Thursday, 6 September 2012

SYAHDU DI PAGI RAYA ~


I’m BACK !! huhuhu lama tak update blog sibuk beraya macam laa anak 4,5 orang.. Ampunnnn…..!! Aku peram gambar raya lama sebab memory card dekat akak I olls, sudahnya berjinggut jugak nak tunggu dia email.. Nak cerita raya pon rasa macam dah basi, orang lain dah cerita pasal open house aku baru hegeh2 nak cerita pasal raya.. Choii sangaat !!

*1st beraya bersama suami *

Tapi aku tetaap nak cite jugak !! Haruslaah tahun ni kan 1st I olls beraya bersama suami dan 1st time jugak beraya tanpa mak… serius part tu memang sedihh !! =(( Terasa sangat kehilangan yang besar untuk kami sekeluarga..

Pagi raya memang sangat syahdu bila kami adik beradik tak dapat dengar lagi suara mak kejutkan aku bangun pagi untuk bersiap2.. Selalu arwah mak dan abah akan pergi sembahyang raya, sementara aku sibuk nak hidang juadah raya untuk adik beradik aku yang lain nak datang makan. Walaupun rumah dekat, dorang tu biasanya akan sampai ngam2 time nak makan.. Tapi tahun ni, akak aku dah berkampung sehari semalam sebelum raya so tahun ni tugas aku ringan sikit nak siapkan juadah. =) Dan biasa lepas sembanyang raya, arwah mak akan masuk bilik aku suruh pakaikan tudung dia dan pakaikan dia bedak skit.. Ohhh rindunya saat tu… Cuma tahun lepas arwah mak memang tak nak bersiap lawa2 sangat.. Hurmmm

Tapi tahun ni, rutin itu dah bertukar… Lepas abah dan para suami balik dari sembahyang raya, kami sekeluarga ramai2 ke kubur, ziarah kubur arwah mak.. Mujurlah kubur dekat je dengan rumah, so takde laa amik masa lama.. Sebenarnya dari malam tu aku tak sabar nak ke kubur, aku rasa rindu sangat nak tatap wajah arwah mak.. Dan pagi tu di kubur kami sekeluarga sedekahkan yasin dan doa buat arwah mak.. Itulah kali pertama aku ke kubur di pagi raya.. Sebelum ni memang tak pernah ! Aku yakin arwah mak mesti gembira sebab kami adik beradik berkumpul di pagi raya tahun ni menziarahi dia.

Namun apa yang memilukan bila abah yang pertama menitiskan air mata.. Mestilah abah adalah orang yang paling merindui arwah , teman hidup dia berpuluh-puluh tahun dah pergi meninggalkan dia.. Aku pun tak dapat menahan air mata selepas tengok mata abah merah.. Jujur aku katakan , aku terlalu rindu kan arwah mak, dan dalam masa yang sama gembira sebab di pagi raya tahun ni abang-abang aku dapat balik beraya awal.. Malam raya dorang dah ada berkampung kat Sg Buloh, sebelum ni pagi raya baru balik.. Aku tahu arwah mak mesti seronok tengok anak-anaknya berkumpul..

* tinggal kenangan * 
Dan masa part bersalaman mintak maaf tu, kami seperti biasa bergilir memohon maaf.. Sekali lagi abah menitiskan air mata.. Dan paling touching bila abah pulak yang repeat ayat yang arwah mak selalu cakap bila saat bersalaman dengan anak-anak, “ Dulu mak kau selalu cakap, mungkin tahun ni kali terakhir beraya bersama.. Abah pon sama, ntah esok lusa abah pon tak tahu.. Kalau panjang umur beraya laa kita tahun depan ”.  Masa abah cakap macam tu, aku rasa nak meraung pon ada… Tapi aku tahan cuba tak nak rosakkan mood raya.. Aku tahu abang-abang aku pon sedih, tapi dorang kan lelaki so macho skit laa xkkan nak nangis.. Aku dgn akak aku memang tak mampu nak tahan, so berjurailah air mata kami berdua.. sampailaa Shah tenangkan aku… 

 * my big family *

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA ~

No comments:

Post a Comment