Wednesday, 15 August 2012

CUTI TAK APPROVE !!



Tak seronoknyaa nak buat entry ni… Yerlaa saaat aku tgh menaip ni pon di iringi lagu raya yang office mate aku pasang.. Bukan main lagi depa seronok arini last keje..!! Whuaaaa serius aku jeles + sedih , sebab aku sorang jer tak dapat cuti awal !!! Sebaaabbbnyaa aku takde cuti dah, al maklumlaa baru keje kann celah mana nak korek cuti.. So aku sorang je akan keje sampai hari jumaat, agak2 korang sengal tak aku nanti??? Memang sengal laa kan !! Hurmm nak buek camno , redha jerlaa yana, walaupon semlm aku dah emosi tak tentu pasal !!

Yerr ! memang aku raya kat Sungai Buloh jer pon tapi, tapi kalau dapat cuti awal banyak benda kot aku boleh settlekan.. Dah plan baekk punyer,  kalau khamis ni cuti nak delivery semua kuih2 raya yang orang order, itu jer pon dah amik masa ½ hari.. Lepas tu aku plan nak amik baju raya kat Kajang ! Berdebor nii u alls nak fitting baju, yerlaa takut nanti ada yang nak kene alter dah satu hal nak kene tunggu.. Hari jumaat pulak aku nak kene pergi Perodua , service kereta, tukar tayar then lari kat kedai lain nak tinted cermin depan pulaak.. Adeeh !!  Sebab tahun ni balik jauh kaan so kereta kene laa tip top !!

Tapi di sebabkan tak dapat cuti awal, agak2 bila masa aku nak buat semua tuuu??? Sabtu??? Memang tidaklaaah sebab aku comfirm dah hegeh-hegeh kat Sg Buloh tolong abah masak & kemas rumah pulaak !! Itu rumah abah , rumah aku bila pulakk nak kemasss ?? Eeee serabut kepala pikirkan !! Shah pulak tak tahu dapat cuti ke tidak ari jumaat, khamis maybe dia pon keje lagi.. Tapi nampak gaya nak tak nak, Shah memang kene cuti ari jumaat untuk settlekan hal2 kereta…  

Dan satu lagi…. Baju raya Shah !!! Entah bila masa nak cari baju raya dia pulaak.. Selalu shopping baju raya last minit jugaak tapi tak selewat ini.. semuanya gara-gara aku sibuk meniaga !! harap-harap banyak lagi baju melayu kat BAK tu.. memang situ jerlaa Shah suka beli pon sebab jahitan dia kemas dan kain dia sangaat kualiti ! tema kaler tahun ni pon tak decide lagi, sebab nak tunggu baju aku siap.. Tempah 2 pasang nak tengok yang mana sesuai baru boleh cari baju Shah… #haihhh tak cukup nafas kalau fikir !

Okey entry panjang2 pon tak guna hakikatnyaa cuti tetap takde..  Aku tengah re-schedule plan aku untuk esok, bila masa nak curi masa antar kuih, amik baju, shopping baju shah pastu kemas rumah… ! Tapi yang pasti kemas rumah tentu laah tengah malam esk @ jumaat…!! #fuh selamat bekeerja keras yana !! Pada sesapa yang dah start cuti esok, bertuah laa ! Selama bercuti & drive safe untuk yang balik kampung tu…  Aku rasa memang ramai balik esok, so comfirm jalan jam.. Gigih laa yer !! Sebelum terlupaa aku nak amik kesempatan jugak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN ~  ;))

Monday, 13 August 2012

Beraya Di Mana ??


Pejam celik pejam celik, tinggal 6 hari jer lagi nak raya.. Aku baju raya pon tak amik lagi, dah betahun-tahun beli baju siap, tahun ni aku mengada nak tempah.. Alang-alang pergi Bandung aritu aku beli kain so boleh laa tempah baju meriah-meriah sikit..  Lagipon tahun ni raya aku banyak rumah nak pergi beraya, al maklumlaah pertama kali beraya di rumah mertua nanti..

Tetapi bukan pasal baju aku nak story u alls.. Tu tunggu entry lain ! Dilema orang pertama kali beraya suami isteri ni biasalah nak beraya di rumah siapa dulu laa kan.. Sebelum ni aku dengar cerita kawan2 jer yang berebut dengan suami nak balik kampung beraya.   Kali ni giliran aku melalui persimpangan dilemma.. Eceehhh ! =D

Serius !!  Sebelum kawin dulu aku dah pikir sebenarnya pasal ni, tapi masa belum kawen rasa terujaa kott dapat orang jauh atleast merasa jugak aku suasana balik kampung, ( which is budaya tu dah lama aku tinggalkan) Tapi bila dah kawen ni, tetibe rasa sayup memikirkan pagi raya nanti takde di rumah sendiri… Nak pulak aku laa  yang selalu uruskan rumah time raya dari bab mengemas, pasang langsir, bab potong memotong kat dapur, isi kuih dalam bekas, hidangkan lauk kat atas meja sampai laa bab basuh pinggan.. So tahun ni, kalau aku beraya di Trengganu siapalaa nak buat semua tu…  Kesian pulak kat abah nak buat sorang2.. Tambahan pulak tahun ni pertama kali beraya tanpa mak, ntah macam mana laa situasi pagi raya nanti..

Aku tahu bila dah kawen ni, isteri kenalaa ikut cakap suami, so aku taknak laa merengek-rengek kat Shah untuk raya kat Sg Buloh.. Yerlaa dia pon mesti nak raya kat kampung dia jugak kan.. Dah laa bulan puasa ni asik balik Sg Buloh jer, nanti dia kata aku selfish pulak.. So aku pon diam jer laa pasal isu balik beraya ni.. Tapi dalam hati berdeboor jugak menunggu Shah bukak topik ni . Bukan apa buatnya dia dah buat keputusan balik Terengganu, comfirm malam raya mata aku dah bengkak nangis teringat Sg Buloh..
Masuk minggu kedua puasa , tetibeeeee Shah akhirnya bukak topik tu !! hehehe kebetulan pulak time tu aku tengah tengok drama raya, macam tahu-tahu jerkaan..

“ Bie.. tahun ni kita nak beraya kat mana dulu…? ”

“ Hurmmm… ntah laa.. ikut sayang jerlaa… ” dalam hati meyumpaah,  berani mati aku jawab macam tu !! buatnya dia decide blk Terengganu, habis ko yana !!!

“ I tak kisah.. I kesian kat bie lah nanti pagi raya mesti bie nak pergi kubur arwah mak kan.. ? Lagipon kesian abah nanti takde orang nak tolong kemas rumah.. “ Fuhhh legaaa giler aku dengar Shah cakap mcm tu.. Time tu aku rasa nak senyum sampai telinga tapi aku control giler, tak nak laa nampak sangaat kan..

“ Tulaa I kalau boleh nak pergi kubur dgn abah semua.. Tapi nanti ibu tak kisah ker?? ” Tetiba aku terfikir kesian pulak mak mertua aku, yerlaa dah laa anak dua orang jer kalau Shah tak balik tinggal laa adik dia sorang..

“ Ibu ok.. nanti I bagitahulah  ibu… Malam raya pertama tu kita gerak laabalik Terengganu boleh duduk lama skit kat sana.. ” haaa amikk ko yana, bersiap sedialahh untuk beraya di tempat orang tahun ni.. Tak kisahlaa janji malam raya dan pagi raya aku di Sg Buloh…  Yeahhh !!! *lompat bintangg*  

Tuesday, 7 August 2012

Belajo Cakak Ganu !


Siapa pernah tengok drama ‘Masihkah Ada Ramadhan’ ?? Aku mula-mula tengok drama ni sebab Shah  tertekan channel ni, ngam-ngam dia tekan,  pelakon tu tengah kecek ganu.. Apalagii Shah pon terus layan, siap jerit-jerit panggil aku kat dapur join dia tengok..  Aku pun apalagi layan laa sekaki, drama melayu laju laa cuba kalau dia jerit suruh tengok discovery channel memang aku buat tak reti jerk !! Dah layan 2jam ingatkan telemovie sekali drama bersiri laa pulaakkk.. Bapak lama okey drama bersiri 2jam !!

Apa yang best sangat drama ni…?? Hehehe sebab pelakon-pelakon dia cakap Terengganu !!  Antara pelakon – pelakonnya ialah Eman manan & Zamarul Hisham !! perghh aku memang minat giler kot kat Eman Manang nihhh….  Tapi bukan itu jer sebabnya !!  Sebab lain ialah sebab suami I olls kan orang  Terengganu  so  excited laa dia ada drama cakap bahasa loghat dia, biasakan kita dengar drama buat loghat Perak, Kedah, Negeri Sembilan takpun Kelantan.. Memang takde lagi cakap Terengganu.. Tu yang excited sangaaaat !! =D  tapi yang bagus drama ni sediakan subtitle so untuk aku yang baru nak belajar kecek ganu ni sangaat laa sesuaii !! Sempat lagi ni nak belajar balik raya nanti dah confident skit nak cakap dengan mak mertua, adik ipar semua… hehehe

 Tapi yang aku tak boleh blah, bila time iklan jer  Shah sembang dengan aku guna slang Terengganu !! Cakap yang pekaat giler lak tu , terguling-guling laa aku gelak sampai keluar air mata… seriusss sepanjang bercinta susah gila aku nak dengan Shah cakap Terengganu , kalau cakap pon dengan family @ sedara mara dia jerk…  Dan hari ini Shah buat loqlak dia lagi bila ber'bbm ponn dia bantaiii text dalam loghat Terengganu..  Betul2 mencabar suami aku ni !!  Haa cuba korang baca text Shah kat bawah ni sure automatik korang pon ter'slang Terengganu.. 




Dan last thing yang buat aku terkejut, drama ni berjaya buat  Shah hafal waktu siaran.. Kalau tak memang takde makna Shah nak amik tahu drama – drama melayu ni.  Aku kalau nak tengok drama selalunya kene berebut-rebut remote baru dapat tengok, dan lepas tu dia akan ngadap laptop layan youtube (tunjuk perasaan lerr)  tapi drama ni memang dia tak berganjaak depan tv.. Seriuss kagummm !! =))
So untuk korang yang tak pernah tengok , jomlah layan drama ni ari Isnin depan last episode tak silap aku.. Sebab semalam dah klimaks , sedihh sangat sampai Berjaya buat air mata aku menitis setitis dua.. ( sempat laa kene kutuk dengan Shah sebab menangis ) =P

Sinopsis : Cerita ni mengisahkan seorang pemuda bernama Zali yang mengidap penyakit barah cuba untuk menyatukan adik beradiknya yang duduk di Kl beraya di Terengganu bersama ibu bapa mereka.  Dia juga cuba membetulkan adik beradiknya yang hidup jauh tersimpang dari ajaran Islam.  

Thank You For Reading This Entry !


Wednesday, 1 August 2012

Abah Kiter !


Alhamdulillah sudah 12hari berpuasa, tapi baru sekali aku berbuka di rumah sendiri dan 10 hari lagi aku berbuka di rumah abah ( sehari lg buka kat luar ) ..  Masa awal puasa aku planning nak balik berbuka hujung minggu jer, tapi bila masuk jer hari isnin abah dah call tanya aku balik ke tak.. Memang tak sampai hati nak cakap kat abah aku tak balik.. Yerlaa kalau aku tak balik, dah tentu2 abah akan berbuka sorang-sorang, sebab adik aku yang bongsu tu dah kerja pulak.. Sudahnya hari-hari aku berbuka kat Sungai Buloh !! Senang & jimat..

Berbuka di Sg Buloh bukan abah jer seronok sebab dapat berbuka dengan anak-anak tapi aku dan shah pon seronok sebab dapat makan masakan air tangan abah yang sedap..  Dan kalau aku balik berbuka kat sana, aku akan panggil abang aku yang duduk  sekangkang kera dari rumah abah itu berbuka sekali.. So jadi ramai dan meriah !!  Bertuah tak aku dapat abah yang pandai masak, dan rajin.. hehehe

Percaya atau tidak aku sebenarnya bukanlahh rapat dengan abah sejak aku kecil lagi pun aku tak reti nak bermanja dengan abah.. Mungkin nilaa nasibnya adik beradik ramai, nak bermanja lebih-lebih pun tak sempat.. hehehe lagipon masa aku kecik arwah mak dan abah sibuk cari duit membesarkan kami  7 beradik, jadi masa kecik aku lebih banyak bermanja dengan kakak aku yang seorang tuu.. ;) Tapi semenjak arwah mak meninggal , aku dapat rasakan aku dah semakin berani nak mengada-ngada dengan abah.. kalau dulu aku teringin nak makan apa-apa aku cakap kat arwah mak tapi sekarang aku akan cakap kat abah dan sepantas kilat abah akan siapkan.. :) Macam semlalam aku teringin nak makan karipap balik jer abah dah buat 45 biji kooo !! hambekk makan sampai muntah.. :) Tapi mujurlakan, abah pandai masak, kalau tidak menangislaa aku kat tepi dapurrrr…

*karipap air tangan abah *

Benarlaa orang kata kan seorang ayah tidak pandai nak tunjukkan kasih sayang dia.. Seorang ayah akan berikan kasih sayang dengan caranya yang tersendiri hinggakan anak-anak tidak sedar itulah kasih sayang yang abadi.. Dan sekarang aku dapat rasakan kasih sayang abah dan hubungan kami semakin rapat,  bila abah telefon tanya balik makan kat rumah ke tak.. dan sekarang abah jugak dah pandai mengadu macam-macam benda kat aku, sebelum ni abah hanya akan mengadu dekat arwah mak tapi sekarang , hanya anak-anak tempat dia mengadu.. Abah jugak akan masak masakan yang aku suka, ( dan yang menantu dia suka : ini yang terbaru  yer ) …  


Tapi bukan maksud aku sebelum ni abah tak sayang aku yer, cuma masa arwah ada aku lebih rapat dengan arwah mak.. So aku tak berapa nak rapat dengan abah, banyak masa diluangkan bersama arwah mak.. Mungkin ada antara korang jugak macam aku kan.. Yerlaaa anak perempuan nak manja-manja dengan ayah pon tak reti kan, lain laa mak kita boleh sembang apa jer… Tapi Alhamdulillah , aku masih tak terlambat menikmati kasih sayang seorang ayah… Semoga abah sentiasa diberi kesihatan dan dilindunNya.. Amin :)


*Abah bersama cucu sulung *

Thank you for reading this entry !