Saturday, 27 October 2012

CHILLI RUSH CHALLENGE !!


Korang pengemar makan pedas ??? Kalau setakat gigit cili padi pon korang selamber itu belum cukup hebat okehh !! hehehe aku pon suker gila makan pedas, kalau makan kat kedai mesti nak mintak sambal belacan tak pun cili potong, kalau masak sendiri apatah lagi sebanyak boleh aku letak cili... Dapat pulak laki yang suka makan pedas 10x ganda dari aku, memang sesuaai sangat lah ! Dan info ni aku baru tahu, kalau makan pedas sebenarnya boleh menurunkan berat badan untuk perempuan, dan lelaki pulak boleh melawan kanser prostat.. huhu
 *information*
Dan di sebabkan aku dan Shah suka sangat makan pedas, aritu kita orang pun cubalah mencabar diri untuk makan cili terpedassss dalam rekod dunia, kat Restoran Chilli Rush @Jaya One, P.Jaya.. Tapi bukan lah gigit sajer cili tuu yerr, cili tu dah di masak dengan Chicken Wing. We all pergi dengan Ayu & Ah seng, sebab minah tu pun kuat makan cili. So nak tengoklah sape yang terorr !! Tapi chic wing ni bukan chic wing biasa macam kita makan yang panggang tu, chic wing ni dia masak style sambal. tapi tahap  kepedasan dia korang boleh pilih dari skala 1 - 10...  Kalau tak biasa makan pedas better jangan nak ngada2 try level 5 ke atas, kompom nangiss korang nak abiskan seketul ayam tu nanti.. Dan ini laah rupa chic wing tuuuuu... Taraaaa !!

* The most spicy chicken wing *

Macam Shah , toksah cakap laa, hidup memang tak nak kalah ! Dia order yang level 10 satu pinggan, so 1 pinggan lagi order level 5 ( 1 pinggan ada 6 ketul ).. Bila dah sampai chic wing tu, aku rasa hujung2 jari yang level 10 tu, sekali jilat tu tak rasa lagi pedas  tapi bila dah sampai kat tekak tetibe aku rasa panas... wohooo..!!!  Itu baru rasa sikit, lepas tu aku memang tak berani laa nak makan yang level 10.. Aku & Ayu makan yang level 5 tu jerkk... yang best siap order nasi putih tuu, so ok la skit makan dengan nasi, kalau ratah macam tu jer memang teruk jugak laa nak abiskan... walaupun level 5 tapi pedas dia tetap mencabar nak makan okeh ! Sekali suap je, aku termenung 2,3 minit kasi pedas + panas tu reda pastu sambung balik.. kalau makan non stop mau pijar mulut aku weii... sebab tahap pedas dia , sampai ko tak mampu nak bercakap pun... Ini betul ok, aku tak propa !

Pelayan kat situ pon sempat lagi tunjuk kat kita orang video customer lain yang makan untuk quick challenge tu sampai menangis-nangis tahan pedas pon ada, atlast surrender jugak.. Tergelak-gelak aku tengok, macam - macam ragam ! =D


Tapi yang aku kesiannya tengok Shah makan la... Dia makan , bukan takat basah ketiak , dahi , air hidung , air liur semua meleleh !! Ternganga- nganga dia tahan pedas, hamek ko ! Nak sangat rasa level 10, bila dah makan baru tahu...  Ah Seng pun mula2 tu nak jugak laa mencabar diri, dia rasa laah seketul, tapi nak habiskan seketul punyalaa seksa, berpeluh2!! Belum kira berapa kali dia teguk minum air.. 
 * Shah cuba control macho * 

*muka Ahseng tahan pedas *
 * masa ni tak perasan Shah terjelir lidah kepedasannn * 

Apa pun Shah berjaya jugakla abiskan 5 ketul tu, tapi berejaam ok nak tunggu dia. Sebenarnya restoran tu ada sediakan quick challenge , untuk sesiapa yang berani makan 12 ketul dalam masa 2minit , dan gambar orang yang berjaya  akan terpampang kat wall restoran tu.. So di sebabkan Shah nak abiskan 2 ketul tu pon dah 20mnit , lupakan sajerlaah kan cabaran tu yerr...  lain laa dapat menang duit ker kan, mungkin gigih jugaklah nak makan.. Tapi malam tu , Shah punya perut panas toksah citer laa, dah macam orang kene buasir aku tengok dia !! hahaha Giler tak ??? Kejap baring kejap duduk, mengiring salah, terlentang salah... Tulah penangan cili chic wing ni yer..  So kalau takut di lambung ombak , jangan berumah di tepi pantai okehh !! #eehh ?

 *wajah2 yang berjaya *

So untuk korang yang rasa-rasa nak cabar diri sendiri, boleh la try chic wing kat sini.. tapi kalau tak berani boleh je order menu lain, sebab makanan kat sini tak la mahal giler & banyak lagi menu lain.. Aku tak sempat nak order menu lain lagi, sebab masa tu mulut pon kebas nak makan benda lain.. Next time la aku datang , try menu lain pulakk...

No comments:

Post a Comment