Sunday, 11 March 2012

Episod 16 : Memandang Dari Jauh

                       Aku tidak sedar jam berapa aku terlelap malam tadi, yang pasti aku tidur dalam tangisan.. Pagi tadi  aku bangun dengan mata yang sembab, barangkali tidak cukup tidur ataupun kerana terlalu lama menangis.. Aku  melihat jam di tangan , jarum menunjukkan pukul 5 petang, namun kelibat Farid masih juga tidak muncul.. Dia sudah berjanji mahu menjemputku di rumah dan membawa aku ke tempat di mana Amran selalu berada pada waktu petang begini…   Sejak pagi tadi aku gelisah tidak sabar menunggu petang, waalupun aku tak pasti apakah aku cukup bersedia untuk bertemu Amran nanti..  Akhirnya sebuah kereta proton satria masuk ke perkarangan rumah, aku bingkas bangun dari bangku kayu yang terletak di hadapan halaman rumah ..

                   Sepanjang perjalanan aku hanya membisukan diri,  seperti di pukau, aku tak mampu berkata apa-apa walaupun Farid cuba untuk berbual..  Fikiran dan hati ku tak tenang, sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika itu.. Aku cuba untuk berlagak tenang, namun air muka aku tak mampu sorokkan kegelisahan yang bersarang semenjak malam tadi..  Setelah 30 minit memandu, akhirnya Farid memberhentikan kereta di hujung penjuru sebuah padang bola..  Aku memerhatikan sekeliling , kemudian menoleh kepada Farid..

“ Kenapa u bawak I kesini…? “  Aku menyoal seperti anak kecil…

“ Tu… dia yang bertopi tu… ”     Farid memuncungkan bibirnya ke arah beberapa pemuda di atas padang bola yang, dan hanya seorang sahaja bertopi .. Aku memandang ke arah pemuda yang dimaksudkan..

“ Sara.. u tau kan Amran suka main bola.. walaupun keadaan dia tengah teruk sekarang tapi tiap-tiap hari dia akan datang ke sini.. Kalau tak bermain, dia akan duduk jadi penonton.. I pon tak faham dia tu.. “     Farid menjelaskan dan sekali lagi aku terkejut mendengar penjelasan Farid.. Sekuat itu Amran menghadapi penyakitnya, sedangkan aku semakin lemah melihat dia di atas padang sana…

                Aku meminta Farid meninggalkan aku sendirian di hujung padang… Aku meyarung cermin mata gelap ku untuk menutupi mata yang semakin sembab dan juga supaya Amran tidak perasan kehadiran aku di sini.. Aku belum kuat untuk berhadapan dengan lelaki itu, lelaki yang semakin aku kagum kerana ketabahannya..

                Di atas padang Amran sedang melakukan aktiviti memanaskan badan, dia memakai topi dan dari jauh aku dapat lihat tubuhnya yang semakin mengecil.. Aku hampir tidak mengenalinya pada mula, tapi apabila Farid memberitahu lelaki yang bertopi itu adalah Amran aku mula percaya Amran betul-betul sedang sakit sekarang… ahhh aku semakin lemah memikirkan itu.. Aku hampir jatuh apabila memikirkan tentang penyakit yang sedang ditanggung Amran.. Dan akhirnya aku rebahkan juga punggungku di atas rumput hijau itu..



                  Bersambung.... 

No comments:

Post a Comment