Monday, 29 October 2012

MELAWAT KHATY BERSAMA MANCHER !

* Yunnan & Raisah *

Yeaayy !! Dapat jumper baby Raisah & Yunnan lagi !! Aktiviti mancher di Raya Haji ialah melawat Kathy yang sedang berpantanggg !! hehehe sebenarnya yang tak tengok lagi baby Raisah ialah Ceera, aku & Ayu dah jumper masa kat hospital, tapi sebab nak menyibuk jugak so kita orang plan pergi sama-sama laah... baru laa meriah pergi ala rombongan cik kiah gitew.. hahha

* ada gaya takk?? *

Yang bestnya.... Masa plan tu tak bagitahu Kathy lagi, bajet dia memang pantang kat rumah mak dia jer laa kat Sg Buloh, lagi 2 hari nak raya baru hegeh2 nak bagitahu... sekali Kahty balik rumah mak mertua dia. Padan muka korang ! Walaupun mula-mula tu segan la jugak kan, yerlaa aritu kat hospital 3 jam mak mertua dia ngadap muka aku.. Ni ,  nak aku nak datang buat kecoh lagi??? hehehhe


* Shah praktis pegang baby :)) * 

Bila letak Yunnan sebelah Raisah memang nampak Yunnan semangat gitu... minum susu ibu laa katakan ! Badan pon ketak-ketak, hehhe kita orang siap cakap dah besar nanti mesti main bola takpun ragbi.. hahaha Raisah pulak masa tu tido jer, baru lepas menyusu Kathy kater, memang best laa dia tido.. Kita orang dukung pun dia tak heran, lagi dia sedap tido adalah... Sampai kat tangan aku memang aku usik2 dia bagi dia jaga, tapi kejap jer pastu lelap balik...  Baby lagi memang tido jerlaa kejenya, nak buat apa lagi kan... Masa nak balik tu, baru Shah hegeh-hegeh nak try dukung Yunnan, nak dukung Raisah dia tak berani sebab halus sangat... hahahha Yunnan badan dia pulak memang pejal so senang laa nak dukung, tapi kalau aku dukung memang lenguh okehh ! Ceera pun sendiri kata dia tak larat nak dukung, nasib baik Ciput gagah !! hahahha 
* ahli semakin bertambah  ;p* 

Dan lepas gomol-gomol baby berdua tu, kita orang pun menjamu selera makanan yang  mak mertua Kahty siapkan !! hehehe  Ada sate, kuew tiaw , lemang , rendang & choc cake ... rasa macam pergi open house pulaak ! huhu nampak sangat kedatangan kita orang di alu-alukan.. hahaha aku pulak masa tu memang lapar, memang pucuk di cita ulam mendatang laah !! #eeh Tapi serius kuew tiaw goreng tu sangaat sedap !! masih terasa-rasa lagi kat tekak aku ni sekarang... 


Dah 2 jam lebih borak, tak sedar dah nak gelap pun... Pantang berjumpa kita orang ni, ada jer cerita nak di sembangkan... Amik gambar tu memang aktiviti wajiblaah ! Kalau ada Ayu & Kahty upacaara bergambar memang takkan pernah lupa.. hahhaha Kalau ikutkan memang laa ak puas nak lepak lama-lama... Tapi rumah orang kan, kalau rumah Kahty tu boleh laa nak mengedik lebih skit.. takpela manjer, nanti lepas ko abis pantang kita buat port luck lagi ehhh !! hehehhe

* masa untuk pulang ! * 

Saturday, 27 October 2012

CHILLI RUSH CHALLENGE !!


Korang pengemar makan pedas ??? Kalau setakat gigit cili padi pon korang selamber itu belum cukup hebat okehh !! hehehe aku pon suker gila makan pedas, kalau makan kat kedai mesti nak mintak sambal belacan tak pun cili potong, kalau masak sendiri apatah lagi sebanyak boleh aku letak cili... Dapat pulak laki yang suka makan pedas 10x ganda dari aku, memang sesuaai sangat lah ! Dan info ni aku baru tahu, kalau makan pedas sebenarnya boleh menurunkan berat badan untuk perempuan, dan lelaki pulak boleh melawan kanser prostat.. huhu
 *information*
Dan di sebabkan aku dan Shah suka sangat makan pedas, aritu kita orang pun cubalah mencabar diri untuk makan cili terpedassss dalam rekod dunia, kat Restoran Chilli Rush @Jaya One, P.Jaya.. Tapi bukan lah gigit sajer cili tuu yerr, cili tu dah di masak dengan Chicken Wing. We all pergi dengan Ayu & Ah seng, sebab minah tu pun kuat makan cili. So nak tengoklah sape yang terorr !! Tapi chic wing ni bukan chic wing biasa macam kita makan yang panggang tu, chic wing ni dia masak style sambal. tapi tahap  kepedasan dia korang boleh pilih dari skala 1 - 10...  Kalau tak biasa makan pedas better jangan nak ngada2 try level 5 ke atas, kompom nangiss korang nak abiskan seketul ayam tu nanti.. Dan ini laah rupa chic wing tuuuuu... Taraaaa !!

* The most spicy chicken wing *

Macam Shah , toksah cakap laa, hidup memang tak nak kalah ! Dia order yang level 10 satu pinggan, so 1 pinggan lagi order level 5 ( 1 pinggan ada 6 ketul ).. Bila dah sampai chic wing tu, aku rasa hujung2 jari yang level 10 tu, sekali jilat tu tak rasa lagi pedas  tapi bila dah sampai kat tekak tetibe aku rasa panas... wohooo..!!!  Itu baru rasa sikit, lepas tu aku memang tak berani laa nak makan yang level 10.. Aku & Ayu makan yang level 5 tu jerkk... yang best siap order nasi putih tuu, so ok la skit makan dengan nasi, kalau ratah macam tu jer memang teruk jugak laa nak abiskan... walaupun level 5 tapi pedas dia tetap mencabar nak makan okeh ! Sekali suap je, aku termenung 2,3 minit kasi pedas + panas tu reda pastu sambung balik.. kalau makan non stop mau pijar mulut aku weii... sebab tahap pedas dia , sampai ko tak mampu nak bercakap pun... Ini betul ok, aku tak propa !

Pelayan kat situ pon sempat lagi tunjuk kat kita orang video customer lain yang makan untuk quick challenge tu sampai menangis-nangis tahan pedas pon ada, atlast surrender jugak.. Tergelak-gelak aku tengok, macam - macam ragam ! =D


Tapi yang aku kesiannya tengok Shah makan la... Dia makan , bukan takat basah ketiak , dahi , air hidung , air liur semua meleleh !! Ternganga- nganga dia tahan pedas, hamek ko ! Nak sangat rasa level 10, bila dah makan baru tahu...  Ah Seng pun mula2 tu nak jugak laa mencabar diri, dia rasa laah seketul, tapi nak habiskan seketul punyalaa seksa, berpeluh2!! Belum kira berapa kali dia teguk minum air.. 
 * Shah cuba control macho * 

*muka Ahseng tahan pedas *
 * masa ni tak perasan Shah terjelir lidah kepedasannn * 

Apa pun Shah berjaya jugakla abiskan 5 ketul tu, tapi berejaam ok nak tunggu dia. Sebenarnya restoran tu ada sediakan quick challenge , untuk sesiapa yang berani makan 12 ketul dalam masa 2minit , dan gambar orang yang berjaya  akan terpampang kat wall restoran tu.. So di sebabkan Shah nak abiskan 2 ketul tu pon dah 20mnit , lupakan sajerlaah kan cabaran tu yerr...  lain laa dapat menang duit ker kan, mungkin gigih jugaklah nak makan.. Tapi malam tu , Shah punya perut panas toksah citer laa, dah macam orang kene buasir aku tengok dia !! hahaha Giler tak ??? Kejap baring kejap duduk, mengiring salah, terlentang salah... Tulah penangan cili chic wing ni yer..  So kalau takut di lambung ombak , jangan berumah di tepi pantai okehh !! #eehh ?

 *wajah2 yang berjaya *

So untuk korang yang rasa-rasa nak cabar diri sendiri, boleh la try chic wing kat sini.. tapi kalau tak berani boleh je order menu lain, sebab makanan kat sini tak la mahal giler & banyak lagi menu lain.. Aku tak sempat nak order menu lain lagi, sebab masa tu mulut pon kebas nak makan benda lain.. Next time la aku datang , try menu lain pulakk...

Wednesday, 17 October 2012

Bowling Bersama Dynas !


Aduhh sibuk betul aku minggu ni, sampai nak hapdet blog pon tak sempat.. Banyak betul entry yang tertangguh ! Harap maklum walaupun aku housewife sekarang, tapi aku bukan lah duduk rumah je, so Nampak gaya macam tak laya di gelar housewife.. hehehe nantilaa aku buat entry apa rutin aku selepas berenti keje ok..! Hari ni, nak share dengan korang aktiviti aku ahad lepas…

Aktiviti aku ahad lepas sebenarnya dah di rancang tiga minggu yang lepas.. Walaupon dalam masa yang singkat tapi syukur sangat sebab aktiviti tu suksesss dengan jayanya dengan kerjasama banyak pihak..  Aktiviti tu ialah main bowling bersama Dynas Fans Club ( DFC) !! huhu  kalau korang nak tahu aku adalah salah seorang ajk untuk DFC ni.. so segala aktiviti fans memang aku kene involved ler kan..



Sebenarnya aktiviti main bowling ni dah 2nd time we all organize tapi sebelum ni dekat Midvalley , tapi kali ni kita orang pilih dekat e Curve .. Bagus jugak sebab aku pening sebenarnya main kat Midvalley tu , dah la konsepnya glow in the dark, pulak tu muzik dia kuat nak mammm….. feeling dalam disco laa konon,  nak cakap pon kene terjerit2 .. Tak focus aku nak main bowling tu.. !


Tapi sebelum main bowling , Dynas sebenarnya ada small event dekat OU.. Dia kan duta produk kecantikan Quttie Coat , so petang Ahad tu adala sesi beramah mesra gitu dengan peminat.. So we all selaku Fans Club apalagi pakat2 laa ramai-ramai memeriahkan event tu.. heheh dapatlaa jugak produk free.. Bagus sangat fans Dynas ni tau, sanggup datang OU dulu, pastu lepas abis event terus ramai-ramai ke e Curve pulaak.. Dah macam rombongan Cik Kiah laa pulak.. hehehe memang sporting abis depa ni..

*left : Julie selaku bendahari petang tu :)) *

Untuk game bowling petang tu, aku ajak Ayu & kawan sekolah aku Fara join.. Memandangkan dua orang manjer aku Khaty & Ceera masih berpantang, memang tak cukup korum nak buat team.. And last minit kawan kakak aku Dee takde team lagi so aku pon heretlaa join sekali.. lla pulak join team lain, sebab awal-awal lagi dah ada team lain booking dia.. Ecehh ! :p Dan tak lupe suami aku si Shah pon aku paksa buat 1 team dengan hubby ayu , Ah Seng Zull & Bah .. Saje je aku tak nak 1 team dengan Shah, nanti kalau kalah dia takleh nak salahkan aku.. hehehe tapi tetap kalah jugak team dia , so jangan nak banyak bunyik !  

* Kamilah Team Mancher *
* Ini pulak team Shah aka Rabak's Team * 

Dah sampai e Curve , game bowling yang sepatutnya start pukul 4.30 tapi delay sampai pukul 5 lebih.. Biasalah kalau dah ramai tu kan, macam – macam laa kerenahnya.. Yang nyatanya 16 team yang bertarung aritu memang hebat-hebat kecuali team aku ! hahahha Semua gigih kumpul point , bila aku tengok screen memang tak lari laa satu game tu 300lebih – 500lebih point untuk satu team.. Tapi team dari Sinar Harian haritu memang dasyat sebab frame pertama je dah cecah 600lebih point, tengok screen team aku, 200 pon tak sampai.. nak pulak dapat tangan aku yang tak bedung ni, semua bola ke longkangggg jer ! stress mak naakk :P




 * Hadiah saguhati sajorrk yang kami dapat :P *  
right : itulah akak aku , chomel tak??

Tapi takpelaa yang penting semua orang seronok aku tengok ! Terutamanya anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni , Sg Buloh yang turut join petang tu.. Bukan calang-calang okehh, dorang menang tempat ke-4 , kira hebat jugaklah dari team Shah tak menang apa ponn.. huhu its ok yang pentingg kita enjoyyy ! so sape2 yang berminat nak join dynas fans club ni jgn malu2 cepat email kat blog dynas, sebab soon we all akan organize event yang best & gempak lagi ! 

* Sila jangan muntah tengok picture ni ! :)) *

Thank You Reading This Entry !

Thursday, 11 October 2012

Demam Adam & Hawa !


Dimana-mana semua orang asik bercerita pasal drama bersiri yang tengah ‘berhantu’ kat Astro Mustika HD,  ‘Adam & Hawa’.. Disebabkan aku tak amik pakej HD tu so aku tak dapat laa nak tengok Aaron Aziz berlakon dalam drama tu.. =(  Mula-mula tu frust laa jugak sebab tak dapat nak follow drama tu, tapi lama2 macam leh terima kenyataan.. hehehe macam apa jerkaan??? :p


Tapi disebabkan aku sekarang dah jadi housewife tak bergaji, terpaksalah aku mencari drama2 bersiri yang aku nak hadap bila boring duduk kat rumah kaan.. Kalau dulu , aku suka layan citer Korea kat cd..  Sampai lebam-lebam mata dok melayan citer Korea dari pagi sampailaa pagi balik esoknyaa ..  Kadang-kadang tu sanggup nih tukar2 dengan cd dengan member , yerlaa kalau tak satu keje lak aku nak beli cd.. Cd Korea dah laa mahal kann !!

But now , since dah register kat  tonton.com, aku layan drama2 bersiri kat tonton jerlaah .. So mana-mana episode drama kat tv3 yang aku missed aku just tengok kat tonton jer ! Bagus jugak, atleast ada benda aku nak hadap !

Dan ada yang lagi best !! Last week member aku si Ila yang putih gebu tu , ada laah bagi link untuk tengok drama Adam & Hawa secara on9…  huhuhu masa dia bagi link tu, aku tak save ponn sebab aku pikir ntah bila masa laa aku nak layan citer yang bersiri macam tu, & yang penting kononnya aku tak nak terjebak laa dengan drama tu (yang mana aku tahu Ila dah leleh airmata dok feeling layan drama tu hari-hari ) .. Confirm once dah tersangkut nanti sure aku mengadap sampai tak hengatt dunia..

 Tapi petang semalam , punyalaa bosan tak tahu nak buat apa dah… Aku pun mintak laa balik link nak tengok drama A&H secara on9 tu.. heheh ngadakan time orang bagi tak nak save, bajet tak layan jiwang lahh ! Tapi bila dah dapat link tu …. Hamek ko,  tak sampai 10 minit aku dah tersengih sorang-sorang melayang jiwang… Lentokk laa plak cite nihh ! Patut laa semua orang pon sangkut, kakak aku, anak buah aku yang umur 10 tahun ponn tengok citer ni tersengih-sengih.. huh ! Dasyat koo penangan Aaron …  


Buat masa ni aku baru khatam 3 episod , itupon cuba control kalau ikutkan nak layan sampai malam.. Tapi masa aku layan pon dah petang sangat , takut nanti kene rasuk setan plaak maghrib-maghrib pon layan cite jiwang.. hehehe tunggu aku ada masa nanti akan ku sambung episode seterusnyaaa… Malam-malam kalau Shah ada tak best nak layan sebab dia suka kacau2 aku, nanti ada je dia nak tanye tulaa, suruh buat tu la ni laa.. Potong betull ! So memang waktu siang je yang aman untuk aku layan jiwang nihh.. =D
ok now nak sambung layaan ~ bye !

Untuk korang yang nak layan drama ni sesame dengan aku boleh tengok kat link  ni ! 

Wednesday, 10 October 2012

Zaiton Ceritaku - Mak Masih Laris Nyaah !



Hari ni aku nak buat review pasal filem  'Zaiton Ceritaku' yang aku tengok semalam dan akan di tayangkan pada 1 Nov nanti..  Sebelum tu thank you pada kawan aku yang jemput aku tengok filem ni.. Kalau tidak , tak dapat laa aku bergambar dengan Fazura semalam.. #eeh ??? =D  Kebetulan pulak aku memang tengah lunch kat Ikea semalam so bila alang-alang dah dekat, join jerlaa kan..  Screening pukul 3pm , so sempat laa aku window shopping kat Ikea dulu sementara menunggu kawan aku tu sampai..

Bila dah pukul 3pm , aku naik je kat wayang tu nampak ramai media tengah sibuk amik gambar pelakon-pelakon yang baru sampai.. Dan tetibaa aku ternampak kelibat pelakon cantek Miss Fazura tengah borak2 dengan sapa ntah.. dalam hati memang nak amik gambar skali , tapi macam segan laa pulerr… huhuh nasib member aku tu panggilkan fazura , so borak2 skit tanya khabar terus cakap kat gf TMJ ni nak amik gambarr !! hahahah suker aku, dapat tumpang sekaki, walaupon tak ready masa tu.. ;p

* with Fazura * 

OK dah , back to filem review !  

Filem Zaiton Ceritaku ni aku tahu memang dah lama shooting , dan ada banyak isu jugaklaa sebab setahu aku pengarah asal untuk filem ni ialah Fauziah Nawawi,  tapi akhirnya bertukar kepada Esma Daniel.. Dan mesti ramai yang nak tahu siapa yang memegang watak kak Diva  Zaiton Sameon kan?? Kalau aku tulis kat sini kompom ramai tak kenal, sebab aku pon tak kenal !! huhuhu nama dia ialah Nadia Aqilah , minah ni pelakon teater dan pernah berlakon drama tari Tirana aku tak pasti untuk watak apa.. So far lakonan dia semalam okey laa untuk new comer kan , dan ada scene yang aku rasa dia berjaya menghayati watak Zaiton..

Bagi aku jalan cerita filem ni best, yerla sebab dia menceritakan kisah sebenar penyanyi Zaiton Sameon. Ramai tahu dia pernah koma selepas accident pada 21/2/1990, dan lebih sedih bila anaknya pulak meninggal dalam accident tu. Selepas tu , hidup dia ibarat terbuang sebab adik beradik dia tak nak jaga dia..  Cuma aku rasa cara peyampaian cerita dalam filem ni masih ada banyak kelonggaran, sebab ada scene yang tak betul-betul menyentuh jiwa walaupon sepatutnya scene tu adalah scene sedih.. Mungkin kalau kene pada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman , boleh meleh airmata tengok citer ni..

Adalah jugak part yang buat aku rasa sedih cuma belum tahap nak nangis, 1st part mak dia meninggal, 2nd , part dia menyanyi semata -mata nak dapat makan durian… Masa tu aku rasa sedih + kesian dengan nasib hidup Zaiton Sameon ni..


Zaiton & Pelakon Utama 

Walau apapon filem ni memang banyak message untuk kita.. Menurut penerbit , semua jalan cerita dalam filem tu adalah betul yang telah di ceritkan oleh Zaiton, kenalan, keluarga angkat dan adik dia sendiri.  Tapi banyak part terpaksa di potong demi menjaga aib beberapa pihak.. Hurmm kalau aku jadi kakak Zaiton ni kompom aku benggang , sebab dalam filem ni menunjukkan kakak dia jahat..

Dan semalam waktu sidang media, apa yang buat aku masih tergelak sampai hari ini ialah jawapan-jawapan yang keluar dari mulut Zaiton Sameon.. Ada seorang reporter ni tanya perkembangan terkini Zaiton Sameon, korang tahu dia boleh jawap apa…??
“ Saya masih dapat banyak job menyanyi… Jangan risau…. Mak masih laris Nyahhh !! “  bila dia mention ayat last tu, satu hall tu gelak !! The best part dia confiedenttt tuu… memang sempoi laa kak Eton ni… =D

 *Arash Mohd *

* Bergambar bersama Kak Ton & anak angkat dia *

Dan 2,3x dia tersasul nak jawab dalam bahasa Inggeris bila di soal oleh reporter, pastu dia sendiri  cakap “ Eehh nak cakap omputih laa pulak.. " Siap bagitahu satu Asian kenal I tau… masa tu dalam hati aku cakap,  mungkin kak Ton ni masih hidup didunianya sendiri.. Tapi kalau korang nak tahu Zaiton Sameon ni antara artis yang boleh berbahasa Inggeris zaman 80an dulu..

*barisan pelakon * 

Apa-apapon tahniah pada penerbit sebab berusaha untuk terbitkan filem dengan niat untuk membantu Zaiton Sameon.. Bukan senang nak buat filem autobiografi Zaiton ni sebab ada banyak kisah terutama yang melibatkan keluarga,  tidak dapat di filemkan.. (Mungkin realitinya lebih teruk lagi layanan keluarga Zaiton Sameon ni kann ? Sebab dalam filem ni tak berapa teruk sangat… )  


Pesanan penaja : Tidak selalunya orang yang berada di atas akan terus kekal berada di atas, Allah boleh menarik nikmat yang kita ada bila-bila masa sahaja.. 


Monday, 8 October 2012

Lawak Ke Der @ Lawak Le Der !!


Baca tajuk pon dah tau citer ni dah basi.. tapi tetap nak citer jugaak !! ( Masa banyak sangat laa katakann.. =D )  Actually show Lawak Ke Der 2 ( LKD2) ni aku bodek Shah untuk belanja  aku gi tengok.. Jenuh gak laa nak pujuk dia, sebab dia bukan suka sangat tengok teater.. Pernah dulu aku dapat banyak kali tiket free , pastu ajaklaa  dia,  haramm dia nak ikut.. sudahnya burn sajork tiket tu ..


Nak bodek ni pon aku gunakan alasan sempena birthday aku 3/10 yang lepas, so nak tak nak dia kene jugak laa layan kerenah aku.. hehehe Sebenarnya,  apa yang buat aku nak tengok sangat LKD2 ni kat Istana Budaya sebab dah tengok LKD 1 kat astro aritu, memang best giler kan, so saje laa nak feel tengok live pulaak..


Seminggu awal , Shah dah beli tiket on9 , show pukul 3pm 30/9 … Siap booked seat depan2 lagi ,  takut nanti tak puas pulak duduk kat atas2..walaupon tiket bawah tu mahal sikit , tapi tak kisah laa janji kepuasan menonton tu berbaloi ! ecehh orang lain bayar bolehlaa cuba kalau aku keluar duit sendiri, memang tidaklaa nak beli tiket mahal2.. =D

Tepat jer jam 3pm , pembukaan show di mulakan dengan Nabil dengan tarian gangnam style.. Masa tu jer aku dah terhibur, tak sabar nak tunggu Jozan keluar.. Persembahan Nabil kali ni aku rasa lagi best dari LKD 1, sebab dia ada banyak idea spontan… Lepas tu persembahan selang seli oleh Boboi, Jozan , dan yang paling superb show dari  Harith Iskander..

*tarian gangnam style - Nabil *

Bila part  Jozan & Harith memang aku rasa satu panggung tu tak berhenti gelak.. Gelak yang tahap nak cramp mulut okeyy bukan gelak malu2 punyer.. Aku pon masa tu, takde dah nak control-control gelak, nasib laa panggung gelap kalau tak masing2 muka hodoh gelak tak hengat… Siap ada yang hentak-hentak kaki , tepuk-tepuk peha lagi .. #over ko nyah !   

Seriuss aku tak sabar nak tunggu keluar kat astro pulaak ! Tak puas okehh layan lawak2 dorang tu, espc part Johan betulkan tudung ala2 mak jemah giteww ! Sumpaah muka dia macam nak mintak penampar.. Harith Iskander pulak memang aku salute stand up comedy dia semuanya menjadi .. Dan yang bestnya masa show hari ahad tu, Nabil cakap, show tu akan di rakam untuk siaran astro nanti.. So tak tahu laa kot2 muka aku ada terselit nanti kat tv.. hehhe harap-harap takdelaa, sebab aku pon time tu tak reti2 nak cover bila gelak… =D
Nah sape yang tak pergi tengok LKD2 aritu layan laa kat youtube ni kejap, sementara nak tunggu keluar kat astro kaan .. amik feel sikit dengan citer aku ni.. #eeh 

* Cinta 3 Segi Asnida , Nazim & Nazman - LKD 2 JOZAN *


Sunday, 7 October 2012

Full Time HouseWife !


Yeaaay !! Hari ni aku mahu istiharkan aku kembali bergelar suri rumah sepenuh masa & full time business woman !! #ecehh..  dah genap seminggu pegang jawatan niii ! Masalah kat office yang membuak2 buat aku decide untuk resign , tak nak sakitkan otak dengan masalah yang boleh menambah dosa2 kering… *yerlaa dari keje dengan tak ikhlas baik aku berhenti, keje tu kan satu ibadah kalau tak ikhlas dan merungut2 24jam tak baik jugak kaann…


Baru seminggu bergelar suri rumah aku dah cuba buat2 sibuk diri sampai takde kesempatan nak hapdet blog,  yang sikiitt lagi nak bersawang.. ( macam ada orang kisaah kan? ) Tapi lepas ni insyallah aku akan cuba semakkan blog aku dengan hapdet yang ntah apa-apa, al- maklumlaah masa terluang banyaak sangat kan… Mohon korang x menyampah sudahh !

Actually memang sayang nak berenti, sebab keje kat situ memang relax takde pressure sangat dengan boss yang sporting, takde punch card, officemate pon tak ramai , sangat tak memeningkan kepala.. Tapi biasalah mula2 semuanya indah belaka, dah lama-lama masing menunjukkan belang.. Urghh malas aku nak cite , buat tambah dosa kering jerkaann .. Biarkan laah si luncai dengan labu-labunya…

So right now I’m back & FREE !! selepas ni, rutin aku hanya tertumpu pada kerja-kerja rumah dan business on9… Sesapa yang nak beli kasut jangan luper jengah blog aku ehh.. #eeh :D Sebenarnya memang seronok giler keje sendiri, sebab aku tak terikat dengan sesiapa..  Iskk aku rasa semua orang pon nak keje sendiri kot, ada ke orang tak suke ???  Takde boss , punch card, editor, ‘assistan editor’ ( nampaak tak aku bold di situu ! ada maknaa okeh =D )… huh !! 

Nak plak keje macam aku, nak pikir artikel untuk setiap issue, nak kejar deadline, nak interview orang , nak shooting artis sana sini situ.. Walaupon hakikatnyaaaa aku suker keje yang mcm tu, tapi kalau orang sekeliling  buat aku rasa tak seronok,  keje tu tetap takkan jadi seronok.. Jadi sebelum perasaan meluat bertukar menjadi benci baik aku angkat kaki blah !! Alhamdulillah , nasib baik aku ada business sendiri, walaupun kecik2 jer kaan boleh nak buat back up apa –apa yang patut.. Kalau tak mungkin aku kene jugaklaa cari keje lain..

Tapi siapa kata jadi surirumah merangkap business woman itu senang ??? Hurmm siapa yang pernah mengalas ‘jawatan’ ni mesti dah tahu kaan susahnya macam mana.. Aku dah merasa lepas kawen aritu so dengan pengalaman yang ada, insyallah aku lulus untuk jawatan ni !!

Tunggu jerlaa hapdet2 aku akan datang, apa job scope aku untuk jawatan baru nihhh !! Wish me luck yerrrr !!

Wednesday, 3 October 2012

NEW LIL GIRL ~ RAISHA !


Yeayyy dapat anak angkat sorang lagi… Congrats mancher dapat baby girl yang chomel + gebu + kiut bangaat !! Cantek macam ko jugaakk.. hehehe I’m happy for u ..

Semalam lepas dapat tahu jer khaty dah selamat bersalin , aku tak dapat nak pergi hospital lagipon masa tu dah lewat petang.. so plan datang arini sajorrkk dapat laa spend time lama skit kat hospital !! itulaa motifnyaa nak sembang2 pon puas , kalau datang semalam comfirm sedara pon masa tu ramai smore penat meneran pon tak habiss lagi !! hehehe * tetibe teringat cite khaty nak bersalin tadi - #gulp seriau jap *





Masa aku datang baby takde dalam bilik, so aku tgk dari cermin luar jerk.. frust sangaaat okeeh !  Geram jer tengok baby tu, tapi takleh nak pegang… lepas lepak dah sejam lebih , borak2 + gedik2 amik gambar kat bilik ,  aku try test  sruh khaty tanya nurse nak amik baby.. hehehe tak puas hati aku kalau balik tak dapat pegang baby.. Sekali nurse kata boleehh, suker gilaa laahh aku kan.. Nama baby khaty ni , Raisha dan ada nama kat belakang lagi tapi aku tak hengat sebab macam pelik skit nak eja..  So baik aku takyah mention kang salah , naya mak bapak dia marah ! :p 

Mula-mula tu macam takut nak pegang , sebab khaty kata anak dia asik nangis jer semalam.. tapi dah tengok macam ‘line clear’,  aku memberanikan diri laa pegang.. hehehe nasib ahkak ada pengalaman jaga anak2 buah yang berderet so xde laa kekok sangaat.. Bila dah pegang , baby tu elok diam jer tak nangis ponn, aku pon lagi amik kesempatan amik berkat , hehhe dekat ½ jam aku pangku dia.. 


Dah 3jam lepak , akak ipar khaty pulak sampai.. Siap akak ipar dia kata “ Eh lamanya awak kat sini.. dari tadi tengok kat fb khaty update pic.. “ oooopss aku terkedu jap nak jawab ! peril ke apa tuuu??? So ahkak ponn mintak diri laa, takkan tak faham2 lagikaan.. hahahah lagipon dah lama sangat kot aku kat hospital tu.. kasi can orang lain pegang baby pulaak !! :D

Khaty dalam pantang nanti dekat rumah mak dia @ Sg Buloh … So nanti boring2 aku datang yer mancher.. ehehe suka bila khaty bagi gelaran mummy yana untuk anak dia panggil aku nanti… Ecehhh ntah tahun bila anak dia boleh panggil aku ntaahh ! :D

Monday, 1 October 2012

RAMADHAN TERAKHIR BUAT 'ZALI' - AL FATIHAH


Al Fatihah…. Aku tak tahu, aku lambat nak hapdet @ masih ada yang tak tahu berita kematian seorang pelakon muda yang  meninggal dunia pada 30 september di Federal Hihgway.. Tetapi melihatkkan traffic blog aku semalam memang ramai yang singgah di entry aku Belajo Cakak Ganu ,  mungkin kerana pencarian nama pelakon baru yang tidak sempat mencipta nama niii…

Namanya memang korang tak kenal, apatah lagi kalau yang tak pernah tengok drama lakonannya… , Sebab baru satu drama arwah berlakon iaitu pada bulan puasa yang lepas berjudul “ MASIHKAH ADA RAMADHAN ”… Kalau ada yang  tak pernah tengok drama ni boleh baca entry aku yang lepas , arwah merupakan pelakon utama yang memegang watak Zali  di samping pelakon2 terkenal lain seperti Eman Manan, Zamarul Hisham.


Nama sebenar arwah ialah Muhammad Amirul Mazlan, berumur  19 tahun, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman Terengganu. Arwah maut dalam kemalangan di Federal Highway dekat Universiti Malaya. Motosikal ditunggang arwah dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter.


Apa yang terlintas di kepala otak aku bila dapat tahu berita mengenai arwah, automatic kepala aku terus flashback watak arwah dalam drama tu.. Dalam drama tu dia meninggal kerana menghidap barah otak, dan paling sedih bila dia meninggal ketika nak menjelang raya dan mak bapak dia tak tahu dia ada penyakit tu.. Seriuss aku menangis masa tengok drama tu… Walaupon dia pelakon baru, tetapi watak yang di bawa kan oleh arwah Berjaya membuat hati penonton terusik.. Dan kali ini , dia benar-benar ‘pergi’ bukan sekadar di dalam lakonan sahaja…

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman…. Al fatihah dan takziah buat ahli keluarga arwah ~ 
Kalau nak baca lagi hapdet lain pasal arwah boleh tengok kat SINI !!