Thursday, 21 March 2013

KUASA BLOGGER !!


Kuasa blogger !! Aku dapat idea nak kupas entry bila terbaca entry kawan aku , lynda.. Cuma entry dia sangat-sangat pendek yang berbunyi ‘ kuasa blogger tidak menjamin ko masuk syurga ‘.. Perghh !! makan dalam ayat tu, tapi aku memang setuju dengan statement tuhh..


Papeponn bukan isu syurga @ neraka yang aku nak tekankan kat sini, belum layak aku nak bicarakan soal itu.. Aku cuma nak kupas mengenai kuasa blogger terhadap masyarakat zaman sekarang.. Aku rasa dah ramai pon sedar akan kedasyatan kuasa blogger terhadap masyarakat kat luar sana.. Dalam dunia hiburan / politik toksah sembang laa, memang sekarang ni orang lagi percaya gossip yang datang dari blogger – blogger daripada gossip yang keluar kat majalah or paper.. Betul tak ?? 

Dulu masa aku keje jadi wartawan pon aku cukup berbulu dengan blogger-blogger hiburan ni, disebabkan depalahh aku selalu takde bahan nak buat story.. Mana tidaknya , blogger –blogger ni hapdet gossip hari-hari , tapi aku yang buat gossip majalah ni keluar 2minggu sekali, itu belum lagi majalah lain yang keluar sebulan sekali.. #sedih u alls !  Majalah keluar si anu bercerai , yang si blogger dah hapdet si anu dah dapat pengganti punn.. Lama-lama majalah pon tak berapa nak laku kat pasaran, nasib paper memang keluar hari - hari.. 


Cuma kengkadang aku tak berkenan kalau blogger -blogger hiburan ni hapdet gossip,  lebih sudu dari kuah (sila rujuk kamus yer ) , baca tajuk jer dah rasa panas , belum lagi baca entry penuh.. Kisah sebenar takde laa teruk sangat , tapi gaya dorang ni sampaikan over nauu kalah melodi.. Dan ada setengah tu suka provoke artis, depa tak gaduh tapi bagi statement dorang tak bertegur la, sombong laa.. Yerrr aku tau memang keje korang giteww , tapi bila dah banyak sangat cerita yang berunsur fitnah ni takut pulak aku nengok.. hehe sebab tu laa sekarang ni aku kurang sikit baca blog-blog hiburan.. Dah takde kepentingan pada aku , dulu pun cuma sebab kerja jerk.. hehe 

Itu belum lagi yang si blogger –blogger ni meniaga.. Nak pulak yang muka flawless tu , kulitnya pulak putih gebu skit , ditambah pakai contact lens korea  + cutting body pun yang cun melecun, ko jual laa apa pon nyah gerenti laku… hehe contact lens tu bukan apa , baru la nampak pan asian skit , walaupon sah2 ko jawa dik.. Tapi ini memang kenyataannya , aku dah lama ushar blogger yang meniaga on9 ni , maksud aku bukan yang blog2 butik on9 yer , tapi dia memang blogger tegar pastu meniaga.. Macam –macam depa jual , laku macam goreng pisang panasss nyah… Apa saje yang blogger tu cakap buat kita rasa nak cuba.. Hebat tak ??

Hanis Zalikha ni ada iras-iras Erra Fazira skit-skit aku rasa

Dan di sebabkan kehebatan ayat power blogger-blogger ni jugaklah , ramai pihak yang sekarang lebih rela membayar blogger-blogger yang ramai follower ni untuk promote barang dorang.. heheh senang kaan , takyah ko nak berabis beribu riban buat iklan kat tv , radio , paper lagi dah, kadang-kadang bayar blogger lagi berbaloi.. sebab blogger-blogger ni ksn ada style masing-masing nak promote sesuatu barang, sampai boleh buat pembaca meleleh air liur, air hidung semualah ! maklumlah sekarang semua info di hujung jari, asalkan ko ada internet jerk nyah.. #pergghh boleh tahan gak ayat power aku  

Tetapi ada jugak kes yang tak meniaga pon, tapi orang sibuk nak beli sama macam si blogger tu pakai.. Contoh blogger tu pakai skirt corak leopard , dia pon sibuk tanya blogger tu beli kat mana , sebab nak pakai yang sama jugak.. Tapi bila dah beli sendiri pakai tak cantek pulak, rupa macam harimau kumbang adalah.. haha yer laa blogger tu sah2 tinggi lampai & kulit putih gebu,  pakai apa pon canteklaah.. Ko kulit macam tamil nedu , nak pakai corak leopard -leopard bagai , rasakanlaah.. ! Tapi di sebabkan kuasa blogger itu tadi , korang tak kesah pon janji dapat beli yang sama.. Baru laa followers sejati katenyerr ! *mata keatas* 


Tak kisah laa apa jua kehebatan blogger ni , aku belum tahap seperti mereka-mereka , atau mungkin tak akan jadi seperti mereka.. Aku mula berblogging ni pun masa aku jadi suri rumah tahun lepas, masa tu bosan tahap dewa.. so tetibe verangan nak jadi penulis novel masa tu, tapi sampai sekarang novel aku tu takde lagi endingnyaa (dan tak tau laa bila nak ending) .. hehe lepas tu barulah pelan-pelan share sikit apa yang aku rasa nak share, ini pon kalau mood aku rajin & ada banyak masa terluang.. kalau tidak, nan adooo la jawabnya yerrr..

Aku memang tak nafikan kuasa blogger sekarang memang besar pengaruhnya.. Tengok sajer laa si Hanis Zalikha tu dari blogger sekarang dah jadi pelakon , host, model & soon ntah apa2 lagilaah.. Dan aku pon ada kawan yang blogger tegar, keje nya memang hapdet bloggg jerkk… iaitu ceera & kathy.. serius aku kagum dengan dorang sebab menjadi blogger yang gigih & glamour jugaklaah..  =)) semoga dorang menggunakan kuasa blogger yang dorang ada untuk lebih success di dunia & akhirat!! #eeh tetibe jerk Untuk blogger lain jugak gunalah kuasa mu sebaik mungkin yerr !! #tetibe lagi ?? =D

 *aku suker picture ni... beberapa hari sebelum aku jadi isteri orang with ceera & kathy .. sweets giler !*

3 comments:

  1. Aku cuma nak jadi blogger jujur. Haha
    ... taknak letak gosip artis sgt. Nnti tak pasal pasal menanggung smpi ke sana. Dah la dosa mmg banyak ken. Jd jangan la menambah.

    ReplyDelete
  2. Kan..aku pon..eceh tibe2 jer..haha manjer.. rindu zaman karaoke tu..bestkan zaman tu.. ;D

    Manjer ko kena rajin hapdate..idea ko kadang2 sngt awesome..serius tak tipu.. =) Chaiiyok Yana!!!

    ReplyDelete
  3. Zanira : hehehe bagus !! haruslah jadi jujur , amanah & ikhlass.. ecehh !!

    kathy : hahhaa awesome laa sgt !! kalau dtg mood , memang tak ckup jari nak hapdet.. akan ku cuba hapdet lagi isu2 menarik.. hahahha over tau !

    ReplyDelete