Tuesday, 16 April 2013

Staff Ku Nan Hadoo !!


Sibuk tahap dewa !!! Nak hapdet blog pon tertangguh2.. padahal banyak entry aku nak share tapi masa begitu mencemburui diriku.. eceh ! 2 minggu lepas sibuk dengan persiapan untuk expo , abis expo pulak sibuk nak buat sales report untuk kedai & report expo.. Macam ni rasanya jadi manager rupanyaa… Perghhh aku sangkakan boleh duduk goyang kaki marah staff jerkk… hahahha

Oppss bila cakap pasal marah staff ni , sebenarnya aku nak story mory pasal staff – staff aku ni haa.. Ingat tak aku pernah hapdet entry pasal nak cari new staff, so selepas di tolak campur bahagi , aku dapat laa new staff yang boleh di harap.. Dan staff lama aku , lama tak laa lama sangat lerr , 2 bulan jer pun dia kerja, dah pun berenti hujung bulan lepas.. Dia laa satu-satunya staff yang kita orang amik mula-mula untuk kerja kat DNA Setia ni , sebab masa baru-baru bukak kita orang tak nak amik ramai-ramai , sebab masa tu aku nak pandaikan diri sendiri dulu .. Yerlaa amik staf tapi diri sendiri tak pun tak pandai buat malu jerk.. 

Di sebabkan staff aku tu rasa dia satu-satunya pekerja yang kami ada , perangai diva dia sedikit demi sedikit makin teserlah.. Tambah pulak, bila dia tau aku nak amik staff part time baru .. Dia nyer perangai tetiba naik tocang kooo, berlagak macam dia lak manager.. Mula-mula tu aku takde laa perasan sangat, tapi lama-lama aku kaji-kaji balik betul laa minah ni dah start over.. Mana tak nya suka hati dia nak bukak kedai lambat & suka hati dia nak buat kedai tu macam kedai sendiri. Mula-mula lambat laa seminit dua , pastu dah makin melampau pulaak dia , pernah sekali tu pukul 10.30 baru bukak kedai.. Dia ingat ni kedai runcit Raju & Kawan-Kawan ker hapaa..

Okey bab tu , aku tak bising lagi laa selagi tak kene penalty dari mall management.. Aku Cuma warning jelaa supaya jangan buat selalu sangat nanti boss bising.. Tapi rupanya tak makan saman budak nihh.. Dia buat jugakk lagi , sampai sekali tu Dynas sendiri kantoikan dia .. Tengok cctv pukul 10.20am tak bukak kedai lagi , pastu bila aku call tanya dia kat mana ,  dia jawap kat toilet.. Aku diam lagi , walaupon aku tau aku sedang di tipu hidup-hidup.. huh !

Dan sikap ' diva ' dia semakin menjadi-jadi , bila aku dah amik sorang part time baru. Siap request nak buat jadual keje dia sendiri lagi okehh..  Wahh! part tu memang aku rasa dia ni memang mintak kene maki.. Tapi ahkak sabar lagi… Walaupun aku dah mula confuse masa tuhh.. Tu belum lagi dia bawak adik-adik dia berkampung kat kedai.. Aku pandang sinis pon tak faham-faham.. Aku sendiri pon tak bagi adik aku lepak kat kedai , dia pulak lebih-lebih...  #Pffffttttt

And dia ada satu lagi perangai  yang buat aku berbulu jerr tengok  dia… Kiosk aku ni memanglaa laa tak berbumbung , tak berdinding , yerlaa nama pon kiosk .. So kedai memang cepat sangat berhabuk, jadi aku selalu pesan kat staff aku yang sorang tu , kene lap 2x sehari pagi & petang .. Tapi setiap kali aku masuk kedai jer , tengok dah berhabuk tahap macam dah 2 ari tak lap.. Bila aku tanya , dia bagi alasan kiosk memang cepat berhabuk.. Dah tau cepat berhabuk ko lap jerllaaa !! Peliknya time aku jaga kedai , takde laa teruk sangat habuknya.. Kalau pagi aku dah lap , petang takat debu light-light jerk.. Dia nak tipu aku macam aku ni tak pernah duduk kat kedai tu jerk.. Mana aku tak berbulu..!  

Dan bertambah sakit hati aku , setiap kali aku sampai kedai mesti dia tengah dok sedap duduk depan pc layan internet… Agak-agak korang laa berbulu ker tidaaak menengokkan peel dia tuuu??? Bila aku check history internet , memang dari pagi sampai ke malam menghadap internet.. Pastu lagi nak nak tipu aku !! kalau dah dapat internet memang laa tak de masa ko nak buat keje lain kann.. Aku tak kesah sebenarnya ko nak hadap pc tu , tapi kalau semua keje ko dah settle takpe, ni tidak kadang-kadang ngelat tak mop , tak lap pastu nak layan customer pon malas.. Kadang -kadang tu aku yang layan customer , dia boleh duduk silang tangan kat cashier.. Sekali lagi aku confuse siapa yang boss..!


Actly banyak lagi perangai staff aku yang lama tu buat aku rasa semak !  Sampai satu tahap aku memang takleh sabar lagi.. Lepas satu –satu perangai dia buat , dua hari berturut-turut dia kene marah dengan aku .. Yang bestnya dah kene marah makin teruk pulak perangai dia, macam nak tunjuk protes laa.. Kali kedua aku marah terus dia bagitahu aku nak berenti .. Sentap laa tuh ! Sepanjang 2 bulan keje , baru 2x kene marah terus nak berenti.. Dasar takleh kene tegur... Lantak ko la dik , ahkak pun alu-alukan sangat dik niat suci murni ko tuhh.. Sebab aku pon takleh nak hadap perangai ko yang diva tuhh dah.. Letih !

Okey cukup sudah story pasal staff aku yang nan hado tu.. Harap staff baru yang ada sekarang ni , tak buat perangai yang macam-macam lerr.. Kalau tak histeria aku dibuatnya.. hehe sekian sesi luah perasaan walaupon dah basi tetaap aku nak citer kat sini.. ok bye nak sambung buat report lak... peace yoo !!

No comments:

Post a Comment