Wednesday, 19 September 2012

SHILA AMZAH NYANYI @ ASIAN WAVE

Siapa minat Shila Amzah??? Ketuk meja satu kali !! hehe jujur aku buat pengakuan kat sini, aku memang minat kat Shila ni masa dia kat OIAM lagi.. bagi aku walaupon dia muda tapi confident level dia memang dasyat.. Suara dia pun unik takde lagi sama macam artis yang dah ada.. Aku pon pernah jumpa dia in person masa shoot cover untuk majalah YESZ dulu, memang dia jenis happening & happy go lucky ! Mungkin sebab masa tu pon dia remaja giteww.. Tak tahu laa kalau sekarang dah feeling woman kaan.. #eeh puji lebih2 ni aku dapat apa.. :D

Sajer jer nak kasi up penyanyi Malaysia ! Asik sibuk dengan Oppa Gangnam Style jerk kaan.. Macam laa korang kenal sangat dengan PSY tuu..  Kalau dulu Siti Nurhaliza jer yang masuk pertandingan menyanyi kat luar Negara kann, lepas dia, dia , lepas dia , dia lagi.. hehehe Tapi sekarang Siti pon dah malas, kasi can kat artis muda-muda laa kan.. 

Okey aku bagitau , pada korang yang tak tahu... Nanti blur2 pulak tengok video Shila nyanyi kat bawah ni..  (untuk sapa yang x follow p'kembangan dunia hiburan ) Kalau korang nak tahu Shila Amzah di hantar menjadi wakil M'sia untuk menyertai pertanding nyanyian Asian Wave di Shanghai China, bermula dari 17- 26 september. Dan yang bestnyaaaaa Shila antara finalist yang akan bertarung pada 20 September.. Kelasss takk??  

Malas laa nak sembang banyak, korang layan video Shila nyanyi masa kat Asian Wave kat bawah.. Juri2 pon masa tu meremang bulu roma masa dia nyanyi.. Dan lagi sekali aku buat pengakuan jujur , 1st time aku dengar pon meremang bulu roma wehhh.. Tak tahu laa sebab sedap sangat ke  @ sebab rasa bangga dia leh nyanyi lagu cina @ meremang sebab aku rasa sejukkk sangat kat office ni..  * confius jaap * =D  Apapon #Layaaan laa weii 






Friday, 14 September 2012

KELASSS B'TUNANG SIAP ADA AGREEMENT !


Congrats Merah on your engagement !! Merah ni kawan aku masa study kat uitm dulu, sama course AD Photography ,Sri Iskandar.. Masa Merah bagitahu aku dia nak bertunang, memang aku happy giler ! Sebab sepanjang aku kenal dia, memang dia ni susah nak lekat dengan lelaki melayu… Sebelum dengan tunang dia ni pon dia couple dengan lelaki bangsa asing bertahun2 kot.. Masa tu aku memang bajet Merah ni akan kawen lambat laa.. Tapi jodoh….. Dia kenal tunang dia berapa bulan jer terus decide nak tunang dan insyallah tahun depan langsung… =)

* bersama si darah manis *

Merah buat majlis tunang tengahari 8/9/12, tapi pagi tu boleh pulak aku sakit kepala sebab mata belah kanan aku ni naik ketumbit.. Dua hari sebelum tu aku dah rasa lain macam mata sebelah kanan aku, tapi aku buat bodoh jerk sekali hari Sabtu tu naik bengak kooo, terus aku panic at the Disco jaap !! #dammmnn tak tau macam mana nak sorok ketumbit aku tuuu.. 
   
Serba salah kalau aku tak pergi sebab masa open house rumah aku kat Sg Buloh aritu dah janji dengan merah aku nak pergi.. So aku pon gigih laa mekapkan mata aku sikit2 , nak cover ketumbit tuuu.. Nak mekap tebal2 tak pandaiii.. so redha jerlaa! Last choice, aku pakai jerlaa sunglass kan.. Tapi bila kat sana tak koser aku nak pakai sunglass beria2, nanti orang kata I olls feeling artis pulaak ! =D Lagipon macam tak feel nak makan + sembang pakai sunglass.. kann??

* terjumpa pulak kawan lama *

Disebabkan aku lambat sampai, tak sempat laa aku nak tengok majlis tunang si Merah tu.. Nak jumpa kawan Uitm lain pon tak sempat.. takde jodoh namanyaa tu ! Alang2 Merah buat majlis rumah terbuka  lepas majlis tunang tu, so aku datang makan jerlaa ! Dannn….. tak sia-sia aku datang walaupon lambat, sebab makanan banyak & sedaap kata kooo ! hehehe

Aku sampai2 nampak ada laksa Penang, terus tak pikir panjang rembat semangkuk laksa dulu !! Shah pulak makan laksa Johor, sebab dia memang suka laksa Johor.. Pastu makan nasi ayam, rojak buah, lemang +rendang, dan desserttt we alls makan buah mata kucing, tembikai & DURIAN !! Sepanjang aku pergi open house belum pernah lagi aku jumpa tuan rumah jamu durian.. huhu Aku memang tak makan la, bau pun aku tak sanggup ini pulak makan.. Yang melompat kegembiraan Shah ler, sebab dia memang hantu durian.. kalau bagi dia sebakul besar tu selamber jer dia boleh habiskann..

Lepas enjoy makan kat luar, barulaa aku hint2 Merah nak masuk dalam rumah tengok hantaran.. Tapi malangnyaa hantaran semua depa dah bukak, yerlaa kebanyakkannya manisan so adik2 si merah ni dah ‘kekah’ ramai2.. Tapi apa yang buat aku terkejut ialah, pertunangan Merah ni siap ada perjanjian koo !! 1st time aku tengok orang bertunang ada frame perjanjian bagai.. tak tahulaa kalau memang dah jadi trend sekarang ker..


*laksa penang *

* mai pekena deriaan *

Perjanjian ni sebenarnya antara pihak lelaki + perempuan ,sekiranya berlaku putus tunang ! ( mintak jauhlaakan ) Jika punca disebabkan oleh pihak lelaki, segala hantaran termasuk cincin & wang hantaran tidak perlu di pulangkan. Tapi sekiranya punca disebabkan oleh pihak perempuan : Perempuan perlu membayar & memulangkan 2x GANDA nilai yang telah di beri.. Perghh ! giler seram aku baca.. Kira kalau hantaran 10k , pompuan tu kene bayar 20k laa…! #matilaah Tapi bagus juga perjanjian macam ni kan, atleast pasangan yang nak putus tunang tu kene sentiasa sama2 nak jaga hubungan tu dan pikir banyak kali kalau nak putus !  Cuma tak fair aku rasa, sebab lelaki pon kalau mintak putus pon kene bayar 2x ganda laa.. Baru laa adil betul x??    

* perjanjian *

Thursday, 13 September 2012

VISIT MY NEW LITTLE BOY 'YUNNAN' !


Yeayy my bestfriend Ira, sudah selamat melahirkan anak ke-2, baby boy !! Anak pertama dia girl, yang no 2 ni boy pulak, seronoklaa kan dapat sepasang.. Aku rasa ramai pasangan kat luar tu kalau dah dapat sepasang memang bersyukur gilaaa… Ibarat macam dah complete laa hidup bekerluarga tu kaan !


Hari itu masa dia lepas bersalin , aku tak sempat nak visit kat Hospital sebab dia beranak hari kerja so agak kelam kabut aku nak melawat.. So hari sabtu lepas aku pon heret laa Shah teman aku gi rumah Ira kat Cheras. 2,3 hari sebelum melawat tu, si Ira ni dah sibuk update kat tweeter & FB gambar baby, aku pon lagi laa teruja nak tengok baby dia.. hehehe Tettibe excited u alls , sebab aku dah lama tak pegang baby okeyy…! Lagipon anak Ira yang 1st tu, si Keisha memang manja dengan aku masa kat Bandung dia berkepit jer kot dengan aku compare dengan si Khaty & Ayu.. Hehehe . #eceeeh

Kalau korang nak tahu aku dah ada anak buah masa umur aku 12 tahun lagi, dan setakat ni aku dah ada 12 orang anak buah !! Jadi tak heran laa kan kalau aku pandai tackle budak kecik yerr! =D
Aku sampai rumah Ira pukul 1lebih, masa tu si Keisha & baby Ira tengah tidur.. Aku frust jer bila Ira tweet aku bagitahu yang anak-anak dia tengah tido… Dah motif aku datang pon memang nak tengok baby dia kaan.. Tapi Ira bawak jugak laa baby dia keluar, aku pon apa lagi cepat-cepat laa dukung dia, dalam hati memang niat nak kejutkan dia dari tido.. hehehe aku cium2 dia banyak kali, sampai akhirrrnyaaa baby terbangun jugaak !! Yeaahh !!  =D ( jahat tak aku…? )


Tapi tak sampai 5 minit baby terjaga , dia menangis laa pulak !! Ira kate baby tu kalau bangun nak menyusu jerk, so Ciput hubby si Ira pon dengan pantassnya pergi dapur amik susu.. Lepas dapat susu barulaah dia senyaap..  

Masa aku visit tu Ira tak bagitahu orang lagi apa nama baby dia, so masa tu aku pon tanyalah Ira apa nama baby dia.. 

“ Apa nama anak ko Ira ?? “
“ Yunaan..”
Apa?? Yunaan?? “ sambil tergelak kecil, sebab aku pelik giler nama anak Ira yang ni..
“Iyer… Yunaan jer “ Ira pon tergelak…
“ Owhh nasib baik bukan Yun Nam.. “ hehehe spontan jer aku teringat produk rawatan rambut tu.. dekat2 kann nama dia.. ? =P

Ira kate nama anak dia berkaitan dengan Negara China, something like that laa, aku pon  dah lupaa.. hehehe yang pasti nama anak dia 2 suku kata jer, senang esok dah besar nak isi borang, xdelaa berjela-jela  sampai tak muat ruang.. hehe nanti aku pon nak letak nama anak-anak aku pendek jer sebab nama Shah dah panjang berjelaaaaaaaa… huh!  

Wednesday, 12 September 2012

SURPRISE FOR MY LITTLE SKINNY GIRL !

 SURPRISESSSS!!! Happy birthday to my mancher @Ayu yang ke 30th ! Walaupun simple , I believe she’s feel honored getting surprise from me, khaty and her hubby.. Ayu ni kalau korang nak tahu, asalnya customer yang beli kasut kat aku jer.. Tak silap aku tahun 2009 kooot … Lama-lama jadi kawan baik pulaak, pastu aku introduce kat mancher-mancher aku yang lain, terus ngam !  

Sebenarnya plan nak surprise kan si Ayu ni ialah hubby dia, aku & Khaty ikut jer pastu aku ajak Shah & Eizam kawan Ayu ( sekarang dah jadi kawan laki aku jugak !) Ikutkan aku nak jer suruh laki dia buat on weekend ke, sbb masa buat surprise ni weekdays lepas keje.. Aku dengan sakit mata nak naik ketumbit nya hegeh2 datang dari PJ.. Nasib laa tak jam sgt.. Tapi tulaa weekend pon schedule dah full, maklumlaah orang sibuk jemput open house.. So nak aku pon ON jerlaa bila hubby si Ayu roger nak buat kejutan untuk isterinyaa itu walaupon last minit & ala kadar jer.. #eceehh

Tak kisahlah janji surprise kami menjadi, walaupun berejam jugaklah aku & Kathy menunggu.. Mana taknya, aku sampai Bangsar pukul 6.30pm, janji dengan laki Ayu pukul 8.30pm… Bapak awal lagi !! So we all pon jalan-jalan laa jap kat butik2 yang mahal nak mammm*** kat Bangsar tu.. Tapi nak jalan lama sangat mak buyong tu pon tak larat dahh ! Nanti terberanak kat Bangsar tu satu keje pulak aku nak megadaap.. So we all decide pergi makan dulu, sementara nak tunggu hubby aku & Eizam.

Lebih kurang jam 9 lebih2 skit, itupun lepas berkali2 roger laki Ayu akhirnya baru laa dia bagi que untuk datang surprise kan si Ayu.. Rupanya dorang pergi mengopi dekat Espressamente Illy Café , Bangsar Village. Plannyer we all just datang dari belakang  Ayu, bawak kek sambil nyanyi lagu Happy Birthday.. Nampak macam mudah, tapi parah jugak sebenarnya nak surprise kan si Ayu ni, sebab lepas dinner dgn laki dia tu, boleh pulak makcik ni nak pergi menyoppingg !! Berpeluh jugak laa nak tunggu dia… Satu hal yang lain, kita orang yang nak bawak kek ni, kenelaah pasang lilin.. Nanti macam tak feeling birthday girl pulaak takde lilin nak tiup katenyaa.. hehehe so we all menyorok la kat luar kedai, ( takut kantoii kan ) part nak nyalakan lilin tu yang payahnya sebab aircond kat BV tu bukan main lagi kooo , laju betul2 bawah kepala we all…  Satu keje aku nak hadang lilin tu dari padam.. #pheeiiiw


Tapi akhirnya menjadi jugak laa kejutan ala2 manjer kat birthday girl malam tu.. Yang sedihnyaa masa tu dah pukul 9.lebih cafe tu pon nak tutup! so we all pon ngap ngap cepat2 kek yang sangat deliciousss tu… Then ke acara wajib, bergambar gedik2 kat luar café sebab dalam café yang canteek tu dah padam lampu.. #kesiaan !  namun begituuuu dekat 20mnit okey we all bergambar kat luar bridge BV tu, mcm lupa diri kejaap.. hehehe Cuma yang kurang dalam moment ni sebab takde Ceera sebab dia dalam pantang, kalau tak sure lagi sakan we all berposingg.. Tunggu next entry aku nak story masa visit Ceera kat rumah dia aritu.. =))

*detik2 di surprised kaaan *


Girls treat best friend like their partner... their care like her father's, love like her boyfriend , scold like her mom's..  sharing like her sister's.. Their through all the happiness, tears and problem together.. 


Thursday, 6 September 2012

SYAHDU DI PAGI RAYA ~


I’m BACK !! huhuhu lama tak update blog sibuk beraya macam laa anak 4,5 orang.. Ampunnnn…..!! Aku peram gambar raya lama sebab memory card dekat akak I olls, sudahnya berjinggut jugak nak tunggu dia email.. Nak cerita raya pon rasa macam dah basi, orang lain dah cerita pasal open house aku baru hegeh2 nak cerita pasal raya.. Choii sangaat !!

*1st beraya bersama suami *

Tapi aku tetaap nak cite jugak !! Haruslaah tahun ni kan 1st I olls beraya bersama suami dan 1st time jugak beraya tanpa mak… serius part tu memang sedihh !! =(( Terasa sangat kehilangan yang besar untuk kami sekeluarga..

Pagi raya memang sangat syahdu bila kami adik beradik tak dapat dengar lagi suara mak kejutkan aku bangun pagi untuk bersiap2.. Selalu arwah mak dan abah akan pergi sembahyang raya, sementara aku sibuk nak hidang juadah raya untuk adik beradik aku yang lain nak datang makan. Walaupun rumah dekat, dorang tu biasanya akan sampai ngam2 time nak makan.. Tapi tahun ni, akak aku dah berkampung sehari semalam sebelum raya so tahun ni tugas aku ringan sikit nak siapkan juadah. =) Dan biasa lepas sembanyang raya, arwah mak akan masuk bilik aku suruh pakaikan tudung dia dan pakaikan dia bedak skit.. Ohhh rindunya saat tu… Cuma tahun lepas arwah mak memang tak nak bersiap lawa2 sangat.. Hurmmm

Tapi tahun ni, rutin itu dah bertukar… Lepas abah dan para suami balik dari sembahyang raya, kami sekeluarga ramai2 ke kubur, ziarah kubur arwah mak.. Mujurlah kubur dekat je dengan rumah, so takde laa amik masa lama.. Sebenarnya dari malam tu aku tak sabar nak ke kubur, aku rasa rindu sangat nak tatap wajah arwah mak.. Dan pagi tu di kubur kami sekeluarga sedekahkan yasin dan doa buat arwah mak.. Itulah kali pertama aku ke kubur di pagi raya.. Sebelum ni memang tak pernah ! Aku yakin arwah mak mesti gembira sebab kami adik beradik berkumpul di pagi raya tahun ni menziarahi dia.

Namun apa yang memilukan bila abah yang pertama menitiskan air mata.. Mestilah abah adalah orang yang paling merindui arwah , teman hidup dia berpuluh-puluh tahun dah pergi meninggalkan dia.. Aku pun tak dapat menahan air mata selepas tengok mata abah merah.. Jujur aku katakan , aku terlalu rindu kan arwah mak, dan dalam masa yang sama gembira sebab di pagi raya tahun ni abang-abang aku dapat balik beraya awal.. Malam raya dorang dah ada berkampung kat Sg Buloh, sebelum ni pagi raya baru balik.. Aku tahu arwah mak mesti seronok tengok anak-anaknya berkumpul..

* tinggal kenangan * 
Dan masa part bersalaman mintak maaf tu, kami seperti biasa bergilir memohon maaf.. Sekali lagi abah menitiskan air mata.. Dan paling touching bila abah pulak yang repeat ayat yang arwah mak selalu cakap bila saat bersalaman dengan anak-anak, “ Dulu mak kau selalu cakap, mungkin tahun ni kali terakhir beraya bersama.. Abah pon sama, ntah esok lusa abah pon tak tahu.. Kalau panjang umur beraya laa kita tahun depan ”.  Masa abah cakap macam tu, aku rasa nak meraung pon ada… Tapi aku tahan cuba tak nak rosakkan mood raya.. Aku tahu abang-abang aku pon sedih, tapi dorang kan lelaki so macho skit laa xkkan nak nangis.. Aku dgn akak aku memang tak mampu nak tahan, so berjurailah air mata kami berdua.. sampailaa Shah tenangkan aku… 

 * my big family *

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA ~

Wednesday, 5 September 2012

SUAMIKU DI RAGGING BAKAR LEMANG !


Kalau sebelum ini, sehari sebelum raya arwah mak lah yang paling sibuk mengarah kami anak beranak untuk siapkan persiapan raya.. Arwah mak memang pakar bab membakar lemang, setiap tahun aku selalu tengok arwah mak akan sibuk kat luar menyiapkan lemang sambil2 tu dia akan jerit kat aku dengan abah kat dapur yang gigih siapkan rendang.. Biasa tugas aku hanya menyediakan bahan2 untuk rendang… Kire bab2 potong memotong dan kisar bahan2 tu memang tugas aku lah, dari kecik sampailaa dah kawen ni ponn.. 

Tugas abang2 aku pulak ialah bantu arwah mak membakar lemang.. hehe terbalik kan patutnya abah aku laa yang bakar lemang, tapi kalau korang nak tahu arwah mak memang takkan bagi abah aku bakar lemang.. Sebab arwah mak aku memang lagi teliti dalam bab2 membakar lemang ni.. Pergi laa ceruk mana pon lemang arwah mak memang takkan sama dengan orang lain.. Masa arwah mak aku tengah sihat dulu, siap amik tempahan lagi berbatang2 orang order.. Dan 2 tahun raya yang lepas berturut-turut arwah mak sempatlah turunkan ilmu membakar lemang pada abang aku yang no 2 tu.. So tahun ni, abang aku tulaa yang mengambil alih tugas membakar lemang…

Dan bab yang best pulak tahun ni suami aku beraya dengan family aku.. So apalagi adik beradik aku ni pon amik kesempatan laa me’ragging dia.. Seriuss aku kesian tengok Shah ! Dah laa kene tolong aku potong2 bawang, lepas tu kene tolong bakar lemang lagi.. Nyaris jugak laa dia nak bukak puasa sebab panas sgt cuaca aritu… Korang ingat apa, mencabar ok bakar lemang tengah2 panas lak tu di bulan puasa..  Aku yang duduk kat dapur jer pon abis ketiak berpeluh..! =D Nak pulak bagi Shah yang tak biasa buat keje2 dapur ni kan, lagi laa dia letih ! Bila aku tengok muka dia dah merah2 tahan panas, cepat2 aku suruh dia masuk dalam rumah.. Hehehe bukan apa ahli baru, Shah tak reti lagi nak curi tulang, macam abang2 aku yang lain tu dah teror bab2 curi tulang.. =P agak2 penat dorang hilang kejap, pastu datang balik... 



 *step 1 : hidupkan api *


 * Balikkan lemang yang sedang dibakar *

 * amacam nampak pro takk?? *

 * lemang yang sedang di bakar *

 Okey tu jer pic yang aku sempat snap masa Shah bakar lemang.. Sebab aku pon sibuk kat dapur time tu, ni pun mujur teringat sebab nak antar kat mak mertua aku.. Mesti dia terkejut tengok anak lelaki dia kene bakar lemang.. Mak mertua aku kata seumur hidup Shah tak pernah dia hidupkan api kat dapur kayu, apatah lagi nak bakar lemang… hahaha kesiann, masuk family kampung mcm aku memang merasalaa smua keje2 berat ni.. Tapi sebenarnya itu laa yang buat meriah dan seronoknya nak sambut raya ni.. kalau sebelum raya duk lepak tengok tv jer apa yang best... Betul tak?? hehe tunggu tahun depan aku beraya kat Trengganu, agak2 kene ragging takk?? =D