Monday, 3 December 2012

#Day 3 - Shopping Sampai Lebam @ Singapore


Maap..maap..maap… Lama tak hapdet blog ! Berkurun dahh story trip JB aku nihh, tak habis2.. Ampun kalau korang muntah nak baca.. hehe Entry lain banyak dah tertangguh , itu tak tau zaman bila pulak aku nak hapdet ! Tau-tau dah tahun baru jerk nanti.. hahaha


Okey Trip jb dah masuk day #3.. Yeayyy !!

Hari ke 3 sangaat excited , sebab nak masuk Singapore cuci mata & perabisss duit yang tak berapa nak aderrr.. hehehe Tapi sebelum tu harus laa kita bersarapan di JB dulu , sebab kat Singapore susah nak cari makan yang sedaap..


Pagi tu kita orang ke Warong Saga , Jalan Mahmoodiah.. Sampai je gerai ni , mata sibuk meliar pandang gambar-gambar yang bergantung kat dinding… Klasik !! Sebab semua gambar tokoh2 ternama, dari zaman dulu sampai laa sekarang. Ada gambar perdana menteri , raja-raja , pelakon2 veteran dan banyak lah ! Pastu banyak koleksi barang - barang antik di jadikan dekorasi… Mesti owner ni dah kumpul lama barang-barang antik ni kenn..


Menu kat kedai ni yang femes ialah lontong kering, basah, mee rebus, tauhu bakar dan nasi lemak  . So aku try lontong kering dgn rendang.. Seedaapp !! sampai berebut dengan Shah , sebab dia amik lontong basah.. hehehe Mee rebus dia pon tak mengecewakan.. :p

* Lontong kering *

*mee rebus *

Lepas perut kenyang kita orang pun meneruskan misi kitaorang hari tu untuk masuk Singapore !! Nasib gerak awal , masa kat border jam kejap jer , tenghari kitaorang dah sampai kat Singapore Post Building . Park kat ini sebab dekat dengan stesen MRT Paya Lebar..  Park keta kat situ , then naik MRT untuk shopping di lokasi pertama iaitu Bugis Street.. Dekat Singapore ni senang naik MRT jer, sebab stesen2 dia terus dalam shopping mall.. So tak yah ko nak pening cari jalan , parking bagai..  



Bagi aku , Bugis Street ni lebih kurang macam Sg Wang je, baju2 dia murah & kedai dia kecik2.. Tapi yang tak best kat sini susah nak tawar menawar, kekwat koo orang Singapore nihh ! Geram jer aku dah beli banyak pon tak bagi kurang.. Benchi !! Tapi baju-baju kat sini banyak yang cantek2 & kualiti... So far yang aku beli sangat berbaloii membelinyaa !



Dan lepas berejam pusing Bugis Street , masing – masing kebulur dah.. hahaha ingatkan dah kenyang shopping, rupanyaa tidak yer.. Tapi yang malangnya susah benor nak jumpa kedai yang jual makanan halal kat area situ.. Ada yang jual malay food, tapi tengok tukang masak cina, terus cancel.. sudahnyaa kita orang makan mc’d sajork !! Masa tu burger mc’d adalah sangat sedap di tekak, pelahap masing2.. hahaha


Misi ke dua kita orang sambung shopping di City link mall,  pastu ke Orchad Road pulak.. Masa sampai Orchad Road ni kaki aku dah lenguh tahap dewa yer.. rasa nak cabut je kepala lutut letak kat tepi.. Masa tu aku terbayang2 selipar kat dalam keta, kan bagus kalau keta dekat senang aku tukar jer.. Ni nak patah balik naik MRT pon aku rasa nak merangkak jerk.. Sumpah tak larat dah..


Aku masa tu dah jadi macam budak kecik, merengek2 kat Shah beli selipar.. Tapi yang hanginnnyaaa time darurat macam ni laa, tak jumpa kedai jual selipar jepun !! Takkan laa dorang tak jual kot?? Masa tu berbakul2 aku kutuk orang Singapore, sebab tak jumpa selipar jepun.. hahahha kelakor pulak bila ingat.. Untuk legakan jap sakit kaki, aku pon cari laa kedai kasut buat2 try macam nak beli.. Agak2 dah lega skit kita orang pon blah.. hehehe keji tak??  Tak kisah laa janji dapat duduk.. =D



Tapi bila dah sampai Orchard Road ni,  wajib untuk try aiskrim $1 Dolar..  Sebelum ni kawan2 jer citer pasal kesedapan aiskrim ni.. hehe Aiskrim ni di jual kat tepi jalan jer, beratur motor yang jual ais krim tu sepanjang orchard road.. so pilih je nak flavour apa , yang pasti semua pon sedaappp !! Walaupon masa tu hujan Shah & Ah Seng gigih yer pergi beli.. Memang nikmat bila dapat makan aiskrim time2 hujan dan sakit kaki.. hahaha Sedap giler roti aiskrim ni, kat m’sia memang takdelah sebab roti kat Singapore ni memang lembut n sedap…  Aiskrim dia pon tak sama macam jual kat sini.. So sape pergi Singapore wajib try !

No comments:

Post a Comment