Thursday, 13 September 2012

VISIT MY NEW LITTLE BOY 'YUNNAN' !


Yeayy my bestfriend Ira, sudah selamat melahirkan anak ke-2, baby boy !! Anak pertama dia girl, yang no 2 ni boy pulak, seronoklaa kan dapat sepasang.. Aku rasa ramai pasangan kat luar tu kalau dah dapat sepasang memang bersyukur gilaaa… Ibarat macam dah complete laa hidup bekerluarga tu kaan !


Hari itu masa dia lepas bersalin , aku tak sempat nak visit kat Hospital sebab dia beranak hari kerja so agak kelam kabut aku nak melawat.. So hari sabtu lepas aku pon heret laa Shah teman aku gi rumah Ira kat Cheras. 2,3 hari sebelum melawat tu, si Ira ni dah sibuk update kat tweeter & FB gambar baby, aku pon lagi laa teruja nak tengok baby dia.. hehehe Tettibe excited u alls , sebab aku dah lama tak pegang baby okeyy…! Lagipon anak Ira yang 1st tu, si Keisha memang manja dengan aku masa kat Bandung dia berkepit jer kot dengan aku compare dengan si Khaty & Ayu.. Hehehe . #eceeeh

Kalau korang nak tahu aku dah ada anak buah masa umur aku 12 tahun lagi, dan setakat ni aku dah ada 12 orang anak buah !! Jadi tak heran laa kan kalau aku pandai tackle budak kecik yerr! =D
Aku sampai rumah Ira pukul 1lebih, masa tu si Keisha & baby Ira tengah tidur.. Aku frust jer bila Ira tweet aku bagitahu yang anak-anak dia tengah tido… Dah motif aku datang pon memang nak tengok baby dia kaan.. Tapi Ira bawak jugak laa baby dia keluar, aku pon apa lagi cepat-cepat laa dukung dia, dalam hati memang niat nak kejutkan dia dari tido.. hehehe aku cium2 dia banyak kali, sampai akhirrrnyaaa baby terbangun jugaak !! Yeaahh !!  =D ( jahat tak aku…? )


Tapi tak sampai 5 minit baby terjaga , dia menangis laa pulak !! Ira kate baby tu kalau bangun nak menyusu jerk, so Ciput hubby si Ira pon dengan pantassnya pergi dapur amik susu.. Lepas dapat susu barulaah dia senyaap..  

Masa aku visit tu Ira tak bagitahu orang lagi apa nama baby dia, so masa tu aku pon tanyalah Ira apa nama baby dia.. 

“ Apa nama anak ko Ira ?? “
“ Yunaan..”
Apa?? Yunaan?? “ sambil tergelak kecil, sebab aku pelik giler nama anak Ira yang ni..
“Iyer… Yunaan jer “ Ira pon tergelak…
“ Owhh nasib baik bukan Yun Nam.. “ hehehe spontan jer aku teringat produk rawatan rambut tu.. dekat2 kann nama dia.. ? =P

Ira kate nama anak dia berkaitan dengan Negara China, something like that laa, aku pon  dah lupaa.. hehehe yang pasti nama anak dia 2 suku kata jer, senang esok dah besar nak isi borang, xdelaa berjela-jela  sampai tak muat ruang.. hehe nanti aku pon nak letak nama anak-anak aku pendek jer sebab nama Shah dah panjang berjelaaaaaaaa… huh!  

6 comments:

  1. COMELNYE ANAK CEERA....

    kan... bagi nama anak yg pendek2 jer sudah... nak panggil pon nanti senang.. shu pon suka nak letak nama anak pendek2 je..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Siti Shuhadah : hehehe letak panjang2 pon nanti panggil anak nama pendek jugakk kan..

    ReplyDelete
  3. Zanira Noh : Lor ye ker? salah laa pulok ! tapi bunyi sama kaan :p

    ReplyDelete
  4. hahaha..confident ni Yunaan.. ;P

    tp nama anak eira unikkan.. =)

    ReplyDelete
  5. kathy jem : heheh unik & senang nak igt ... nanti anak ko jgn panjang2.. :))

    ReplyDelete