Wednesday, 17 October 2012

Bowling Bersama Dynas !


Aduhh sibuk betul aku minggu ni, sampai nak hapdet blog pon tak sempat.. Banyak betul entry yang tertangguh ! Harap maklum walaupun aku housewife sekarang, tapi aku bukan lah duduk rumah je, so Nampak gaya macam tak laya di gelar housewife.. hehehe nantilaa aku buat entry apa rutin aku selepas berenti keje ok..! Hari ni, nak share dengan korang aktiviti aku ahad lepas…

Aktiviti aku ahad lepas sebenarnya dah di rancang tiga minggu yang lepas.. Walaupon dalam masa yang singkat tapi syukur sangat sebab aktiviti tu suksesss dengan jayanya dengan kerjasama banyak pihak..  Aktiviti tu ialah main bowling bersama Dynas Fans Club ( DFC) !! huhu  kalau korang nak tahu aku adalah salah seorang ajk untuk DFC ni.. so segala aktiviti fans memang aku kene involved ler kan..



Sebenarnya aktiviti main bowling ni dah 2nd time we all organize tapi sebelum ni dekat Midvalley , tapi kali ni kita orang pilih dekat e Curve .. Bagus jugak sebab aku pening sebenarnya main kat Midvalley tu , dah la konsepnya glow in the dark, pulak tu muzik dia kuat nak mammm….. feeling dalam disco laa konon,  nak cakap pon kene terjerit2 .. Tak focus aku nak main bowling tu.. !


Tapi sebelum main bowling , Dynas sebenarnya ada small event dekat OU.. Dia kan duta produk kecantikan Quttie Coat , so petang Ahad tu adala sesi beramah mesra gitu dengan peminat.. So we all selaku Fans Club apalagi pakat2 laa ramai-ramai memeriahkan event tu.. heheh dapatlaa jugak produk free.. Bagus sangat fans Dynas ni tau, sanggup datang OU dulu, pastu lepas abis event terus ramai-ramai ke e Curve pulaak.. Dah macam rombongan Cik Kiah laa pulak.. hehehe memang sporting abis depa ni..

*left : Julie selaku bendahari petang tu :)) *

Untuk game bowling petang tu, aku ajak Ayu & kawan sekolah aku Fara join.. Memandangkan dua orang manjer aku Khaty & Ceera masih berpantang, memang tak cukup korum nak buat team.. And last minit kawan kakak aku Dee takde team lagi so aku pon heretlaa join sekali.. lla pulak join team lain, sebab awal-awal lagi dah ada team lain booking dia.. Ecehh ! :p Dan tak lupe suami aku si Shah pon aku paksa buat 1 team dengan hubby ayu , Ah Seng Zull & Bah .. Saje je aku tak nak 1 team dengan Shah, nanti kalau kalah dia takleh nak salahkan aku.. hehehe tapi tetap kalah jugak team dia , so jangan nak banyak bunyik !  

* Kamilah Team Mancher *
* Ini pulak team Shah aka Rabak's Team * 

Dah sampai e Curve , game bowling yang sepatutnya start pukul 4.30 tapi delay sampai pukul 5 lebih.. Biasalah kalau dah ramai tu kan, macam – macam laa kerenahnya.. Yang nyatanya 16 team yang bertarung aritu memang hebat-hebat kecuali team aku ! hahahha Semua gigih kumpul point , bila aku tengok screen memang tak lari laa satu game tu 300lebih – 500lebih point untuk satu team.. Tapi team dari Sinar Harian haritu memang dasyat sebab frame pertama je dah cecah 600lebih point, tengok screen team aku, 200 pon tak sampai.. nak pulak dapat tangan aku yang tak bedung ni, semua bola ke longkangggg jer ! stress mak naakk :P




 * Hadiah saguhati sajorrk yang kami dapat :P *  
right : itulah akak aku , chomel tak??

Tapi takpelaa yang penting semua orang seronok aku tengok ! Terutamanya anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni , Sg Buloh yang turut join petang tu.. Bukan calang-calang okehh, dorang menang tempat ke-4 , kira hebat jugaklah dari team Shah tak menang apa ponn.. huhu its ok yang pentingg kita enjoyyy ! so sape2 yang berminat nak join dynas fans club ni jgn malu2 cepat email kat blog dynas, sebab soon we all akan organize event yang best & gempak lagi ! 

* Sila jangan muntah tengok picture ni ! :)) *

Thank You Reading This Entry !

2 comments: