Thursday, 29 March 2012

Episod 20 : Penjelasan Yang Meyiksakan !!

                Hari ke dua Amran di hospital, aku beranikan diri sekali lagi untuk menziarahi dia.. Aku harap kali ini tidak bertembung dengan wanita yang bernama Ina itu.. Jika benar dia teman wanita Amran, aku tak mahu sakiti hatinya, kerna dia pasti sudah terseksa dalam keadaan Amran yang sedang sakit..  Walaupun jauh di sudut hati, aku sebenarnya cemburu melihat dia di hospital semalam namun aku perlu terima hakikat.. Siapa pun di hati Amran sekarang aku tidak peduli, aku cuma mahu sedikit masa bersama dia, supaya dapat ku lepaskan rasa rindu terhadap lelaki yang mengajar aku erti cinta..

                Sebaik sahaja sampai di pintu bilik Amran aku perlahan-lahan menolak pintu, aku mengintai di dalam bilik,  untuk memastikan Amran tiada pelawat lain ketika ini.. Sunyi sepi ruang bilik itu buat aku masuk dengan yakin.. Amran menoleh sebaik melihat aku memasuki ruang bilik.. Aku menarik nafas lega sebaik melihat Amran dalam keadaan sedar.. Namun riak wajahnya jelas terkejut pasti dia tak menyangka kehadiran aku disini.. 

                Aku mengukir senyum, cuba berlagak tenang walaupun di dalam hati bergelora menahan pelbagai emosi..  Amran membetulkan kedudukan, jelas dia tampak resah sebaik sahaja aku duduk di sisi.. Aku meletakkan buah buahan yang ku bawa di atas meja di sisi katil.. Untuk seketika masing-masing membisu, menunggu siapa yang mahu memulakan bicara terlebih dahulu.. Entah kenapa terasa seperti ada sesuatu di anak tekak aku tiba-tiba, sehinggakan aku tak mampu menuturkan sepatah kata….  Dan akhirnya Amran mengalah, dia memecah kesunyian.. 

               
                “ Sara…”          Perlahan suara Amran memanggil nama ku,  matanya memandang tepat ke dalam mata ku.. Sungguh! Aku cair dengan pandangan Amran, lalu menundukkan wajah..

                “ Maafkan saya… “     Amran terus berbicara dan kali ini aku kuatkan diri menatap wajahnya..

                “ Kenapa awak perlu minta maaf…? Awak tak buat salah apa2 Amran… “   Aku akhirnya   bersuara, kerna tak mahu Amran terus menyalahkan dirinya.. Tapi Amran pantas memotong ayat ku…

                “ Saya salah Sara.. Saya rahsiakan penyakit saya dari awak selama ini.. Sebab saya tak nak awak tengok saya dalam keadaan macam ni.. Saya tak sanggup nak biarkan awak meratapi kematian saya nanti, sebab tu saya rela bila awak minta putus dulu.. Tapi bila saya tengok awak depan mata saya sekarang, saya tahu saya salah sebab awak tak pernah putus asa cari saya…  “                  Amran bercakap panjang lebar, dan kali ini aku terkejut saat Amran menjelaskan sebab dia berahsia  selama ini.. Itu bermakna dia dah menanggung penyakit leukemia ini sebelum kami berpisah lagi..

                “ Awak tahu tak sepanjang berpisah , hidup saya dah cukup terseksa Amran.. Dan sekarang saya semakin terseksa sebab dah bazirkan masa saya tanpa awak selama ni…” Aku tak dapat menahan emosi lagi, air mataku mengalir laju..

                “ Saya tahu awak menderita Sara, tapi saya tak tahu macam mana nak bagitahu Sara.. Saya sendiri amik masa untuk terima hakikat yang saya berpenyakit.. Lagipon….. Saya tak nak awak mengharap, sebab saya sendiri tak pasti Sara.. ” Mata Amran sudah berkaca-kaca, aku  tahu dia cuba menahan daripada menangis..

                Penjelasan dia membuatkan aku semakin terharu, tak dapat aku bayangkan saat dia sedang menerima penyakit yang menjalar di tubuhnya dan saat itulah aku meminta putus.. Pasti berat emosi yang perlu di tanggungnya ketika itu.. Perasaan bersalah semakin menebal dalam hati aku, dan sekarang aku terasa begitu bodoh dengan tindakan ku dulu.. Aku memutuskan hubungan tanpa alasan yang pasti, tanpa usul periksa…   Waktu itu aku hanya berprasangka buruk pada Amran, sehinggakan aku mengambil keputusan paling bodoh dalam hidup aku..

                “  Jadi awak sengaja menjauhi saya sejak awak tahu awak sakit..? ” Aku menyoal lagi mahukan kepastian..

                “ Sara… Saya memang tak berkesempatan nak hubungi awak.. Sebelum saya dapat tahu saya ada leukemia , saya kerap pitam.. Dan masa tu saya keluar masuk hospital buat check up.. sampai laa hari saya terima surat awak.. Tapi masa tu, saya tak salahkan awak, malah saya lega sebab saya tak perlu beritahu awak tentang penyakit ni, dan saya harap awak takkan tahu sampai bila2… Saya tak sangka awak cari saya lagi sampai sekarang… “

                Penjelasan Amran kali ni, semakin menyakitkan walaupun Amran sikit pun tak menyalahkan aku.. Namun kata-kata itu terus menambah beban di bahuku dengan perasaan bersalah yang telah sedia ada.. Amran gagal mengawal emosi, air matanya mula menitis pasti dia juga teringat kembali saat dia menerima surat dari aku itu,  yang aku kira kejam untuk seorang insan yang naif seperti Amran.. Air mataku semakin hebat mengalir, sehingga teresak-esak bagaikan tak mampu berhenti..  Amran mencapai jari jemariku, mungkin mahu menenangkan perasaanku tika ini.. Tangannya yang sejuk dan kurus menampakkan tulang yang timbul buat aku semakin pilu.. Aku rindu dengan tangan itu, tangan yang pernah meyentuh lembut pipiku, memimpin tanganku dan membelai rambutku.. Bagaikan perakam video semua memori lampau segera bermain di benakku.. Kami berdua terus di tenggelami kenangan lepas di iringi esak tangis ku yang semakin sayup….

                               Bersambung..............

Monday, 19 March 2012

5 Kekurangan Lelaki Yang Menjadi Daya Penarik

1.Kesan Luka
Mungkin  ada yang menyangka bahawa bekas luka boleh menjadi sebuah daya tarik. Namun ternyata bekas luka dianggap lambang kejantanan oleh banyak perempuan. Mereka pun ingin tahu cerita di sebalik di sebalik luka tersebut.. 

2. Si Kutu buku
 Si kutu buku mungkin dulu menjadi bulan-bulanan geng popular. Namun jangan terkejut  jika lelaki yang anda anggap kutu buku ini memiliki kekasih cantik dan super seksi. Terkadang kelakuan ‘aneh’ lelaki tersebut  dianggap unik. Setengah perempuan mungkin bosan dengan jenis laki yang ‘biasa-biasa’ saja. Dalam  memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat biasa, kini ramai perempuan yang memilih untuk bersama dengan lelaki kutu buku yang punya mimpi untuk membuat roket dengan bahan bakar air.  Dan antara alasan lain, sesetengah perempuan yang cantik ini mahukan lelaki yang bijak  bukan kacak je lebih tetapi ibarat tin kosong..

3. Peluh
Peluh berlebih pasti membuat kepercayaan diri berkurang. Namun bagi sebahagian perempuan, berpeluh membuat lelaki dilihat seksi. Apalagi peluh itu keluar saat lelaki tengah berolahraga, perempuan yang melihatnya pasti teruja. Menurut sebuah penelitian, pada saat berpeluh, lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang bisa membuat perempuan ghairah. Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh anda tidak bersih, keringat yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya di lihat seksi,  malah akan dijauhi oleh perempuan.. 

4. Uban
Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau rambut abu-abu. Kini tak perlu untuk mengcolour kan rambut anda secara rutin. Anda pasti perasan aktor Richard Gere, yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Uban memang dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan oleh sebahagian perempuan. jadi buat apa menutupinya?

5. Rabun / Kacamata
Menurut sebuah kajian di Stockholm perempuan kini lebih tertarik dengan lelaki berkacamata kerana meraka di anggap  pintar dan cerdas . Jadi bagi anda yang memiliki pengelihatan kurang baik, tak perlu ragu memakai kacamata. yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah anda. Ada juga sesetengah perempuan mengatakan lelaki yang berkacamata kelihatan lebih matang dan meyakinkan dalam hubungan..

Episod 19 : Wanita Itu

                Sebaik sahaja sampai di perkarangan hospital, langkahku laju meyaingi langkah Farid di sebelah.. Pelbagai perasaan menyelubungi perasaan aku tika ini..  Tak tahu bagaimana reaksi Amran nanti apabila melihat aku sebentar nanti, tapi kali ini aku benar-benar tidak peduli.. Aku mahu terus mahu bersama dia, biarlah dia mahu memaki hamun aku sekalipun.. Dan kali ini aku yakin Amran tak dapat melarikan diri lagi..

                Sebaik sahaja sampai di tingkat 5 hospital itu, Farid menghentikan langkah.. Dia mahu aku masuk terlebih dahulu, barangkali dia mahu aku bersendirian bersama Amran.. Farid memberitahu  nombor bilik, kemudian berlalu menunggu di lobi hospital.. Tiba-tiba jantungku kembali berdegup kencang, aku melangkah  menuju ke bilik di mana Amran di tempatkan.. Perlahan pintu bilik aku kuak, lantas memperlihatkan lelaki yang sedang bertarung dengan penyakitnya itu terbaring di atas katil.. Aku menghampiri katil dan melihat Amran masih tidak sedar.. Matanya tertutup rapat, wajahnya semakin cengkung dengan kepalanya yang sudah botak jelas menunjukkan penyakitnya semakin serius.. Aku tak dapat menahan airmataku sekali lagi daripada gugur… Berat rasanya nak melihat Amran dalam keadaan begini.. Bagaikan tak percaya melihat lelaki yang seaktif Amran terbaring lemah..

                Aku cuba menyentuh tangan Amran, terasa sungguh sejuk mungkin kerana penghawa dingin di hospital ini terlalu kuat.. Kali ini aku mengenggam jari jemarinya dengan lebih kuat, setelah sekian lama akhirnya kini Amran berada di hadapanku, walaupun bukan dalam keadaan yang aku inginkan.. Aku tatapi seluruh wajah Amran yang pucat itu, mengharapkan Amran akan membuka matanya dan tersenyum melihat aku.. Namun sudah 10 minit Amran masih belum member apa-apa reaksi.. Aku semakin pilu, airmata masih tak berhenti mengalir..
                Tiba-tiba pintu bilik di buka, aku kaget kerana berdirinya seorang wanita di pintu melihat aku..  Pantas aku menarik tangan yang sedang mengenggam tangan Amran, lalu mengesat air mata yang basah di pipi… Perempuan itu menghampiri kami, dia tersenyum lalu menghulurkan tangan memperkenalkan dirinya.. Aku seakan pernah melihat wanita ini tapi ingatanku masih kabur..
                
                “ Hi ! Saya Ina.. “

                “ Sara..”    Aku memperkenalkan namaku ringkas lalu mempelawa dia duduk di sisi Amran.. Barangkali dia saudara Amran, ataupun teman wanita Amran.. Yaa kali ini aku sudah ingat dimana aku pernah lihat wanita ini.. Dan aku yakin dia adalah teman wanita Amran, aku pernah lihat dia bersama Amran selepas aku putus dengan Amran dahulu.. Tiba-tiba aku di selubungi rasa bersalah, pasti wanita itu tak mahu aku di sini.. Aku bingkas bangun mahu meninggalkan mereka berdua, tetapi tib-tiba wanita itu bersuara..

                “ Awak mesti gf Amran kan..? ”  Soalan itu mengejutkan aku.. Aku tak mahu dia salah faham, dalam keadaan Amran begini aku tak mahu mengeruhkan hubungan mereka.. Aku mengeleng perlahan memberi maksud tidak, kemudian berlalu meninggalkan wanita itu sendirian bersama Amran..  

                              Bersambung.........

Thursday, 15 March 2012

8C-Sebab Dan Musabab Suami Benci Isteri


 C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. zaman sekarang ni ramai yang amik mudah pasal ni, walaupun sekadar berbual di lama sosial tapi tak kemungkinan lama kelamaan menjadi melarat.. So biarlah tahu membataskan pergaulan, tidak kira sama ada secara langsung atau alam maya.. Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada keluarga    mertua juga menjadi punca si suami benci…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. Fikir dahulu sebelum berkata-kata, adakah apa yang akan kita cakap menyakitkan hati sesiapa.. Kalau dulu masa bercinta, kita boleh bersopan santun kenapa setelah kawen perlu berubah..

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…


 C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.. Ataupun cerewet pantang rumah bersepah sikit, biasalah kalau ada anak kecil rumah bersepah tu adalah biasa.. Kalau tak nak bersepah hantar anak-anak balik kampung..

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. Dan satu lagi perkara apabila isteri cuai dalam menguruskan rumah tangga, contoh jika isteri terlupa tutup air ketika hendak balik ke kampung, terlupa membayar bil atau sebagainya.. walaupun itu tanggung jawab bersama, tetapi suami selalu meletakkan tanggung jawab remeh temeh itu kepada isteri..

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu... Semoga artikel memberi kita panduan yang berguna... 

Renung2kanlah dan selamat beramal ( baca dgn style profesor izzi ) …..

*sumber dari e mail dari seorang kenalan ..

Luahan Lelaki Dibenarkan Berkahwin Satu Lagi

Aku Tertarik dengan cerita nie jadi aku pun seperti biasa  share ngan korang semua. Meh  baca tak rugi kalau baca ... 

Aku  sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada aku bahawa umur aku  dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah aku  at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'Tak tahulah kalau isteri aku tu main reverse psikologi dengan aku. Tapi lepas aku berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. 

Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur aku yang dah 40+. Let's say kalau aku kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.Tentang makan minum, pakai aku, kemas rumah dan kegemaran aku, rasa nya aku tentu asyik teringatkan my first wife.Tak perlu nak ajar, aku suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju aku kena gosok cam gini, kalau aku bangun tidur aku suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.


Tak perlu aku bagitau, dia dah tahu apa aku suka. Cerita apa aku suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda aku suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, aku kan dah tua. Mesti dia kata aku ni mengada-ngada. Sure aku yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau aku tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu..Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. 


Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...

Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...Lebih haru lagi, tentu anak anak aku akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari aku, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau aku ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa aku dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.


Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, aku yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.. Mula mula kawin tentu seronok.. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak aku ....... lagi haru ....hahaha

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau aku ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru aku tu ....


Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah aku tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap aku.. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. 

Kalau nak ikut Nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. 



Apa sangatlah kita nih. Macam Nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam Nabi. Kan bagus kalau semua lelaki kat luar tu berfikiran begini… Aku harap ramai laa lelaki baca artikel ni… peace yaawww!!

Wednesday, 14 March 2012

10 Situasi Lelaki Wanita Harus Faham

Bila si dia sibuk  - Korang jangan terhegeh-hegeh suruh si dia buat sesuatu yang bukan kecemasan, contoh amik korang kat office, atau ajak belikan korang makanan atau contoh lain, jika kat rumah korang dah nampak si dia sibuk memotong rumput korang suruh pulak si dia membuang sampah.. Dorang akan fikir korang seperti seorang yang mengarah, tapi kalau time dia free suruh laa apa pon dorang  tak boleh bg alasan..

Bila si dia ego – Jangan sesekali mempersoalkan keegoannya apabila sikap ego sedang menguasai dirinya.. Lelaki amat payah nak mengakui keegoannya sebaliknya berpendapat sikap itu melambangkan ketegasan..

       Bila si dia romantik – Masa ni korang harus rebut peluang yang ada, sebab bukan senang lelaki nak ada mood romantic.. Ajak lah si dia makan malam, atau bersiar-siar di tempat kegemaran korang berdua.. Dan amik peluang untuk selit sekali perancangan masa depan bersama..  Dan masa ni korang jangan sesekali keluarkan topic yang boleh merosakkan mood si dia, pantang agi dorang..

       Bila si dia panas baran – Jangan bercakap atau membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi keadaan.. Berdiam diri dan tunggu si dia reda.. Sekiranya korang masih tak puas hati,  tunggu masa yang sesuai untuk membicarakan hal tersebut kebiasaanya  waktu sebelum tidur adalah waktu yang sesuai untuk korang memberitahu.. Tapi kena guna nada dan bahasa yang betul kalau tak pasti perang meletus lagi..

       Bila si dia penat – Jangan mengadu perkara yang remeh temeh atau memaksa  si dia membuat sesuatu.. Biasalah perempuan pada siapa lagi kalau tak mengadu pada si dia, tapi tunggu masa yang sesuai kalau tak korang ibarat menjolok sarang tebuan.. Apabila penat lelaki hanya perlukan masa untuk berehat secukupnya..

       Bila si dia mengongkong – kalau korag memberontak pasti korang teruk di marahi,tapi kalau ikutkan sahaja kehendaknya naik lemak lah nanti.. Korang perlu nyatakan kepada si dia dengan cara yang lembut apa yang korang tidak suka di kawal olehnya dan berikan keyakinan bahawa korang mampu menjaga hubungan dgn baik dan mampu membuat keputusan sendiri..

       Bila si dia selamba / jual mahal – Tarik perhatian si dia dengan sesuatu perkara yang boleh menarik minat si dia..  Orang yang selamba ni sebenarnya mahu kita memulakan dahulu kerna berasakan dia perlu di beri perhatian.. Biasanya lelaki macam ni perasan bagus / hensem.. Ooopss!

       Bila si dia curang – Jangan terus melenting dan menuduh tanpa bukti.. Cuba kawal perasaan korang, dan tanya  secara professional.. Masing-masing perlu bersikap terbuka dalam keadaan begini, tanya kenapa si dia berlaku curang.. kenal pasti kelemahan masing-masing jika  perhubungan itu tak dapat di perbaiki buat apa nak tunggu lagi.. Perempuan perlu ada rasa harga diri yang tinggi, jangan membuang masa dengan lelaki yg begini..Yeahh go ladies !!

       Bila si dia lurus bendul – Memang korang boleh amik kesempatan ke atasnya tapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya.. Semua orang pasti ada kelebihan, cuba yakinkan si dia dengan kelebihannya yang dia ada, pasti dia akan berasa sedikit bangga dengan korang kerana memandang tinggi pada si dia.. Korang juga patut menjadi perangsang kepada si dia supaya dia lebih yakin dengan orang lain juga..

      
       Bila si dia menonton tv – Apabila si dia sedang menonton bola atau apa-apa rancangan kegemaran si dia, korang jangan sesekali menukar ke rancangan lain atau komplen mengenai program tv tersebut.. Ini boleh menimbulkan rasa tak senang atau memikirkan korang tak memahami si dia.. Korang jangan marah pulak kalau si dia mengambil alternatif menonton di luar bersama kawan2 ..  Musim bola nak dekat ni, so banyak bersabar yer korang ! =)

Episod 18 : Gelisah

                     Keesokkan petang aku datang lagi ke padang bola, aku tak mahu berputus asa.. Kali ini biarlah aku merayu dan melutut di hadapan Amran asalkan dia mahu menerima aku kembali.. Setelah setengah jam berlalu, dan semua teman-teman Amran yang lain juga sudah mula bermain di atas padang namun bayang Amran masih tak kelihatan.. Apakah Amran  telah nampak aku berada disini kemudian pergi, masih mahu menghindarkan diri dari aku.. Aku benar-benar tidak faham kenapa hati Amran sekeras itu..  Aku pantas menyeluk poket dari bag galas yang tersandang dibahu lalu mengambil telefon bimbit.. Aku mendail nombor Farid, mengharap dia tahu di mana Amran berada… Deringan telefon tidak berjawab walaupun dah berkali aku dail.. Mati kutu aku dibuatnya, dimana aku harus cari Amran…

                 Malam itu aku tidak senang duduk, telefon bimbit aku tidak lekang dari tangan.. Farid masih tidak menjawab panggilan mahupun sms dari petang tadi, ini membuatkan hati aku makin gusar.. Apakah telah berlaku sesuatu yang buruk pada Amran.. Jika tidak masakan Farid juga membisu seperti ini.. Atau Farid juga telah di marahi Amran kerana memberitahu aku tentang penyakitnya itu..  Aghh kenapa Amran perlu memarahi Farid , aku juga berhak untuk tahu.. Dalam kerisauan aku memikirkan tentang Amran akhirnya aku terlelap juga dengan telefon masih di tangan.. 

          
                Esoknya aku bangun lebih awal dari biasa, selepas menunaikan solat subuh aku sempat berdoa buat Amran semoga penyakitnya semakin sembuh.. Hanya itu yang mampu aku lakukan saat ini memandangkan Amran masih mahu menjauhi aku.. Selepas bersarapan aku masih cuba mendail nombor Farid, dan selepas beberapa deringan akhirnya panggilan ku di sambut juga.. Aku menarik nafas lega setelah mendengar suara Farid di hujung corong..

“ Farid… sorry kacau u pagi2 ni.. U kat mana? “

“ Its ok Sara.. I kat rumah.. Sorry malam tadi I pergi tengok bola and fon tertinggal kat rumah.. I tengok banyak miscalled from u..”                     Farid menjelaskan dengan panjang lebar walaupun belum aku minta..

“ Farid.. Amran tak dtg padang semalam.. Kelmarin I ada tegur dia kat padang, tapi dia still marah kat i.. U tau tak dia kat mana skrg..? Dia OK ker..? “     Giliran aku pula bercerita panjang lebar..

“ I tak tau pulak.. Takpe nanti I tanyer kan mama dia ok.. U jangan risau.. mungkin dia tak bersedia nak jumpa u lagi sekarang.. “     Farid cuba menenangkan hati aku…

“ Plss Farid tolong pujuk Amran.. I nak sangat luangkan masa dgn dia.. “  Aku tahu Farid boleh membantu aku.. Dia saja harapan aku sekarang… 

“  Okey Sara nanti I bagitau kalau ada apa-apa news pasal Amran..”  Farid mengakhiri perbualan pagi itu..

              Dan pagi itu hati aku betul-betul tidak sedap, apa yang aku buat bagaikan tidak kena.. Aku cuba membantu ibu di dapur tetapi tak sampai 15 minit aku di halau ke ruang tamu kerana kata ibu aku hanya mengelamun.. Akhirnya aku hanya terbaring di atas sofa menonton tv yang entah siaran apa di mainkan aku sendiri tak amik peduli, fikiran ku jauh melayang memikirkan Amran lagi.. Kemana saja hanya lelaki itu aku fikirkan… 

              Teringat akan kata-kata Amran petang semalam, bahawa cinta kami adalah cinta monyet..  Tak dinafikan dalam usia yang muda seperti aku ini, layak sahaja cinta kami di gelar Cinta Monyet.. Tetapi jika benar kenapa aku seteruk ini, hidup aku di bayangi kenangan aku dan Amran walaupun telah berpisah lebih setahun.. Apakah mungkin ini di katakan cinta aku terhadap Amran adalah Cinta pandang pertama..?? Dan orang kata cinta pandang pertama sukar untuk di lupakan.. Apakah benar..??  Hanya orang yang pernah melalui seperti aku sahaja bisa menafsirkan…

            Lamunan ku terhenti apabila mendengar satu pesanan ringkas telah masuk di telefon bimbit.. Aku  mencapai telefon di atas meja  tepi sofa, lantas menekan punat untuk membaca pesanan yang baru diterima..

“ Sara… Amran kat hospital dia pengsan malam tadi..
Kalau u nak jumpa dia I amik u petang nanti..”

             Serta merta jantungku ibarat berkecai selepas membaca sms dari Farid, telefon di tangan juga hampir terlepas dari tanganku.. Aku bingkas bangun lalu mendail nombor Farid, aku mahu tahu dengan lebih jelas berita yang baru aku terima itu.. Beberapa kali mencuba Farid masih tak menjawab, mungkin dia sedang  memandu atau mungkin dia telah berada di hospital.. Ahh pelbagai kemungkinan menerjah di kepala ku sekarang.. Aku pantas membalas pesanan Farid , mahu dia menjemputku secepat mungkin.. Aku semakin gelisah tak sanggup menunggu hari petang, tapi aku tahu buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa supaya tidak ada sesuatu yang lebih buruk berlaku pada Amran.. 

                                Bersambung....

10 Cara Lelaki Perlu Lakukan Ketika Pasangan Shopping

                     Siapa yang tak suke shopping, kalau time banyak duit macam-macam benda yang kita nak beli.. Dan biasanya shopping memang di kaitkan dengan perempuan.. Kenapa?? Kadang2 benda yang kite beli tu dah ada pon kat rumah, contoh mcm seluar jeans, kita dah ada berpasang2 kat rumah tapi bile Nampak ada new collection ataupun kalernya berbeza sedkit dah mendorong kita nak beli satu lagi.. 


                    Tapi kalau time SALE lagi laa galak kiter nak shopping, 1 hari belum tentu cukup kita nak tawaf smua kedai.. Rasa kebanyakkan perempuan mmg mcm ni kot..( tak terkecuali aku) Dan ada masanya kalau time poket tengah kering, window shopping pond ah cukup bagi perempuan, janji dapat cuci mata..  Dan mungkin juga sesetengah perempuan jadikan aktiviti shopping sebagai satu cara untuk release tension, sedih atau marah.. Kaum lelaki tak payah tanya bagaimana shopping boleh release kan semua benda tu, sebab ia hanya berkesan pada kaum perempuan sahaja..

                
                    Lelaki dan perempuan memang sangat berbeza apabila bercakap tentang pemilihan barang sewaktu shopping.. Orang perempuan kalau membeli kerongsang pun dah ambil masa 30 minit - 1 jam untuk membuat keputusan beli. Itu kalau beli , klu tak beli mmg sakit hati !! Bukan apa dalam otak pikir sesuai tak dengan kebaya yang  baru beli tu.... match tak dengan warna tudung ... ada tak sesiapa kat office ada kerongsang yg sama .... harga yang ni sama tak dengan yang terdapat di kedai sebelah ... kalau pakai ni nampak pelik tak .... macam2 laahh !!


                    Lain sangat dengan orang lelaki. Contoh: beli butang baju melayu. Itu pun kerana terlanggar semasa nak ke masjid, terus tanya harga...dan terus bayar. Tak sampai 2 minit. Langsung tidak terfikir sesuai tak dengan warna baju dan sebagainya.. Ada lelaki tu pergi solat raya dengan memakai baju warna biru.. tetapi warna butangnya ada warna merah, emas dan ada yang dah terkeluar batu .. takde hal punn!! Asalkan ada butang sudaaaah laa. Itu orang lelaki. Kalau isterinya nampak , pasti perang sakan di pagi raya sebab suami pakai butang tak matching dengan baju... Ayoooo ! 

                Perbezaan inilah yang menyebabkan salah satu punca konflik di antara suami isteri terutama sekali time pergi shopping lerr. Isteri nak waktu yang lama, panjat kedai sana panjat kedai sini untuk pilih satu kain..Suami nak cepat sebab dah tak tahan tengok cara isteri memilih barang... Akhirnya buat keputusan bawa anak lari ke restoren. LEGAAA.. 


                Boleh baca paper ! itupun klu anak2 tu tak nakal dan buas nak merayaulahh. Tapi tu tak habis lagi okeyy... Dah sampai kat rumah, lain pulak ceritanyaaa....  isteri mengadu barangan yang dibeli tersilap..  Dahla berjam-jam pilih barang.. tiba di rumah ada juga yang tersilap.... . suami mana tak melenting. Itu adalah tabii ciri-ciri wanita yang diciptakan oleh Allah. Bukan sesuatu kelemahan. Oleh itu, untuk memastikan peristiwa di atas ini tidak berulang, eloklah suami / bf menggunakan tips ini. Paling kurang, tidaklah terlepas pahala puasa kita kerana asyik geram marah pada isteri.


-  Pasang niat awal2 dari rumah korang mahu menghiburkan isteri/ gf.. fikirkan perkara yang telah memenatkan dia seharian di rumah atau tempat kerja.. dan ini adalah salah satu cara untuk perempuan gembira.. Niatnya ialah : Sahaja aku teman isteri/gf bershopping ikhlas seikhlas2nyaaaa' !!! #mampokahh???? 

-  Sewaktu dalam kereta tanya pasangan korang, barang apa yang hendak di beli.. so korang boleh sama2 mencari dan memilih kedai yang sesuai.. Ini boleh menjimatkan masa daripada si dia masuk ke semua kedai walaupun yang tak berkaitan.. 

-    Apabila sampai di kedai, tolonglah pasangan membuat pilihan jangan korang hanya tercegat atau duduk menunggu.. Beri pendapat jujur kepada si dia supaya dia tahu apa yang korang suka dan tak suka.. Ini juga dapat menjimatkan masa dari menunggu si dia mencuba semua baju di dalam butik..  Dan apabila memberi pendapat jangan hanya berkata “ OK ” ataupun “CANTIK ” kemudian senyap.. Nampak sangat korang tak ikhlas, bagilahh sedikit pujian tapi jangan tak cantik pon korang puji.. 

-    Korang boleh meminta jurujual di butik membantu pasangan mencari atau memilih barang yang di perlukan.. Ini boleh menjimatkan masa dari menunggu si dia mencari size atau barang yang di inginkan sendiri.. ataupun korang sendiri jer yg tlg si dia carikan size.. terserlah ciri2 lelaki budiman gitewww

-    Kalau dia meminta pandangan jangan terus membelek harga pada barang tersebut..Beri pendapat dahulu kemudian baru korang minta si dia fikirkan harga adakah berbaloi barang tersebut dgn harga yang mahal.. Kerana bagi perempuan harga adalah perkara terakhir yang akan di timbangkan sewaktu membeli sesuatu barang.. Perempuan sanggup berhabisan duit gaji sekalipun asalkan dapat barang yang di idamkan.. Ingat tuuu !!! 

-    Apabila pasangan sdg mencuba baju di dalam fitting room, tunggu di hadapan pintu supaya korang dapat melihat sendiri dan memberi pendapat terakhir sebelum si dia membuat keputusan untuk membeli.. Ini tak, ada lelaki yang hilang entah kemana sebaik je isteri/gf masuk ke dalam fitting room.. Dan bila time membayar korang terkejut si dia membeli pilhan yang lain..

-    Jadilah seorang lelaki yang gentleman, bawakan paper bag barang yang telah dibeli.. Dengan cara ini perempuan akan berasa korang happy dan caring sewaktu menemani si dia shopping..   

-    Ajak dia menikmati lunch, dinner or hi tea ke restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan tenang.. (tak semestinya yg mahal) Dengan cara ini jer korang boleh mengurangkan masa dan duit si dia untuk lebih bershopping.. Masa ni borak dgn topik2 yang menarik supaya si dia tak bosan dan terfikir untuk bershopping lagi..  dan kebiasaanya perempuan bila dah kenyang mereka akan kurang nafsu untuk bershopping..

-    Ataupun ajak si dia menonton wayang, cerita yang dia suka spt filem romantic komedi.. Pasti dia akan berasa selesa menonton bersama korang dan cara ini juga sebenarnya dapat menghilangkan rasa tension.. lagipon cara ni boleh kurang kan masa si dia masuk2 butik2 yg ada kt dalam mall tuu 

- Apabila sampai di rumah pasti perempuan akan mencuba sekali lagi barangan yang dibeli, dan pasti korang juga sudah penat untuk melihat.. Tapi cuba lah luangkan 5 minit untuk melihat dan beri pujian bahawa pilihannya adalah tepat..


Haaaa mampu kerrr kaum Adam nak buat semua tips di atas?? Tak dapat buat semua buat 2,3 pun jadi laa yerkkk ! #kerana diriku begitu beharga !! 

Tuesday, 13 March 2012

Episod 17 : Berlalu Pergi

              Aku nekad petang ini aku mahu berdepan dengan Amran, aku mahu menebus kesalahan yang lepas.. Aku mahu mengharungi bersama Amran ketika dia sedang melalui hari-hari sukar tika ini.. Dan kali ini, aku ke padang bola sendirian tanpa di temani Farid.. Dan seperti semalam aku hanya menonton dari hujung padang sementara menunggu permainan tamat..  Aku mahu mengumpul kekuatan supaya aku tidak nampak lemah di hadapan Amran, walaupun aku tahu Amran jauh lebih kuat dari aku saat ini..

                Sedang aku merenung Amran di atas padang, tiba-tiba aku terkejut melihat Amran yang sedang berlari mengejar bola terhenti , apabila topi yang dipakai jatuh ke atas padang, lalu menampakkan kepalanya yang hampir botak..  Benarlah artikel yang aku baca malam tadi, penyakit itu akan menyebabkan rambut pesakit gugur dan lama kelamaan menjadi botak.. Amran memakai semula topi yang jatuh lalu berjalan ke tepi padang.. Hati aku tersentak melihat situasi itu.. Air mataku jatuh berjurai tanpa disedari, terasa mahu saja aku berlari ke arah Amran dan memeluk lelaki yang sangat aku cinta itu..

                Hampir 10mnit Amran di tepi padang, namun dia masih tersenyum melihat permainan di atas padang.. Aku beranikan diri untuk mendekati dia, aku tak mahu berlengah lagi.. Aku tahu masa aku semakin suntuk, aku tak mahu menyesal kali kedua… Perlahan aku melangkah ke arah Amran, dia masih tak perasan kehadiran aku, mungkin dia tak menjangkakan kehadiran aku disini..  Dan akhirnya aku berdiri lima tapak dari tempat dimana Amran duduk..

“ Amran…..”        Aku menegur perlahan, cuba mengawal sebak di dada.. Amran menoleh dan jangkaan ku benar dia terkejut saat melihat aku..

“ Sara…? “       Amran bingkas bangun..

“ Awak buat apa kat sini Sara..? “    Amran menyoal kali ini suaranya seakan berbisik, mungkin cuba mengawal perasaannya juga..

“ Saya nak jumpa awak Amran.. Saya terlalu rindukan awak….”     Suaraku seakan merintih, air mata sudah bergenang, mujur  aku memakai cermin mata hitam jika tidak pasti Amran dapat melihat mataku yang semakin sepet ini..

“ Sara… kan saya dah cakap awak kene belajar lupakan saya..”    Kali ini suara Amran sedikit tegas dan meyambung.. 

“  Kenapa awak jadi sampai macam ni, cinta kita cuma cinta monyet.. kenapa awak perlu rindukan saya lagi…? “      Nada Amran semakin keras, kemudian berlalu meninggalkan aku..  Aku betu2 terkedu, tidak tahu mengapa Amran perlu marah sebegitu.. Aku mengejar dari belakang tak mahu mengalah..

“ Kenapa awak nak lari dari saya Amran..? Kalau betul pun awak nak hukum saya tapi kenapa nak rahsiakan dari saya..? “
Amran berhenti lalu memandang tajam ke arahku.. Suasana tiba-tiba menjadi sunyi seakan hanya aku dan Amran sahaja berada disitu..

“ Amran.. tolonglah jangan jauhkan diri dari saya.. kalaupun betul dah takde rasa cinta dalam diri awak, anggaplah saya sebagai seorang kawan..”       Aku merayu lagi, kali ini aku tak mampu menahan air mata lagi.. Aku tak sekuat Amran yang masih merenung aku.. Amran seakan mahu membicarakan sesuatu, tetapi sesaat selepas itu dia tetap melangkah meninggalkan aku yang masih mengharap dia akan menoleh semula.. Aku pasrah, mungkin ini bukan masa yang sesuai… 

              Bersambung............

Sunday, 11 March 2012

Episod 16 : Memandang Dari Jauh

                       Aku tidak sedar jam berapa aku terlelap malam tadi, yang pasti aku tidur dalam tangisan.. Pagi tadi  aku bangun dengan mata yang sembab, barangkali tidak cukup tidur ataupun kerana terlalu lama menangis.. Aku  melihat jam di tangan , jarum menunjukkan pukul 5 petang, namun kelibat Farid masih juga tidak muncul.. Dia sudah berjanji mahu menjemputku di rumah dan membawa aku ke tempat di mana Amran selalu berada pada waktu petang begini…   Sejak pagi tadi aku gelisah tidak sabar menunggu petang, waalupun aku tak pasti apakah aku cukup bersedia untuk bertemu Amran nanti..  Akhirnya sebuah kereta proton satria masuk ke perkarangan rumah, aku bingkas bangun dari bangku kayu yang terletak di hadapan halaman rumah ..

                   Sepanjang perjalanan aku hanya membisukan diri,  seperti di pukau, aku tak mampu berkata apa-apa walaupun Farid cuba untuk berbual..  Fikiran dan hati ku tak tenang, sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika itu.. Aku cuba untuk berlagak tenang, namun air muka aku tak mampu sorokkan kegelisahan yang bersarang semenjak malam tadi..  Setelah 30 minit memandu, akhirnya Farid memberhentikan kereta di hujung penjuru sebuah padang bola..  Aku memerhatikan sekeliling , kemudian menoleh kepada Farid..

“ Kenapa u bawak I kesini…? “  Aku menyoal seperti anak kecil…

“ Tu… dia yang bertopi tu… ”     Farid memuncungkan bibirnya ke arah beberapa pemuda di atas padang bola yang, dan hanya seorang sahaja bertopi .. Aku memandang ke arah pemuda yang dimaksudkan..

“ Sara.. u tau kan Amran suka main bola.. walaupun keadaan dia tengah teruk sekarang tapi tiap-tiap hari dia akan datang ke sini.. Kalau tak bermain, dia akan duduk jadi penonton.. I pon tak faham dia tu.. “     Farid menjelaskan dan sekali lagi aku terkejut mendengar penjelasan Farid.. Sekuat itu Amran menghadapi penyakitnya, sedangkan aku semakin lemah melihat dia di atas padang sana…

                Aku meminta Farid meninggalkan aku sendirian di hujung padang… Aku meyarung cermin mata gelap ku untuk menutupi mata yang semakin sembab dan juga supaya Amran tidak perasan kehadiran aku di sini.. Aku belum kuat untuk berhadapan dengan lelaki itu, lelaki yang semakin aku kagum kerana ketabahannya..

                Di atas padang Amran sedang melakukan aktiviti memanaskan badan, dia memakai topi dan dari jauh aku dapat lihat tubuhnya yang semakin mengecil.. Aku hampir tidak mengenalinya pada mula, tapi apabila Farid memberitahu lelaki yang bertopi itu adalah Amran aku mula percaya Amran betul-betul sedang sakit sekarang… ahhh aku semakin lemah memikirkan itu.. Aku hampir jatuh apabila memikirkan tentang penyakit yang sedang ditanggung Amran.. Dan akhirnya aku rebahkan juga punggungku di atas rumput hijau itu..



                  Bersambung.... 

Thursday, 8 March 2012

Episod 15 : Penyesalan

              Malam itu mata aku tidak mahu lelap walaupun jam sudah menunjukkan hampir jam 3pagi..  Sampai sahaja dirumah jam 8 tadi, aku terus berkurung di dalam bilik dan masih melekat di atas katil sehingga kini.. Niatku untuk mencari jawapan mengenai penyakit Amran juga terbantut..   Aku seakan hanyut selepas perbualan dengan Farid petang tadi, hilang segala tenaga dan semangat aku selepas menerima khabar mengenai lelaki yang sangat aku cintai.. Dan sehingga saat ini, aku masih cuba untuk menafikan  segala yang Farid sampaikan tadi..  Aku cuba untuk tidur dan berharap  semua ini mimpi apabila aku sedar, namun kata-kata Farid masih menganggu fikiran..

“ Sara… Serius, I tak tahu kenapa Amran nak rahsiakan perkara ni pada u.. Tapi I rasa dia mesti ada alasan kenapa dia tak nak u tau..”      Farid akhirnya memulakan bicara, setelah kami melabuhkan punggung di bangku.. Aku masih diam, sabar menunggu butir selanjutnya dari Farid.. Jantungku masih berdegup laju..

“  I tak nak menyesal sebab I tak bagitahu u benda ni.. Sebab I tahu Amran memang sayangkan u… “     Farid masih menyusun kata.. Aku semakin tidak sabar..

“ Farid plssss straight forward.. tell me the truth.. “ Aku mula merayu, aku tak mahu lagi bermain silang kata..

“ Ok..ok.. Hurrmmm… Macam ni, sebenarnya Amran menghidap penyakit leukemia Sara… “       Farid mengalah, perlahan suara Farid saat menuturkan ayat itu, namun cukup jelas untuk di dengari oleh aku dan juga Fara… Aku terkesima tak mampu memberi apa-apa reaksi.. Aku cuba menidakkan apa yang baru sahaja aku dengar..

“ U bergurau yer Farid… ?? “       Aku menyoal mengharap farid akan tergelak dan memberitahu itu adalah satu gurauan.. tetapi wajah Farid yang serius dan kemudian mengeleng tanda dia tidak bergurau benar-benar buat jantungku luluh.. Walaupun penyakit yang disebut oleh Farid itu masih kabur pada aku, tetapi aku yakin pasti ia satu penyakit yang serius.. Jika tidak Farid tak akan seserius ini...   Kelopak mata ku mula bergenang, Fara di sebelah mengenggam erat tangganku seakan cuba menyalurkan  kekuatannya pada aku..   

“ Sara.. I harap u boleh beri dia semangat untuk lawan penyakit dia..”     Kata-kata terakhir Farid seakan menaruh harapan pada aku agar dapat membantu Amran ketika ini.. Jika tidak di suruh oleh Farid sekalipun aku pasti akan bersama Amran di saat ini.. 

                Fikiran ku masih berputar ligat mengenang kembali saat-saat indah bersama Amran, seakan video rakaman yang tiada kesudahannya..  Airmataku juga tak berhenti mengalir, menangisi kesilapan yang telah aku lakukan terhadap Amran dahulu..  Sesekali aku menyumpah diriku sendiri kerna pernah menyakiti hati lelaki yang aku cinta sepenuh hati itu.. Sungguh aku menyesal, tapi apa ertinya penyesalan ku itu sekarang, aku tahu ia tak mampu mengubah apa-apa sekarang..  Aku cuma berharap masih sempat untuk menebus kesalahan yang lepas.. 

                        Bersambung.... 

Wednesday, 7 March 2012

Episod 14 : Cuti Semester

                Selepas pertemuan yang menyakitkan hati itu, aku tidak lagi cuba menghubungi Amran.. Bagaikan luluh hati aku apabila Amran mengatakan dia tidak mahu bertemu aku lagi.. Begitu benci dia terhadap aku sehingga tergamak dia menghukum aku sebegini.. Besar sangatkah apa yang telah aku lakukan.. Mungkin sangkaan ku benar selama ini, Amran telah menemui pegantiku..  Aku harus  belajar melupakan dia walaupun  aku tahu itu tidak mungkin sama sekali berlaku dalam sekelip mata.. Namun aku tekad untuk terus kuat, lalu ku capai telefon bimbit ku dan mencari nombor Amran dan pantas memadam nombornya supaya aku tidak bisa lagi cuba menghubunginya selepas ini.. Aku yakin itu adalah langkah pertama yang perlu aku ambil..


******************************************************************************************************
        Setelah 6 bulan , akhirnya aku berjaya menamatkan satu semester ..  Dan selepas ini semua mahasiswa dan mahasiswi akan bercuti selama dua bulan sebelum memulakan sesi baru.. Aku tak sabar hendak pulang ke Kuala Lumpur.. walaupun aku tahu cuti semester ini pasti aku akan kebosanan duduk di rumah tapi setelah belajar dan memerah otak ketika final exam yang lepas aku mahu berehat sepuasnya..
                Seminggu di rumah tanpa membuat apa2 betul-betul membuatkan aku mati kutu.. Kawan-kawan sekolah ramai yang mengambil keputusan untuk bekerja sambilan sempena cuti panjang.. Ayah pula tidak mengizikan aku bekerja bimbang aku akan hilang minat untuk belajar.. Pelik sungguh pemikiran ayahku seorang tu, tak seperti sesetengah ibu bapa yang suka anak2 mereka belajar hidup berdikari.. Oleh demikian aku hanya terfikirkan adikku Fara untuk di ajak teman berjalan-jalan, dan petang itu kami merancang untuk ke Sunway Pyramid menonton wayang sambil window shopping..
                Suasana di shopping complex pada hari sabtu itu sarat dengan remaja.. Aku sendiri berasa rimas melihat keadaan bersesak-sesak di pintu utama dengan remaja yang melepak.. Dalam fikiran terdetik, begitulah aku sewaktu zaman persekolahan melepak hanya berbual kosong.. Aku hanya tergelak kecil mengenangkan zaman itu walaupun tidak sampai setahun aku zaman persekolahan ku berlalu..
                Memandangkan showtime untuk menonton lagi satu jam, aku dan fara mengambil keputusan untuk mengisi perut yang sedang lapar dahulu.. Dan ketika kami sedang  menuju ke restoran makanan segera sahaja  tiba-tiba mata ku terlihat kelibat lelaki yang pernah menjadi kekasih sahabat ku Lynn..  Farid !! Aku cuba memerhatikan dengan lebih jelas, supaya aku tidak tersilap orang.. Dan kali ini mata aku benar-benar yakin, lelaki itu adalah Farid sepupu Amran.. Aku segera menarik lengan fara ke arah Farid yang sedang leka di salah sebuah kedai kasut..Aku menegur Farid, sebaik sahaja aku menghampiri  dia yang masih tak perasan kehadiran aku..

“ Farid ! ..” farid pantas menoleh kemudian merenung aku sambil mengerutkan dahinya..

“ Ehh Sara kan..?” Farid pantas mengecam aku..

“ Lama tak jumpa u.. Sihat nampak..” aku cuba bersahaja, semenjak Farid berpisah dengan Lynn aku jga tidak pernah tahu khabar Farid..
   
“ OK !! I dengar u further study skrg.. so how’s life??” Farid cube memulakan perbualan..

“ Biasa jer.. Ehh btw ni sister I, Fara..” Aku hampir terlupa untuk perkenalkan adikku yang tercongok berdiri di sebelah..

“Ohh I tak tau u ada adik perempuan.. Cantik plak tuhh..”  Farid menghulurkan salam sambil memperkenalkan diri pada Fara ..

“ Okey sudah ! “ Aku cuba mematikan sengih Farid yang sudah sampai ke telinga itu sambil mata tak berhenti memandang Fara.. Aku 
tahu Farid memang suka mengusik tapi kalau di layan boleh menjadi nanti..

“ Hahaha relaks laa Sara, I tak kacau pon adik u.. Eh btw u ada melawat Amran ker..? “ Farid melontarkan soalan padu.. Aku seakan terkedu apabila mendengar ayat ‘melawat’..

“ Melawat..??? Maksud u..?? “    Aku mahukan kepastian..

“ Seriouss??? Takkan u tak tahu keadaan Amran Sara..?? “ Kali ini giliran Farid memberi reaksi terkejut..

“ I tak tahu apa-apa.. I ada jumpa dia 3 bulan lepas tapi dia takde cakap apa2 pon..”   Aku masih keliru…

                Akhirnya Farid mengajak aku dan Fara ke tempat yang lebih selesa untuk memberitahu sesuatu tentang Amran.. Dan ketika melangkah jantungku berdegup laju, tidak sabar ingin tahu apakah yang akan di sampaikan oleh Farid nanti.. Hati aku berasa tidak sedap, dari riak wajah Farid aku tahu ada sesuatu yang serius bakal di ucapkannya nanti.. Jauh di sudut hati aku berharap bukan sesuatu yang buruk telah menimpa Amran..

                                     Bersambung......

Tuesday, 6 March 2012

Taubat seorang pondan

Ceritanya adalah berkisar kepada kisah Ayu.( nama sebenarnya Hamdan ). Ayu adalah seorang mak nyah ataupun Pondan maupun Ponen bahkan juga suatu masa dulu lebih dikenali sebagai Bapok yang berkerja di sebuah syarikat swasta (nama dirahsiakan) diibu negara sebagai Operator cum penyambut tetamu.

Semasa Ayu mula menjejakkan kakinya di KL, beliau tinggal bersama teman sekampungnya yang bernama Ayob di Hulu Klang. Namun, apabila Hamdan.. oopssss ... Ayu mula menukar selera dan cara hidupnya akibat terlalu taksub dengan 
gaya kehidupan kota metropolitan yang cukup mencabar lantaran memilih cara pemakainnnya menjadi seorang 'wanita'.
Penampilan baru nya cukup disenangi oleh mata-mata gatal jantan-jantan miang kota raya. Sekali pandang keayuannya memang terserlah lengguk langkahnya boleh membuat yang lumpuh pun bangun berlari apatah lagi kalau skirt pendeknya kegemarannya terselak bak tiupan angin ganas kenderaan yang sentiasa mundar mandir macam-macam ada. Pak Abu pun boleh simpan ketayap dalam poket dulu. Keterampilan ini pun kadang-kadang membuatkan Ayob yang memang telah mahir dengan asal usul Ayu pun tak tertahan takut-takut ada yang patah katil bujang nanti sabun pulak jangan cerita lah sejak-sejak kebelakangan ni, asyik kehabisan stok saja. Demi keselamatan dan menjaga maruah dan nama baik kampong mereka Ayu telah berpindah keluar dari rumah sewanya tak sama line lah braderrrr.

Hari demi hari berlalu dengan pantas kehidupan kotaraya makin mencabar kelibat Ayu sudah lama tidak kelihatan. kes jenayah makin menjadi-jadi rogol, ragut, bunuh secara sengaja, tidak sengaja maupun tanpa disedari, buat dan buang anak. Kadang-kadang tertanya-tanya juga Ayob akan nasib rakan sekampong nya yang telah vogue gitu ... Di pendekkan cerita yang makin memanjang, satu hari ketika Ayob berada di rumahnya sedang menonton Akademi Fantasia tiba -tiba kedengaran satu ketukan di pintu rumahnya. Bila Ayob buka pintu... dilihat didepannya seorang wanita cantik lagi Ayu ... dengan skirt pendeknya.. dan rambut al-ala Nora Danish..Ayu menyapa Ayob. Hampir tak kenal Ayob bahawa di depannya itu sebenarnya akan kawannya si Hamdan ..(Ayu..le) disebabkan ke'Ayu"an. Di panjangkan cerita..Ayu pun masuk ke rumah sambil menangis tersedu-sedu sambil memeluk Ayob. Ayob yang terkedu dan gabrah cepat-cepat menutup pintu kerana takut-takut diintai oleh pasukan 999 TV3 maupun Edisi Siasat NTV7. Kelembutan Ayu membuatkan Ayob berasa sesuatu yang telah mula bergerak ... namun Ayob masih maintain machonya

Ayob : Pasai apa hang dok teriak nie.. .

Ayu : Yob, aku menyesai dah la nie. Aku sebenagnya nak bertaubat.. Aku tak mau dah nak pakai baju seksi-seksi lagi. Aku insaf ... insaf ... TAUBATTTTT ... aku tak mau nama dan gambag aku keluag masuk TV ataupun sorathabag macam dot dot dot tu ... . isk isk isk huaaaaaa ... .

Ayob : Baguihla kalu macam tu Dan (nama timangan Hamdan semasa mereka di kampong) Aku pun selalu juga dok doa kut hang balik ke pangkal jalan. hamdulillah ...

Ayu : Betoi lah Yob ... hang sorang lah kawan aku dunia dan akhirat ... .. Mulai minggu depan ... Yob aku akan berazam untuk berubah ... kali ni habis-habisan. Aku akan ... pakai tudung dengan baju kurung
ala-ala Waheeda gitu.. takmau dah dedah aurat. What do u thing Ayob ?

Ayob : #$5@* !!! Astagfirullah. .. ... ..( Ingat taubat betoi-betoi )

Sunday, 4 March 2012

Rahsia Turutan Pasangan Dalam Keluarga

ORANG tua dulu2 memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Sebelum mereka memilih pasangan hidup, mereka pasti mahu mengetahui sifat ataupun cirri peribadi calon itu terlebih dahulu.. Dan salah satu cara bagi orang2 dahulu untuk mengetahui sifat seseorang adalah melalui turutan pasangan tersebut  dalam keluarga / adik beradik..

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku  seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Ini kerana turutan kelahiran dan cara mereka dibesarkan bisa membentuk perilaku seseorang itu.. Contoh seperti anak sulung yang mempunyai ramai adik beradik, pasti dorang sudah terdidik untuk lebih bersikap memimpin, bertolak ansur dan tegas.. Manakala anak bongsu pula bersikap manja, dan sentiasa mahukan perhatian daripada orang sekelilingnya..


Maka itulah ada yang  amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan  anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala. 

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian. Ooopss betul ker?? Siapa setuju ketuk meja satu kali !! =)
Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti  harus ada pengorbanan dan bijak mengawal situasi..

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka  sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Bagaimanapun korang jangalah terlalu taksub pada kepercayaan ini.. Benar atau salah pandangan mahupun  orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui  sehingga  kini.  Namun, jika difikirkan  ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan? Takkan kerana korang anak sulung dan pasangan juga anak sulung, korang sanggup tinggalkan si dia.. Kalau begitu lagi ramai laa anak2 dara tua dan buang2 terlajak di kalangan orang melayu kita..  Apapun di bawah ini adalah fakta daripada yang pakar mengenai topik ini… Jom kita tengggookk siapa yang kena !! =P


Fakta dari psikologi Barat Dr Kevin Leman 

Sulung dengan sulung


Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa  suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan  yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap
 si sulung sebagai yang suka mengawal dan memberi arahan.  Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka anak tengah ini seringkali perlu bekorban untuk menjaga hubungan mereka. Namun, jika si  tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk  bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah  serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung
dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka  sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung  seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu,
 mereka berdua dapat saling melengkapi  Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat  menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.



Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati,  maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak  tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Hubungan ini akan menjadi sekiranya salah seorang daripada mereka boleh menjadi dominan.. Tetapi boleh jadi sebaliknya jika kedua pasangan bersikap terlalu mengharap pasangan mereka melayan mereka seperti anak kecil mahupun puteri raja.. Dan jangan terkejut jika mereka sentiasa menyerah kepada pihak ketiga untuk membuat keputusan ataupun mengatur hubungan mereka..