Friday, 14 September 2012

KELASSS B'TUNANG SIAP ADA AGREEMENT !


Congrats Merah on your engagement !! Merah ni kawan aku masa study kat uitm dulu, sama course AD Photography ,Sri Iskandar.. Masa Merah bagitahu aku dia nak bertunang, memang aku happy giler ! Sebab sepanjang aku kenal dia, memang dia ni susah nak lekat dengan lelaki melayu… Sebelum dengan tunang dia ni pon dia couple dengan lelaki bangsa asing bertahun2 kot.. Masa tu aku memang bajet Merah ni akan kawen lambat laa.. Tapi jodoh….. Dia kenal tunang dia berapa bulan jer terus decide nak tunang dan insyallah tahun depan langsung… =)

* bersama si darah manis *

Merah buat majlis tunang tengahari 8/9/12, tapi pagi tu boleh pulak aku sakit kepala sebab mata belah kanan aku ni naik ketumbit.. Dua hari sebelum tu aku dah rasa lain macam mata sebelah kanan aku, tapi aku buat bodoh jerk sekali hari Sabtu tu naik bengak kooo, terus aku panic at the Disco jaap !! #dammmnn tak tau macam mana nak sorok ketumbit aku tuuu.. 
   
Serba salah kalau aku tak pergi sebab masa open house rumah aku kat Sg Buloh aritu dah janji dengan merah aku nak pergi.. So aku pon gigih laa mekapkan mata aku sikit2 , nak cover ketumbit tuuu.. Nak mekap tebal2 tak pandaiii.. so redha jerlaa! Last choice, aku pakai jerlaa sunglass kan.. Tapi bila kat sana tak koser aku nak pakai sunglass beria2, nanti orang kata I olls feeling artis pulaak ! =D Lagipon macam tak feel nak makan + sembang pakai sunglass.. kann??

* terjumpa pulak kawan lama *

Disebabkan aku lambat sampai, tak sempat laa aku nak tengok majlis tunang si Merah tu.. Nak jumpa kawan Uitm lain pon tak sempat.. takde jodoh namanyaa tu ! Alang2 Merah buat majlis rumah terbuka  lepas majlis tunang tu, so aku datang makan jerlaa ! Dannn….. tak sia-sia aku datang walaupon lambat, sebab makanan banyak & sedaap kata kooo ! hehehe

Aku sampai2 nampak ada laksa Penang, terus tak pikir panjang rembat semangkuk laksa dulu !! Shah pulak makan laksa Johor, sebab dia memang suka laksa Johor.. Pastu makan nasi ayam, rojak buah, lemang +rendang, dan desserttt we alls makan buah mata kucing, tembikai & DURIAN !! Sepanjang aku pergi open house belum pernah lagi aku jumpa tuan rumah jamu durian.. huhu Aku memang tak makan la, bau pun aku tak sanggup ini pulak makan.. Yang melompat kegembiraan Shah ler, sebab dia memang hantu durian.. kalau bagi dia sebakul besar tu selamber jer dia boleh habiskann..

Lepas enjoy makan kat luar, barulaa aku hint2 Merah nak masuk dalam rumah tengok hantaran.. Tapi malangnyaa hantaran semua depa dah bukak, yerlaa kebanyakkannya manisan so adik2 si merah ni dah ‘kekah’ ramai2.. Tapi apa yang buat aku terkejut ialah, pertunangan Merah ni siap ada perjanjian koo !! 1st time aku tengok orang bertunang ada frame perjanjian bagai.. tak tahulaa kalau memang dah jadi trend sekarang ker..


*laksa penang *

* mai pekena deriaan *

Perjanjian ni sebenarnya antara pihak lelaki + perempuan ,sekiranya berlaku putus tunang ! ( mintak jauhlaakan ) Jika punca disebabkan oleh pihak lelaki, segala hantaran termasuk cincin & wang hantaran tidak perlu di pulangkan. Tapi sekiranya punca disebabkan oleh pihak perempuan : Perempuan perlu membayar & memulangkan 2x GANDA nilai yang telah di beri.. Perghh ! giler seram aku baca.. Kira kalau hantaran 10k , pompuan tu kene bayar 20k laa…! #matilaah Tapi bagus juga perjanjian macam ni kan, atleast pasangan yang nak putus tunang tu kene sentiasa sama2 nak jaga hubungan tu dan pikir banyak kali kalau nak putus !  Cuma tak fair aku rasa, sebab lelaki pon kalau mintak putus pon kene bayar 2x ganda laa.. Baru laa adil betul x??    

* perjanjian *

No comments:

Post a Comment