Monday, 22 April 2013

Deco Bersama Suami !!


Aku syak suami aku dua tiga menjak ni di serang mood menghias rumah.. Maklumlaah sekarang ni asal weekend jer aku memang sibuk kat butik jer , takde masa dah nak dating merayap berdua dengan dia.. Kalau dating pon dalam Setia City Mall jerk.. hehehe Dan di sebabkan itu ,  dia pon kene laa mencari hobi bagi memanfaatkan waktu yang terluang.. Yerlaa seminggu dua larat laa dia ikut aku ke Setia City Mall tu , tapi lama-lama sengal kot.. Bukannya dia boleh tolong aku meniaga pun , paling hebat pon dia boleh tolong aku angkatkan patung jer time closing.. huhu

Dua minggu lepas , aku sibuk dengan expo kat midvalley.. Aku sibuk , dia pon nak sibuk rupanya.. Aku pon tak amik port apa dia buat weekend tu , tahu – tahu rumah aku dah berseri sikit dengan pokok –pokok bunga.. Kedai pokok mana dia shopping pon aku tak tahu.. Okey jugak kenn, kalau tidak rumah aku ni macam padang jarak padang terkukur jerkk.. Usah kate pokok , rumput pun segan nak tumbuh ! huhuhu #sedih u alls…!

*pokok renek penghias meja * 

*Pokok Bonzai hiasi garaj kereta * 

Itu baru sikit jer , Shah kate nanti dia akan beli sikit -sikit pokok bunga.. Nak survey pokok apa yang sesuai.. hehe Tapi aku terkejut gak bila dia bagitau rege pasu & pokok bonzai tu , ingatkan mahal bebenorr rupanya murah tak sampai seratus.. Okeylaa kenn ? Dan sabtu & ahad lepas Shah sibuk nak menghias dalam rumah pulak…! Aku memang jenis tak kisah asal cantek sudehh… 

Dan ini lah hasil Shah menghias.. ! Blind putih tu beli kat Ikea dua minggu lepas.. Dah lama sebenarnya plan nak pasang blind ni.. Blind ni fungsinya untuk pisahkan ruang dining & kitchen.. Sebab rumah kita orang ni takde pemisah antara ruang, dari ruang tamu tu memang boleh direct nampak dapur.. So bila ada blind ni takde lahh nampak dapur aku yang hado tuuu dari hall.. hehehe #malu tau

* Taraaaa !! Chomel takk ?? * 

     *pokok renek penghias meja *                          

Tirai kayu kat bawah ni pulak kita orang beli kat Giant jerkk.. Alang –alang nak drill dinding , kita orang pon beli laa blind untuk kat belakang rumah sekali.. Yang ni pon dah berkurun plan nak pasang , tapi asik bertangguh jerkk.. Dah laa aku masak kat luar , bila takde tirai kat luar tu memang azab jugalaah aku nak memasak espc time tenghari.. Panasnya toksah citerlaa , boleh cair aku duduk tepi dapur tu.. Pastu bila aku memasak jer. Aku rasa jiran aku kat belakang rumah tu macam tengok jer aku.. walaupon sebenarnya takde pun.. perasaan jer macam dorang tengok.. hehe So macam tak bestlaa kan, mood nak memasak pon terbantut.. sebab tu laa aku kadang –kadang malas nak masak waktu siang.. Kalau malam tu sejuk sikit , orang pon tak nampak.. hahaha alasan sangat tau !  

tirai kayu 

* drill timeeeee =)) *

Tengok sajerlaa lepas ni ahkak rajin masak ke takk.. Kalau malas jugak , faham-faham sendirilaah !#mata ke atas macam Shah buat tuu.. hahaha =D

* mata ke atas ^___^ *

Dan masa jalan –jalan kat Ikea aritu , we all survey laa sekali meja makan kecik untuk letak kat dapur..  Sebab meja dining yang ada sekarang ni macam gedabak sangat untuk kita orang berdua makan atas meja.. So plan nak cari yang kecik sikit barulah chomel.. hehe Memang chomel okeyy, aku pon tak tidur lena terbayang meja tu.. Bajet gaji jer memang nak rembat laa meja tu, (tapi bukan gaji aku tunggu gaji Shah ler ).. hahaha Sekali tup tup….. semalam aku balik dari keje , Shah boleh pulak surprise kan aku , dia dah beli meja yang aku berkenan tu.. Tahu-tahu jer ada kat rumah, dah separuh siap.. Yerlaa barang Ikea kan kene DIY, tu yang baru siap separuh. Terkejut ahkak tau ..! feeling macam kene kejutan dari deco bersama Eric pulakk ! hohooho Cantekkk takk ??? #over tau

* time ni baju Shah dah lencun dengan peluh - Eeeuuuw *

Aku syak Shah pon tak lena tido terbayang meja Ikea tu , itu yang tak sempat tunggu gaji dah pergi beli tu.. Kemain lagi suami aku tu semangat nak hias rumah , dah macam nak raya pulak aku rasa..

Dan setelah berhempas pulak dua hari mengdrill , memasang tirai & DIY meja Ikea .. Inilaah hasil ruang makan ku yang simple & chomel.. semoga semakin bersemangat aku nak memasak hari –hari.. hehehe Dan pagi ni aku aku sempat laa buat breakfast untuk Shah rasmikan meja ni .. hehehe terus dia kata masakan aku bertambah sedap sebab makan atas meja yang putih berseri ituuu.. padahal masak hot dog dengan daging burger jer punn.. Sajelaa tu perli aku..! #mata keatas ^____^

* combination putih & hijau - sejuk mata memandang ~ #ceh ! *

* Selamat menjamu selera ~ *

14 comments:

  1. suka meja makan tu..hihihi..nice deco!

    ReplyDelete
  2. syanaim : hehe thanks babe ! pujian tu kene bagi kt shah.. aku tukang tengok jerk :D

    ReplyDelete
  3. cantik meja tu manjer, berapa ko beli???

    ReplyDelete
  4. cantik manjerrr!!!! wahhh pandai shah deco ek.. bila nak ajak kitaorg mkn2 kat rumah u pulak?! tak sabar nii....

    ReplyDelete
  5. Ira : harga meja tu tak silap 600ratus lebih tak termasuk kerusi..

    ReplyDelete
  6. Ayu : heheh well u know Shah !! tunggu sikit lagi nanti kita buat portluck okeh

    ReplyDelete
  7. hi..i'm ur silent reader..bleh tau mana Shah beli pokok bonzai ngan pasu tu?cantiklaaa :)

    ReplyDelete
  8. mmg kne sgt tau meje ikea tu ngn alas hijau tu(xreti nk sebut hehe) skali ngn blind tu...luv

    ReplyDelete
  9. Azizah Ahmad : pokok bonzai tu Shah beli kat Sg Buloh , kat situ memang banyak orang jual pokok..

    ReplyDelete
  10. intandayani : hehehe nice kan kaler hijo & putih.. thanks anyway =)

    ReplyDelete
  11. Bestnyer men 'diy' rumah sendiri.. Sgt teruja tgk krg...

    ReplyDelete
  12. blind yang pisahkan tu beli kat mana.tahan tak kalau budak2 tarik.

    Yang ikhlas bertanya,
    www.chekuseeha.com

    ReplyDelete
  13. lawanyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..sweet sesgtttt......salam singgah nak follow awk laa mcm besttttt jeee...hihihih.... ni blog saya......http://heaven2104.blogspot.com/

    ReplyDelete