Tuesday, 28 February 2012

Episod 11 : Penantian


                Malam esoknya aku masih terjaga pada jam 3pagi.. Aku benar-benar gelisah, walaupun sudah melepaskan rindu pada dia semalam..  Dan dua hari sebelum aku pulang ke KL aku menghantar sms kepada Amran, hilang sudah rasa ego ku.. Ringkas sms ku itu, namun besar harapan yang aku letakkan pada dia..

                                ‘ Amran , saya nak jumpa awak hujung minggu ini..
                                Saya harap sangat awak dapat luangkan masa.. ’

                Serius aku semakin tewas pada rasa rindu yang semakin hari semakin menebal..  Kali ini aku tidak peduli apa pun yang Amran akan fikirkan tentang aku, yang pasti aku mahu cuba memperbaikinya.. Selang beberapa minit kemudian aku menerima sms balas dari Amran, berbunga rasa apabila dia sudi membalas..

                                ‘ Saya cuba Sara…. Tapi jangan terlalu mengharap..’

           Hati aku menjadi sayup  membaca sms Amran, dia seperti tidak gembira dengan niatku malah tidak mahu memberi aku satu kata untuk aku terus berharap.. Walau apa pun aku tidak mahu terus menyerah, aku akan cuba untuk berjumpa dia walau sekali.. Aku mahu pastikan jika Amran masih mempunyai perasaan terhadap aku lagi ataupun tidak.. Biarlah hati ku puas, sekurang-kurangnya aku masih mahu mencuba..

                Petang sabtu itu aku tiba di Hentian Pudu ketika langit masih cerah.. Perjalanan 3jam didalam bas sungguh membosankan aku.. Pelbagai perkara bermain di fikiran.. Aku mengambil keputusan untuk tidak terus pulang ke rumah.. Sms yang aku tunggu-tunggu masih belum aku terima, tak senang duduk selagi tidak menerima sms dari dia.. Seksa rasanya menunggu begini, menunggu keputusan SPM pun tidak segilsah ini.. Sepanjang perjalanan tadi aku menahan diri dari menghubungi Amran, aku masih belum terdesak.. Jauh di sudut hati aku masih yakin Amran akan menghubungi aku , mungkin bukan hari ini, semoga esok masih ada.. Aku cuba memujuk hati kecil ku..


                Akhirnya petang itu, aku hanya berjalan-jalan di sekitar Puduraya untuk menghiburkan hati diri sendiri.. Tiada apa yang menarik, aku cuma sempat membeli senaskah majalah buat peneman ketika aku bosan menikmati makan tenghari yang sudah bawak ke petang…  Dan kemudian aku akur untuk pulang ke rumah sahaja setelah jari-jari ku sakit pusing di sekitar Kota Raya dan Pasar Seni..  Berjalan-jalan di kawasan itu sebenarnya menambah lagi ingatanku terhadap Amran, terlalu banyak kenangan kami bersama di situ.. Walaupun pulang dalam keadaan hampa, namun aku gembira kerna dapat melewati tempat-tempat kenangan sewaktu kami sedang bercinta dahulu.. Dan malam itu aku tidur nyenyak kerana terlalu letih dan sebelum terlelap aku sempat  mengharap esok akan membawa berita gembira..

                       Bersambung..... 

Episod 10: Harapan

                Malam itu tepat jam 2.30 pagi aku terjaga lagi.. Aku mimpikan Amran, sudah beberapa malam aku terjaga mimpikan dia, kemudian aku bangun dan menangis teresak2 seolah-olah mimpi yang sangat tragis..  Tapi apabila di soal oleh Wani, mengenai mimpi aku itu, aku sendiri tak dapat jelaskan.. terlalu samar , yang nyata aku dapat lihat dia di dalam mimpi itu.. Mungkin aku terlalu merindui lelaki itu sehingga terbawa-bawa di dalam mimpi.. Tapi malam itu, aku tak dapat menahan perasaan lagi, aku pantas mengambil sweater ku yang tersangkut di belakang pintu dan sedikit duit syiling di dalam tabung..  Aku menyelinap keluar dari bilik perlahan-lahan, tidak mahu Wani terjaga dari tidur.. Laju langkah ku menuju ke public phone yang terletak di hujung blok asrama..

                Selepas mendail nombor Amran, aku menunggu seketika dengan harapan Amran masih belum tidur waktu ini.. Panggilan tidak berjawab, aku mencuba beberapa kali, tapi masih juga tidak hasil..  Aku sengaja menggunakan telefon awam dengan harapan Amran akan menjawab panggilan itu.. Barangkali Amran sedang nyenyak tidur agaknya.. Aku kembali ke bilik dengan perasaan hampa, aku tak tahu bagaimana nak hadapi rasa rindu ini lagi.. Semakin hari semakin teruk keadaan aku bila difikirkan.. 

                Keesokkan harinya aku tekad mahu mencuba lagi menelefon Amran..  Kali ini, aku memberanikan diri menghubunginya menggunakan telefon bimbit ku sendiri..  Aku harap kali ini, aku tidak kecewa..  “ Hello…” Aku tersenyum apabila akhirnya dapat mendengar suara yang aku rindu-rindu di hujung talian..    “ Amran… masih ingat saya..? “ Perlahan suara aku mengharap Amran masih mengecam suaraku..    “ Hurmmmm Sara ke tu..? “ Amran meneka..     “ Awak sihat..?”  Aku menyoal lagi, lagak seperti baru berkenalan.. Jujurnya aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan itu..  Jantungku laju berdegup seperti kali pertama aku melihat dia…  “ Saya sihat Sara.. terima kasih sebab masih ingat saya… “ Sayu suara Amran saat melafazkan ayat itu..  “ Yerr saya sentiasa ingat awak Amran.. Kalau tak, takkan lah saya call awak sekarang ni..” Itu sahaja ayat yang mampu terkeluar dari bibirku sedangkan hatiku meronta-ronta mahu  memberitahu bahawa aku terlalu rindu pada dia.. Rindu yang teramat sangat…  

            
                 Hampir 10 minit perbualan di telefon, Amran terpaksa mengakhiri perbualan dengan alasan kerana ada urusan.. Aku tidak menyoal lebih lanjut, kerna aku sedar aku tidak berhak untuk itu.. Namun aku sempat memberitahu bahawa aku akan pulang ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.. Aku harap dia menghubungi ku nanti sewaktu aku di KL.. Walaupun aku tahu harapan itu amat tipis namun aku percaya Amran masih punya perasaan terhadap aku melalui perbualan tadi.. Dan aku harap perasaan itu kembali mekar seperti kali pertama kami bertemu…

                             Bersambung.... 

Episod 9 : Rindu Bertandang lagi

                Tok…Tok.. Pintu bilik aku di ketuk kuat, lantas mengejutkan aku dari lamunan yang panjang..  Aku bingkas bangun mahu membuka pintu ..  Sebaik pintu dibuka, kelihatan wajah teman sebilikku Wani yang berasal dari Kedah, yang ayu berbaju kurung…    “ Laaa… yang hang kunci pintu ni kenapa…? “   Wani mengacukan soalan sambil menghenyakkan bontotnya ke katil..    “ Kau kemana tadi…? “     Aku membalas dengan soalan, malas mahu menjawab soalan Wani sebentar tadi..        “ Aku pergi kuliah ler… yang hang ni berkurung dalam bilik jaa, pasai apa…? Takdak kelas..? ”      Wani menyoal lagi dengan pekat loghat utara…    “ Aku ada satu kelas je pagi tadi..” Jawabku ringkas, sambil meletakkan kepala semula ke bantal..     “ Hang ni dah kronik tau tak?? Cubalah bergaul dengan pelajar2 kat luaq tu.. baru laa hang boleh lupakan jantan tu.. Ni tak, dok mengelamun jaaa sampai bilaa Sara oiii..? “     Wani mula membebel,  dan setiap kali dia membebel aku cuma mampu tersenyum..  Tak dapat dinafikan apa yang Wani cakap tu betul, cuma aku jer yang malas nak keluar dari bilik.. Selain ke kuliah, aku habiskan masa di dalam bilik.. Segala persatuan aku cuma mendaftar sebagai ahli , tapi perjumpaan belum sekali aku sertai..

                Sudah sebulan aku bergelar mahasiswi.. Yaa, impian aku terlaksana, walaupun sebenarnya aku berharap aku dapat lanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA di Utara namun tawaran yang aku terima sebaliknya, aku tercampak di Selatan tanah air.. Pada mulanya memang agak berat untuk aku terima tawaran ni, kerna pada mulanya aku hanya bercadang mahu sambung ke tingkatan 6 bersama  sahabat baikku Lynn.. Tapi ayah sudah berkeras mahu aku mendaftarkan diri di sini.. Katanya, disini aku akan lebih merasai suasana belajar..  

                Kehidupan aku disini bukan lah semudah yang aku sangka, aku masih terkial-kial untuk membiasakan diri hidup tanpa keluarga.. Segala urusan aku perlu uruskan sendiri, dan sekeliling aku adalah orang baru yang masih butuh masa untuk aku menyesuaikan diri.. Dan apa yang lebih merumitkan aku disini, ialah ingatan aku terhadap Amran.. Aku seoalah- olah hidup dalam bayangan dia, kemana sahaja aku pergi aku mengharapkan dia ada bersama.. Setiap saat aku memikirkan dia, sehinggakan aku tidak pernah jemu bercerita  tentang dia kepada Wani..  Aku tahu Wani pasti jemu medengar kisah cinta monyet aku itu, atau mungkin dia fikir aku gila bayang… Ahh mungkin juga aku gila bayang, jika tidak masakan aku seteruk ini…


                Aku tak pasti apakah Amran juga melalui apa yang aku lalui sekarang..  Ahhh tidak mungkin, setelaha  aku ternampak dia bersama seorang perempuan empat bulan lepas di salah sebuah shopping complex , waktu itu aku tahu dia sedang cuti semester.. Hati aku benar-benar remuk, segala tekaan aku terhadap dia tepat selama ni..  Dan sepatutnya itu mengukuhkan lagi rasa benci aku pada dia, tapi kenapa rasa rindu pula yang aku perlu tanggung sekarang.. Binggung aku dibuatnyaa !    


                     Bersambung.....

Monday, 27 February 2012

Episod 8 : Ego

               Tiga minggu berlalu, aku dapat rasakan aku semakin kuat tanpa memikirkan Amran.. Namun aku tak dapat menepis jika sesekali bayangan Amran datang menjengah..  Aku cuba sibukkan diri aku dengan persiapan SPM, dan pastinya ayah dan mammy gembira melihat aku begitu focus pada pelajaranku..  Aku tahu mereka meletakkan harapan tinggi pada aku, memandangkan aku adalah anak sulung dalam keluarga.. Mereka mahu aku menjadi contoh kepada adik-adikku, Fara dan Faiz.. Aku tak mahu menghampakan mereka, itu janji aku pada ayah dan mammy…

                Minggu ke empat… Suatu petang yang nyaman, sedang leka aku membantu ibu didapur menyiapkam hidangan minum petang.. Tiba-tiba telefon berdering minta di angkat, kedengaran suara Fara menjawab panggilan.. Beberapa saat selepas itu Fara menjerit nama ku,                “ Sara... ada orang call… nama dia Amran..”      Jantungku berdegup laju sebaik saja nama Amran di sebut.. Aku memandang mammy,  tanda meminta pandangan, wajarkah aku menjawab panggilan Amran itu.. Mammy tersenyum seakan member green light..  Tapi hati aku masih berat mahu berbicara dengan Amran, aku tidak rasa sekarang masa yang sesuai.. Aku mengambil keputusan untuk tidak menjawab dan meminta Fara memberi alasan bahawa aku sedang sibuk..

                Sejak petang itu, Amran cuba beberapa kali untuk menghubungi aku, sama ada menerusi telefon rumah mahupun telefon bimbit, sahabatku Lynn..  Namun aku biarkan panggilannya itu sepi, sehinggakan Lynn sendiri sudah tahu memberi alasan bagi pihak aku.. Aku bukan tidak mahu bercakap dengan Amran,  aku cuma tak mahu hati aku lemah sekiranya di pujuk rayu oleh lelaki itu.. Kenapa setelah empat minggu baru dia mahu menghubungi ku..?  Bukankah itu terlalu lama masa yang di ambil untuk memujuk.. Tapi benarkah dia mahu memujuk..?? Atau sekadar mahu bertanya khabar.. Tapi, kenapa sekarang.. Itu menguatkan lagi alasan ku untuk terus menghindar dari lelaki yang bernama Amran..  Jika sebelum ini dia tegar membiarkan aku tanpa khabar kenapa tidak aku..? Yaa aku perlu tanamkan ego seperti itu untuk terus kuat.. 

                      Bersambung......

Friday, 24 February 2012

Episod 7 : Layangan Surat

                Esoknya semasa waktu rehat , aku mengutarakan  kepada Lynn, hasrat aku untuk berpisah dengan Amran..  Seperti yang aku jangka, Lynn terkejut  dengan niat aku itu..   “ Kau betul ke nak break ni Sara?? Bukan ke kau sayang kat dia ? “      Soal Sara sambil mulut masih mengunyah goreng pisang dari gerai Makcik Timah..     “ Yer memang aku sayang Lynn.. Tapi aku rasa hubungan aku ni mcm takkan kekal.. Amran pun dah banyak berubah Lynn..”   Luah aku sayu..      “ Yerlaa aku faham, mungkin sebab korang jauh kot.. ke… sebab Amran dah ada gf baru..?? “    Aku tersentak.. Itulah yang aku fikirkan selama ini.. Mungkin benar Amran sudah punya kekasih baru di sana.. Jika tidak masakan Amran tidak rindu pada aku.. Sudah berminggu kami tidah berhubung, itu menguatkan lagi prasangka aku pada dia..          

                Jadi malam itu aku mengambil keputusan untuk menulis surat kepada Amran.. Mujurlah Amran pernah memberkan alamat asramanya di sana.. Kali ini aku nekad, aku tak mahu menangguhkan lagi, makin lama makin sesak nafas aku memikirkan tentang Amran.. Aku tak mahu masa aku di bazirkan dengan memikirkan tentang lelaki yang semakin menjauhkan diri dari aku itu.. Biarlah aku yang mengambil keputusan ini, daripada aku mendapat tahu kemudian hari bahawa Amran sudah berlaku curang di belakang aku.. Sekurang-kurangnya hati aku tidak terlalu sakit akan datang dan aku boleh fokus pada kehidupan aku di sini.. Mungkin ini juga terbaik untuk Amran, aku yakin..

           
    Ringkas saja surat yang aku layangkan pada Amran, namun maksudnya begitu jelas.. Aku tidak mempunyai alasan yang lebih jelas untuk memutuskan hubungan kami, tapi aku terpaksa.. Aku tak mahu lagi hidup dalam kerinduan..  Aku mengandaikan cinta kami hanya cinta monyet, seperti remaja lain..  Apalah yang ada pada remaja belasan tahun seperti kami, masih mentah untuk mengharungi semua ini.. Teringat pada kata-kata mammy sewaktu menjemput aku dari sekolah,     “ Sara.. kamu masih muda sayang.. ramai lagi lelaki yang Sara akan jumpa.. Lebih bagus, bertanggung jawab.. Masa tu Sara akan tahu apa yang sebenar Sara cari dalam bercinta..”      Terkejut aku sewaktu mammy memberi nasihat itu, dia seakan2 dapat membaca fikiran aku..  Benarlah kata orang, seorang ibu sentiasa memahami anaknya tanpa perlu kita kongsikan, seorang ibu sudah dapat merasakan perasaan anaknya..

                Genap seminggu aku poskan surat kepada Amran, aku masih belum menerima balasan melalui surat mahupun panggilan..  Aku tak tahu kenapa , hati aku masih lagi gusar memikirkan dia.. Bukankah sepatutnya aku berasa lega sekarang.. Dan seharusnya aku tidak perlu lagi memikirkan tentang dia, tapi kenapa hati aku sakit sekarang semakin sakit berbanding sebelum ini.. Betulkah apa yang aku lakukan ini…? Tetibe perasaan menyesal meyelubungi hati.. Ahhh perlukah aku rasa menyesal..? Sedangkan Amran tidak sedikit rasa mahu memujuk…  Yaa.. Aku perlu menanam perasaan benci pada lelaki itu, dan akan aku bina rasa ego setinggi tembok cina agar bisa namanya aku padam dalam kamus hidupku…


                                    Bersambung......
               
                

Episod 6 * Tak Keruan

              Semenjak malam itu, ayah semakin ketat mengawal gerak geri aku.. Ayah telah mengetahui anaknya sedang bermain cinta.. Amran memberitahu bahawa ayah menasihati supaya dia tidak meganggu aku sehingga tamat SPM.. Walau bagaimapun kami masih berhubung  semakin sukar, Amran menasihati supaya bersabar. Namun aku seakan-akan tidak  dapat menerima situasi setiap hari tanpa mendengar suara Amran.. Dia juga semakin sibuk dengan tugasan di universiti, pelbagai aktiviti perlu dia ceburi selain menghadiri kuliah.. Aku tahu Amran seorang yang aktif, dia masuk pelbagai kelab dan persatuan.. Oleh kerana itu juga lah aku semakin risau dengan hubungan kami.. Aku bimbang Arman akan mula berpaling pada wanita lain.. Pasti ramai pelajar2 perempuan yang cantik dan bijak di Universiti tu,  dan tidak mungkin seorang pun Arman tidak tertarik...  Persoalan itu selalu aku keutarakan pada Amran, dan setiap kali itulah Amran cuba meyakinkan aku bahawa dia terlalu sibuk untuk mengenali wanita lain.. Ahh seakan tidak masuk akal jawapannya itu, tapi aku hanya menelannya selagi mampu…

             Oleh kerana perbatasan aku yang semakin tersekat, aku dan Amran semakin jarang berhubung.. Kadangkala hampir dua minggu barulah aku dapat menghubungi Amran itupun menggunakan telefon awam, perbualan kami juga semakin singkat.. Aku dapat rasakan hati aku juga semakin tawar , mungkin kerana sikap Amran yang kadangkala seperti acuh tak acuh terhadap aku.. Terbit juga rasa syak wasangka buruk terhadap Amran..  Sudah lima bulan tidak bertemu, berhubung melalui telefon juga  semakin jarang, tidak mustahil hubungan kami akan pudar lama kelamaan.. Masakan aku mahu berterusan begini sepanjang  empat tahun Amran di sana.. Belum pun tamat satu semester aku sudah begini inikan pula empat tahun..  Aku benar-benar tidak sanggup..


                SPM semakin hampir , aku membuat keputusan untuk tidak menghubungi Amran..  Jadualku semakin ketat, selepas tamat waktu sekolah  aku perlu hadiri kelas tambahan.. Hujung minggu pula ayah hantar aku ke tuisyen, pergi dan balik aku di temani ayah ataupun mammy.. Sehinggakan aku tiada masa untuk berlibur bersama kawan2.. Serius aku berasa tertekan, tapi aku tahu sekiranya aku memberontak pasti ayah akan menghukum aku dengan lebih teruk lagi..   Selain alasan itu, aku mahu menunjuk perasaan pada Amran, aku mahu lihat sejauh mana Amran akan berusaha menghubungi aku..  Aku mahu menduga perasaan sayang dia pada aku sekarang.. Apakah masih menebal atau semakin hilang di telan masa….

                Dua minggu berlalu, hidup aku benar-benar tak keruan sekarang, siang malam aku memikirkan Amran.. Perhatian aku terhadap pelajaran juga sedikit terganggu.. Aku sering mengelamun di dalam kelas, di rumah juga aku banyak habiskan masa didalam bilik di temani lagu-lagu jiwang.. Aku tahu aku tak boleh berterusan begini, sedangkan Amran sikitpun tidak pernah peduli.. Lagipon Amran dah berjaya menjejakkan kaki dimenara gading, manakala nasib aku masih belum tentu lagi.. Aku tak mahu perasaan aku ni membinasakan impian aku pula.. Yaa aku perlu lakukan sesuatu, kali ni aku nekad...

                           Bersambung....

Mencari Cinta : episod 5

                Kurang dari 4 bulan lagi aku bakal menduduki peperiksaan SPM, terlalu banyak persiapan perlu aku buat untuk menghadapi peperiksaan besar itu.. Ayah dan mammy juga turut risau sehinggkan setiap hari mereka memantau pelajaran serta aktiviti aku di luar sekolah.. Dan yang paling membebanan aku ialah, suatu malam apabila ayah memberitahu bahawa dia akan  meyimpan telefon bimbit aku sehingga selesai exam nanti.. Alasannya dia mahu  aku lebih focus pada pelajaran dan kurang berinteraksi dengan kawan2 di telefon..  Ayah bukan lah seorang yang mudah bertolak ansur.. Jadi tindakannya itu aku tahu, memang sukar untuk aku bantah.. Apa yang merungsingkan aku ialah, bagaimana Amran mahu memhubungi aku nanti..  Baru terlintas untuk memhubungi Amran menggunakan telefon rumah, Ayah lebih pantas mengambil tindakan untuk mengunci telefon..  Ahh ini pasti gara-gara fara selalu bergayut di telefon.. dan sekarang aku turut menjadi mangsa..

                Keesokkan pagi nya di sekolah , sebelum loceng berbunyi aku menuju ke public phone yang terletak di sebelah pejabat.. Aku mahu menghubungi Amran, aku pasti Amran pasti sedang bersiap untuk ke kuliah juga waktu ini..  Selepas mendail nombor Amran beberapa kali, masih tidak berjawab..  Aku memutuskan mahu menghubungi nya selepas waktu sekolah nanti pula.. Walau apa pon aku mesti memberitahu Amran, jika tidak petang nanti pasti dia gusar sekirannya tidak dapat menghubungiku..  Aku tak mahu Amran risau apatah lagi kami sudah berjanji akan sentiasa berhubung..

                Selepas tamat waktu sekolah, niat aku untuk menghubungi Amran terbantut apabila cikgu rohana yang mengajar subjek Matematik Tambahan melanjutkan masa untuk kelas tambahan pula.. Aku berbisik pada Lynn yang duduk di sebelah,..   “ Issskk Cikgu ni main sambung2 lak kelas.. Dia ingat otak kite ni tak beku ke asik belajar jer.. “      “Tula !! Atleast kasi la break.. Perut aku dah berbunyi ni..”   ujar Lynn sambil mengosok-gosok perut..   “ Lynn , pinjam fon ko kejap.. aku nak sms Amran lah..” pintaku dengan muka seposen mohon Lynn faham situasi aku..     “ Sekarang..?? Nanti cikgu nampak macam mana?? Tak pasal  phone aku pula yang kene rampas.. “    Lynn menjegilkan matanya yang sepet tu..        “ Alaa aku sorok bawah meja la.. lagipon cikgu tgh salin soalan tu, mana dia nak nampak..”  Rayu aku lagi.. Akhirnya Lynn menyerah dia tahu , aku akan terus merengek sekirannya dia tidak mahu member i handphone nya untuk aku menghubungi Amran.. Lynn mengeluarkan handphone jenama nokia 3310 dari bawah meja.. Laju aku mencapai dan terus menaip sms kepada Amran..

                Malam itu aku gelisah menunggu panggilan dari Amran.. Aku harap Amran sudah membaca sms yang aku kirim pada dia tengahri tadi..  Sehingga petang tadi Lynn memberitahu aku bahawa Amran masih belum membalas.. Jam semakin hampir menunjukka jam 8 malam, aku tahu sebentar lagi ayah akan keluar dari bilik untuk menonton berita.. Harapan aku untuk menerima panggilan dari Amran semakin tipis, dan apabila aku lihat kelibat ayah keluar dari bilik aku tahu aku perlu berhenti berharap untuk malam ini..  Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam bilik, tiba-tiba aku terdengar telefon berdering..  Kringggggg…!! Kringgggg…!!

                Bersambung……

Mencari Cinta : episod 4

                Sudah seminggu Amran mendaftar di Universiti , dan sepanjang tempoh itu  masih belum ada perkhabaran yang aku terima dari dia.. Ahh tak tertahan rasanya rindu aku pada lelaki yang bernama Amran itu.. Kenapa Amran tidak memhubungi aku..? semua panggilan dan pesanan ringkas yang aku hantar juga tidak berbalas.. Apakah Amran sudah melupakan aku?? Tapi tak mungkin secepat ini.. Bukankan Amran dah berjanji untuk selalu memhubungi aku.. Segala prasangka buruk tentang Amran mula menerjah otak fikiran aku.. Namun aku tak mahu menyerah, dan aku tahu aku masih boleh berharap lagi.. Yaa.. Farid adalah harapan aku yang terkahir..
               
           Selepas tamat waktu sekolah, aku terus menghubungi Farid sepupu Amran.. Mungkin Farid tahu khabar dari sepupunya itu, atau setidak-tidaknya Farid boleh bertanyakan kepada ibu bapa Amran..     “ Hello…! Farid ke tu..? Aku ni Sara ! “ Aku memulakan perbualan..   “ Yer Sara.. Ada apa??  “ Farid menjawab ringkas..    “ I nak tanya u ni, Amran ada contact u tak..? I try call and sms dia.. tapi x jawab..”    “ Laa ye ker.. takde pulak mamat tu call i.. dia bzz agaknya, yerla orang dah jadi mahasiswa sekarang..” Farid cube memberi alasan bg pihak Amran..  “ Kalau ye pon busy Farid, tapi takkan langsung tak boleh balas satu pon sms i..” Nada aku sedikit keras, cuba melepaskan marah..  “ Takpela farid, kalau Amran ada contact u, pesan kat dia call I ok.. Or if u tahu apa2 tentang dia, tolong bagitau I yer.. “ Aku meyambung lagi tanpa menunggu respond Farid seterusnya.. Farid berjanji untuk membantu aku, dan itu sudah cukup untuk melegakan perasaan aku buat masa ni..
                
             Mood aku dua tiga hari ni betul-betul terganggu.. Segala yang aku buat serba tak kena, masa aku banyak di habiskan dihadapan tv.. dari pagi sehinggalah petang.. Satu hari sedang aku khusyuk menonton tv di ruang tamu, telefon rumah ku berdering..  Berat rasanya nak bangun untuk menjawab, sebab aku tahu biasanya panggilan di dalam rumah pasti untuk Fara adik aku yang seorang tu.. Kringgggg….!!! Kringgg…!! Telefon masih tak berhenti berdering, sehingga aku dengar suara mammy di dapur menjerit meminta aku jawab..        “ Hello…” jawab ku dengan suara yang malas..      “ Hello, Sara ada..? Kedengaran  suara Amran di hujung corong telefon.. “Amran!!! Kenapa baru sekarang awak nak call ..?? Ni, kenapa tak call handfone saya..? “     Bertalu-talu soalan aku ajukan, perasaan gembira , marah bercampur baur..       “ Sara, saya mintak maaf..saya sibuk dengan minggu orientasi.. telefon saya pulak, kene rampas sampaila abis orientasi nanti.. Sekarang ni, saya sibuk sangat byk betul aktiviti2 kat U ni.. “ Jelas Amran panjang lebar, lega rasa hati mendengar penjelasan Amran..   
              
            Setelah berbual  hampir 10mnit, Amran terpaksa menamatkan panggilan kerana kehabisan syiling..  Terubat juga rasa rindu walaupon banyak lagi yang hendak aku bualkan..  Sekarang hati aku kuat kembali terhadap Amran, aku yakin dia masih tidak berubah.. Dia masih sayangkan aku seperti sebelum ini.. Tiba-tiba semangat aku datang kembali, tak sabar rasanya nak berkongsi dengan  Lynn.. Pantas tangan aku mencapai gagang telefon kembali mendail nombor Lynn.. 

                                                                                                                                                 
                                                                                                                                                           Bersambung............

Wednesday, 22 February 2012

Mencari Cinta : episod 3

                Sudah empat bulan berlalu, hubungan aku dan Amran , berjalan dengan baik.. Aku dapat rasakan Amran jujur dan ikhlas..  Sikap dia yang bersahaja sentiasa buat aku senang mahu bercerita apa saja , malah dia sentiasa buat aku ketawa  dan tahu bagaimana hendak memujuk kala aku merajuk.. Walaupon perbezaan umur kami hanya setahun , namun Amran jelas matang dari usianya yang sebenar..  Itu jelas aku dapat lihat dari cara dia megambil berat tentang aku malah dia kerap bertanyakan tentang pelajaran aku di sekolah.. Tak dinafikan dia memang seorang yang bijak, kalau tidak masakan keputusan SPM nya begitu cemerlang.. Kadang-kadang aku sendiri rasa malu..

                 Namun, langit tak selalu nya cerah, begitulah juga dalam perhubungan..  Setelah menunggu beberapa bulan permohonan melanjutkan pelajaran , akhirnya Amran mendapat tawaran belajar di salah sebuah IPTA di utara…  Sewaktu Amran memberitahu berita itu , aku bagaikan tidak berperasaan gembira atau sedih tak mampu aku zahirkan..   “ Sara, saya ada benda nak  bagitahu awak ni..”     Amran memulakan bicara, di satu pertemuan   di sebuah restoran makanan segera..   “ Bagitahu apa..?? hehehe bagitahu yang awak sayang saya..?”     Aku cuba berseloroh, walaupon aku tahu Amran sudah acapkali mengucapkan perasaan sayang itu padaku..    “ Memanglaa saya sayangkan awak.. sayang sangat…”  Amran membalas perlahan sambil matanya tak berkedip merenung aku.. Dan kali ni aku tahu Amran serius.. Aku diam menunggu Amran menyampaikan butir seterusnya..  “Saya dapat sambung belajar .. Bulan depan saya dah kene mendaftar ..”   Amran meyambung, sambil matanya masih memandang aku..   “Oooh ye ker?? Baguslah !! Nanti awak dah belajar kat sana, awak janganlah lupa saya pulakk…“   Hanya itu yang mampu aku ucapkan saat itu, cuba mengukir senyuman tanda aku tumpang gembira walaupon hakikatnya aku tahu senyuman aku itu tawar…

                Malam itu, fikiran aku tak berhenti memikirkan tentang Amran, berita yang aku terima itu benar2  meganggu jiwa...  Ahhh tak sanggup aku bayangkan saat Amran berjauhan dari aku nanti.. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan apa yang merungsingkan aku ialah Amran akan berubah hati..  Walaupon bersungguh-sungguh Amran cuba meyakinkan aku yang dia akan tetap setia pada aku.. Namun hati aku masih lagi goyang.. Walau apa pon , aku tahu Amran tetap tiada pilihan lain selain meneruskan impiannya untuk meyambung pelajaran.. Dan aku juga tiada pilihan lain, selain menerima dan cuba untuk mempertahankan hubungan kami yang masih mentah..

                Hari Sabtu itu adalah pertemuan terakhir  kami, sebelum Amran berangkat ke Utara pada ke eskokkan harinya .. Aku cuba berdandan lebih cantik dari biasa, aku mahu Amran ingat pertemuan hari itu sebagai pertemuan yang sangat istimewa.. Dan semalam pulang dari sekolah aku sempat membeli mug yang tertulis nama aku ‘SARA’ sebagai  kenangan untuk Amran ingat aku sewaktu di sana..  Amran seperti biasa, tetap nampak kacak di mata aku.. Berkemeja dan seluar jean lusuh buat dia nampak kemas sentiasa..  Hari itu kami cuba menghabiskan masa dengan kenangan2 yang manis, kalau boleh tidak mahu bazirkan walau sesaat.. Menonton wayang, main bowling dan bertukar cerita sepanjang hari sehinggalah di akhir pertemuan itu kami bertukar janji.. Janji seorang kekasih kepada kekasih… Namun  jauh di sudut hati , aku sendiri tak pasti apakah janji itu bisa mengutuhkan hubungan kami akan datang… ? Aku hanya mampu berserah mengikut arus…


                                                                                                                                                               Bersambung...........

Tuesday, 21 February 2012

Mencari Cinta : episod 2

        Selesai urusan wajib di toilet, aku & Lynn menuju semula ke Starbucks.. Dan kali ni dari jauh aku kelihatan Farid tak keseorangan..  Pantas aku meyiku lengan Lynn, “ Lynn… mamat yang duduk sebelah Farid tu ke, cousin dia..?” “ Aaah laa ! Wow nampak macam handsome jerk… Cepat Sara ! aku laks excited ni.. “ Lynn melajukan langkah, meninggalkan dua langkah aku di belakang . Aku cube control ayu sebaik mungkin, pastikan langkahku di susun rapi.. Degupan jantungku semakin laju.. Pelik belum pernah aku rasa seperti ini..

         “ Haaa sampai pon makcik dua orang ni.. lamanyer  korang pergi toilet..??” Farid memulakan perbualan “ Sorrylaa u, Sara ni lama sangat touch up.. yerlaa ada blind date laa katekan..” Lynn memberi alasan secara tak langsung cube mengenakan aku di depan mamat yang tersengih-sengih memandang aku..       “ Farid u macam tak tau je gf u ni kan.. Dia yg make up tebal seinci, I pulak dia kenakan..”  Aku mengenakan Lynn pula, dan tangan terus menarik kerusi melabuhkan punggung yang dari tadi masih belum sempat untuk duduk..  Suka aku dapat mengenakan Lynn, dan Farid hanya ketawa sambil menarik kerusi untuk Lynn..

        “  Sara, ni cousin i.. Amran !” Farid memperkenalkan mamat yang duduk berhadapan aku.. “ Hai..!“   Sapa Amran sambil menghulurkan tangan dan pantas tangan kananku mahu meyambut  tapi belum sempat tangan kami bertemu, Amran pantas menarik tangan kanannya kembali seolah2 mahu membetulkan rambutnya yang di sisir rapi tu..

         Aku jadi benggang ! Dan Amran terus ketawa melihat airmuka ku berubah.. Farid juga turut tertawa melihat aku di gula-gula kan oleh sepupu nya itu.. “hehehhe sorry.. kali ni betul2…” Amran menghulurkan tangan kanannya sekali lagi..  Tapi kali ni aku dah takde mood untuk meyambut tangan Amran.. “ Its ok..” Aku membalas dengan senyuman tidak ikhlas.. Dan jantung aku masih berdegup laju, walaupon baru saja di perbodohkan oleh jejaka hitam manis bernama Amran ni..

       “ Adik manis, saya bukan sengaja nak main-mainkan awak.. tapi itu sebagai balasan sebab awak terlanggar saya kat depan ZARA td..” Amran menjelaskan sambil mulut masih tak berhenti tersengih.. ‘okey sekarang aku baru perasaan mamat nil ah yang aku langgar tadi.. patut laa dada aku rasa berdebar..eehh ada kene mengena ker..?’  dan sekarang tiba giliran aku untuk tersengih cubaan untuk cover malu.. 

         Blind date antara aku & Amran berjalan lancar.. Selepas makan tenghari berempat, Farid & Lynn meninggalkan kami berdua.. Dan kali ni aku dapat rasakan aku suka menghabiskan masa dengan Amran, sikap dia yang gentleman dan sopan buat aku rasa selesa,  sehinggakan tanpa di sedari jam menunjukkan jam 6 petang..
                
        Walau rasa sayang nak tamatkan date pertama kami, janji  pada mammy harus aku kotakan.. Aku perlu pulang sebelum jam 7..  Kalau tidak, tentu mammy tak izinkan aku keluar lagi minggu depan.. So pertemuan petang itu di akhiri dengan bertukar-tukar no telefon.. Mujurlah sekarang aku dah ada handphone sendiri, boleh kami lanjutkan sesi perkenalan menerusi telefon je nanti..  Dan sepanjang di dalam train hatiku berbunga riang, meyanyi lagu cinta..
                                                                                                                                                                Bersambung…..

Mencari Cinta : episod 1

       Sumpah aku rindu dia !! Aku tak tahu apa yg istimewanye lelaki bernama Amran itu, tapi apa yang boleh aku katakan dia lelaki pertama yang mengajar aku erti rindu.. Aku boleh definasikan cinta kami hanya sekadar cinta monyet, tetapi impak yg aku lalui sekarang seolah2 dialah cinta sejatiku.. Binggung aku dibuatnyer.. Dan segera otakku mengimbau detik pertemuan antara aku & Amran yg masih segar dalam kotak ingatan..

       Suasana  KLCC  hujung minggu hari itu, tetap meriah spt hujung2 minggu yang sebelum2nya.. Meriah dengan anak muda spt aku yang masih hijau.. Jujur aku katakan KLCC  waktu itu dijadikan salah satu port utk remaja membuang masa.. Tak kurang juga yang jadikan  satu medan untuk mencari jodoh.. Bunyinya macam tak masuk akal, tp aku percaya ramai yg berjaya bertemu cinta hati di sini.. Sebaik je aku turun dari Lrt  stesen KLCC, aku terus mencapai handphone jenama Alcatel di celah poket handbag yg tersandang di bahu.. Itulah handphone pertama milik aku, hadiah pemberian mammy sempena hari jadi aku yg ke 16, empat bulan lepas..

        "Mammy... boleh tak birthday gift Sara thn ni, mammy presentkan handphone..?" Pintaku manja sebulan sebelum hari jadi aku tiba.
" Sara nak buat apa handphone?? Sara kan masih sekolah... Bukan penting pon handphone tu.." Itulah alasan setiap kali aku hint mammy utk belikan handphone.. Zaman tu, handphone bukanlah satu aksesori yg perlu ada pada setiap remaja mcm zaman skrg ni.. Dan ketika aku dapat handphone pertama ku, kawan2 di sekolah mmg tak berhenti2 menjeling setiap kali aku menekan2 keypad menaip sms.. kadangkala terbit juga rasa bangga sebab di kalangan kawan2 aku antara yang advance..

         "Hello Sara...! Kau dah sampai ker..?" Kedengaran suara manja Lynn di hujung corong, lantas mematikan perasaan banggaku sebentar tadi... " Aku dah sampai ni, tunggu kat depan starbucks yer ! " Jawabku seperti biasa.. " Okey darling.. Aku dah dgn Farid ni, and u guess whut?? he bring someone to introduce... hehe cepatt skit tauu.. " Balas Lynn di sambung dengan tawa kecil di hujungnya.. Kemudian pantas jer dia mematikan talian, belum sempat aku nak meyoal lebih lajut.. 'Hampeh nyer kawan..! ntah sesapa laa dia nak kenalkan dengan aku kali ni..' Dalam hati aku masih berkata-kata sambil mata melilau melihat butik-butik kat dalam KLCC tu.. mana lah tau kalau ada SALE ke, boleh juga rembat sehelai baju.. ahaa masih sempat nak berangan, walaupon dalam handbag memang cukup-cukup untuk makan dan tambang balik jer..

       Tengah mata aku leka melilau dan kaki terus melangkah , tiba-tiba secara tak sengaja aku terlanggar mamat yang berjalan di hadapan aku.. Pantas mulut ku meminta maaf "Oooppss ! sorry.." ujarku sambil angkat kedua tangan seperti pesalah menyerah diri pada polis..
" Its ok ! " mamat tu membalas dan terus melangkah..  Muka dia sikit pon tak pandang aku, mungkin dia dalam keadaan rushing ataupon dia fikir aku nak ngorat dia.. ishh pleasssee not my style okey ! Apapun seriuss aku masih rasa malu, nyaris aku nak tersadung .. Mujur aku sempat mengimbangi badan aku dari terhumban di belakang badan mamat yang berkemaja kotak-kotak tu..

          Dari jauh aku dah nampak Lynn dan boyfriend  nya yang baru declare 5 bulan tu.. Tapi aku tak nampak pula orang yang kononnya nak di kenalkan dengan aku tu.. 'Hurrmm tetiba hati aku jadi excited..! ' Bila nampak je aku hampir, Lynn terus bangun dan berubah muka ceria seolah-olah kami lama tak jumper.. walhal setiap hari kami berjumpa di sekolah.. Sampaikan ramai kwn2 gelarkan kami belangkas..
" Saraaa !! nape lambat sgt..??" Sapa Lynn sebaik aku menghampiri meja bulat kayu di Starbucks.. " Sorry laa darling, aku naik train arini.. Mammy tak dapat hantar, dia kene antar Fara gi tuisyen.. tu yang lambat skit.." Jelasku..  "Oohh patutlaa.. Jom teman aku gi tandas kejap, lama dah aku tahan ni!"  Balas Lynn lagi, belum sempat aku panaskan bontot, Lynn pantas menarik lenganku.. Dan aku yg masih terpinga2 ikutkan je langkah Lynn meninggalkan Farid tersenyum2-senyum sorang..
                                                                                                                                                                            Bersambung ................