Friday, 29 June 2012

Feeling Model !!

Hari ni keje aku ialah photoshoot stock baju kurung untuk koleksi Hari Raya nanti !! Disebabkan aku takde bajet nak bayar model so terpaksalahh diri sendiri jadi model baju2 tu.. huhu takpela sekali sekala feeling model u alls.. tapi bukan semua baju i olls pakai yer, pengsaan ler kalau smua aku nak sarung ! nasib baik boss aku ada patung mannequin tu so gilir2 lerr aku dgn 'model' tu bergaya dpn camera.. hehehe cepat skit siap kan.. Tapi yang bestnya aku tak sempat nak make up maklumlah model last minit.. mula2 tu tak plan pon aku modelnyer.. dah baju2 hujung2 tu barulaa teringat nak pakai lipstick merah !! Choii sangat kann.. so akan ada laa picture aku yg sedikit pucat nanti... takpelaa nak jual bajukann bukan modelnyaa... #eceeh =D
 Okeylaa buat masa ni korang tatap laa gambar behind the scene dulu yer.. hehehe saje amik mood raya !!


* propa sangatt *

So pada korang yang nak cari baju kurung for raya nanti , boleh laa jenguk blog aku yang satu lagi tu.. seriously aku bagitau korang, masa shoot ni pon aku dah sempat select baju mana yang aku berkenan.. hehe cantek2 u alls !! untuk korang yang pesen x suke tempah2 baju raya aku suggest beli siap jerlaa... jimat and berbaloi... !! Jahitan kemas, design menarik harga pon kalau korang kire lagi murah dari tempah tuuu.. ooopss ! sorry terbuat ayat promosi laks ! 

* gigih tak i alls ?? *

* haaa ada gaya model tak..? * 

Amacam teruja takk?? hahaha feeling sangat aku kann?? hahaha kasi can laa weiii !! 

Thursday, 28 June 2012

Dinner Subway !!


Dah lama sebenarnya teringin nak mkn roti subway ni.. Tapi banyak kali tertangguh sebab kdg2 last minit tekak nak mkn benda lain pulak.. Tapi bila semalam Subway buat promo buy 1 free 1, terus aku bbm shah..  “ Sayang.. mlm ni kita dinner subway nak??”  Suami aku ni laju jerlaa sebab dia memang suka kott roti subway ni..

So kesahhnyaa lepas keje terus janji dgn shah jumpa kat Subway sek 13 jer, alang2 otw balik tu memang lalu jer so terus singgah.. Tapi belum sempat aku sampai kat sek 13 shah dah bbm bgtau Subway que panjangggg.. huhu  ingatkan orang lain tak heran nak rebut Subway free ni, rupanyaa dorang lagi hebat siap bawak anak-anak pi beli lagi.. Bila Shah bagitahu jer que panjang aku pon tak koserlahh nak ke sana, so suruh dia take away jerlaa then makan kat rumah.. senang ! boleh makan sambil tengok Deejavu Di Kinabalu ! hehehe tu laa motifnyerrr ..
* masa ni pukul 9 still ramai lagi que nak rebut subway free *

Dan malam tu sorang member aku bagitahu dia pon nak gi makan subway tapi terpaksa batalkan hasrat sebab que yang panjang.. masa tu jam dah pukul 9 kott, orang still beraturrr , dia pon tak koser nak beratur so sudahnyaaa dia pon cancel and dinner kat tempat lain… hehehe siannn nasib baik Shah dah gi awal2 so dapatlaa aku dinner subway ni semlm... huhu 


Friday, 22 June 2012

Sudah Cukup Sudah Kisah Benar Bunuh Diri !!

Aku tahu ramai yang tengah angau dengar lagu dari kumpulan Nirwana ‘Sudah Cukup Sudah’ . Kat radio pun sekarang asik main lagu ni.. 1st time aku dengar lagu ni, rasa takde apa yang best tapi bila slalu dengar macam layan laa pulak.. Standard laa lagu tu klu dah 10x satu hari dengar tak sedap pun jadi sedap.. Tapi apa yang korang tak tahu , lagu ni sebenarnya adalah dari kisah benar dari seorang lelaki yang bunuh diri kerana gagal bercinta. Wohoo !! *tetibe meremang bulu roma*

Cerita ni bukan rekaan yer, cerita ni diceritakan sendiri oleh vokalis si Nirwana tu. Kisah tu berlaku pada sahabat baiknya sendiri yang kecewa giler sebab kekasih dia curang dengan lelaki lain. Lepas dia tahu gf dia curang apalagi meroyan laa mamat ni, sampailaa dia bunuh diri beberapa tahun lalu.
“ Sahabat kami ni baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang. Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan ‘Sudah cukup sudah…biarlah aku pergi saja’ membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya..”

Tak lama lepas tu dorang dapat berita mamat tu ditemui mati kerna bunuh diri. Dari situlah dorang dapat ilham untuk buat lagu tu dan sebagai tanda penghormatan pada kwn baik dorang tu juga lahh. Ketika dorang merakamkan lagu tu pun dorang sendiri menahan sebak dansampai satu tahap dorang semua menangis apabila kenang peristiwa yang menimpa mamat tu. * sedihhh takk?? * tapi jangan laa ada orang kita yang bunuh diri sebab putus cinta yer !! so jom layaan jap video klip lagu ni untuk amik feel !! eceeeehhh =)


Thursday, 21 June 2012

Catwalk Dewi2 80an !



Aritu aku update artis-artis kite yang pernah menyertai dewi remaja sebelum bergelar artis. tapi kali ni aku nak share dengan korang video plak. Masa ni zaman 80an, so ternyata memang banyak laa perbezaan dengan zaman kiter sekarang. Mesti korang akan gelak terguling-guling tengok bekas2 dewi remaja tahun 80an ni yang sekarang dah jadi mak2 !! 
Part yang aku tak boleh blah skali ialah cara catwalk dan pose dorang.. Ntah sapelahh yang ajar dorang masa tu kan.. Dan pengacara masa tu Salleh yaccob, dia adalah antara pengacara paling hot kot zaman tuhh ! tak heranlah sekrang dia dah beristeri empat.. Citer banyak pon tak gune hope korang enjoyyy !! =) 

Tuesday, 19 June 2012

Lagu tema Dejavuu di Kinabalu !

Aku yakin mesti ramai dah start follow drama Dejavu Di Kinabalu tiap2 petang kann.. Dan mesti ada yang tangkap syok dengan lagu tema dia.. sambil aku hapdet ni pon masih dok nyanyi pelan2 sebab lirik tak tahu lagi... Lagu tema drama Dejavu Di Kinabalu bertajuk Butterfly nyanyian Melly Goeslow dan Andhika Pratama. Aku saje nak share lagu tu dengan korang sebab aku dah start angau !! hehehe tangkap leleh petang2 tengok muka Aqasha dalam cerita tu.. Apapon kiter layan dulu video ost drama Dejavu di Kinabalu di bawah !



Dari Dewi Bergelar Artis !

1. Aleeza Kassim - juara Dewi Remaja pada tahun 87/88.


Jangan terkejut tengok gambar Aleeza Kassim zaman muda2 ni. Lain giler wehh... Aleeza sekarang aktif modelling jerk dan mempunyai agensi modelling sendiri bernama Vouge @Works.

2. Jasmin Hamid - dewi remaja untuk tahun 90/91.  Nampaknya jasmin masih lagi bergetah dan tak banyak berbah seperti zaman2 remaja dulu.. Mungkin sekarang ni rambut jer laa kot semakin style, selain hidung dan dagu pun semakin mancung..





3. Kuza - Dewi remaja untuk tahun 90/91. Nama sebenar Tengku sariza Tengku Muzani peserta seangkatan Jasmin Hamid dan Umi Aida.



4. Umie Aida -Dewi remaja untuk tahun 90/91. Umie Aida menggunakan nama Ermi Zura masa join dewi remaja tak pastila sebab apa.





5. Rozita Che Wan - Dewi remaja 93/94.  Ni sorang lagi artis yang buat aku terkejut. Tanpa mekap tebal dan bulu mata palsu berlapis -lapis ternyata muka che ta kiter biasa sahaja.
*kelas tak pose angkat ketiak nihh ?*

6. Juliana Banos - juara Dewi Remaja pada tahun 1998/1999. Bersama Juliana banos pada tahun itu ialah Wardina Saffiyah.


7. Rita Rudaini - finalist dewi remaja pada tahun 1998/1999. Ni gambar masa rita jadi cover girl, suci takk??? heheh Tawaran pertama selepas menyertai pertandingan itu ialah menjadi model video klip untuk penyanyi Rem. 




8. Annahita - juara Dewi Remaja pada tahun 2003/2004.


Annahita mencipta fenomena apabila menjadi juara pertama yang memiliki ketinggan kurang dari 6 kaki.Lepas berkahwin dengan seorang Dato Annahita dan berhenti dari berlakon dan mengacara..

9. Scha Al yahya - juara dewi remaja 2005 / 2006.


10. Neelofa - juara Dewi Remaja yang terakhir untuk tahun 2010/2011. Neelofa juga merupakan juara yang tak cukup tinggi yer.. Nampak dalam tv macam tinggi jer kan, so jangan salah sangka ! 

* sebenarnya ramai lagi artis yang lahir dari Dewi ni.. tak tersenarai rasanya.. so pada adik2 yang rasa nak cukup cantik dan bijak boleh laa cuba2 nasib masuk dewi remaja akan datang.. mana tau ada rezeki korang kann .. 

Monday, 18 June 2012

Preview Deejavu Di Kinabalu Baaa ~


Tak sabar nak tonton drama ‘Deejavu di Kinabalu’ kat tv3 petang ni jam 7.. Drama yang menggantikan cerita ‘ Seindah Sakura’ .  Masa preview 1 jam drama ni minggu lepas dah buat aku syok tengok lakonan Aqasha dan Tiz Zaqiyah. Sweet sangat tengok part mula2 dorang nak berkenalan, buat aku tersenyum sorang2.




Penggambaran yang banyak di lakukan kat Gunung Kinabalu buat aku rasa nak panjat gunung kinabalu jerk !! Seriously view sangat cantekk tak sangka kt Malaysia ada pemandangan secantik ituu.. Drama arahan Erma Fatima ni dikatakan berbeza dengan karya2 Erma sebelum ni.. yerla selalu kan Erma buat drama @ filem yang berat2, so maybe ini cubaan untuk Erma Fatima.  

Yang best masa sesi photoshoot aku sempat snap picture dengan tiz dan nazim Othman ( yg berlakon sbg bf tiz dalam citer ni ) Aqasha masa ni tgh sibuk di interview para reporter, so tak sempat aku nak menyelit.. Actly aku memang segan kot nak snap2 gambar dengan artis kalau time keje, sebab rasa macam nak jaga etika laa konon, tp bila pikir nanti kalau zaman dah tak keje media line ni,  bila masa pulak aku nak jumpa2 artis ni kan.. so masa ni laa nak buat kenangan, walaupun aku rasa dah terlambat… dlu masa keje kat sebuah publication company yang ‘GAH’ 4 tahun dulu, artis hari2 lalu depan cubicle aku jerkk.. masa tu takde rasa nak snap pon..  dan bila dah berenti baru rasa takde kenangan..  



Sinopsis : mengisahkan kehidupan Nadira ( Tiz Zaqiyah ) selepas pemindahan jantung, yg memiliki sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar ( Aqasha ) teman lelaki yang merupakan penderma jantung Nadira. So kisahnya si Ammar ni bila berkenalan dengan Nadira , dia dapat rasakan satu perasaan dejavuu yang luar biasa. Untuk korang yang tak tahu apa makna dejavuu sila rujuk dewan bahasa ekk..  Lakonan untuk watak kekasih si Ammar yang meninggal dunia di lakonkan oleh pelakon baru Siti Aishah.
  

Friday, 15 June 2012

BOHSIA 2 Superrbb !!

Semalam aku sempat menonton filem Jalan Kembali : Bohsia 2 sekuel dari filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam.. Walaupun aku tak tengok Bohsia 1 tapi hati nak tengok yang kedua ni meronta2, bila baca statement yang filem tu dah mencecah 3 juta dalam masa kurang seminggu. Dan bila dan tengok dalam hati memang kate "Hebat okey !!"..

Apa yang aku boleh katakan pasal filem ni ialah Terbaik & Sempurna ! Sempurna dari segi jalan cerita, pelakon, message yang di sampaikan dan aksi2 stuntmant,  langsung tak nampak FAKE ! Walaupun ada kalanya aku rasa sakit telinga jugaklaa sebab pelakon2 dalam cite ni semuanya cakap pitching nak tinggi jerkk. tapi disebabkan dialog2 dia best boleh buat aku tergelak2 abaikan saje pitching si Sofi Jikan yang melangit tuu..

Sape kate tak boleh berdakwah sambil berhibur ?? Syamsul Yusof contoh pengarah yang dah berjaya membuktikan dalam filem ni.. Elemen keagamaan, komedi, drama, aksi bergerak seiring dalam filem ni, sampaikan aku tak sempat nak rasa bosan.. nak plak ada si Zizan tu kan, memang pecah panggung laa di buat nyaa.. Lakonan Nabila Huda, Salina Saibi dan Syamsul sendiri memang mantapp..


Bukan aku nak up lebih si Syamsul ni, tapi bila tonton filem buat aku rasa betul2 dalam dunia rempit.. Dengan skrip yang bagus , penggunaan bahasa dalam dunia rempit boleh buat aku tergelak2 mcm nak pengsann ( ok yang tu tipu! ) tapi watak Keting yang di lakonkan oleh Sofi Jikan ( yg berlakon Kl Gengster jugak ) sangat berkesan ! ada chance dapat anugerah tahun depan ni...



So pada korang yang tak tengok lagi , pergilaa cepat2 tengok ! tak rugi korang bayar tiket wayang sebab kepuasan memang terjamin ! ( eceh mcm jual kopi jantan pulak ) lagipon klu kita tak support filem melayu sape lg?? tapi bagi aku kalau citer melayu mcm gampang ! mmg aku takkan support ! (lantakk laa ko kt situ) apakata layan skitt trailer bg yg x tgk tuuu... 



Perkara Menarik Di Bandung


 Pengalaman bercuti ke bandung selama 4 hari banyak perkara yang aku observe selain shopping dan makan angin.. Mungkin ada yang tak pernah pergi @ tak perasaan so entry kali ni aku cuma nak share dari sudut pandangan aku..

Langgar undang2 jalan raya takde masalah ! - Ada traffic light tapi sesiapa pon boleh jalan walaupun traffic lite merah.. Dan yang best , takde siapa yang nak marah pun dan susah betul nak tengok accident berlaku walaupun dorang bawak kereta macam jalan bapak dorang punya .. Masing2 tahu nak bg siapa jalan dulu.. Dan korang boleh u turn kat mana asal boleh !


Suka main hon2 ! -  Korang jangan pelik kalau tengok pemandu kat sana suke hon2.. Kalau kat KL kata kooo memang mintak di tunjuk jari tengah laa jawapnyaa ! Dan korang jangan silap, pemandu kat sana hon2 bukanlah sebab dorang marah tapi itu sebagai isyarat untuk beritahu pemandu lain yang dorang yang nak jalan dulu kalau kat simpang, atau alert masa kat corner yang curam2 , atau masa nak potong supaya orang depan tahu dia nak potong, dan ada juga yang hon masa traffic lite hijau supaya jalan cepat skit ! Walaupun dorang hon2 berpuluh2 kali pon memang takkan ada insiden pemandu lain maki hamun ko sebab hon2… Bagus takk depa nihh??


     Rumah dorang yang rapat2 – Mungkin 15 tahun dlu kat m'sia masih ada rumah setinggan macam ni. Tapi untuk aku yang membesar tahun 90an setinggan taraf macam ni agak unik bagi aku. Dari atas jambatan hanya bumbung rumah je nampak, tak nampak jalan langsung..  So kalau sesapa yang nak cari rumah sedara mara kat situ cmfirm sesat dulu !


      
           Tandas awam yang bersih ! – Ini memang buat aku impress sebab tanda awam yang aku masuk semuanya boleh di katakana bersih.. BUkan tahap geli ko nak pijak, dan takdelaaa busuk macam bau longkang ! Walaupun tandas awam tu terletak kat kawasan yang sesak dengan orang contoh seperti Pasar Baru, tetap masih terjaga kebersihannya.. Sorry to say lahh, kalau kat M’sia aku rasa tandas kat dalam mall pon kadang bauuu macam duduk kat sebelah loji najis !!


Peminta sedekah di mana-mana – Yang ni memang tak dapat di nafikan lah, keluar dari airport jer pon korang dah boleh jumpaa.. Kalau kat sini kita rimas dengan peminta sedekah kat kedai2 makan, tapi kat sana peminta sedekah 10x ganda ramai dari kat sini.. Dan yang paling hebat kalau ko sedekah kat sorang, datang lagi segerombolan cek kiahh nak mintak sedekahhh !! hah tak ke haruuu???



           Kat mana-mana boleh bisnes – taraf kemiskinan dorang mendorong sesiapa sahaja untuk berniaga..  Kalau keychain, fridge magnet tu toksah cakap laa memang bersepah orang meniaga ! Dan apa yang merimaskan ialah dorang akan ikut bontot korang sampai laa korang beli barang yang di jual. Ada tu sanggup ikut dekat 1km jauhnya semata2 nak pujuk korang beli.. Tapi dorang takdela marah kalau tak jadi beli, Cuma kene pandai la menolak..

Piring ‘astro’ besar gedabak ! – Kat sana hanya orang yang kaya mampu pasang piring ‘astro’ atau nama sebenar dia parabola.. Piring tu pulak bukan kecik2 macam piring astro kita yer, parabola ni sebesar2 atap rumah rumah setinggan dah ! ehehe tapi yang pasang parabola ni  rumah dorang tahap banglo2 yer, setinggan memang tak mampu !  Dan bagi yang tak tahu parabola ni boleh menangkap lebih 60 channel dari beberapa negara.. Kat M’sia parabola di haramkan yer atas sebab2 tertentu.. 


Minum Air Kencing Sendiri !!

Mungkin ada yang tak sanggup nak tengok gambar ni, tolong jangan muntah @ loya selepas baca entry ni yer.. Memang pelik seorang perempuan berumur 53 tahun minum dan mandi dengan air kencingnya sendiri sejak 4 tahun yang lepas. tabiat yang pelik ni di amalkan selepas dia  mengidap penyakit kanser. sejak tu dia banyak melakukan perkara pelik dan ini antara yang paling pelik dan tak masuk akal !! Dan dia boleh minum 5 gelas sehari air kencingnya sendiri.. Agaknya masa dia minum tu apa laa dia rasa kannn?? Bluewwwkk seriuss aku sendiri masa buat entry ni rasa nak muntaahh !!!


# entry ini di pinjam dari http://amekaw.com

Thursday, 14 June 2012

Drama Baru @Tv3 !

 
         * pelakon-pelakon 'Naziha' *
        Okey hari tu aku dah bagitahu yang Tv3 ada drama bersiri baru nak di launch.. Inilah dramanya !! Satu untuk slot Zehra berjudul  ‘ Naziha ‘ menampilkan pelakon cantik Izara Aishah , Zain Saidin , Erry Putra dan ramai lagi laa.. Dan satu lagi slot Lestary yang menggantikan drama 3 Janji ( alaa yang Lyana jasmay berlakon tu) berjudul ‘ Bukan Bidadari’ , pelakon2 nya ialah Shaarnaz Ahmad, Sara Ali, Fyza Elite, Azlee Khairi ( pelakon citer Marhabbah )  dan seorang pelakon baru Nad zainal ( serius aku tak kenal lagi pelakon ni)
* pelakon -pelakon 'Bukan Bidadari*
  So pada peminat drama melayu jangan lupa tonton drama Naziha yang akan bermula esok jam 9mlm dan drama Bukan Bidadari hari selasa depan !! Pada aku drama Naziha bakal meletup seperti drama2 lakonan Izara sebelum ni ‘ Soffiya’ ( drama yang izara jadi jahat tu ) dan ‘Vanilla Coklat’  . Sebab jalan cerita ni macam strong..  Dalam cerita ni Izara jadi mangsa dek kerana kecantikan yang di milikinya dan banyak dugaan hidup yang dia kene tempuh.. Aku rasa 1st time ko Izara dapat watak mcm ni..   So nak tahu lebih lanjut korang kene tonton laa yer ! aku gerenti ramai peminat Izara akan bertambah suka dengan minah yang cun melecun nihh…

~ Nah untuk korang yang minat Izara boleh tatap gambar dia !

            

Wednesday, 13 June 2012

Lies I Told My Parents !

Ini ada lah entry jujur !! Aku yakin korang juga pernah kann? Walaupun bohong sunat, pasti tetap ada walaupun sebesar zarah.. Jujurnya aku bukanlah anak yang baik/ skema / naïf masa kecik2 dulu apatah lagi zaman remaja menjadi2 la ‘tanduk’  kat kepala…!! Mujur parents aku cepat pindah ke sg buloh yang masa tu aku anggap ‘ulu’ .. hohoho kalau tak, mungkin aku tak menulis kat sini.. hurmmm mungkin jadi jurujual kat pasaraya, takpun waitress kat starbucks @ nak up skit kerani kat syarikat swasta…

Okey ini antara pengakuan berani aku ! #matilah 

Balik skolah lambat sebab ada kelas tambahan – Padahal pergi cyber café dok layan chatting kt channel IRC, #mamak , #kampung and ntah apa2 lagi channel.. siapa yang hidup zaman ni sure pernah addicted jugak kan?? *takyah nak sengih2*  ( masa tu Friendster, fb, my space tak wujud lagi yer adik2.. tweeter jauh skali )

Bila mak call tanya pukul berapa nak balik ? aku selamba jawab dah otw balik ni - Padahal still kat shopping mall lagi tgh minum2.. Pastu bila sampai lambat bagi alasan terlepas bas @ bas penuh tadi tak sempat nak naik. #zaman skolah bas adalah pengangkutan awam paling setia untuk aku ! ( masa ni aku form 4, handfone pertama aku pki is jenama Alcatel.. fuh ada lg ke ntah brand tu ek?)
       
      Report card tak dapat lagi !! walaupun dah nak hujung tahun tetap jawab benda yang sama tahu2 dah cuti sekolah  - Padahal amik report card sendiri pastu curi2 tiru sain bapak !! #ayooo berani mati punya budak

      Kerja rumah dah siap – Nama pun kerja rumah tapi tak pernah pun aku buat kat rumah.. Semua buat kat sekolah sebab nak tiru member sebelah yang terror math..  Dan aku sangat pantas bab2 menyalin ni yerk ! walaupun lagi 5 minit kelas nak start aku boleh copy 25 soalan selamberr ! #ko mampu??

Ada study group kat rumah kawan ! – maaaanjang study group, nak pulak dekat2 exam, padahal bukan study gossip lebih, sambil buat kuiz kat majalah REMAJA !! siap tong-tong duit dgn member sebab nak beli satu2nya majalah yang femes zaman tu..  *sekarang reporter majalah tu geng2 aku jerk*

Okey takat tu jer yang aku hengat ! (walaupun dalam list banyak sebenarnya) kalau korang cool share laa pengakuan kat coment.. #berani ker??

Tuesday, 12 June 2012

I Luv My Job !


                Wuhuuu ini adalah entry label baru berkenaan my job !! okey sebelum korang pelik apakah profession aku, better aku inform sebelum korang berteka-teki.. (eceh bajet mcm hebat jer kan..) keje aku sekarang ialah seorang writer !! yeahh writer , baru rasa gah skit compare to reporter @ journalist.. tp bukan nak story apa perbezaan writer/ reporter / journalist sebab job tasknyer tetap sama.. but please korang jangan tanyer aku writer untuk paper @ magazine mana.. itu adalah rahsia dan adalah salah untuk aku memberitahunya disini. Melanggar akta kewartawan jadinya !! #puii

              Dah almost seminggu tak menghadiri apa-apa majlis hiburan , sebab last week aku gigih berpuasa.. so petang ni saje nak menyibuk kat majlis beramah mesra bersama pelakon, untuk drama bersiri akan di tayangkan kt tv3.. Antara artis yang akan ada nanti ialah pelakon cantik manis Izara Aishah, Erry Putra, Zain Saidin ( pelakon yang tgh gossip dgn Che Ta kiter ) , kekasih Shila Hamzah , Shaarnaz Ahmad dan ramai lagi lah !  sebab petang ni ada dua buah drama yang akan di launch , so memang ramai laa kot pelakon yang akan ada..  



             Nak tahu drama apa, tunggu entry akan datang yer.. !

Episod 24 : Akur


                    Pagi ini aku ke hospital lebih awal dari biasa, jam 10am Amran akan menjalani pembedahan tulang sumsum, aku tak mahu terlewat. Biarlah aku menatap wajah Amran sebelum dia melangkah ke bilik pembedahan. Jantungku berdebar-debar semenjak malam tadi, memikirkan sebarang kemungkinan biarpun Amran acapkali menjelaskan bahawa pembedahan itu tidak berisiko tinggi.. Aku tahu penjelasan itu sekadar mahu menyedapkan hati aku.. 

                  Sesampai di kamar Amran aku lihat katil Amran kosong.. jantungku berdegup semakin laju, apakah Amran telah di masukkan ke bilik pembedahan lebih awal.. Aku cuba mencari kelibat jururawat namun tidak seorang pun kelihatan waktu itu.. Dimanakah semua jururawat ni?? Bukan kah waktu pagi begini mereka sepatutnya sibuk memeriksa pesakit.. Aku merengus berlari ke lif mahu turun ke lobi, memeriksa di kaunter pertanyaan. Sebelum pintu lif terbuka mata ku sempat meninjau sekeliling tingkat 5 itu dengan harapan terlihat kelibat ibu Amran atau jururawat. Namun kecewa apabila yang lalu hanyalah beberapa orang pesakit di situ. Pintu lif di hadapan terbuka , pantas aku melangkah dan menekan punat lobi.

                 Sebaik keluar dari pintu lobi aku terlihat kelibat ibu Amran di kaunter, serta merta hati aku di selubungi perasaan lega. Aku menghampiri ibu Amran yang kelihatan sedang berinteraksi dengan doctor. Aku berhenti lima langkah dari jarak mereka tidak mahu menganggu perbualan mereka, namun tetap  boleh didengari setiap butir perbicaraan mereka. Beberapa saat kemudian doctor berlalu meninggalkan ibu Amran yang masih tidak sedar kehadiran aku di situ. Pantas aku menyapa ibu Amran yang cantik berbaju kurung corak batik.

                 “ Aunty…” sapaku lembut sambil melemparkan senyuman .

                 “ Ehh Sara.. Baru sampai ker? “ Ibu Amran menjawab sambil menyambut tangan ku yang  menghulurkan salam. 

               “ Baru sampai Aunty.. sara dah naik atas tadi tapi tak Nampak Amran .. Dia kat mana yer aunty? “ Aku pantas menyoal tidak sabar mahu tahu kedudukan Amran sekarang. 

               “ Ooohh amran tengah buat x-ray lepas tu dia kene buat some medical check up before dia masuk operation room sayang..  Sara jangan risau ok, nanti semua dah settle aunty bagitau.. Sekarang ni nak jumpa dia pon tak boleh.."  Ibu Amran member penjelasan dengan panjang lebar, terharu apabila dia memanggil aku sayang.. Terasa seolah-olah seperti ibu ku sendiri.  Wajahnya juga cukup tenang walaupun aku tahu dia seperti aku yang risau tentang Amran.

            “ Hurmm kalau macam tu, Sara teman aunty kat sini yer.. “ Aku cuba menawarkan diri, walaupun sedikit segan sebenarnya.

             “ Eh takpela Sara.. aunty dengan uncle harini.. lagipon doctor kata operation tu mungkin dilakukan pukul 2 nanti. Silap-silap sampai malam pun belum tentu habis lagi operation tu.. kesian pulak kat Sara nak tunggu.” Ibu Amran menolak dengan lembut, barangkali tidak mahu menyusahkan aku.. 

            “ Nanti lepas semuanya settle aunty telefon Sara yer.. Sara jangalah risau sangat okey.. “ Ibu Amran memujuk ku lagi, seolah tahu aku keberatan untuk pulang. 

           “Baiklah kalau macam tu.. tapi nanti aunty sms Sara yer lepas abis operation tu nanti..” Aku akur tidak mahu membantah, nanti di anggap biadap pula.. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tunggu di hospital itu tanpa pengetahuan ibu Amran. Biarlah sampai malam mahupun sampai esok juga aku sanggup…  

                   Aku mahu menjadi antara insan terawal mengetahui keadaan Amran. Namun aku sedar ibu bapa Amran lebih risau mengenai kesihatan anak mereka, tambahan pula Amran merupakan anak tunggal. Pasti tidak tertanggung beban yang mereka tanggung sekarang memikirkan keadaan putera yang seorang itu. Aku akur, mungkin ibu Amran tidak mahu kerisauan dan kesedihannya di lihat orang lain..  


           Bersambung..............

Monday, 11 June 2012

Kenapa perempuan suka bawak BF ke majlis kahwin ??

Ada sesetengah lelaki memang tak suka pergi kenduri kahwin, nak pulak yang kahwin tu bukan kawan-kawan dorang sekadar teman kekasih hati yang tarik muncung sedepa kalau si jejaka tak nak ikut.. So kaum adam jom kita tengok alasan kenapa teman wanita korang suka ajak korang pergi kenduri kahwin !!

1- 40 % supaya tak rasa 'masih tak laku' / alone/ sebab bawa pasangan. 
     Biasa kenduri kahwin ni ibarat mcm small gathering, sebab ramai kawan2 lama akan hadir.. Dan masa tu siapa yang dah berpacaran sure heret bf masing2.. kalau sape yang datang single tu sure akan rasa mcm loser lah ! tp sape yang ada bf hot memang menunggu masa lah nak tayang bf kat kawan2.. bile lg yer takkk?? =D

2- 18 % driver untuk di bawa ke tempat kenduri tu..
Bagi yang takde transport sendiri, memang akan jadikan ini sebagai alasan kukuh ! yerlaa kalau ada bf yang ada kereta kenapa tak di gunakan khidmat dorang sebaiknya .. yer tak? lagipon kalau nak tumpang kawan2 jatuh laa air muka sebab comfirm kawan2 lain akan pergi bf masing2..

3-  12% nak introduce kekasih hati pada kawan2/ keluarga/ saudara mara
Ada juga bagi alasan untuk introduce bf pada kawan2, yerlaa selalu bila time kenduri kawan2/ sedara akan tanya ' dah ada bf ker?? ' ataupun soalan lazim 'bila turn awak pulak?' . so bile bawak bf semua orang dah sedia maklum yang kita ni in serious relationship.. so tunggu jerlaa kad jemputan nanti...


4- 10% tukang amikkan lauk / air bila tengah sedap berborak dengan kawan2..
Perempuan kalau dah jumpe geng memang rancak berborak, cerita zaman sekolah rendah pon di di gosipkan balik. So bila dah rancak borak yang jadi mangsa untuk amikkan air untuk basahkan mestila si bf tadi. Nak plak kalau kat kenduri tu ada kuih muih, memang sampai ke petang laa sakan berborak.. si bf tadi memang kene pasrah jeer leer..

5- 10% teman berbual dan melantaakkk 
Kalau tak kenal orang lain dalam kenduri tu, bf adalah penyelamat untuk tidak kelihatan sengal ! Perempuan memang takkan makan seorang diri, so sama ada di temani bf @ lebih baik tak payah datang langsung majlis tu.. dari kelihatan lonely lebih baik duduk di rumah layan cite hindustan.. 

5- 7% habiskan weekend bersama tanpa perlu abiskan duit yang banyak kat mall.
Makan free sapa tak nak kan? lepas makan kenduri boleh terus dating ke tempat lain pulak, so takyah nak pikir makan kat mana..

6- 3% Nak fulfill invitation request of ‘you & partner’.
Alasan macam ni pun ada ker?? mungkin tak nak menghampakan pihak yang menjemput paksa jugak bf teman dengan alasan : 'pegantin dah ajak u skali laah ! tak baik menghampakan...'

Sunday, 10 June 2012

Pencemaran Alam 1 Dunia !

Korang tahu tak 5 jun yang lepas adalah hari Alam Sekitar Sedunia ? Tapi tak perasan pulak ada apa-apa kempen mengenai hari alam sekitar ni kan.. Cakap banyak pon tak guna sebab isu ni semua orang pun dah sedia maklum.. So korang layan jerlaa gambar-gambar yang di ambil sempena Hari Alam Sekitar.

Pantai Sampah !! Gambar ini di ambil di Mumbai pada 5 Jun lepas sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Di Mumbai.  #Relax jer dorang jalan mcm pijak pasir putih yang lembut.. =P
 Rio Sucio atau "Sungai yang kotor," yang mana air berwarna kuning / coklat dari Volcano Irazu, bercampur dengan air yang jernih yang ditapis oleh hutan hujan tropika di Taman Negara Braullio Carrillo, 50 km (31batu) timur San Jose.
Seorang wanita membuangnya sisa ke dalam terusan di kawasan setinggan Cite de Dieu. # Eeee tengok gambar je mesti dah boleh bayangkan bau busuk terusan tu mcm mana kann..


Seorang kanak-kanak berdiri di atas buih dari sungai tercemar di terusan banjir Marunda di Jakarta pada 14 Disember, 2011.
 Pengantin dan jurugambar berjalan melepasi pembakaran Pulau Bukom, petroleum kompleks Royal Dutch Shell di luar pesisir di Singapura pada September 28, 2011. # huhuhu mesti photographer frust sebab tak dapat awan cantik dalam gambar..
 Kura-kura mati dilihat dekat tepi Tasik Xolotlan, juga dikenali sebagai Lake Managua, yang mempunyai keluasan kira-kira 1000 km persegi dan telah menerima kumbahan mentah daripada satu juta penduduk Managua sejak 1920. # kesiaannkann...??

 

Satu pandangan udara semasa lawatan 1 media oleh  minyak syarikat Diraja Belanda Shell menunjukkan 1 penapisan minyak tapak haram dengan air yang dari minyak mentah meliputi di bank sepanjang di sungai IMO, 30 km (20 batu) di barat bandar hab minyak Nigeria Port Harcourt, pada September22, 2011. Kilang penapisan haram di sepanjang sungai IMO, yang pertama kali ditemui pada tahun 2009, telah dibersihkan dalam operasi keselamatan bersama dengan kerajaan pada tahun 2010 tetapi telah muncul semula pada Januari 2011.. # Aduhh mintak-mintak tak terjadi pada sungai kita kat Malaysia... 



Ini pulak pemandagan pencemaran kat negara kita sendiri, di Bukit Sentosa Rawan.. Tak banyak beza kan?? Pendek kata pencemaran alam memang berlaku di seluruh dunia... #haihhh