aritu pun public holiday , so ramai laa kengkawan mama nyer yang datang.. 


Acctually sebelum ni , anak buah aku ni takde pulak dia kesah nak tema2 kalau sambut hari jadi, tapi tahun ni request kat mama dia nak tema Pricess Arial.. Hamboii ! kemain lagi anak buah aku ni.. hehehe yerlaa dah biasa pergi birthday party orang lain ada tema , tahun ni dia pun nak la bertema2 bagai.. 


 Masa untuk tiup lilin. Khyra pun terselit jugakk.. sebab aritu masa birtday party dia time tiup lilin tu boleh pulak ada seorang budak ni tolong tiupkan semua lilin dia.. hohoho Tak puasa Khyra nak tiup lilin , so kali ni dia tumpang tiup lilin lagi.. Kalau tak puas lagi , nanti aunty bagi lilin yang electrik tu biar tiup tak padam2.. hohoho 


Yang kiri tu anak sulung akak aku, hehe jangan terkejut anak sulung dia dah form 5 okeyy .. Tapi perangai macam budak darjah 5 lagi.. hahaha mengada lebih along ni.. 

Disebabkan nak bertema bagai , 2, 3 hari sebelum tu aku dengan akak aku sibuk laa mencari barang-barang untuk party mengikut konsep tema tu.. Jenuh okehh ! Yerla yang dia mintak Princess Arial , cuba mintak doraemon ke spiderman  ke berlambakk laa kat kedai.. hehe aku pon tak tahu Princess Arial tu watak kartun apa.. Aku tahu doraemon , sin chan , upin n ipin tau ler.. =D So lepas pusing2 KL , jumpa laa sikit2 barang yang menepati tema, lain2 tu buat sendiri jerlaa.. Macam sticker kat party pack tu aku mintak tolong Kathy design kan, kek pon akak aku tempah kat orang.. Dan ternyata berbaloi yer kek tu , sumpah dua2 kek tu sedap giler ! 

Kek yang super duper ssedaaap !! #telan air liur

Choclate cake : yang ni pun sedap !! 

Apapon bukan setakat tema jer kali ni si Mia request , dia siap request buat game lagi untuk kawan-kawan dia yang datang.. #matilah ! Pastu dia suruh aku pulak yang handle bab game ni, dah macam buat sukaneka pulak aku rasa.. Gasak ko laa Mia ! So ada laa 3 game yang aku buat untuk kasi budak2 ni enjoy.. hehe Game musical chair , pertandingan makan epal , dan cari syiling dalam tepung.. time tepung tu memang happening habis , sebab muka semua dah macam tepung gomak .. Lantak kan nak sangat game kan.. Next year aunty buat game galah panjang pulak ok.. baru laa mencabar ! =D 

Pertandingan makan epal 

musical chair 

cari syiling dalam tepung 

yang ni anak abang aku , Afiq .. Dia seorang jer budak lelaki dan paling kecik 7tahun..  Nak jugak join main , sebab dia rasa macam main sukaneka kat sekolah.. hehehe 


Eeh ada jugak aunty julie & muya yang kekwat ni.. seperti di mana ada majlis disitu ada aunty julie & muya !! hahaha hope lepas ni muya dah tengok selalu tengok muka aku , dia tak kekwat dah..  Susah okeh nak tackle si muya ni , dah macam2 umpan bagi , tapi umpan amik muka still kekwat.. kemain dia tuuu =D

 with mama & aunty dynas 

with kiki , amoi & zulina.. 

Antara tetamu yang hadir , semuanya kawan kakak aku.. Banyak okeh mia dapat hadiah haritu , kawan2 mak dia yang datang memang tak datang tangan kosong..  sukerlaa mia, kalau boleh setahun 3x dia nak celebrate birthday , tapi mak dia laa yang pitam nak buat birthday party jer pun penat macam buat kenduri.. hehe nasibla ada anak perempuan sorang jer ni, kalau 3orang mau meroyan.. hehe 

3 comments:

  1. hai. kita silent reader awk . sabtu lepas saya pergi setia city mall. saya nampak awak. malu nak tegur, awak cantik :)

    ReplyDelete
  2. cik ara : laa kenapa tak tegur?? isk kalau tak boleh bertepuk tampar :)) heheh

    ReplyDelete
  3. ahaha , ada cust masa tu lagi pun tak elok kacau time ada cust . hehehe cari staff eh .

    ReplyDelete